Posts

My Cousin's Wedding ~ Part 1

Image
Salams... nak dijadikan cerita, semalam after office hour aku bergegas memandu pulang ke kampung halaman ayahanda tercinta di Kampung Sungai Limau, Selangor. Huhuhu nasib baik tak jem..ye la, sempena cuti 1 Mei(hari pekerja) hari ni, mesti ramai yang amek cuti tersepit sok. Tapi aku, kene keje dah hari Jumaat, nak simpan citi ler katakan... Ngape aku bergegas ke kampung?? hahahah sebenarnya hari ni 1 Mei 2008 merupakan hari bersejarah buat sepupu aku yang tersayang merangkap downline yang ditatang rapi. Hari ni merupakan hari pernikahan Azizah @ Jijah dengan Zainal @ Enal. Haa ???? mungkin ramai yang terkejut sebb tak dapat jemputan. Betol tak???? Relekx dulu, (macam ayat Sam pulak). Majlis persandingan @ resepsi belum lagi diadakan. Majlis dijadualkan pada 18 Mei 2008 nanti di Kampung yang sama. So InsyaAllah, minggu depan ada la si Jijah tu mengedarkan kad jemputan kat korang-korang yang rasa-rasanya dia kenal! Ahaksssssssss. Semalam, first time juga aku and parents menginap di s...

Projek Teater: Teater Patung Kertas

Image
Assalammualaikum! Hari ni, pepagi lagi aku dah merancang nak tengok teater bertajuk 'Patung Kertas'. Ramai yang kata ceritanya best. Jadi aku pun dengan pantas melayari internet untuk mencari-cari info mengenai teater tersebut. Jumpa! Lalu aku pon terus membeli secara online dua keping tiket (itupun setelah berjanji dengan seseorang untuk pergi sama)... Nak dipendekkan cerita, aku pun tiba seorang diri ke MTC (Malaysia Tourism Centre) - ala kat bangunan yang ada Saloma Bistro tu. Haaa seorang diri???? Mana pulak perginya member yang dijanjikan tu???? huhuhuh aku tidak mahu memanjang lebarkan cerita itu, biarlah aku fokuskan sahaja pada cerita teater ini. Aku sampai di MTC tepat jam 8.30 malam. Dalam hati aku dah meracau-racau dah, sebab tiket belum amek lagi..takut burn aje.. Setelah melilau-lilau mencari parking yang tak jumpe-jumpa, akhirnya aku pun meletakkan kereta di seberang jalan berhadapan MTC (tempat parking berbayar RM5). Kemudian bergegas pulak mencari...

Lagi Cerita Pagi....

Image
Semalam merupakan satu hari yang amat membosankan.. pagi-pagi lagi aku dah bangun sebab tak tahan dengan tekak aku yang asyik buat hal je. Batuk tak henti-henti. Sampai perit jugak la tekak aku. aku terus bangun dan cek kat bilik housemate aku. diorang pon masing-masing dah tak de???? huh lagi awal dari aku rupanya diorang. Sepatutnya aku balik kampung minggu ni tapi, memandangkan keadaan aku yang tak berapa sihat, aku pun bagitau kat mak ku yang tercinta bahawa anakandanya ini tidak dapat pulang kekampung minngu ini. Dah sementelaah aku tak balik kampung, aku pon dok la rumah, buat apa yang patut (cuci baju la apa lagi). Dekat sebakul jugak la baju yang ku dobikan semalam. Lepas selesai mendobi, aku dapat panggilan tepon dari Nazrul yang katanya ada gathering pukul 2 petang. Ayoyoyoy!!!!!! tetiba pulak ada gathering nih...aku dah ada plan lain, sebenarnya aku kene pegi opis untuk settlekan urusan seminar pada esok hari (hari ni la 28 April 2008). Jadi aku tak dapat la menjoinkan diri...

Audition ASTRO???

Semalam aku pegi la menemankan kawan aku sorang ni ke briefing untuk satu program terbaru Astro yang diberinama "Don't Forget The Lyrics". Sebenarnya member aku tu dah pergi audition minggu lepas bersama sama dengan seorang lagi sepupu aku. Bukan main lama aku menunggu diorang masa tu, (aku malas nak join audition sebb sedar suara tak sedap) hahahaha. So minggu ni orang Astro tu dah kol member aku tu kata yang dia berjaya dalam audition tersebut dan perlu menghadiri sesi briefing pada minggu ni iaitu semalam la (26 April 2008). Malangnya sepupu aku tu tak lepas pulak audition tersebut! hahahahaha (tak layak ker???) takpe la jadi audience pun takpe jugak kan??? Apa yang aku nak tulis kat sini, pasal semalam. Member aku kata setiap peserta dibenarkan membawa 2 orang kawan sebagai backup. Ala-ala talian hayat la. So dia letak nama aku!!! hahahah tak pasal-pasal aku pun terlibat dalam ini cerita! Jadi tunggu je la ye bile rancangan tu keluar yer.

Berkhidmat Untuk Negara

Image
Assalammualaikum! Hari Rabu (23 April 2008).. setelah menjalani beberapa siri perubahan tarikh dan beberapa lapis kritikan pedas akhirnya aturcara lawatan ke tapak projek yang dijangkakan pada awalnya berlangsung pada 24 April akhirnya berjaya dilakukan pada hari ini. Huhuhuhu pening kepala wooo nak menguruskan benda-benda ni.. dah la minggu lepas aku berkursus selama seminggu di EiMAS, terpaksa la pulak bos aku tu yang tolong uruskan.. Thanks la kepada bos aku. Hari tu, pepagi buta lagi aku dah memaksa diri bangun seawal 5 pagi untuk bersiap-siap. Bukan ada nak bawak barang banyak pon, so aku mencapai kertas 2-3 helai dan juga kamera lalu kumasukkan ke dalam beg galasku. setelah menyelesaikan apa-apa yang patut, aku pun mula bertolak ke ERL Putrajaya untuk ke KLIA. Takda sesiapa yang nak anta aku g KLIA so aku amik la inisiatif sendiri ke sana. Nasib baik ada ERL. Thanks to ERL. hahahaha . Sampai KLIA tepat jam 645 pagi. Flight aku pukul 7.20. Aku pun mula menghubungi ahli-...

Pulau Redang, Terengganu:Trip Ke Pulau Redang - Bahagian IV

Image
Assalammualaikum!!! Waduh..waduh... masih sukar untuk aku melupakan kenangan indah di sana! bagaimana ye, buat apa nak lupakan..just jadikan ia sebagai satu memori yang indah untuk dikenang dikala kesengsaraan melanda! Cheeewah.. Hari terakhir di Pulau redang, pagi tu masing-masing bangun lewat..tapi tak la selewat mana pon. Tak ada aktiviti khusus yang dijadualkan untuk kami. so agak relaks la. Selepas bersiap-siap dan berkemas. Kami pon keluar untuk bersarapan pagi (Aku, deennasour , Fadli dan Budiman). Ni last breakfast kami di Laguna, so gunakan sepuas-puasnya. Tapi dalam kepala otak terfikir jugak, kalau mabuk laut nanti habis terkeluar semula benda-benda yang aku makan tu, macm apa yang berlaku pada anak mat salleh pada hari pertama haritu. Ah belasah je lah, kami ersarapan sehingga jam sepuluh setengah. Selepas selesai bersarapan pagi, kami pulang semula ke bilik untuk mengambil bagasi-bagasi yang ditinggalkan. Setelah semua berkumpul di lobi, kami diberi sedikit peneranga...

Pulau Redang, Terengganu:Trip Ke Pulau Redang - Bahagian III

Image
Assalammualaikum!!! Hari kedua berada di Pulau Redang..Fuh tido semalam memang syok! Sampai kami sebilik semua bangun lewat. Adui ..pagi-pagi lagi dah berlaku kejadian yang tidak diingini. Mengikut program, akan ada satu sesi snorkling dekat Taman Laut. Wah best tuh..dengar-dengar cerita ikan-kan kat situ memang luar biasa! Berwarna-warni! Tapi.... Kami punya la bersiap sakan, siap brekfast lagi araund 905am. Masa tu aku dengan Deennasour je pergi breakfast, Budiman dan Fadli rasanya masih beradu di atas katil. Kat dewan makan kami pun terserempak la dengan member-menber lain, Sam, Wendy, Rex, dll lagila. So kiranya lega la, ingatkan dah lambat.. Time kami tengah makan diorang pun dah beransur...sempat lagi si Sam bagitau kat aku suruh cepat, diorang tunggu kat lobi. Aku ngan Deennasour pon melajukan pemakanan pagi kami. Bile turun ke lobi, aku dan Deennasour nampak la diorang semua dah mula bergerak ke jeti, so aku fikir sempat lagi la lalu aku dan Deennasour pulang ke...