Food Hunter: Rumah Makan Cibiuk, Kajang - Selera Masakan Sunda
Assalammualaikum!!! Sekarang ni dah masuk dalam 10 hari terakhir Ramadhan , amacam semua? Rasanya masing-masing dah tak sabo-sabo nak raya la tu... jangan dilupa, kejar juga pahala puasa di sepuluh malam terakhir ni yer. Zakat fitrah dah bayar ke? Kat Selangor ni masa aku bayar semalam harganya RM 7 sekepala. Bayarla zakat tu sebab ianya perkara wajib bagi yang mampu, untuk membantu pada yang memerlukan. Ok nak cerita pasal berbuka puasa. Haritu, ada sorang member kat opis ni memperkenalkan satu restoran yang bagi aku sangat best untuk bersantap bersama keluarga dan kawan-kawan. Bagi sesiapa yang teringin nak merasa masakan Sunda (salah satu bangsa di bahagian Jawa Barat, Indonesia ) boleh la cuba datang ke restoran ni. Nama restoran yang aku maksudkan ni adalah Rumah Makan Cibiuk ! Dengan tag line "Rajanya sambal" memang sesuia la sangat sebab di rumah makan (restoran) ni disediakan pelbagai jenis sambal (sambal belacan, sambal halia, sambal mangga dan lain-lain)...