2012-02-22

Sami's Rainbow Party!

Assalamualaikum!!!

Kembali bersiaran. Hari Sabtu minggu lepas, aku telah ditugaskan untuk menjalankan satu misi penting di Majlis Hari Jadi Sami, anak teruna Ely Hasrul yang lebih popular dipanggil Kakak Cantek di kalangan blogger-blogger Travelholic. Tapi sebelum tiba di hari kejadian, berminggu-minggu sebelum tu, Kakak Cantek dah warning awal-awal, gambar kene cantik, bagi nampak kurus, dan beberapa sayarat wajib lagi yang agak kelakar tapi disuarakan dengan nada tegas!

Huh tensi tau! Rasa nak hantuk-hantuk kepala kat dinding...huhuu tapi demi Kakak Cantek, saya akan cuba sedaya upaya merialisasikan keinginan ibu mengandung. Hehehe. Tema hari jadi Sami ni best tau, Rainbow Party katanya...sebab tu semua dalam rumah tu colorful!.


Tuuuu dia gambar pembukaan..anak sapa la ni...rajin dan sopannya dia...kalo jumpe kat mana-mana Giant atau sopink kompleks silalah tegur beliau...sangat peramah dan baik hati ye.
Ni semua hasil sentuhan kreatif Sami ye, dibantu Kakak Cantek.

Ok sebelum tu, aku MasMZ dan Kak Coco dah plan nak datang awal ke rumah Kakak Cantek. Kengkononnya nak tolong apa yang patut la, maklumla, ibu mengandung tak boleh buat kerja berat-berat, cepat mengah. Kami sampai pukul 12:00 tengahari, awal tak? Padahal majlis dijadualkan pukul 2:00 petang. Sampai-sampai rumah Kakak Cantek je, kami kena siang ikan, parut kelapa, rebus telur dan tanak nasik (ok aku tipu je hehehe), kami memotong buah-buahan dan mencucuk marshmallow untuk dimakan bersama dngan curahan coklat dari choc fountain! Ha giler ko, siap ada choc fountain! Sebenarnya ada la beberapa orang yang janji nak datang awal tolong cucuk marshmallow, tapi janji tinggal janji hahaha nasib baik Kakak Cantek tak jadi cucuk mata diorang dengan lidi satey, kalau tak...haru! Hehehe.

Aqilah.....
Start je pukul 2:00 petang, orang-orang yang dijemput pon datang sikit demi sedikit. Makanan utama, semestinya Rainbow Cake yang boleh buat orang jatuh centa pandangan pertama! Di samping itu ada jugak nasik ayam yang sedap dan beberapa makanan ringan yang lain. Simple tapi sedap. Oh ya, ada jugak candy bar disediakan. Si Aqilah, buah hati pengarang jantung Chawana tak habis-habis ulang-alik pergi candy bar tu...aboi dah pandai sekarang ye Aqilah....comel.

Candy Bar!!
Aqilah suka candy bar, ada kemera comel Hello kitty dan pandai posing!
Geng-geng Travelholic pon ramai yang datang, kehadiran hampir 100%! Ha best kan...bile dah jumpa tu memang tak habes-habes la buat senaman mulut! ada juga aktiviti permainan sand art disediakan...Aku yang tak pernah main ni pon sibuk jugak nak try! Bukan aku sorang ye, ramai lagi yang cuba hahaha.

Rainbow Cake....Menjadi idaman ramai!
Tengok la tu dia punya layer! Siap lain-lain rasa pulak tu...mengancam!

Pulut kalerful with rendang didalamnya.....angka 4 menandakan Sami dah 4 tahun!
Tengah syok-syok bersembang, ada pulak kejutan! Wah tak sangka minah yang popular dengan blog Backpacker Busuk tu pon terjah party Sami! Gile ko, retisssss tu!!! Bukan main lama kami plan nak jumpa, akhirnya dapat jugak jumpa dengan Fatt. Kepoh masing-masing, siap ada yang terngaga mulut bile nampak Fatt hehehe. (you know who you are kan?).

Kanak-kanak remaja bermain sand art.
Makan...sembang...makan....sembang......
Nak buat komik macam diorang buat. hehehhee Layannnnn
Sami happy gile hari tu, ye la macam-macam hadiah dia dapat. Dalam pukul 6.00 petang, kami semua beredar dari rumah Kakak Cantek. Tapi sambung pulak lepak kat rumah Chawana, hahah gigih masing-masing macam tak pernah jumpa. Memang kepoh habis la malam tu....kami diskusi pasal trip mega kami pertengahan bulan tujuh nanti! Fuh tak sabar pulak rasanya....

Dah tak sabar nampaknya nak tiup lilin!
One happy family!~
Ok lah, aku nak sambung kelas, ada kursus pulak minggu ni. 

WASSALAM.

2012-02-20

Korang Tak Resized Gambar?

Assalamualaikum!!!

Sejak dua menjak ni aku rajin la jugak menerjah blog-blog orang lain, terutamanya yang banyak info dan gambar menarik. Tapi aku notice sesuatu, kebanyakan blog yang ada banyak gambar ni, kebanyakkannya berat, lambat nak loading dek kerna kapasiti gambar yang besar (tak resized), template yang berat mahupun terdapat gejet-gejet seperti aplikasi music/lagu yang diletakkan di blog masing-masing.

Blog yang berat ni merupakan satu sebab kenapa aku tak suka nak ulang-alik masuk ke situ. maklumla, aku online pakai broadband atau lebih dikenali sebagai berokben cap ayam yang lembab dan menyakitkan hati. Jadi bila masuk ke blog-blog yang berat ni maka berejam-jam la nak kene tunggu dia loading (ok tipu, takde la sampai berejam). Lainla kalau pakai internet provider yang canggih manggih macam unifi ke, streamyx ke, kompom la laju. Malangnya kebanyakan manusia seperti aku hanya dapat pakai berokben je....

Ok, sebenarnya aku nak bagitau yang me-resized gambar tu sebenarnya sangat penting! Terutamanya untuk pengguna blogspot macam aku. Sebab setiap account diberi kapasiti simpanan storage sebanyak 1GB je secara percuma. Untuk makluman jugak, setiap gambar yang kita upload dalam blog kita akan disimpan di dalam Picasa Web Album. Kalau kite tak resized gambar-gambar yang kita upload di entry-entry kita, lama kelamaan memory account kita akan penuh dan kita tak dapat nak upload gambar lagi!!! *Nampak tak implikasinya kat situ? Melainkan kite terpaksa sewa storage sebanyak 20GB dengan bayaran USD 5 setahun. (*betol tak John? - kalau aku tak silap la).  

Berikut adalah senarai harga untuk sewaan storage capacity:-

Paid storage

If you run out of free storage for Gmail, Google Docs, or Picasa Web, you can purchase additional storage that is shared across these products. Choose from the following storage plans:
  • 20 GB - $5/yr
  • 80 GB - $20/yr
  • 200 GB - $50/yr
  • 400 GB - $100/yr
  • 1 TB - $256/yr
  • 2 TB - $512/yr
  • 4 TB - $1024/yr
  • 8 TB - $2048/yr
  • 16 TB - $4096/yr
 * Sumber - Google.

Beberapa orang blogger yang aku kenal dah pernah mengalami masalah ini akibat tak resized gambar (You know who you are ngeh ngeh). Jadi untuk memudahkan kite dan juga para pembaca blog, silalah resized gambar-gambar yang korang nak upload. Tak susah pun, banyak software yang boleh digunakan. Macam aku, hanya satu je pilihan terbaik iaitu Photoscape!!! Macam-macam ada!

Ok, sekadar berkongsi pendapat... Kalau taknak terima pon tak apa. Ada aku kesah? ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ "̮ .

Psstt: kalau memory storage dah penuh, try delete gambar-gambar dalam account tu. Tapi implikasinya, gambar itu takkan appear dalam entry anda lagi! Melainkan kite tukar gambar2 bersaiz besar tu dengan gambar yang dah resized, (masalahnya rajin ke korang nak edit balik berpuluh-puluh entry lama?) ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ "̮.

Pssstt2: Size ideal gambar yang di resized sebaik-baiknya 600 ke bawah. Gambar still jelas kalau kita publish dalam blog!  

Pssttt3 : Teaser Birthday Party Sami dan perjumpaan mengejang Travelholic selepas ini.

Aqilah!! Buah hati pengarang jantung Chawanna. Teaser for birthday party Sami - Buah hati pengarang jantung Ely Hasrul.... :)

Motif? Birthday Party Sami tapi gambar Aqilah? Hahahah aku punya suka la ...lalalalala. :)

WASSALAM.


2012-02-17

Universal Studio Singapore (USS): Rombongan Cik Ro Balik Ke Tanah Air (FINALE)

Assalamualaikum!!!

Sambung dari SINI.

Ok, ok dah nak habis dah citer ke Singapore ni. Mesti dah tak lalu nak baca kan sampai 4 episode, gigih betul sape yang baca sebutir-sebutir ayat dalam entry aku yang lepas-lepas. 

Apakebenda la diorang buat ni? Baca tulisan Cina? Ya itu kepakaran Cik Maimoon.

Sesampainya di Larkin, Datin Fe'ah memang dah menunggu kami semua di surau, dan ketika itu dia tengah kekenyangan sebab dah melantak sesampainya di Larkin tadi. Lepas menunaikan kewajipan, kami semua yang berkeroncong perut sebab tak lunch dari tengahari tadi bersepakat untuk ke Restoran SInggah Selalu yang terletak di Danga Bay. Kalau tanya aku, memang sesat larat la nak ke sana, jadi urusan mengemudi rombongan kami serahkan kepada Cik Bibah...Oh Cik Bibah lagi jadi leader? Ok ok diterima, sebab beliau pernah menetap di JB selama 7 tahun katanya. Kompom tak sesat punyeeeee!

Rombongan dua kereta ke Danga Bay dari Larkin bergerak dalam jam 5.30 petang. Berpusing-pusing kami sekitar Danga Bay ke Pusat Bandaraya sebab "sesat"...katanya jalan dah lain, flyover sana-sini, tempat u-turn bawah flyover depan Tune Hotel tu pon dah kene tutup, jadi memang ke laut la nampaknya. Terpaksa pusing jauh untuk patah balik ke lokasi.

Sampai je di Restoran Singgah Selalu, masing-masing order ABC!!! Ada ABC jagung la, ABC biasa la dan ABC Special! Ada jugak yang order Fresh Orange Suam Tanpa Gula....fuh selera memasing ibarat "Menjaga Badan Sambil Menternak Lemak". Time tu memang tengah lapar giler, kecuali Datin Fe'ah yang fefiling sopan menjaga tabiat pemakanannya.

Singgah makan di Restoran Singgah Selalu....

Kacang rebus...sedap gak.
ABC pelbagai perisa..hehehe.

Lama jugak kami lepak di Restoran Singgah Selalu tu....dapat pulak SMS dari Kak Ro, yang tengah gigih bersoping kat Johore Premium Outlet (JPO), tapi semua saiz yang dia nak dah takde Entah apa penyudahnya. Dapatkah dia menyoping barang sekedai dua? Korang tanyalah dia sendiri ye.

Hampir jam 7.00 malam kami bergerak dari Restoran Singgah Selalu ke JPO. Memang ada dalam itinerary untuk singgah di JPO, saje nak nengok macamana rupanya JPO tu, kan ke baru bukak. Sampai JPO dah pukul 7.30 malam. Masing-masing eksaited la nak tengok apa yang ada kat situ, katanya murah dari harga sebenar...siap ada orang yang bercita-cita nak menghasut orang lain supaya mengeluarkan barang seratus dua untuk soping!!!!! Penyudahnya???? Orang yang menghasut tu terhasut diri sendiri untuk soping, dan kami cuma jadi pemerhati! Hahahaha...boleh tak cenggitu? 

Jom singgah JPO! Sape yang kaya raya boleh la shopping kat sini.

Dari tepi highway pun dah terang nampak bangunan JPO ni.

Jom layan gambo retis-restis JPO....Leman.
Lagi retis JPO....Aloyah.

Dan lagi retisssss JPO...Maimoon.

Antara kedai mewah yang ada....macam-macam lagi ada.



Kami bergerak dari JPO untuk ke Melaka, nak hantar Datin Fe'ah pulang ke rumah pada jam 8.30 malam. Penat gile masa tu, tapi Leman gigih memandu dengan penuh hemah sambil ditemani celoteh Maimoon dan Aloyah, aku pulak tertidur-tidur ayam hehehe. Tiba di Melaka masa tu dah pukul 11.00 malam. Kami semua singgah di sebuah restoran berdekatan dengan rumah Datin Fe'ah untuk makan malam...(makan lagi???- ha kan ke temanya "Menjaga Badan Sambil Menternak Lemak"). Alhamdulillah, murah rejeki kami dapat makan free malam tu. 

Setelah meninggalkan Datin Fe'ah dirumahnya, sambil sempat juga kami terjah Homestay Datin yang tersergam indah tu, kami pun meneruskan perjalanan pulang ke Ibu Kota. Penat memang tak boleh cakaplah, dah terhuyung hayang dah Musalmah Jenab bawak kereta. 

Eh ni macam Kak Coco? retis JPO jugak ke? Heheh bukan, gelak pon sopan je... walaupon sopan dah pernah sampai Mexico tau!!! Korang ada?
Ni pulak Cik Bibah... very talkative kalo kena gayanya hehehe.
Aku tiba di rumah pada jam 1.00 pagi dan Leman paling akhir tiba di rumah beliau pada jam 3.00 pagi, lepas tu kena kerja pulak pagi tu....gigih kan aku dan Leman, dan Musalmah Jenab! Manakala Datin Fe'ah, Aloyah dan Bibah boleh bersenang lenang atas katil sampai petang.

Begitulah kejadian 2 hari yang memenatkan, tapi bagi aku sangat seronok sebab ianya merupakan satu pengalaman yang tak dapat diperolehi dengan memetik jari. Terima kasih semua di atas pengorbanan masa dan tenaga. lain kali kita buat trip yang tak penat pulak ye.

WASSALAM.

2012-02-14

Universal Studio Singapore (USS): Rombongan Cik Ro Part 3 - Hostel dan Chinatown

Assalamualaikum!!!!

Sambungan dari SINI!

Sambil-sambil tu jom nyanyi lagu ni yer.... " Geylang Si Paku Geylang...Geylang Si Rama-Rama... Pulang Marilah Pulang, Marilah Pulang Bersama-Sama.....Lalalalal" 


Fuh gigih dari Vivo City, lepas dah semua mengisi perut makan malam di food court tempat kami breakfast pagi tadi, kami menapak semula ke MRT station di underground Vivo City, nama station tu adalah Harbourfront Station. Dari situ kami bergerak menuju ke Outram Station dan bertukar ke line hijau ke Paya Lebar Station (7 station dari Outram Station). Lama jugak nak kene tunggu tu. Masing-masing dah terjelepuk kat lantai MRT. Penat nak mampos usah digambarkan lah ye, kang pitam.

Hostel tempat kami nak pergi merebahkan diri ni namanya Betelbox Hostel, terletak di Geylang Serai. Kami ambik dorm yang memakan kos seorang SGD 20. Kira murah jugak la tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii......jauh giler dari station MRT Paya Lebar tu! Gila la kena menapak dalam 1.1 km untuk sampai ke hostel. Gigih tak kami? Dah la penat mengerah keringat kat USS, dengan tak tidur dah dekat sehari, lepas tu kena menapak lagi???? Kami memang gigih!  Jalan-punya-jalan tak jugak jumpa hostel ni. Naseb baik la Cik Dahlan ada GPS, terus folo je direction yang diberi. Gile la memasing takde buat research dulu kat mana lokasi Betelbox ni hahaha. 

Ni la rupa Hostel di Betelbox ni...Nampak tak yang macam lemari tu, tu sebenarnya bilik mandi. Hahaha.
Kemudahan-kemudahan yang disediakan.

Sambil-sambil jalan tu kami pon sempat la nyanyi-nyanyi lagu "Malammmm dingin subuh yang indah, 12 Rabiulawal yang cerah....20 April Tahun Gajah...lahirlah zuriat yang Shahadah"....lalala sempena Hari Maulud Nabi katanya....Sambil-sambil jalan tu sempat la jugak nampak "ayam-ayam" bergelimpangan mencari makan...maklumlah Geylang Serai ni memang Red Area. Hehehhe

Akhirnya dah dekat sejam menapak (eh sejam ke setengah jam tah lupa) akhirnya berjaya jugak kami jumpe hostel yang diperkatakan itu. Alhamdulillah, aku dah nampak katil nak landing je ni. Yang penting aku nak duduk katil bawah hehehe. Lepas dah urusan check-in, owner hostel tu bagi la sikit instruction....bla bla bla katanya tak boleh mandi tengah-tengah malam, takut bising ganggu orang lain tido, tak boleh buat bising...pom pang pom pang etc etc... huh kerek betol hahahah.

Dalam dorm tu ada 6 orang asing yang dah check in awal dari kami, 4 mat salleh, 2 perempuan China. Kami buat macam rumah sendiri je, depa yang terasa asing sendiri hehehe.Aku pon lepas madi kat bilik ayor kotak lemari dia tu terus la tido tak ingat dunia...penat giler... Ada diantara ahli rombongan cik Ro yang gigih bersembang kat ruangan pantri sampai tengah malam.

Buku-buku travel pon banyak.!!!
Sedar-sedar je dah pagi. Hostel tu ada inclusive breakfast dengan nilai SGD 5. Ok la tu, ada lima pilihan breakfast, kalau nak lelebih sila tambah bayaran. Secara keseluruhannya, hostel ni ok la untuk diinapi..erk ada ke ayat tu??? belasah.

Masing-masing dah lapar....
Keadaan di Cafe Betelbox Hostel
Breakfast aku....dan Datin Fe'ah.
Muka lapar sebab breakfast lambat sampai.
Dah siang baru larat nak amik gambar hostel.
Lepas habis breakfast, rombongan cik Ro berpecah kepada dua kumpulan. Ada yang nak ke Chinatown, dan ada yang nak ke Mustaffa Centre di Little India. Aku? Semestinya ke China Town sebab aku tak pernah pergi situ, tapi sebelum tu kami singgah dulu di Pasar Geylang Serai untuk pekena Kacang Phool...apa tu? Entah aku pon tak pernah makan, tapi menurut Cik Maimoon, ianya sangat sedap!!! Tapi malangnya semua kedai yang jual kacang phool dah habes... maklumla dah pukul 11 pagi. Kempunan tau!

Oh lupa, rombongan cik Ro yang ke Chinatown adalah Aku, Leman, Aloyah, Maimoon, Muslamah Jenab dan Bibah. Manakala selebihnya semua ke Mustafa Centre, nak membeli belah katanya. Hehehe.

Entah apa motif diorang ni....
Keadaan di JooChiat Road...Geylang Serai
Pasar Geylang Serai yang seumpama sebuah Muzium! Bersih dan selesa.
  
Kebab Tornado - Cik Aloyah makan, dan Air mata Kucing yang banyak aku minum.

Pe'el cik Maimoon sewaktu berjalan ke Stesen MRT Paya Lebar.
Berjalan dari Pasar Geylang Serai ke MRT Paya Lebar tak terasa jauh sebenarnya...cuma semalam mungkin sebab dah penat sangat, tu yang menyumpah-nyumpah tu. Dari stesen MRT Paya Lebar, kami menuju ke Stesen Outram dan bertukar ke line Ungu ke Stesen Chinatown. Dekat je sebenarnya. Sampai je di Chinatown, memang aku suka sebab aku tak sangka keadaanya sebegitu, terdapat deretan kedai cenderamata di kiri dan kanan jalan dan harga cenderamata kat Chinatown jauh lebih murah dari Bugis!!!! Serius! Aku suka, kalau nak beli FM boleh beli 7 untu SGD 10!!!! Gile tak murah!
 

Sambil shopping, sambil mengetik gambar...agak berbaloi sebenarnya ke Chinatown. Beberapa jam kemudian (ceh macam lama benar), kami diberitahu oleh Datin Fe'ah yang rombongan cik Ro ke Mustafa Centre dah nak balik ke Larkin menaiki bas Couseway (direct bus dari Little India ke Larkin). Kami pon kata ok je la sebab kami nak lepak lama sikit kat situ. Datin Fe'ah akan menunggu kami di Larkin, manakala rombongan Cik Dahlan dan Cik Hamid kena bergerak awal ke Kuala Lumpur sebab ada urusan.

Musalmah Jenab dengan aksi nya.
 
Cik Bibah juga....
Cik Aloyah tak nak kalah.
Leman??? Apatah lagi...retisssss
 
 
 

 Lepas dah habis lepak di Chinatown, kami pon mengambil keputusan untuk balik ke tanah air. Wah obersi sangat! dari MRT Chinatown, kami ke MRT Kranji sebelum menaiki bas ke Larkin.....sampai di Larkin dah pukul 4 petang.

Ok sambung lagi nanti...penat menaip hehehe.

Feel free to check out their version of USS story!


WASSALAM.

POPULAR POSTS