2012-10-16

Amazing Japan (Part 10): Meiji Shrine And The Dance Festival


Assalammualaikum!

[ Sambungan daripada Part 9 ]

Hai tak taulah sampai part berapa cerita pasal Jepun ni kan? Bertabahlah sebab ada banyak benda nak cerita,  kalau tak nanti lupa dan tak dapat baca balik menjelang hari tua bangka nanti. OK?

Hari ni, program jalan-jalan cari pasal dirancang bersama beberapa orang kawan dari Indonesia dan Thailand. Seronok sebenarnya kalau jalan ramai-ramai ni sebab kite boleh kongsi keseronokan dan keterujaan kita bila jumpa atau nampak sesuatu yang tak pernah kita tengok. Lagi satu, yang paling penting, kompom gambar kita banyak kat kamera diorang! Dan hari ni jugak aku kenal sorang lagi kawan baru, Darm yang dah bekerja di Tokyo sejak setahun yang lalu. Dia ni orang Thailand dan merupakan kawan kepada dua gadis Thailand yang sama-sama belajar dengan aku. See, gunakan sumber sepenuhnya! Yes.

Kami difahamkan hari berlangsung satu perayaan musim panas untuk hari Ahad terakhir di bulan Ogos! Ha kan dalam entry sebelum ni aku ada cakap pasal banyak festival dijalankan sepanjang musim panas kan? So festival yang berlangsung pada hari ini merupakan kemuncak kepada Festival Musim Panas di Jepun!.

MEIJI SHRINE (TAMPLE), HARAJUKU:

Destinasi pertama yang kami tuju adalah ke Meiji Shrine yang terletak di Harajuku, Tokyo, selang beberapa station daripada hostel. Macam dah pro, dan berbekalkan kad PASMO yang diberi percuma oleh kawan aku semalam, maka senang la aku tak payah nak beli tiket kat mesin tiket tu, just tepek-tepek je kad PASMO kat pintu masuk, senang! Penggunaan kad PASMO adalah seperti penggunaan Kad Touch 'N' Go di Malaysia.
NOTA: untuk mendapatkan kad PASMO, boleh dapatkan di mana-mana station yang menerima penggunaan PASMO dan boleh juga di dapati di mesin tiket di station tersebut dengan harga ¥1000, ¥2000, ¥3000, ¥4000, ¥5000, ¥10000.  Deposit sebanyak ¥500 diperlukan untuk setiap pembelian. Untuk makluman lanjut mengenai PASMO boleh rujuq website ini ---> http://www.pasmo.co.jp/en/index.html
Ok kami turun di Harajuku Station, dan lokasi Meiji Shrine adalah bersebelahan dengan station tersebut. Kalau keluar dari station terus pergi ke sebelah kanan station dan boleh terus nampak pintu besar Meiji Shrine, di seberang jambatan. Masa ni, dah nampak ramai giler orang berpusu-pusu menuju ke Meiji Shrine ni sebab Dance Festival sedang berlangsung. Memang sesak dan boleh dilihat pelbagai ragam manusia kat situ. Yang berpakaian pelik pon ramai! Aku difahamkan Dance Festival ini merupakan acara tahunan di mana ia akan menghimpunkan kumpulan-kumpulan tarian di seluruh Jepun untuk mempersembahkan tarian tradisional, modern atau fusion diorang di situ dan ianya hanya berlaku di musim panas sahaja!

Ni la rupa kad PASMO yang aku maksudkan.
Harajuku Station, klasik dan unik. Masih mengekalkan ciri-ciri bangunan lama di Jepun dengan sedikit pengaruh Inggeris. Meiji Shrine terletak betul-betul di belakang station ini.

Di depan Meiji Shrine ni didirikan sebuah pentas besar untuk persembahan tarian sempena Dance Festival tadi. Masa kami sampai tu dah banyak kumpulan yang buat persembahan, memang happening la tarian diorang sebab masing-masing pakai baju tradisional diorang. Comel!. Sempat jugak la aku rakam beberapa babak tarian yang best untuk tatapan semua.

Pentas besar di hadapan pintu masuk ke Meiji Shrine, sempena Dance Festival yang diadakan setiap tahun pada musim panas.
Antara pasukan / kumpulan yang sedang membuat persembahan di atas pentas,
Sebahagian penari sedang menunggu giliran untuk beraksi di atas pentas. Neves le tu kekekee.
Pakcik ni mungkin dah selesai buat persembahan kot. 
Kami meneruskan perjalanan meredah orang ramai menuju ke Tori Gate (pintu gerbang kayu yang bersepah-sepah kat Jepun ni) di mana bermulanya perjalanan ke dalam kawasan shrine. Di situ kami di sapa oleh beberapa warga emas yang bekerja sebagai sukarelawan pada hari itu! Wah kagum aku bile tengok diorang sanggup jadi sukarelawan walaupun umur dah baya mak dan bapak aku. Mereka juga sangat peramah! Akhirnya kami bersetuju untuk mengikut salah seorang sukarelawan, makcik ni namanya aku dah lupa tapi memang sangat peramah dan dia memang tahu semua sejarah pasal Meiji Shrine ni. Katanya dia dah study sejarah Meiji Shrine ni semalaman semalam. Tengok, gigih tak???

Tori Gate

Kami diberitahu, sebelum melalui Tori Gate (dalam Meiji Shrine ni ada 3 Tori Gate ye), pelawat terutamanya yang beragama buddha akan tunduk hormat dulu. Auntie tu menunjukkan cara tunduk hormat di bawah Tori Gate, kami pon ikut je la saja suka-suka, tanpa niat lain. Menurut auntie tu lagi, kalau dilihat dari segi saiz yang besar gedabak tu memang mustahil nak jumpa pokok-pokok sebesar itu di Jepun. Makanya, kayu-kayan untuk membina Tori Gate tu datangnya dari kebanyakan negara Asia Tenggara yang lain seperti Thailand dan Indonesia. Memang besar kayu Tori Gate ni, kalau nak peluk memang tak sampai.

Bergambar dulu depan Tori Gate ni haaaaa.
Ramai lagi yang belum buat persembahan.
Laluan masuk ke Kompleks Meiji Shrine. Hijau je kan.
Tori Gate, salah satu simbol di sini.
Kami berjalan menelusuri kawasan hutan dan keadaan jalannya berbatu kelikir dan menurun ke bawah. Sambil tu dapat dilihat ramai peserta tarian pelbagai fesyen dan gaya berkampung di sana sini. memang sangat meriah, dipahamkan juga mereka datang dari serata Jepun. Ha patutla penuh dan sesak je bandaraya Tokyo.

Laluan masuk ke dalam tample ni menurun bukit ada sebabnya! Menurut auntie sukarelawan lagi, ia menandakan permulaan yang baik, sampai di bahagian tengah kawasan temple, laluan akan mula menaik / mendaki ke atas menandakan perjalanan menuju tuhan ke kawasan yang lebih tinggi! Ha macam tu lah kisahnya, setiap benda dibuat bersebab. Satu la cerita, tiada kawasan berbucu 90 darjah dibina dalam kawasan temple ni, sebab nak mengelakkan kebakaran katanya... (?) entah aku pon tak pasti apakah sebab sebenar, aku lupa.

Pokok

Dalam kawasan temple ni terdapat lebih kurang 100,000 batang pokok yang ditanam sewaktu kompleks temple ini di bina sejak tahun 1920. Pokok-pokok ini merupakan hasil sumbangan daripada pelbagai sektor di Jepun. Ini menjadikan kawasan Meiji Shrine sebagai kawasan hijau terbesar di Bandaraya Tokyo.

Kami berjalan menuju ke satu kawasan di mana terletaknya sekawanan beberapa buah tong arak yang disusun kemas di kiri dan kanan jalan. Di tong-tong arak tersebut ditulis pelbagai nama yakni nama syarikat yang sponsor arak-arak tersebut. Menurut auntie sukarelawan lagi, setiap tahun, kompeni-kompeni besar di Jepun akan sedekah setong arak kat setiap temple di Jepun. Motifnya? Entahle aku pon tatau.

Tong-tong arak yang disusun di kiri dan kanan jalan.
Ada pelbagai jenis tong arak rupanya....
Kompleks Utama

Setelah lama berjalan, akhirnya kami pon sampai ke pintu gerbang temple utama. Di tepi pintu tu ada satu kolam tempat orang menyuci dosa katanya. Sapa yang nak sembahyang dalam tu kena basuh tangan kiri dan kanan dan berkumuh. Lepas auntie sukarelawan menunjukkan cara-cara amik air sembahyang diorang, kami pon berjalan masuk ke kompleks temple utama. Wah sangat besar ini kompleks! Di depannya ada satu kawasan lapang sebelum menuju ke bangunan utama. Kebetulan pada masa ni, ada pulak majlis perkahwinan kat situ, dapat jugak la tengok macamana golongan bangsawan Jepun berkahwin kat temple. Selalunya orang-orang muda kawin kat gereja je kan.

Pondok mengambil air untuk sembahyang.
Ramai le yang mengambil air sembahyang kat sini.
Ruangan dalam kompleks bangunan utama.
Upacara perkahwinan sedang berlangsung.
Comel sungguh pakaian kawin diorang.
Ni la temple utama, aku tak masuk pon. Malas. Lagipon tak boleh amek gambar dalam tu.
Memang unik la cara diorang kawin, mula-mula acara berarak masuk ke temple beramai-ramai sambil diiringi kaum keluarga, sampai la masuk ke dalam dewan. Lepas tu aku tatau dah apa jadi sebab tak dapat ikut masuk.

Selain orang kahwin, ada jugak orang yang membawa anak / bayi yang baru lahir ke temple ni untuk dibacakan doa. Katanya nak memberkati kelahiran si bayi supaya hidup senang dunia akhirat.

Upacara meraikan kelahiran bayi.
Di kiri dan kanan temple selalunya ada dua batang pokok yang ditengah-tengahnya diikit seutas tali dan di antara tali tu diletakkan kertas-kertas yang dipotong seumpama bentuk petir. Motif dibuat begitu, menurut auntie sukarelawan lagi ia bertujuan untuk mengelak daripada dipanah pertir dan terbakar. Oooooo paham, patut la, kebanyakan pokok di kawasan temple tu diikat sebegitu rupa. Bukan di pokok sahaja bahkan di bangunan-bangunan tample juga ada diletakkan tali dan kertas terutamanya di atas pintu masuk.

Nampak tak pokok yang diikat tali dan kertas? Ha yang ni la yang aku maksudkan tadi.
Bagi sesiapa yang nak bersembahyang, maka diorang bolehlah campakkan duit syiling kat dalam satu ruangan yang disediakan dan tunduk buat hajat 3 kali. Lepas tu boleh beli ayat-ayat jampi kat satu bangunan kecil di sebelah temple yang mana untuk menilik nasib katanya. Ha pilih la nasib apa yang diorang dapat lepas tu boleh sangkut atau ikatkan di satu ruangan khas di penjuru kuil.

Doa-doa yang digantungkan di satu penjuru kuil.
Macam-macam la doa yang diorang mintak ye.
Aksi wajibul ghunnah.
Kawasan membeli ayat jampi.

Ok, dah puas merayau dalam Meiji Shrine, kami pun berjalan semula keluar ke pintu masuk utama tadi. Orang masih ramai dan persembahan masih rancak berlangsung. Katanya persembahan tu sampai ke malam! Tak sanggup la pulak nak menunggu kat situ sebab banyak lagi tempat kami nak pergi.


Laluan balik ke pintu utama.
Dalam perjalanan sempat lagi bergambar dengan bebudak ni semua.

Sampai di pintu utama, kami mengucapkan terima kasih kepada auntie sukarelawan yang banyak sangat bagi info kat kami tentang Meiji Shrine tu. Apa yang menariknya, kebanyakan sukarelawan di situ tinggal di luar Tokyo dan adakalanya terpaksa melalui perjalanan selama 2 jam untuk sampai ke situ. Gigih sungguh diorang, walau hanya untuk kerja sukarela. Ye la kan, kalau dah minat tu, macam-macam benda sanggup buat, dan kebanyakan daripada mereka semuanya fasih berbahasa Inggeris kerana dulu mereka kerja di pelbagai sektor terutamanya sektor pendidikan dan korporat.

Ok lah lepas ke Meiji Shrine, nanti aku cerita pulak kisah seterusnya di Tokyo. Tunggu.....


Bergambar kenangan bersama auntie sukarelawan. Sweet je auntie ni. :)
Gadis-gadis sunti...
ehem....

JOM LAYAN VIDEO
MAAF LA GAMBO GEGOR GEGOR...ALA2 TERKENA PAKINSEN KEJAP MASA TU

WASSALAM.


22 comments:

  1. awat macam sarang tebuan atas kepala pengantin pompuan tu?

    Aiiiihh sumpah aku tak kan jejak kaki ke Jepun time summer nampak cam panas gile je weh..kan? kan? kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. BlueEwoke:

      Weh nape aku tgok macam kuih apommmm je kekeeee.

      Eleh tanak pg konon, cer org bg free suh peg time panas, ko tanak??? Ahahahaa.

      Delete
  2. bestnyeeeee! suke tengok pakaian dorang. etnik n cun sangat. bilela nak dapat tengok depan mata nih??stres tau tengok!hahaha

    ReplyDelete
  3. Bestnya 100 ribu pokok. Dah tua bebenor gamaknya pokok tu ya? Pokok jenis apa tu?

    Tempat dema ambik ayo sembahyang tu kita ambil wudhu boleh ke?

    Macam-macam cara mereka beribadat ya. Barulah saya tahu cara mereka berdoa.

    ReplyDelete
  4. ehem gambo last...kawaii...

    aku suka la entry ni..gambo chantek ngan pengetahuan baru.

    yang papan doa tu pun selalu tgk dlm citer jepun.

    tapi, aku nak gelak sikit part gantung kertas bentuk petir kat pokok tu.. >_<

    ReplyDelete
  5. org kasi free, haruslah aku nak!! jatuh hukum wajib dh tu..gitewwwwww

    ReplyDelete
  6. ok dah abes baca... td baru nak tanya mcm mana auntie tu explain kt korang. ade translator kah? hahah nasib baik dorang reti speaking english.

    wahhh untungla ade wedding skali. kot2 boleh jadik pengapit. kekek

    ko beli tak ayat jampi tu? mana tau leh lawan mak esah! hahah

    ReplyDelete
  7. pakcik blakang ko kat tempat doa tergantung pon tunjuk sign peace....peace no war... ahakssss

    ReplyDelete
  8. Ceklala:

    Ye memang pakaian dorang time tu unik2!

    InsyaALlah nanti dapat la pg tu...

    ReplyDelete
  9. Naramas Aman:

    Kak NA, kalau ditengok dari segi struktur dan kebesaran batang pokok tu nampak memang macam dah lama. Tak sure la pokok tu jenis apa. Lupa pulak nak tanya. Tapi macam pokok2 maple je yang banyak.

    Hahah rasanya nak amek ayo semayang macam ok je kot sebabnya ayor tu ayor bukit dan bersih, siap boleh minum bagai.

    ye macam2 cara depa beribadat.. :)

    ReplyDelete
  10. dzuchan:

    gambo last? oh hehehe.
    Saya berkongsi mana yang tau je kekeke. thanks

    Haah banyak, kalau pi kuil2 depa kompom ada kot.

    Kekekekek gitula mitos dan kepercayaan namanya.

    ReplyDelete
  11. John:

    Nak buat apa aku beli ayat jampi tu? Syirikkkkkk hahahahhaa

    ReplyDelete
  12. Hulubalang:

    Kannnnnnn kekeke aku baru pasan hahahaha

    ReplyDelete
  13. salam. seronok baca travelog anda. saya dah banyak jelajah negara asing terutamanya timur tengah sewaktu belajar di Madinah, Arab Saudi dahulu tapi nak tulis travelog sangat berat rasanya.

    alhamdulillah, bulan November 2011 tahun lepas, saya menjelajah bumi andalusia. pada awalnya saya hanya nak ke andalusia sahaja kerana cita2 untuk melawat bekas2 peninggalan wilayah Islam ini telah tersemat sejak remaja lagi setelah membaca tamadun Islam di Andalusia, tetapi oleh kerana tiket pesawat mahal saya ke itali dahulu selama 6 hari, kemudian dari venice ke Ishbiliyyah ( seville kata orang sepanyol ) menaiki ryanair iaitu pesawat seperti air asia., setelah itu ke Qurtubah (Cordova), Jabal Toriq ( Gibraltar wilayah UK). Dari jabal toriq ke Gharnatah (granada), sempat juga ke Sirra Nevada untuk bermain salji dan seterusnya ke Madrid. Dari Madrid menaiki bas ke Paris selama 18 jam (4 kali berhenti). Hanya 2 malam shj di Paris dan tak sempat ke London kerana tiket penerbangan pulang sudah di tempah . Jumlah hari 18 hari dan belanja semua 5500RM seorang termasuk tiket 2400RM dengan Kuwait airways, routenya KL Kuwait Rome dan pulang Paris Kuwait KL.
    Asalnya nak jelajah bersama seorang kawan tp last minit kawan tu ada hal dan saya ambil keputusan untuk jelajah secara solo kerana sewaktu remaja dulu saya pernah pergi bangkok, singapore dan lain2 negara secara solo tetapi isteri nak ikut sama. Oleh itu kami berdua menjelajah secara backpacking dalam usia saya separuh abad. Memang sukar nak berkomunikasi dengan masyarakat di negara2 yg kami lawati kerana mereka tak boleh berbahasa inggeris tetapi ALLAH Maha Penyayang kerana sepanjang kembara ketika mengalami kesukaran alhamdulillah kami bertemu dengan orang2 Arab dan saya boleh berbahasa Arab.

    Banyak pengalaman yang kami perolihi sepanjang kembara ini. Hajat hati nak tulis travelog tetapi memerlukan masa.
    Kami naik tram dari airport Rome ke Roma Termini. Memang susah nak cari hotel di Rome yang telah pun di tempah awal di booking com. Itu pun setelah tanya mat bangla yg kerja di cybercafe. Dia cari dalam google dan setelah itu kebetulan kawannya nak pergi hampir dengan hotel itu. alhamdulillah , akhirnya jumpa setelah 2 jam berpusing2 sebelum jumpa mat Bangla tadi. semoga ALLAH beri ganjaran kepadanya. Aamin. Hari ke 3 kami sewa hotel depan stesyen Roma Termini.

    Ketika di venice jumpa dengan mat bangla yang pernah kerja di Malaysia. Saya tanya dia arah nak gi masjid. Katanya kena naik bas ke Islamic Centre ikut jalan darat. Hentian bas letaknya atas dari stesyen keretapi. Kami juga menjelajah ke Pisa, Firenza, Venezia dengan tren kerana setelah tanya orang tiada bas ke tempat2 tersebut. Kami juga nak pergi ke Milan dan seterusnya ke Switzland tapi tak ada kesempatan takut tak sempat ke Andalusia yang merupakan tempat utama kembara kami.

    Insha ALLAH, tahun ini atau tahun depan saya nak melawat negara yang lain pula seperti london, netherland, switzland, Portugal, Brussels, Hungary dan lain-lain. Juga ingin melawat laluan sutera untuk melihat wilayah autonomi umat Islam China yang satu ketika dulu sebelum komunis China menaklukinya bernama Turkistan Timur. Saya pernah ke Beijing tahun 2004 dan tinggal di rumah sepupu saya yg mengajar Bahasa Melayu di Beijing Foreign Universiti. Sebaik tiba di Beijing saya terus talipon airlines untuk ke Xinjiang tetapi hrg flight 2400yuan dan bila saya tanya keretapi saya diberitahu perjalanan 48 jam. Olih kerana cuti terhad saya berazam utk pergi lain kali shj.

    Namun begitu rasanya tahun ini tak dapat kembara jauh2 kerana saya dah umrah 3 kali.kali terakhir 10 malam terakhir Ramadhan dan pulang 2 syawwal , juga secara backpacking dengan seorang kawan yang tak jadi ikut saya ke Eropah tahun lepas. Rasanya tahun ni yang ada baki 3 bulan lagi cukuplah ke Indonesia, sabah, Serawak dan Brunei sahaja. Semoga ALLAH memudahkan dan memakbulkan hasrat saya ini.

    ReplyDelete
  14. fuhhh...mcm2 activity ada..dari kawen..da baby baru..nari2..amik air semayang..uihh..hahaha

    lawa sliper hang :P

    ReplyDelete
  15. Mdnasiridris:

    Wow panjangnya entry! Nape tak tulis blog je?

    ReplyDelete
  16. Zila:

    Tu la tetibe pakej pulak,.

    Siper lawa? hmmmmmm

    ReplyDelete
  17. aa panjang sungguh komen...saya gigih baca..habis gak..

    ReplyDelete
  18. Zila:

    Kan giigih! Hahahaha kalau tulis blog kompom banyak lagi boleh citer tu .

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS