Posts

Teaser: Dari Johor Ke Lombok!

Image
Assalammualaikum!!! Ha debor tak baca tajuk? Hahaha padahal tak gempak pun, biasa je. Sebenarnya aku baru je balik dari Lombok, Indonesia semalam.  "Errr Lombok? Ada apa kat Lombok? Kenapa Lombok? euuuwwww Lombok?" Haaaa tu adalah antara soalan dan reaksi kawan-kawan masa memula aku cakap nak ke Lombok.  So korang rasa Lombok ni takde apa-apa ye? Hah korang silap besar ok! Malas aku nak cerita lebih-lebih sekarang, cukuplah sekadar teaser . Gambar-gambar pun dah share kat IG. So layan teaser dulu ye!  Psst: tunggu datang seru untuk update full entry pasal Lombok. InsyaAllah demi keriangan berganda! WASSALAM

Kisah Sarapan Roti Bakar Telur Goyang di Transfer Road Dan Berjumpa Blogger Ceria

Image
Assalammualaikum! Ok ni sebenarnya entry zaman purba, sejak awal tahun dulu aku peram tak post-post dan akhirnya sebab dah takde modal nak tulis blog maka entry ni pon keluar lah ye. OK sebelum tu nak wish Selamat Hari Raya Aidil Fitri lagi kepada semua muslimin dan muslimat, hari raya masih berbaki beberapa hari (kalau beraya sebulan la) hiks. So banyak lagi ke open house mengkome semua? Tahun ni alhamdulillah syukur ada yang sudi menjemput aku pegi open house raya, ke Kelang , ke Damansara, ke Bangi .... orang Putrajaya je takde nak jemput... kfine . Ok  kembali kepada niat asal. Suatu ketika dulu (wah macam lama sangat dah ni) aku, John, Chawana, Byya, MasMZ dan Icam , telah (sepatutnya Kak Coco join sekali tapi disebabkan kesihatan ibunya amat kritikal jadi beliau terpaksa tarik diri) mengaturkan satu trip singkat ke Pualau Pinang. Sebenarnya sebab masing-masing dah gigil-gigil nak buat road trip kan, maka setelah ditolak, dihitung akhirnya kami berjaya...

Kisah Hari Raya 2014: Rezeki Ramadhon dan #SyawalterindahJanggel

Image
Assalammualaikum!!! Rasanya masih belum terlambat nak wish Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua pembaca blog aku yang tak seberapa ni. Alhamdulillah , kita masih diberi kesempatan untuk merasai kemeriahan hari raya tahun ni kan. Bagi sesiapa yang rasa hari raya dia tak berapa meriah tu, tak apalah still kena bersyukur jugak sebab dapat merasa nikmat berhari raya tu pun dah satu rahmat sebenarnya kan? Eh eh bertazkirah Syawal pulak kali ni. #SyawalTerindahJanggel (haaa sekali ada hashtag ). Sebelum tu nak wish thanks kat JM sebab bagi kad raya siap ada duit raya. Hahah duit raya pertama dan terakhir tahun ni. (gambar henpon yang tak cantik) Ok sebenarnya hari raya tahun ni agak bebeza untuk aku sepanjang aku pernah hidup di muka bumi Malaysia ni. Tahun ni kami sekeluarga tak sambut satu Syawal kat kampung nenek seperti kebiasaannya. Sebab beberapa hari sebelum hari raya tu kakak aku bersalin dan aku dapat anak buah baru! Alhamdulillah bertamba...

Iftar With Enrich And Malaysia Airlines: Celebrates The Winners

Image
Assalammualaikum!!! Eh ye sabar...sabar. Dah raya kan, tapi keluar enrty buka puasa pulak kan? Hahaha sabar naaaaa. Entry hari raya aku hold dulu untuk beri laluan kepada entry berbuka puasa bersama Enrich dan MAS ni. Bukan apa, macam dah lama sangat peram, so tak best la pulak kalau tak keluarkan hehehe. Sebab dalam entry ni ada la orang-orang tu yang dapat hadiah best. (mencik!) Eh tu siapa yang duduk tepi penjuru di depan Marmalade Cafe tu? Selfie dulu depan cafe, sementelaah nak mendaftarkan diri. "Enrich Celebrates Winners In Buka Puasa Treat" Ha tajuk bukan main England kan, bila baca kat bawah terus bahasa kampung teman, Perak bumi bertuah. Nak buat cemana, aku ni bahasa England tu guna kat opis je, langkah je keluar opis terus lupa, hilang ingatan macamana nak guna bahasa England tu. Hiks. Kisahnya macamn ni, satu hari di bulan Ramadhon, aku terima emel daripada ENRICH  yang menjemput aku dan beberapa orang kawan untuk meraikan peme...

Doa Untuk Semua | Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2014

Image
Assalammualaikum! Hampir sebulan dah berpuasa! Hari Raya pun dah nak sampai, s o buat beberapa waktu tuan tanah nak pegi berhari raya dengan keluarga, maka blog ni pon cuti jugak lah ( haha paduhal memang ko takde apdet entry apa-apa pun kan? ) I just want to wish:- Selamat Hari Raya Aidil Fitri - Maaf Zahir dan Batin. (Tahun ni aku dapat sekeping kad raya! Alhamdulillah ingatkan dah pupus dah..hiks) Dalam kita menyambut lebaran, panjatkan juga doa untuk mangsa dan keluarga #MH17 dan #MH370. Memang sekarang ni macam-macam dugaan Allah bagi kat kita rakyat Malaysia, dan rakyat dunia amnya. Dan doakan juga kontinjen Malaysia ke Sukan Commonwealth berjaya mencapai sasaran, walau terpaksa beraya di perantauan.  Tak lupa juga kepada pasukan khas misi #MH17 yang juga terpaksa beraya di perantauan demi maruah bangsa dan negara. Dan sama-sama kita doakan saudara muslim kita di Gaza sentiasa mendapat perlindungan daripada Allah SWT.   Ampun maaf kalau ada...

Back To Nature: Taman Negara Pahang With Friends (Final)

Image
Assalammualaikum!!! Hari ni dah masuk hari ke 18 berpuasa. Alhamdulillah, diberi kesihatan tubuh badan dan kekuatan untuk terus berjuang demi sesuap nasik. Heheh. So ada ke yang dah tinggal pose? Kalau perempuan tu biasa la, yang lelaki tu entah le no komen. Ok jum sambung part akhir pasal taman negara ni . Sorry la lambat sangat nak habis. [ Sambungan daripada Part 3 ] Lepas dah balik daripada menyelusiri Sungai Tembeling, tengok pemandangan yang memukau dan mandi sungai, kami balik semula ke chalet untuk berehat, tido, makan dan sebagainya. Masa tu memang dah lenguh-lenguh satu badan, maklumla berenang-renang ketepian la, manjat kanopi la dan macam-macam lagi. Sebelah malam pulak, ada satu lagi aktiviti last yang kami akan buat di Taman Negara Pahang ni yakni Night Safari. Bayaran untuk Night Safari ni adalah dalam RM 30 per pax. Semua tu dah diuruskan oleh Madi , yakni tour guide kami merangkap kawan MasMZ.  So kami bergerak untuk ke Night Safari leb...

Selamat Berpuasa!

Image
Assalammualaikum!!! Errr sebenarnya...... saja nak wish Selamat Berpuasa kepada semua Muslimin dan Muslimat di seluruh dunia! (Dah 5 hari berpuasa baru nak wish? hikhik). Walau ada beberapa entry tak habis-habis lagi nak ditulis, sebab malas dan kelesuan sepanjang Ramadhan, tapi aku harap masih ada yang sudi singgah dan baca entri-entri yang lepas. Terima kasih di atas sokongan semua. Kita berkongsi sesama manusia katanya. :) Sepanjang lima hari berpuasa ni tak ada apa yang luarbiasa berlaku sangat pun. Pergi kerja, balik kerja, lepas tu singgah kat Bazar Ramadhan ( BazRam pulak katanya tahun ni) yang berada di tapak baru yakni di tepi Masjid Sultan Mizan a.k.a Masjid Besi Putrajaya. Keluasan tapak adalah seluas dua padang bola! Ha semput jugak la nak pusing seluruh BazRam tu. Dan berhati-hatilah tak kira di mana saja, sebab malang tak berbau ( Al-Fatihah buat sahabat yang meninggal di BazRam pada 2 Ramadhan lalu).  Ok tu je nak apdet, mood malas ni menjadi-jad...