Assalamualaikum!!!
Sambutan Hari Belia Negara 2011- Perhimpunan Sejuta Belia tahun ni memang sangat hebat! Bukan setakat pada 3 hari sambutan tu jer, malahan berminggu-minggu sebelum tu pun dah mula rasa bahangnya. Maklumla opis aku letak sebalh je dengan bangunan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) jadi macam-macam acara yang diorang buat semua kena tempias kat bangunan-bangunan jiran.
Dalam sebuk-sebuk pejabat aku buat Karnival Sukan Jabatan, sempat juga aku dan KJ pergi menjengah Hari Belia Negara ni! Fulamaaaak memang dahsyat la. Sana-sini pelbagai program diatur. Pendek kata, kalau pusing 360 darjah sekalipon, semua tempat ada acara. Paling aku suka adalah acara-acara di sekitar bangunan KBS la sebab banyak dapat survenir free!!
Pelbagai persembahan ada antaranya acara kebudayaan, persembahan parkour (ala yang bebudak melompat-lompat di atas palang) persembahan nyanyian dari artis-artis belia, persembahan mainan tradisional, modern dan banyak lagi semua dicover di dalam satu event! Entah berapa la RM habis untuk program ni kan?
Paling aku tak boleh lupa apabila terserempak dengan Dato' Seri Najib Tun Razak di belakang khemah Pink Village. Mak aihhh tak sangka boleh terserempak dengan PM kat belakang khemah. Masa tu aku on the way nak balik ke kereta, lalu tepi-tepi khemah....tiba-tiba tengok orang ramai menyerbu ke arah aku, aku panik dan tiba-tiba ada PM lalu depan mata!.Huh baru nak perasan artis! Aku pun apa lagi, tembak la apa yang patut! :)
Ok Aku menghabiskan sehari suntuk di Putrajaya, sebab banyak sangat nak cover maklumlah dari Presint 2 sampai Presint 5 penuh dengan pelbagai booth yang menarik. Paling best adalah acara sebelah malam! Nanti aku sambung di next entry! Jom layan gambar-gambar yang aku sempat tembak hari tu. Ok nanti aku sambung entry untuk sebelah petang pulak...banyak gambar nak share nih!
Pstttt: Dengar ceriter tahun depan KBS nak buat 2 minggu untuk acara ni...target diorang 2 juta belia..Fuh mantap!
|
Ni kat Laluan Seni KBS. Banyak juga bebudak yang menunjukkan bakat kat sini |
|
Perlumbaan Motor GP Petronas. Atas jalanraya je sebelah Opis aku. |
|
Pink Village - Tempat bebudak Pandu Putri, dan Putreri UMNO berkampung. |
|
Di Booth Jabatan Hal Ehwal Khas ni dapat banyak benda free! |
|
Lukisan batik dan khat. |
|
Persembahan Zapin Fusion kata diorang hahaha. Kreatif. |
|
Bagus juga, dari melepak tak tentu hala atleast ada juga aktiviti yang diorang buat. |
|
Antara booth menarik di Laluan Seni, KBS |
|
Lagi aktiviti di Laman Seni, KBS |
|
Ada juga booth dari Indonesia, mereka promote Sukan SEA di Palembang 2011 |
|
Ni la dia Parkour! Acara lompat-lompat berpusing. |
|
Sekarang ni dah jadi trend di bandar-bandar budak-budak naik basikal kaler-kaler macam ni. |
|
Pertandingan cheerleading pon ada! |
|
Ni masa diorang tengah prektis. |
|
Tu dia Dato' Seri!!! |
Menulis untuk:
mk lagi gambar..jelez nya aku tak dpt pergi..aku ajak kawan..masing2 tak nak pergi..huh~.. super jelez~
ReplyDeleteAdam
ReplyDeleteyup bnyak lg gambar..nanti di entry part 2 dan 3 hehehe