Memori Tercipta 2009~

Dalam beberapa jam sahaja lagi kita bakal meninggalkan tahun 2009 yang penuh bermakna untuk aku. Dan selamat datang untuk tahun 2010, bermakna aku juga perlu merencana jadual baru. Tahun 2009, boleh dikatakan tahun pulun habis-habisan! Apakah maksud? Maksud aku, tahun 2009 merupakan tahun yang paling penuh dengan aktiviti, penuh warna-warni dan penuh onak dan duri! Kalau nak diikutkan, banyak juga tempat yang aku pergi dalam dan luar negara. Prinsip aku, buat sahaja kalau nak, tak payah tunggu orang lain.! Jadi hasilnya memang memberangsangkan dan ramai muka-muka baru yang aku kenal hasil dari mengamalkan prinsip itu. Syukur kan? Pulau Langkawi [Januari 2009] Seronok, ini merupakan perhimpunan keluarga Bil.1 untuk tahun 2009. Bukan senang nak manage benda ni, tapi alhamdulillah , berbekalkan sokongan ahli keluarga yang komited akhirnya ia berjaya dilaksanakan. Huh memang meriah ibuk-ibuk semua ber shopping ! Taman Alam Kuala Selangor [Februari 2009] Percutian tak dirancang, aku dan t...