Posts

Showing posts from January, 2013

New Experiences!

Image
Assalammualaikum!  Minggu lepas sebelum bermulanya cuti yang panjang (Maulidul Rasul + Cuti Jumaat tersepit + hujung minggu + Thaipussam) aku telah diarahkan oleh tuan besar untuk ke Lumut untuk tengok salah satu project site di sana. Dengan hati terbukanya aku pon pergilah ke Lumut dengan menaiki kereta pejabat, meredah Kuala Selangor, Tanjung Karang, Sekinchan, Sungai Besar, Sabak Bernam, Teluk Intan dan akhirnya sampai la ke Manjung.  Dah lama jugak la aku tak ke Daerah Manjung ni, selalunya kalau ke sini mesti akan singgah di Pekan Lumut dan paling busuk pun lajak sampai ke Pulau Pangkor (tetibe teringat dulu-dulu selalu lepak di Pulau pangkor dengan kengkawan sekolah bila ada cuti panjang sikit). Tapi kali ni tak ada niat pun nak ke Pulau Pangkor, maka kami berhenti cuku sekadar di Manjung dan Lumut saja. Lepas selesai urusan mencari tempat penginapan, akhirnya berjaya jugak aku ambik sebuah bilik di Marina Cove, Teluk Batik . Sebenarnya hotel Marina Co...

Amazing Japan (Part 16): Odaiba and Tokyo Disneyland !

Image
Assalammualaikum!!! [ Sambungan dari Part 15 ] Ok tinggal dua hari saja lagi untuk aku duduk di Tokyo , lepas ni tak tau bile pulak dapat jejak kaki kat sini. Untuk projek terakhir di Tokyo , aku dan Kak Mah masih ada tempat yang nak sangat kami pergi yakni di Odaiba dan Tokyo Disney Land ! Adui sempat ke nak pergi memandangkan 2 hari kami ni memang pack dengn kelas. Setelah mengkaji-kaji peta, dan ejas-ejas jadual, maka kami dah decide untuk pergi jugak ke Odaiba dan Tokyo Disneyland lepas pukul 4 petang. Makanya hari isnin tu, pukul empat petang aku dan Kak Mah pon memulakan misi kami. Kengkawan lain semua taknak ikut, sebab tak cukup duit katanya (Haaa sapa suruh shopping tak ingat dunia kan!). Jenuh kaji peta ni semalaman. Kalau tak, alamatnya tak sampailah ke destinasi. Lokasi pertama yang kami tuju adalah Odaiba . Apa yang menarik sangat pasal Odaiba ni? Odaiba merupakan satu bandar pelabuhan yng sangat terkenal dengan Rainbow Bridge dan replika Statue...

Wajah Upgrade Hutan Lipur Kuala Woh Kini

Image
Assalammualaikum!!! Satu tempat yang paling dekat dengan diri aku, paling dekat dengan rumah aku dan paling banyak aku belajar berenang kat sini, Hutan Lipur Kuala Woh. Yup, salah satu hot spot di Negeri Perak katanya. Terletak di laluan utama menuju ke Cameron Highland, hinggakan sesiapa yang nak naik atau turun ke Cameron Highland akan singgah kat Hutan Simpan Kuala Woh ni untuk melepaskan lelah atau berrekreasi bersama keluarga. Tempat parking kereta, kalau time cuti, memang penuh giler la tempat ni... siap berlapis2 lagi orang parking. Baru-baru ni aku berkesempatan menjengah tempat ini yang pernah menjadi tempat bermain satu ketika dulu. Kat situ jugak la aku angkut kawan-kawan dari sekolah asrama kalau balik kampung, untuk lepas stress di sungai. Best gilak! Kawasan keseluruhan Hutan Lipur Kuala Woh. Satu-satunya kedai makan yang terdapat di situ. Kebanyakan laluan pejalan kaki dah di upgarde sebegini. kalau dulu kita akan jalan celah-celah akar k...

Amazing Japan (Part 15): Imperial Palace & Asakusa (Again?), Tokyo.

Image
Assalammualaikum!!! Dah masuk Tahun 2013 tapi aku tak habis lagi nak tulis entry pasal beberapa perkara di Jepun . InsyaAllah aku akan cuba habiskan secepat mungkin.  [ Sambungan daripada PART 14 ]  Hari berikutnya, pagi-pagi lagi dah mendung dan dah nampak hujan di beberapa kawasan di Tokyo . Aku dan yang lain-lain (macam biasa la, dua warga Indonesia dan dua warga Thailand yang jadi kawan rapat aku kat Jepun ) plan untuk visit Imperial Palace di Tokyo City. Maka awal pagi kami bertolak menaiki MRT menuju ke Tokyo Station. Apa yang menariknya, Tokyo Station adalah merupakan salah satu train station  yang paling sibuk di dunia. Dengan jumlah line train yang ada berbelas-belas dan bertinglat-tingkat, memang boleh sesat la kalau tak betul-betul baca direction yang beraneka warna kat sana. Mujur juga ada Pak Agus, yang dah memang biasa dengan keadaan di situ, jadi perjalanan kami agak mudah. Tokyo Station sebenarnya agak unik juga, kerana rek...