Bangkok Shutdown (Part 4) : Swiss Sheep Farm, Cha Am

Assalammualaikum! Haha bertabahlah korang tunggu dan baca entry Bangkok ni sebab memang mood dia kena buat tarian dulang baru boleh datang. InsyaAllah akan cuba habiskan secepat mungkin. [ Sambungan dari Episode 3 ] Ok setelah habis satu pusingan meneroka Santorini Park di kala panas mentari dan rasa dahaga teramat, maka kami pun bersetuju untuk meninggalkan tempat tu dan pergi ke destinasi seterusnya yang terletak beberapa kilometer saja dari lokasi Santorini Park tu, iaitu Swiss Sheep Farm, Cha Am. Ha dengar nama pun dah macam kat Swiss kan? Apa lagi ayuh kita ke sana!! Sekejap, sebenarnya macamana nak pergi ke Swiss Sheep Farm tu? Nak jalan kaki? Giler ke apa nak jalan kaki berkilo meter tengah panas merentas highway? So kami pun duduk la termenung depan pintu masuk Santorini Park tu sambil berfikir kekdah terbaik untuk ke Swiss Sheep Farm. Akhirnya kami membuat keputusan untuk jalan kaki ke jalan utama dan tunggu kalau-kalau ada teksi menjelma. Alha...