Posts

Teater Natrah di Istana Budaya

Image
Menonton teater Natrah arahan EiRMA FATIMA malam tadi di Istana Budaya (IB) sedikit menyentuh hati aku. Mana tidaknya, dengan lakonan berkesan barisan pelakon menjadikan persembahan teater ini amat berjaya. Bagi aku, apa yang ingin disampaikan oleh penulis skrip dan pengarahnya telah dapat diterima oleh setiap penonton malam tadi. Persembahan teater Natrah berlangsung kini di IB bermula 30 November 2009 hingga 9 Disember 2009. Pengalaman menonton Natrah adalah sesuatu yang indah. Sejak terbaca di akhbar tempatan bebrapa bulan yang lalu mengenai pemergian seorang wanita Belanda bernama Natrah, aku tertarik untuk mengetahui kisahnya yang menjadi salah satu fakta di dalam lipatan sejarah Malaysia-Singapura. Isu keagamaan, Kekeluargaan, Cinta, dan Ketamadunan disusun dengan begitu rapi oleh Eirma. Tahniah sekali lagi! Paling berkesan adalah lakonan Sofea Jane, ratu filem Melayu satu ketika dahulu yang membuka persembahan dengan lakonan yang penuh penghayatan. Begitu juga lakonan Umi Aida...

Bila Larut Malam~

Image
Di malam yang sunyi ini aku sedang bertungkus-lumus menyiapkan tugasan yang sangat banyak. Dah lama aku meninggalkan alam membuat assignment yang macam budak U ni..huhuh. Due date dah dekat, sepatutnya aku kena hantar 2 assignments on this coming monday but just now kat opis aku dapat arahan daripada BIG BOS supaya menghadiri Seminar kawalan Cerun di Pulau Pinang starting this coming Sunday . OMG , aku terpaksa siapkan a ssignment aku tu before Saturday la jawabnya!!!. Lengkap!!! And have to pass it to my colleague on this Saturday as well. Hmmm apalah naseb,.baru ingat nak bersenang-lenang buat assignment hari Sabtu dan Ahad nih. Cisss takpe, ini merupakan satu cabaran! Aku kena sahut cabaran ini. SEMANGAT! (tetiber teringat kat Sinetron INTAN yang popular kat ASTRO Prima satu ketika dulu...Intan dan anaknya Bintang selalu sangat sebut perkataan tuh hhehee). YUP SEMANGAT!!! SEMANGAT!!! Semoga apa yang aku lakukan ini berbaloi! Amin~

MY BIG FAMILY~!

Image
Dalam sibok-sibok aku membuat assignment untuk dihantar pada hari Jumaat nih, aku rasa macam tak lengkap kalau tak update entry pasal Raya Qurban kat kampung ayah aku hari tuh. Mana nak mula yer? Ok lets start with the Hari raya itself.. For me, the Hari Raya Qurban this year was the worst hari raya I ever had. Why??? Bcoz, I'm not going back to my nenek's house, not meeting my granny, of course. Huh, nak tau aku buat apa sepanjang hari? Just sleeping, sleeping and sleeping while my mom and dad went to neighbour's house for kenduri tahlil ...( This is the reason why aku tak balik rumah nenek!! ada ke buat kenduri time-time raya...ceh!) And, my brother pon tak beraya kat umah mak bapak aku tahun ni, dia beraya rumah mak mertua dia. Hmm memang sah bosan giler Raya Haji tahun nih..huhuh tapi apa boleh buat, aku mengikut saja kedua orang tuaku, dimana mereka ada, maka aku pun ada lah. Done about Hari Raya Qurban . Next is the story about our BIG Family day at my Granny...

BISTRO BONDA ~

Image
I'm veri the bengang dengan sebuah restoran yang kengkonon namanya gah di Putrajaya nih!. Kalau setakat restoran kecik, pekerja pon pakai pekerja INDON dan BANGLA (ada kot sorang dua tukang bawak air) tak payah la nak berlagak dan perasan maju. Mentang-mentang kedai ko satu jer yang orang senang nampak kat area situ, ko nak demand lebey-lebey plak yer???? Apa yang aku emo sangat ni? aku rasa kalau sesiapa pon yang terkena dengan situasi yang aku dan opismate aku kena hari tu, pasti korang pon akan bengang! Begini kisahnya: Menu: Aku - Laksa penang (yang tak sedap langsung, tawar dan cair...tapi ada hati jugak nak jual kat customer), air minuman hanyalah Teh Ais. Member 1 - Makan nasik puteh, lauk sotong sekor, dengan sayur seciput ...minuman yang dipesan hanya air suam. Member 2 - Makan nasik puteh, lauk sayur dan seekor ikan kembung..oh ya lupa pulak bersama sehelai rambut 'pontianak' yang jelas kelihatan dengan mata kasar. Minuman yang dipesan adalah Air ...

Salam Qurban!~

Image
Salam Alaik!~ (haha saja polish balik Bahasa Arab aku yang dah lama dipendamkan) Harini tanggal 27 November 2009, maka umat Islam seluruh dunia telah menyambut Hari Raya Aidil Adha!. Secara langsung akan mengingati juga peristiwa 'pengorbanan' Nabi Allah Ibrahim dan anaknya Ismail yang begitu taat keada perintah ALLAH. Tahun ni juga merupakan satu pengorbanan dalam hidup aku. Untuk kali pertamanya dalam sejarah hidup aku, menyambut Hari Raya di rumah sendiri, di Perak. Tahun ni kami sekeluarga tidak pulang ke kampung berhari raya bersama nenek dan sanak saudara. Just my family . Sebenarnya bosan Giler !!! Mood raya tak ada langsung! Rentetan daripada itu, aku hanya membuta sehari suntuk di dalam bilik dan melayan internet. Pendek kata, Hari Raya Aidil Adha tahun ni lebih worst dari masa Ayah dan Mak aku pergi Haji dulu...( at least time tu aku celebrate raya dengan sedara mara). Ok tak mau citer banyak... For those who selebrating Hari Raya Aidil Adha for this year, I'...

Ku Sangkakan Panas Hingga ke Petang~

Image
Hah takde kena mengena dengan tajuk langsung entry kali nih!!! (sajer jer sebab tak tau nak bubuh tajuk apa). Kemusnahan Alam Sekitar. Sana-sini memang ramai yang dah mula sedar tentang kepentingan menjaga alam sekitar. Huh topik yang agak berat untuk aku tulis kali ni? Telan saja lah sebab itu merupakan tanggungjawab manusia sebagai khalifah di muka bumi. Bila aku fikir kembali, tugas aku sekarang ni adalah sebahagian daripada apa yang aku sebutkan di atas, sebahagian daripada tugas khalifah di muka bumi. Dalam erti kata lain, bila aku buat kerja kat opis tu, aku akan dapat pahala! Alhamdulillah..(Semua kerja baik yang kita buat sebenarnya dapat pahala). Ok tak nak merepek panjang, baru-baru ni aku berkesempatan 'menziarah' ke satu tapak projek mega, yang sedang menjalankan kerja-kerja pembinaan yang rancak. Ini adalah sebahagian daripada tugas aku, nak tak nak aku kena juga pergi walaupun tempat yang dituju itu terletak jauh nun di pelusuk belantara, dan pelbagai rintangan...

Nak Cari Ilmu...Nak Cari Ilmu...

Image
Dah dekat-dekat hujung tahun ni makin menjadi-jadi pulak kursus yang aku kena attend . Semiggu lagi aku kena berkursus, tapi kali ni dekat je...KAJANG. Takperla pikir-pikir balik ni lah peluang untuk menambahkan ilmu di dada. Bukan senang nak cari ilmu free sekarang nih. Kalau dah ada peluang, why not kita belasah saja. Oh bercakap pasal ilmu free, ni aku nak cerita pengalaman baru yang bukan senang nak dapat. Minggu lepas aku berpeluang mengikuti satu kelas FREE yang dah lama aku cari merata KL-Putrajaya-Selangor. Akhirnya berbekalkan usaha tanpa mengenal penat lelah (tak boleh blah ayat kan???) akhirnya aku pon berjaya menjumpai sekumpulan penagih ilmu yang mengaturkan satu sesi pembelajaran secara percuma. Alhamdulillah, berkat ilmu yang dicurahkan, bukan sahaja dapat pahala, malah kenalan baru pon dapat jugak kan? Nama individu yang begitu bermurah hati mencurahkan ilmu tu adalah Encik Hadi. Aku panggil bro Hadi la. Thanks sebab sudi mencurahkan ilmu berdasarkan pengala...