2010-02-02

Hop-On Hop-Off Kuala Lumpur Part 1

Cuti Hari Wilayah Persekutuan yang disambut tahun ini (1 Februari 2010) sememangnya berbeza dari tahun-tahun sebelum ni. Kalau tahun lepas, aku sambut cuti Hari Wilayah di Taman Alam Kuala Selangor, berpoya-poya dengan kelip-kelip Kampung Kuantan dan menerjah Red Eagle kat hutan paya bakau, tapi tahun ni memang sangat berbeza. Dah nama pun Hari Wilayah kan? So aku plan nak masuk bandar. Nak jengah Bandaraya Kuala Lumpur. Rasanya memang dah familiar benar dengan KL ni, rupa-rupanya banyak lagi tempat yang aku belum terjah!!!! Huhuhu aku ni orang kampung, so bile sesekali masuk bandar terus culture shock! wakakaka.

Edisi terjah Kuala Lumpur kali ni memang best. Dengan bertemankan Kaki Jalan, akhirnya rancangan untuk ber "Hop-On Hop-Off" tercapai juak! Pusing-pusing bandaraya naik bas tak beratap! Walaupon panas terik dengan sinaran sang mentari tapi memang best wooo. Feeling dia lain tau!. Bayangkan kalau ko naik bas tak berbumbung, lepas tu lepak atas bas sambil menembak, then meredah bandaraya pulak tu. Orang yang lalu kiri kanan bas semua tengok seakan-akan jeles dengan ko yang bersantai-mantai tu (erk ada tak perkataan ni?)....tak ker best namanya??? Hahahaha. Memang super best tau!

Ok, biar aku cerita sikit asal-usul bas HOPON-HOPOF (aku panggill bas tu macam ni). Bas setinggi 2 tingkat ni beroperasi di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur. Ada 22 stesen perhentian semuanya bermula daripada Malaysian Tourism Centre (MTC) dan berakhir di KLCC. Ada 6 buah bas semuanya (2 half-covered dan 4 lagi fully covered) dan beroperasi setiap 30 minit di setiap perhentian.

Lagi info:

Tambang: RM 19 (Dewasa) dan RM 12 (Kanak-Kanak)
(Masa aku naik tu ada promosi dari 1 hingga 7 Februari- so dapat tiket harga RM 12!!!)

Masa Beroperasi: 8.30 pagi hingga 8.30 malam (setiap hari) - bas terakhir adalah pada jam 7.30 malam.

Harga tiket adalah untuk perjalanan 24 jam. Jadi satu tiket boleh simpan selama sehari dan korang boleh la naik turun bas tu sampai muntah dalam masa yang diberi. :p

Ok, nak cerita pasal perjalanan aku. Aku bermula menaiki bas tersebut di stesyen Dataran Merdeka, bersebelahan Kelab Diraja Selangor (Stesen16). Mula-mula tak tahu jugak kat mana ada stesyen untuk bas HOPON-HOPOF ni sebab kami main redah saja. Dari station LRT Masjid Jamek, kami berjalan kaki ke Dataran Merdeka. Lepas bertanya pada akak-akak manis di kaunter pelancongan di pinggir padang Dataran Merdeka tu, akhirnya jumpalah juga stesyen kecik untuk bas HOPON-HOPOF tu. And kami bernasib baik sebab di Dataran Merdeka ada sambutan Hari Wilayah. Agak ramai juga orang kat situ dan ada juga pertunjukan pakaian seragam sedang berlangsung!!!

Bila dah naik saja bas, fuh memang atas tu Mat Saleh jer yang ramai. Kira nya aku dan Kaki Jalan saja orang Malaysia (tak termasuk driver bas dan brader pemandu pelancong). Ramahnya pemandu pelancong yang sambut kami, bila buat announcemen siap ucap welcome to All Malaysians (kami la tu) hahahha. Kami diberi simple briefing tentang perjalanan bas dan apa yang bakal disajikan.

Walaupun cuaca panas terik, tapi aku nekad, bersidai atas bas tu sambil menembak. Huhuhu memang best la. Bila dah separuh perjalanan ada la lagi beberapa orang Malaysia dan pelancong asing yang naik. Kiranya dah ramai la time tu. Paling best bila bas tu redah Petaling Street, masuk celah-celah lorong. Suasana huru-hara kat Petaling Street memang best tambahan pula time dah dekat Chinese New Year!

Aku meneruskan perjalanan ke Central Market, Stesen 9. Dah lama jugak tak ke CM. Kat sana, aku ambil lunch dan merayau-rayau di sekitar CM. Memang puas hati, bile lagi kan nak merasa merayau-rayau macam ni.

Banyak lagi tempat yang aku pergi. Naik turun bas dan meredah sana-sini di sepanjang 22 stesen. Merasa la jugak naik 3 bas HOPON-HOPOF tu. Perhentian terakhir aku di Bukit Bintang sebelum mengambil monorail dan LRT ke Bukit Jalil (sebab aku park kereta kat situ). Sampai rumah je dah pukul 9.30 malam. Penat tapi puas! Rasa macam nak try sekali lagi la naik benda tuh!!!!

Erk..something missing here..Oh ya aku lupa nak citer pasal tempat-tempat rondaan aku sepanjang ber HOPON-HOPOF. Next entry lah yer!.

Layan gambar dulu... ٩(͡๏̯͡๏)۶ ٩(-̮̮̃•̃)۶ ٩(×̯×)۶

PEACE!~




Sambutan Hari Wilayah - Perbarisan Kadet Bomba






Keadaan dalam bas.



Brader tour guide sedang sebok melayan pelancong...









2010-01-31

Lepaque!

Minggu lepas, lepas kerja aku bergegas ke Impiana Hotel KLCC untuk berjumpa Acid and his family. Mak dan abah dia pon ikot sekali lepak-lepak kat hotel. Lama betol tak jumpa si Acid ni, maklumlah masing-masing busy. Sementelaah dia ada urusan kerja di KL, maka sempat jugalah kami curi-curi masa berjumpa. And lagi best sorang lagi geng pon join, Aiman.

Walaupun masa jumpa tak lama, tapi dapat juga share berita-berita terkini. Adoi, bila dah duduk jauh-jauh macam ni, teringat pulak zaman-zaman masa sekolah menengah dulu. Kami memang satu geng! Apa pon, masa berjalan begitu pantas, dan alhamdulillah kami semua berjaya menjadi 'seseorang'. Thanks to the bitter-sweet memories. Kalau kenangan-kenangan itu tak ada, mungkin kami tak capai apa yang kami capai sekarang ini.

psst: Kalau Fdean pon ada jugak kan best...baru lengkap forum kami. ;p
٩(͡๏̯͡๏)۶ ٩(-̮̮̃•̃)۶ ٩(×̯×)۶

PEACE~






2010-01-25

Projek Teater: Makyong Anak Raja Dua Serupa

Semalam aku nonton Makyong, judulnya Anak Raja Dua Serupa. Kalau tahun lepas, persembahan Makyong di Istana Budaya hanya di Lambang Sari, tapi tahun ini Anak Raja Dua Serupa dipentaskan di ruangan yang lebih gah iaitu Panggung Sari. Kalau set dah besar, maka para pelakon dan pemain Makyong nya pon bertambah ramai juga. Set juga lebih cantik dan memukau.

Sebetulnya, aku bukanlah peminat Makyong, tapi rasa ingin tahu dan semangat untuk menyokong karya tempatan telah membawa aku untuk menonton persembahan Makyong kali ini. Kebanyakan pelakon adalah orang yang sama dengan para pelakon, Raja Besar Senyanya tahun lepas.

Makyong, secara tradisinya dipentaskan dengan menggunakan loghat bahasa Pantai Timur, jadi bagi aku ianya agak sukar untuk memahami dialog dan jalan ceritanya. Mujur ada LCD skrin yang menunjukkan jalan cerita serba ringkas. Sepatutnya pihak IB menyediakan terjemahan lengkap dialog apa yang dituturkan oleh pelakon. Mungkin dengan cara itu lebih ramai yang akan menonton Makyong.

Jadi, kebanyakan masa digunakan untuk mendengar dengan teliti apa yang dituturkan, dan 70% memang aku tak paham. Geng projek kali ini adalah Deennasour, Kaki Jalan dan Cik Hajjah. Masing-masing bukan orang Pantai Timur. Hahaha layan saja.

SINOPSIS

Anak Raja Dua Serupa mengisahkan perpisahan dua beradik kembar iaitu Iras Kesuma dan Alam Kesuma yang berpisah semasa kecil. Iras Kesuma telah berpisah dengan adiknya Alam Kesuma akibat diculik oleh Raja Lanun. Apabila telah dewasa, Iras Kesuma telah meminta izin dengan ayahandanya untuk pergi mengembara sambil menambahkan pengalaman melihat dunia luar bersama rakyat jelata. Iras Kesuma yang telah berkahwin dengan Puteri Mayang Sari terpaksa meninggalkan isteri tercinta demi memenuhi hasrat dan impiannya.

Pada masa yang sama juga Alam Kesuma telah meminta izin Raja Lanun untuk mencari ayah kandungnya sebelum dia dikahwin dengan Puteri Hitam Sebelah anak kepada Raja Lanun. Beliau berjanji akan kembali semula kepada Raja Lanun setelah bertemu dengan ayah kandungnya.

Semasa dalam pelayaran, Iras Kesuma dan anak-anak kapal singgah dan berlabuh di sebuah pantai yang dikuasai oleh Raja Lanun. Apabila Raja Lanun dimaklumkan tentang terdapat sebuah kapal berlabuh di kawasan perairannya maka beliau begitu marah lalu mengarahkan pengikut-pengikutnya menyerang kapal tersebut. Namun setelah melihat Iras Kesuma, Raja Lanun menyangkakan Iras Kesuma adalah Alam Kesuma dan menuduh Alam Kesuma telah belot kepadanya lalu ditawan Iras Kesuma serta anak-anak kapal yang lain. Maka bermula rintangan dan cabaran Iras Kesuma dan Alam Kesuma dalam riwayat kisah cerita makyung.

IB
Entah kenapa, aku rasa persembahan Makyong kali ni macam lambat je nak habis. Dua setengah jam persembahan dan rata-rata pengunjung yang datang menyaksikan persembahan malam tu adalah disponsor oleh syarikat-syarikat tertentu. Apa-apa pon, projek teater aku untuk tahun ni dah bermula!! Masih banyak yang menanti.

PEACE!





2010-01-19

Kelip-Kelip Kampung Kuantan (Ngintai Kuala Selangor Juga)

Haritu, bile aku congak-congak balik jadual aku bulan Januari ni, rupa-rupanya aku belum balik kampung melawat ayahanda dan bonda tercinta lagi!!!! Terus aku decide untuk balik kampung minggu lepas. Bukan susah sangat nak balik kampung, start enjin keter, cabut!!! Senang kan? Tak payah susah-susah nak beli tiket kapal terbang, nak balik jauh-jauh menyeberang laut bagai hahahaha...(sorry ler untuk sesiapa yang berkenaan, dah naseb kampung aku dekat...jangan ler jeles!)

Macam biasa bile dah balik kampung, bukan mak bapak je yang aku terjah, kengkawan lama pon terjah jugak. Alhamdulillah sihat-sihat semuanya. Antara yang diterjah minggu ini adalah Fdean! Walaupon kerapkali dia ke KL, tapi susah sangat nak jumpa dia, macam-macam program. Tapi akhirnya sempat jugak berjumpa dengan Fdean nih.

Balik kampung bukan reti nak duduk kat rumah, tak habes-habes aku merayap jugak. Sampai ke Kuala Selangor tuh! Dasat~ serupa macam nak balik ke KL semula jauhnya. Tapi dengan geng punya pasal, sanggup la meredah sawah bendang, pokok getah dan menyeberang Sungai Bernam. Sebenarnya, ekspedisi minggu ni adalah "Bermain Kelip-kelip di Kampung Kuantan!". Terus aku teringat lagu Imran Ajmain, entah apa entah tajuk dia...yang aku ingat dia siap bersajak masa awal lagu tuh. Macam ni la lebih kurang bunyinya;-

"Kelip-kelip ku sangka api...Kalau api mana sumbunya?"

Hahahah sangat berkaitan entry ini dengan sebaris ayat itu kan? Yup, ianya mengenai Kelip-Kelip Kampung Kuantan. Entah macaman, tetibe pulak kami ter'plan' nak menerjah Kampung Kuantan untuk menyaksikan serangga ajaib tuh. Bagi aku ni merupakan kali ke tiga aku ke sana, manakala si Fdean pulak baru first time kot???

Kami bertolak dari Kampung Tali Air 6, Chenderong Balai (rumah Fdean) dalam pukul 2.30 petang. Sebelah pagi tu berjam-jam jugak aku menemakan cina bengkel keter sebab servis kereta kesayangan aku tuh!

Perjalanan petang tu memang sangat lancar, jalanraya pon tak jem, tak banyak kereta. Kiri kanan jalan pulak sawah padi yang terbentang luas. Sempat jugak singgah di Sungai Besar (huhuhu kampung ayah aku) untuk pekena ABC. Malangnya kedai ABC yang dikatakan sedap oleh Fdean tu tutup! Hampeh, terpaksalah pekena ABC kat Tonggak 10 (sape-sape orang Sungai Besar tau la tempat tu). Huh menghirup ABC sambil dihembus angin sepoi-sepoi bahasa! Nyaman sehhhh. Hajat hati nak jugak singgah rumah nenek, menjengok beliau. Tapi bila lalu depan rumah nenek, tengok sunyi sepi jer, tengah tido agaknya, terus kami pecut ke tempat lain. Huhuhuh sorry yer granny, lain kali singgah lagi.

Sepanjang perjalanan kami sempat melalui jalan sawah. Padi time ni dah nak masak! Memang mabeles pemandangan ketika itu! Suka!

Dah dekat 2 jam perjalanan akhirnya kami tiba di Pekan Kuala Selangor. Masa tu still awal lagi. Pukul 6.00 petang. Kelip-kelip tu pon agaknya baru siap2 pakai costume nak beraksi malam nanti. So kami pon ter'panjat' lah Bukit Malawati. First time nih naik kenderaan yang macam bas kat zoo tu, naik Bukit Malawati. Sebelum-sebelum ni aku naik kereta atau jalan kaki je. Tambang dia pon murah, RM 2 per kepala untuk dewasa. Untuk kanak-kanak aku tak tanya pulak.

Kat atas bukit tu apa lagi, kami diserbu oleh monyet-monyet dan beruk-beruk yang excited jumpa manusia! Comel pulak depa tuh. Hahahha. Kat atas Bukit Malawati tak lama, setengah jam kemudian kami turun semula. Then we dicided to have dinner. Better dinner dulu sebelum bermain-main dengan kelip-kelip tuh! Kami singgah kat sebuah kedai makanan laut di simpang traffic light menuju ke Kampung Kuantan. Nama kedai tu apa ntah, tapi ada Tomyam dihujungnya.

Memandangkan kami teringin nak makan seafood, so teroder jugaklah tomyam seafood yang tak berapa sedap. Tapi belasah je la sebab dah lapar. Lepas habis makan, kami terus bertolak ke Kampung Kuantan. Smpai di sana around 7.45 pm. Solat maghrib dulu kat surau sementara yang dibina betul-betul kat pintu masuk tempat kelip-kelip tu. Surau asal tengah renovate. Habis solat, kami terus masuk ke kawasan kompleks. Tiket per sampan adalah RM 40 ringgit. Alamak, kami hanya dua orang, bermaksud kena bayar RM 20 sorang ler??? Tak boleh jadi, akhirnya kami mengambil langkah drastik untuk mencolek satu pasangan pakcik dan makcik dari KL yang datang berdua. Huh lega, cukup 4 orang. Heheh jimat ler sikit.

Dan ekspedisi mengintai Kelip-kelip pon bermula. Subhanallah...walaupun dah kali ketiga aku datang sini, tapi aksi-aksi diorang tetap dapat mengkagumkan aku! Sangat indah ciptaan Allah. Unik dan sukar ditemui di tempat lain. Pakcik pendayung sampan tu cakap, dalam ramai -ramai pelancong asing, pelancong Jepun yang paling ramai datang ke situ. Mereka sangat kagum dengan kelip-kelip! Apa taknyer, kat tempat diorang bukan ada pon menatang nih! Syukurlah kita masih memiliki khazanah alam yang sangat bernilai ini.

Kagum aku lagi bila terpandang salah seorang pendayung sampan di situ. Seorang Makcik ok! Huh gigih betol makcik tuh. Tak pernah pulak aku jumpa makcik yang mendayung sampan kat situ sebelum nih! Memang aku respek giler. Tapi sayang tak sempat nak jadi penumpang makcik tuh...

Habis tengok kelip-kelip, kami terus bertolak pulang semula ke Perak. Penat tu jangan cakap ler, tapi takper asalkan puas berjalan dan melihat acara dunia. Lain kali nak try datang sana lagi dan jadi penumpang kepada makcik itu!. hehehe


PEACE!~



















POPULAR POSTS