Posts

Showing posts from May, 2013

Homestay: Inap Desa Sungai Rokam, Ipoh, Perak - Pengalaman Suasana Kampung Di Tengah Bandaraya!

Image
Assalammualaikum!!  Sebenarnya dah lama nak tulis pasal ni tapi tak berkesempatan pulak. Atas permintaan keluarga (cewah macam penting sangat je aku ni) aku nak memperkenalkan sebuah rumah penginapan milik keluarga yang terletak di Ipoh! Sekarang ni, Homestay dah semakin menjadi pilihan tatkala bercuti bersama keluarga mahupun kengkawan kan? Bagi keluarga aku sendiri, kalau bercuti ke mana-mana dalam Malaysia atau menghadiri kenduri-kendara sanak-saudara kahwin pon akan memilih penginapan Homestay untuk bermalam. Sebab apa? Bagi aku ianya lebih besar dan boleh memuatkan jumlah ahli keluarga yang ramai, dan ianya serupa macam rumah! Ada dapur, ada bilik dan sebagainya. Sebab tu Homestay menjadi pilihan. Ok berbalik kepada omestay milik keluarga yang terletak di Ipoh ni, ia dinamakan Inap Desa Sungai Rokam . Sebenarnya, rekabentuk homestay / Inap Desa Sungai Rokam ni merupakan sebuah rumah lama, dan sebahagian besarnya merupakan rekabentuk asal rumah-rumah di Kampung Sunga...

Yangshuo (China): Impression - Yangshuo Light Show And West Street (Part 5)

Image
Assalammualaikum!!! Ish sibuk benar la sekarang ni, macam-macam kerja nak kena buat. Takpe jangan risau, belog ni akan sentiasa berapdet walau se busy mana sekali pon ye. Hehehehe. [ Sambungan daripada Episode 4: Yulong River Water Rafting ] Bile dah penat berakit -rakit kehulu, berenang-renang ketepian , di Yulong River, dan seluar pon ada la separa basah, kami pon balik semula ke Bamboo House Hotel, tempat kami akan bermalam malam ini. Tapi sebelum sempat sampai di hotel, kami sempat lagi merayau-rayau di sekitar West Street walaupun tak banyak masa, bak kata orang nak buat servey dulu la, apa yang ada kat situ. Kami kene cepat balik ke hotel dan bersiap-siap sebab sebelah malamnya pula kami akan menonton The Impression Show, sebuah tayangan pementasan air yang telah mendapat pengiktirafan dunia dan telah memenangi beberapa award (katanya la, aku tak tau diorang ni menang award apa, sila google sendiri ye). Maka kami pon bersiap la ala kadar sahaja memandangkan ...

Yangshuo (China): Yulong River Water Rafting (Part 4)

Image
Assalammualaikum!!! Dua tiga hari ni tak berapa nak sihat sebab mungkin dengan keadaan cuaca yang panas dan tak menentu ni menyebabkan imunisasi badan pon lemah... so jagalah kesihatan dan perbanyakkan minum air masak yer.  [ Sambungan daripada Episode 3: Makanan Halal dan Pagoda The Sun And Moon ] Lepas dah berehat semalaman akibat keletihan berjalan kaki merata ceruk, maka keesokkan pagi nya kami kena bangun awal sebab nak pergi cari tiket bas untuk ke satu lagi destinasi iaitu Yangshuo. Wilayah Yangshuo ni terletak lebih kurang 1jam 30 minit perjalanan tertakluk kepada keadaan jalanraya ketika itu. Yangshuo terletak di sebelah selatan Guilin dan kedudukannya sedikit berhampiran dengan laut. Kami menaiki bas dari Wada hostel ke stesen bas Guilin. Sepanjang perjalanan dapat dilihat penjaja kaki lima yang menjual pelbagai jenis barangan daripada makanan, sayur-sayuran sampailah ke pakaian dalam pon ada dijual di kaki lima. Sampai je di stesen bas Guilin, ...