2014-04-28

Royal Belum Adventure With TA And Friends (Part 3): Air Terjun Sungai Ruok Dan Pulang.

Assalammualaikum!!!

Hujung-hujung minggu ni ramai pulak orang buat kenduri kendara, kawinkan anak kan. Penat weh minggu lepas sekali tiga kenduri kawin kazen sendiri nak kene attend. Maka terpaksa la pulak bahagi-bahagi badan sekejap kat utara sekejap kat selatan demi menjaga hati keluarga... itu lebih penting. Esok-esok aku kawin diorang jugak yang nak datang memeriahkan suasana tak gitu?

OK... Mood untuk apdet cerita Royal Belum masih bersaki baki lagi, so ayuh kita teruskan perjalanan cerita yang tak seberapa ini. 


Alhamdulillah, boleh tahan nyenyak jugakla tidur dekat atas bot ni waima beralaskan sleeping bag dan berbantalkan kusyen sahaja. Lepastu tidur bawah hammock Cawan pulak tu, buatnya dia jatuh tergolek, habis aku kene himpap. So pagi-pagi tu selepas solat subuh, kami pun ronda-ronda la kawasan sekeliling basecamp Sungai Tiang tu. Tinjau-tinjau sebelah atas sampai le ke hujung... lepas tu tak berani nak terus ke belakang, maka turun balik ke rumah bot.

Suasana pagi di Kem Sg Tiang. Masa ni lebih kurang 7 pagi.
Tansree Coco tengah buat apa la tu kan????
Ooooo tengah tangkap gambo Hang Dhamin!
Sambil diperhatikan oleh pasangan Zaraab dan Fadh.
Sementelaah Icam Si Pengembara Tumpangan tengah mamai baru bangun tido kot?
Dr. Shahrule dan tansree Coco tengah Interview Encik Helmi.
Kelihatan kampung Orang Asli kat pulau seberang.
Kat dapor pulak, akak-akak tukang masak (staf BOA) tu tengah sibuk memasak untuk breakfast kami pagi tu. Alhamdulillah, mantap sungguh makanan-makanan yang dihidangkan, ada nasi lemak, nasi goreng, dan roti-roti juga disediakan. Pendek kata memang takkan lapar la duduk atas rumah bot tu, makan minum kami semua terjaga.... alhamdulillah.

Lepas dah siap bersarapan, kami pun  terjun lagi ke dalam tasik! Hahaha kengkononnya mandi pagi la kat dalam tasik tu, senang tak payah nak berebut bilik air nan satu di atas rumah bot tu. Sebenarnya kat atas basecamp Sungai Tiang tu bukan main banyak toilet cantik yang tersedia, tapi masing-masing seronok nak mandi dalam rumah bot tu. kekeke...pengalaman katanya.

Suci pun bangun pagi nak breakfast tau.
Breakfast sambil berbual ilmiah.
Apa yang diborakkan tuuuuuu?
Ok sambung balik part mandi tasik. Kami-kami je yang gigih terjun balik dalam tasik pagi tu, sementelaah yang lain (group takut mandi tasik kot) diorang ikut team BOA pergi mana tah kami pun tak tau, kata Kak Coco yang tetibe berpaling tadah join group gadis-gadis remaja, mereka dibawa pergi tengok pokok besar!) So tinggallah kami yang gigih mandi tasik ni terkapai-kapai mendayung rakit di tepi rumah bot... (rasakan, siapa yang ikut pegi tengok pokok besar tu kene gigit pacat! HAHAHAHA gelak jahat). Masa ni pulak Kakak Santek tengah demam dan baring atas bot sebab gigih sangat angkut Suci naik atas bukit tengok Rafflesia mati, manakala suami tercinta dan anak-anak join anak-anak dara pegi tengok pokok besar, alhamdulillah Kakak Santek kata dia redho. 

Masa ni Kak Lily tengah diinterview...Wah glamer ok masuk TV!
Shahrule dah macam buat aktiviti kemasyarakatan sangat dah.
Tu dia aksi terjun dari Hang Dhamin. Na pulak tengah menggayakan aksi amik gambo.
Na puas hati gamaknya dapat amik gambo Hang Dhamin.
Gambar wajib: "tersadai di penjuru rakit"
Lama jugak la kami berenang-renang di tepian dekat sejam lebih jugak, sementara menunggu mereka-mereka yang pergi tengok pokok besar tu. Bila semua dah balik ke bot, kami pun dibawa ke destinasi terkahir untuk program lawatan kami yakni mandi di Air Terjun Sungai Ruok (mula-mula baca macam Are You OK?) yang terletak lebih kurang 1 jam perjalanan dari Kem Sungai Tiang. Makanya kami yang mandi tasik tu memang malas dah la nak tukar-tukar baju, just duduk je bertenggek kat bot sementelaah menunggu masa ke Air Terjun Sungai Ruok.

Ayuh ke Air Terjun Sungai Ruok.
Lepak-lepak.
Dalam perjalanan menuju ke Air Terjun Sungai Ruok, Encik Helmi (salah sorang daripada team BOA) telah bukak kelas photography! Untuk pengetahuan semua, Encik Helmi ni adalah seorang photographer professional dan pernah jual gambar dia dengan nilai RM 20K! Ha ko ada? Takde kan hehehe, aku pun takde. Makanya bagi memenuhi masa lapang sepanjang perjalanan tu, Encik Helmi tu pun bagi la sedikit ilmu mengenai composition ... alhamdulillah baik sungguh beliau.

Encik Helmi tengah bagi ilmu kat kami, sementara Hang Dhamin sibuk betul rambut dia.
Sedar tak sedar, akhirnya rumah bot kami pun berhenti di pinggir-pinggir kayu tunggul mati. Nak meneruskan perjalanan ke Air Terjun Sg Ruok kene pulak naik bot kecik memandangkan rumah bot kami tu tak boleh dah nak lalu kat situ. So ada la beberapa trip kami di bawa ke destinasi. Seronok weh naik bot sambil tangan cecah air dan lalu tepi-tepi paya. 

Ok rumah bot dah tak noleh masuk dalam tu, so kene naik bot kecik.
Bot yang bawa kami ke air terjun.
Kena tinggal sebab lambat sangat bersiap hahaha.
Afif yang tak lekang dengan joran dia...
Cawan.
Cawan lagi...dengan kemera underwater dia katanya.
Aqilah dan Mami Aqilah.
Rumah bot yang lain, yang jenis ni banyak bilik.
Pelawat dari rumah bot lain gamaknya.
Akhirnya kami pun sampai la ke tebing. Dari tebing tu, kena pulak jalan kaki dalam 10 ke 15 minit untuk ke air terjun. Nasib baik tak payah mendaki macam nak tengok bunga Rafflesia semalam, kali ni trek hanya landai dan perlu naik tangga beberapa meter saja. Dari jauh dah nampak air terjun tu, memang cantik la dan malangnya air sungai tu agak keruh... so nak mandi agak was-was pada mulanya.

OK dah sampai tebing.
Ayuh meneruskan perjalanan. Miss B dengan gaya urbannya.
Air terjun nya rendah aje
Dedaun keguguran
Nasib baik tak payah nak mendaki tinggi.
Lepas tu aku terpandang la kat tepi tebing sungai tu... nampak ada batu-batu tegak berdiri atas batu-batu lain. Haaa sudah, aku ingat tu kubur ke apa benda mistik ada kat situ... tenung la jugak dari jauh. Last-last rupanya batu-batu tu disusun sendiri oleh orang-orang yang datang kat situ. Cis panik sekejap. 

Batu berdiri.
Bila dah lama tenung air tu, tak boleh jadi...memang kene mandi jugak. So kami pun terjun je la dalam sungai... sejuk giler airnya. Dan yang penting sungai tu dalam giler weh! Tak jejak kaki! So silalah pakai life jacket untuk keselamatan. Nasib baikla aku pandai berenang kuak dada hiks.

Mau terjun? Kami punya Jurumudi kapal nak terjun tiruk.
Sedia???
Lama jugak kami kat air terjun tu, lebih kurang sejam lebih jugak. Lepas dah habis mandi, kami pun balik semula kat rumah bot kami. Sampai je makanan tengahari dah tersedia! Wahhhhh memang tak sangka dapat makan tengahari, sebab dalam itinerary takde tulis pon pasal lunch! Ni yang buat sayang lebih kat team BOA tu hehehe... Alhamdulillah banyak lauk yang akak tu masak, tetibe macam terharu pulak sebab semuanya masak on the spot atas bot tau, bukan ada import dari kampung-kampung Orang Asli berdekatan! (Eh ke ada import tapi kami tatau? Hahahah tak kisah la janji sedap). Dan yang best lagi, ikan Toman yang diorang tangkap semalm tu, akak tu buat masak lemak cili api! Terbaik!

Ayuh bergambar reramai. (Gambar oleh BOA)
Tudia tansree gigih.
Bila selesai makan, kami semua berkemas-kemas dan bot pon bertolak balik ke Jeti di Lembah Belum. Rasa macam sekejap sangat masa berlalu, dan rasa macam seronok pulak hidup tanpa internet dan talifon hahahaha, tapi untuk dua hari ok la takde internet dan talifon, kalau sebulan aku tak sanggup! Hahaha.

Inilah kami! 
Kami tiba di Jeti Awam Pulau Banding lebih kurang jam 3.00 petang. Masa tu hari dah gelap dah, nak hujan. Nasib baikla, sepanjang kami kat atas bot tu takde hujan lebat sangat, cuaca sangat elok dan best. Alhamdulillah.Selepas bergambar secara berjemaah dan memunggah barang-barang masuk kereta, kami pun bergerak meninggalkan Jeti Awam...sedih jugak sebab tak tau bila lagi akan sampai ke situ.

TA and friends!
Sebelum gerak balik ke Kuala Lumpur, kami sempat lagi singgah kat Kuala Kangsar, untuk makan laksa telur goreng kat kedai faveret kami yakni Kedai Laksa Pokok Limau yang terletak di tepi jalan menuju ke Bota. Memang the best la laksa tu, kalau tak percaya silalah cuba, Google je nama Laksa Pokok Limau kat Kuala Kangsar mesti ada orang dah pernah blog about it, including me... kalau Google pon malas memang tak reti la aku nak tolong. (Bukak blog rajin pulak kan?) hikhikhik.

Ok, malam tu aku sampai Putrajaya pukul 1230 malam kot, dah masuk hari lain ok. Sharule pulak nak terus balik JB katanya, so gigihla dia terus gerak malam tu jugak. Alhamdulillah berakhir kisah Royal Belum kami. Takde la hebat mana pun, tapi memang best sebab pergi bersama kawan-kawan yang kita suka, kawan-kawan yang kalau kutuk kau-kau depan-depan pun takde nak melatah dan takde nak sentap sana-sini. Itu quality yang kami cari. Ok sehingga ke trip yang lain pula... 

POST TAG:

WASSALAM.



26 comments:

  1. heyyyy! lambai dari kejauhan je~

    ReplyDelete
  2. Wah...gigit pacatlah best...macam ada orang mengurut kita...hihihi

    ReplyDelete
  3. Nak gelak je rasa.. Td dh komen kat tansree.. Ni kt ko kena pendek2 la katanya save energy hahaha...Royal Belum best, tak serupa tanpa korg dan korg dan korg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Chawana

      Iya kalau pegi sensorang xda nya nak seronok. Kena pg dengan kawan2 jugak baru ko rasa bermakna mandi tasik, daki bukit ko tu.

      Delete
  4. Tamat sudah akhir nyer..

    Wahhh.. canteknyer gambar royal belum.. mengalahkan Swiss.. hiks...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pae

      Hahahaha over nau kalah swiss HaHaHa!!!

      Delete
  5. jaga jaga akak datang nak komen

    gambar pertama...bersungguh2 rupanya tansree imbang badan lalu atas titi kayu? OMG...

    gambar seterusnya...err...tansree tu cun rupanya eh???(walaupun digigit pacat..dia masih nampak cun..)

    (aaaaaaa...hahhaha...)

    trip nih memang best dgn kwn kwn kwn best!!!!





    ReplyDelete
    Replies
    1. Tansree

      Iya tansree kan kurus boleh imbang2 badan

      Haaaaaaaaa

      Delete
  6. Meriah u ouls like one big family

    ReplyDelete
  7. Akhirnya Sudah juga cerita Belum ni... best, best...

    ReplyDelete
  8. haaa boleh la kakak santek copy paste! yg pasti kakak santek tak copy kat google jadik wiki wiki okeh..

    pertama2 kakak santek redho papi dikelilingi anak2 dara

    keduanya anak2 dara tu tau papi ada extra baggage iaitu anak dua

    ketiga2.. pae ckp kalu senang touching ala2 sensitip boleh panggil di bunga raflesia

    keempatnye kakak santek rasa HD menurun ilmu, cuba nak masukkn dalam kepala dia dgn cpt

    kelima nya.. terima kasih presiden sbb meluangkan masa dating besday party.. terbaek.. ini lah yg kami mahu! hidup presiden!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ely

      Hamboi kakak santek panjangnya komen.

      Iya nanti kita buat trip lagi ye. InsyaAllah teruskan mengundi! HaHaHa!!!

      Delete
  9. Duduk seminggu dengn Encik Helmi tu belum tentu dapat belajar semua basic dari dia.. ( kenapa Hang Dhamin sibuk nak betul kan rmabut tu hahahaaa.. )

    Baru perasan pagi tu semua pakai sweater.. sejuk kot hahahaa :D rasa nyesal pulak tak join mandi pagi tu.. sebba ingta boleh angkat sekor dua ikan huhuuu.. :P

    Jangan la sebut toman jer.. ikan yang say pancing malam tu pun ada dalam masak lemak tu hahhaa :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tt

      Yet terpaksa duduk bebulan2 untuk belajar dengan en helmy tu.

      Pagi tu mmg sejuk, kami ni tak biasa cuaca sejuk macam kat afrikansana tu HaHaHa!!! .

      HD mmg suka main rambut kekeke

      Delete
  10. bab batul tuh i agree, memula suspen giler.... mistik sangat. panic worrr.....

    ReplyDelete
  11. Ommmooooooo!! BOTA adalah kampung saye..hehhehe..(buat lalu lintas tibe2 kat sini..)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Miss

      Lalu lalang tu tak lajak sampai Belum ke hikhik

      Delete
  12. Hi Ren!
    ha tu la dia!..sumpah tak penah tau pasal Belum nih..dok bace kat blog travelholicawesome ni baru tau..padahal kat Perak ja pun kat kampung halaman sendrik...ngahahha..buang negara plis!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Miss:

      Ha apa lagi ! Boleh la try lepas ni!

      Delete
  13. Macam mana kalau saya nak join trip ni dgn kwn2 kelas ye? Saya perlu refer pasal pakej ni dgn siapa? Terima kasih 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ainul:

      Boleh ke FB Belum Outdoor Adventure (BOA) than berurusan dengan admin di sana. ;)

      Delete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS