Raya Lagi : Pakcik Menang Hamper!
Assalamualaikum... Kali ni aku nak story pasal berhari raya di rumah arwah atuk dan opah aku di Ipoh, Perak . Sebenarnya, tahun ni genap 5 dan 6 tahun arwah Opah dan Atuk aku meninggal. Dan sepanjang ketiadaan mereka berdua, anak-anak mereka termasuklah ibu aku dan adik-beradiknya akan berkumpul pada setiap hari raya dan mengadakan Majlis Doa Selamat dan perjumpaan keluarga. Setiap keluarga memainkan peranan masing-masing dan mempunyai ahli aktif untuk menjadi penyampai berita kepada ahli keluarga yang lain. Seperti tahun-tahun sebelum ini, perjumpaan keluarga tahun ini berlangsung pada Hari Raya Ke 3 di rumah arwah atuk dan opah aku di Ipoh . Alhamdulillah ramai juga yang dapat hadir, kecuali adik ibu aku yang tinggal di Kuching. Antara aktiviti yang dijalankan pada hari itu adalah bacaan tahlil dan doa selamat, sambutan hari lahir untuk ahli keluarga yang tarikh lahirnya jatuh pada bulan Syawal , mesyuarat perhimpunan keluarga dan yang paling best adalah acara cabutan betuah!!...