Posts

Incredible India Part 3: Lotus Temple and India Gate + Sarojini Market

Image
Assalamualaikum!!! [ Sambung lagi dari SINI ] Bile dah tak larat pusing-pusng di Qutub Minar Complex (walaupon tak habes pusing sebab kompleks ni sangat besar dan waktu tu dah terik nak mampos) kami pon beredar. Plan seterusnya nak ke India Gate, tapi sebelum tu boleh singgah di Lotus Temple . Kat luar banyak orang jual ice lemon drink ni..teringin tapi tak sanggup nak beli hehehe. Tuk-tuk yang kami naik. Mula la kompius nak naik apa sebenarnya untuk ke tempat-tempat tu. Mula-mula plan nak naik Metro MRT, tapi bila pikir-pikir balik macam malas pulak nak bersesak-sesak dalam MRT tu dengan panas dan penat bagai (hehehe sudah mula POSH di situ) akhirnya kami mengambil keputusan untuk menaiki tuk-tuk saja ke sana.  Macam-macam strategi sebenarnya nak bargain for the best price for tuk-tuk . Strategi pertama yang kami cuba adalah cari tuk-tuk yang agak jauh dari pintu utama. Hmmmm sebenarnya cara ni pon takda la berkesan sangat! Sebab dan orang-oran...

Incredible India Part 2: Qutub Minar Complex

Image
Assalamualaikum!!! [ Sambungan dari SINI ]   Setelah selesai bersarapan pagi di Smyle Inn Hostel dan menapak ke Hotel Ajanta lalu check-in di Hotel Sweet Home (fuh 3 hotel sekali gus dalam masa sehari!!!) kami pon memulakan perancangan di hari kedua untuk mula menakluki kota New Delhi . Takdelah beria benar menakluk, cuma nak ke beberapa hotspot yang sering diperkatakan oleh pelancong je. Setelah membuka buku hikmat yang dipinjamkan oleh Lily the Globetrotter , kami pon bersedia untuk menuju ke Qutub Minar ! Ya, kalau tengok dalam gambar, tempat tu memang cantik! Tapi lokasinya agak jauh dari hotel yang kami duduk, lebih kurang 18 km kot? Aku lupa berapa jaraknya dari hotel kami. Dari hotel kami melalui celah-celah lorong (ikut short cut katanya) menuju ke Delhi Metro Station. Setelah berbincang dengan petugas hotel ( John jugak namanya) mengenai cara-cara termencabar untuk sampai ke Qutub Minar, akhirnya kami pun memulakan perjalanan. Dari Hotel Ajanta kam...

Incredible India Part 1: Kembara di Bumi Kari

Image
Assalamualaikum!!!! Alhamdulillah, semalam aku dan kawan-kawan telah selamat sampai ke Tanah Air yang tercinta dengan menaiki penerbangan Air Asia X yang penuh dengan bau sireh dan muntah manusia.  Perbezaan masa di antara Malaysia dan India adalah 2 jam lewat. " Kembara Di Bumi Kari " bermula setelah sekian lama perancangan kami buat. Alhamdulillah, Allah mempermudahkan segala usaha yang kami buat untuk menjejak bumi India.Sepertimana yang dinyatakan di beberapa entry sebelum ini, macam-macam perkara perlu diselesaikan sebelum berlepas, seperti urusan visa, cuti, itinerary dan sebagainya. Tak lupa juga persediaan dari segi mental dan fizikal, semuanya mesti diambilkira.  Ok biar aku mulakan perjalanan pertama kami ke India . Kami bertolak dari Lapangan Terbang LCCT, Kuala Lumpur pada jam 630 petang, waktu tu hujan sangat lebat! Risau juga kalau-kalau flight delay. Tapi alhamdulillah , semuanya berjalan lancar. Urusan di LCCT berjalan lancar walau semp...

Teaser: Salam Taj Mahal

Image
Assalamualaikum!!! Update lagi...hehehe dah berapa banyak update pon tatau le. Gigih pulak time-time macam ni. Ok hari ni merupakan kemuncak kepada pengembaraan kami di India! Kami telah melawat Taj Mahal, yang katanya lambang cinta agung seorang Maharaja kepada Maharaninya. Alhamdulillah. ..impian untuk melihat bangunan / makam yang terkenal di dunia ni telahpon tercapai! Terpegun sekejap apabila mula-mula nampak kubah Taj Mahal dari pintu gerbang utama. Rasa macam mimpi! Semalam sewaktu tiba di Agra, kami telah menaiki bas tempatan menuju ke Fatehpur Sikri, satu lagi monumen bersejarah yang usianya lebih tua dari Taj Mahal! Fuh kagum! Pengalaman di Agra sama hebatnya dengan Delhi dan Jaipur. Ok esok kami akan berangkat pulang ke Malaysia . Doakan kami selamat sampai dan dapat berkongsi cerita dengan sesiapa saja yang nak tau cerita kami! WASSALAM. Jehan Misekin a.k.a Janggel

Teaser: Not All Indian Are Bad + The Sickness

Image
Assalamualaikum!!! Another quick update , sepanjang berada di Jaipur urusan kami telah dipermudahkan dengan kehadiran seorang warga tempatan yang tidak terjangkau akal kami akan kebaikannya. Alhamdulillah, di sebalik kisah sedih (cewah) yang berlaku, Allah gantikan dengan kebaikan hambanya. Mohd. Gulzar - seorang pemandu tuk tuk beragama Islam tak jemu-jemu membantu kami dalam semua segi. Dan semalam dia mengajak kami ke rumahnya untuk makan malam! Terharu dan tak pernah ada dalam itinerary kami. Family dia pon sangat baik termasuklah ayah dan ibunya, warga emas berusia lebih 70 tahun yang kelihatan masih kuat dan sweet! :) Bagi kami, Jaipur bandar yang berbeza dengan Delhi. Lebih tenang dan kurang tercemar. Masuk hari ini juga kami bertiga masing-masing diserang cerry berry, mungkin sebab terlalu banyak makan makanan pedas. Harap-harap ianya tak melarat dan kami dapat meneruskan pengembaraan kami dengan jayanya. WASSALAM. Jehan Misekin a.k.a Janggel :)

Teaser: Incredible India Means It Is Really Incredible!

Image
Assalamualaikum! Just a quick update . Alhamdulillah dah masuk hari ke tiga kami di ' Bumi Kari ' dan banyak perkara yang kami lihat, dan alami. Pendek kata segala deria pancaindera terguna secara sengaja dan tidak sengaja.  Apa yang penting kami kene terus bersatu dan setakat ni semuanya ok! (Ok bermaksud tidak perfect tetapi berjalan mengikut jadual).  Yup, India is really INCREDIBLE and it can't be denied! .... More to explore, and many things can happen. So, please pray for our safety. Miss you guys so much!  We do had fun here ... (Sambil mode goyang kepala sambil dengar lagu hindi).  WASSALAM . Jehan Misekin a.k.a Janggel

Counting Days to India (Part 3) : Final Preparation...Off We Go!

Image
Assalamualaikum!!! [ Countdown: Few hours to go... ] Excited terlebih, ini sebenarnya perasaan aku sekarang. Beberapa jam lagi nak terbang le katakan... hehehe. Dalam menghitung hari nak ke India ni, macam-macam aspek perlu diambilkira. Perkara paling penting bagi aku adalah CUTI! Boleh ke aku nak ambik cuti lelama sampai 7 hari ni? Tambahan pulak travel period aku adalah pada waktu puncak kerja-kerja menimbun di opis! Arghhh memang dalam dilema sungguh.   Alhamdulillah, bos memahami dan boleh bertolak ansur. Lagipon sejak awal tahun aku tak pernah ambik cuti ya kecuali cuti sakit selama 3 hari sebab demam denggi pada Januari lalu. So bayangkan dari bulan Januari sampai Mac baru aku apply cuti, jadi boleh consider la kan? Thanks bos! (walaupun tangan terketar-ketar jugak masa submit form hehehe). Aku ikut nasihat bos besar aku,: "Kita mesti ada keseronokan bekerja". Yeay cuti diluluskan!!! 7 hari! Lepas dah setel hal cuti, sekarang ni kena setel hal...