2011-06-06

Super Junior M (SUJU M) di Putrajaya!

Assalamualaikum!

Siapa minat kumpulan Korean-POP Super Junior? Aku minat sikit-sikit je sebab aku suka dua lagu yang popular tu iaitu Sorry-Sorry dan No Other. Sempena dengan Hari Belia Negara 2011, pihak penganjur telah menjemput artis K-POP ni untuk membuat persembahan. Fuh memang mabeles habes la sebab peminat-peminat SUJU dari seluruh negara, dan ada yang datang dari Singapore jugak telah berkumpul di Putrajaya seawal jam 6.30 pagi. Gile punya olang!

Konsert SUJU dijadualkan pada jam 10 malam. Jadi cuba bayangkan berapa lama diorang berkampung depan stage tu semata-mata nak dapatkan tempat terbaik supapaya boleh menjerit-jerit dan menanges-nanges bila tengok SUJU keluar atas pentas nanti! Hahaha.

Macamana pulak aku boleh terjebak dengan semua ni? Sebenarnya aku nak ambil pengalaman menembak sewaktu konsert. Tidak di nafikan aku memang tak berapa kenal dengan SUJU ni, cuma beberapa buah lagu diorang memang aku kenal la. Jadi tak ada masalah memandangkan aku pun giler dengan drama-drama dan filem-filem Korea ni.

Malam tu memang mencabar sungguh, sebab nak bergelut dengan para peminat fanatik SUJU memang sangat susah. Kami tiba di Putrajaya lagi 15 minit sebelum pukul 10 malam, dari jauh dah kedengaran peminat fanatik SUJU menjerit-jerit. Aku dan KJ terpaksa menyelit-nyelit perlahan-lahan dan akhirnya kami berada di depan pentas! Tanpa perlu hadir seawal 6.30 pagi!!!

Tepat jam 10 malam, SUJU-M pon keluar membuat persembahan. Apa yang aku mampu katakan, mereka memang professional dan layak bergelar artis antarabangsa! Artis-artis Malaysia perlu banyak lagi belajar untuk pergi lebih jauh. Tak hairan la dengan pencapaian artis-artis K-POP dan J-POP ni sebab setahu aku hidup diorang memang 24-7 dengan latihan keras dan selama bertahun-tahun sebelum diketengahkan sebagai artis. Bukan artis mi segera ya yang banyak berlaku di Malaysia ni.

OK jom tengok gambar-gambar yang aku tembak, khas untuk peminat SUPER JUNIOR M!!!

Psssttt: Banyak lagi gambo..ada beratus-ratus...upload sikit je la. :)

PEACE! :)

Ni pentas utama, sewaktu acara menyelit-nyelit di celah peminat SUJU berlaku :)
Akhirnya SUJU buat persembahan!
SUJU sewaktu ditemubual oleh pengacara majlis.






Catatan untuk:


  


8 comments:

  1. pakcik..sila dengar lagu Bonamana - Suju..best! hahaha

    ReplyDelete
  2. Hani

    Yup Bonamana pon best gak hehehe
    *saje tamau tulis dlm blog nih hahaha

    ReplyDelete
  3. Tetiba rasa ketinggalan sbb xkenal super junior..haha..lee min ho ke rain kenalla..uish hebat erh siap amik artis antarabangsa buat show..

    ReplyDelete
  4. Fika 79..

    Takpe sebb tak penting pon, SUJU ni trend terkini la kot.. Banyak lagi Korean group yang muncul lepas hujan macam 2pm, Girls Generation dan sebagainya..Tapi Rain memang terbaik!!!

    ReplyDelete
  5. nak yg baju orennnnn please~ hahaha

    ReplyDelete
  6. Asuharasue:

    Wah wah wah demand nampak!

    ReplyDelete
  7. A : Orang Korea cakap macam mana ya?
    B : Ala, bahasa diorang cam kita jugak
    C : Adik, adik kenal ke SuJU????

    ReplyDelete
  8. Masmz:

    Tu soalan objektif ke pernyataan?
    ;p

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!