2009-01-06

Salam Alaik!!!

Assalamualaikum dan Selamat Tahun Baru 2009!

Ini merupakan entry pertama untuk tahun ini. Agak lama juga aku menyepikan diri, tapi tidak bermaksud tiada kunjungan ke blog-blog lain, masih ada cuma tidak meninggalkan jejak sahaja.

Tahun 2009 bagu aku bermula dengan agak tenang, mungkin sebab banyak cuti [Krismas, Tahun Baru dan cuti-cuti sampingan yang lain]. Banyak juga aktiviti yang dijalankan sepanjang percutian tersebut, kalau ada masa nanti akan ditempelkan juga di sini...kalau takde orang nak baca pun, aku boleh baca sendiri...boleh senyum sendiri...boleh gelak sendiri...boleh feeling sendiri..Gheeehhhh.

Dah masuk hari keenam tahun baru, semangat untuk bekerja pun sebenarnya masih berkobar-kobar. Yelah, azam tahun baru aku adalah untuk lebih fokus pada kerjaya. InsyaAllah akan aku kotakan janji itu. Tapi aktiviti-aktiviti sampingan tu still akan berjalan juga. Mana boleh tinggal. Kalau tak, tak ceria la kehidupan Kan?.

Cerita pasal aktiviti sampingan, tetiba teringat dengan tiga buah filem yang baru saja aku tonton beberapa hari yang lalu, iaitu filem YESMAN, The Bedtime Story dan satu cerita yang menaikkan nafsu marahku Diary of the Death. Lupakan Filem Cicakman yang senyap je takda khabar berita tu....Aku pon memang sampai sekarang tak ada mood nak buat reviewnya. heheheh Jangan marah yer wahai penggemar-penggemar filem Cicakman. Aku fobia!

Kebanyakan orang menyambut tahun baru sambil melihat percikan bunga api, di tempat-tempat terbuka seperti di Dataran Merdeka, Bukit Bintang, Putrajaya?, Damansara ataupun lepak di rumah menonton tv ataupun tidur. Tapi, aku pulak untuk tahun kedua berturut-turut menyambut tahun baru di dalam panggung wayang bersama keluarga yang terchenta!. Ya itulah dia namanya keluarga bahagia. Malam tahun baru aku dan beberapa orang lagi ahli keluargaku telah menonton filem yang ntah apa-apa, tak best langsung dan kerana nak jugak tengok wayang walaupun kebanyakan cerita dah fullhouse, maka tertontonlah kami cerita Diary of the Death! Aduhhhhh pening sungguh kepalaku ini tatkala menonton filem tersebut. Bukan sebab tak paham jalan cerita, tapi sebab teknik pengambaran yang menggunakan camera video, sambil depagang oleh watak utamanya, yang suka berlari, menghayun-hayun kamera dan sebagainya, membuatkan aku macam nak muntah!Ending cerita pulak macam hampeh, tergantung dan tak ada kesimpulan! Adoaiiiiiiiiiii macamanalah diorang boleh dapat idea nak buat filem macam tu, aku rasa filem Senario the Movie dan Zombi Kampung Pisang pon tak bodoh macam tu. Hekhekhek.. [Sekadar memuji beberapa filem Malaysia].

Tu kisah malam tahun baru, pada hari tahun baru itu sendiri, aku hanya duduk rumah berselubung di bawah selimut akibat demam yang tetiba datang menyerang aku. Mungkin sebab terkejut tengok wayang cerita hantu malam tadinya. Memang bosan cuti tahun baru aku.

Mengenai filem YesMan dan The Bedtime Story pulak, aku rekomen kepada kengkawan semua, pergilah menonton 2 buah filem ini selagi ianya di tayangkan di panggung-panggung berdekatan dengan rumah anda. Ternyata ianya berbaloi, disamping dapat jugalah mereleasekan tension [jika ada]. Betol! Tak tipu....serius best!!! [Adoiaiiii yang aku pegi promote lebih-lebih ni buat apa? bukan dapat komisen pun kan? hehehhe] Biarkan, dah jadi karisma aku untuk berkongsi mengnai apa sahaja yang menarik dengan rakan-rakan. Suka tengok kawan-kawan gembira...walaupun adakalanya diri ini merana..waaaaawawaaaaaaaaaaaaa..

Sudah, cukuplah setakat ini aku merepek untuk pertama kalinya di tahun baru ini. Siapa yang menyesal baca tu, ampun maaf dipinta. Bukan apa, ada orang tanya, "Tak ada entry baru ker?" Erkkk terus terang memang sekarang ni tak ada benda menarik nak ditulis, jadi aku cuba memeriahkan halaman pertama di tahun baru ini dengan coretan ntah apa-apa ntah yang aku sendiri pon tak paham. kehkehkeh. Tapi, dalam kemerepekkan ini, aku tetap nak menyeru kepada semua rakyat Malaysia agar memakai tali pinggang keledar di tempat duduk belakang kereta anda supaya diri anda dan keluarga anda juga selamat dan tak kena saman dengan pak Polisi!..Ayuh kita laksanakannya!!

SELAMAT TAHUN BARU 2009!!!

Ronda-Ronda seawal pagi...


My sisters yang 'MENTAL'..kuikuikui


Lapar nggak??

14 comments:

  1. bila nak gathering2 lagi nih....

    takkan sekali jer jumpa di bulan puasa ari tu?

    hehehhe

    (^_^)

    ::_Yanie Putrajaya_::


    *********************************

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah cikYanie...akan tiba masanya itu.. hehehe

    ReplyDelete
  3. aritu pegi tgk citer Juno dan 4 Christmases..sekali gus..dlm sehari..huahua..tak per..org belanjer..best gler citer tu..tak de rasa nk tido dlm panggung pun..hehehe

    p.s :sbnrnyer aku nk suggest kt member aku tuh suh tgk Bed time Story..tp diaorg tak minat..hangin jer aku..arini nk g tgk IP Man..hehehe

    ReplyDelete
  4. ermm..
    patutla abg janggel demam masa tu.terkejut tgk cite hantu rupanya...=)

    ReplyDelete
  5. lame die tak hupdat ye?hehe..xpe2..selamat tahun baru..

    ReplyDelete
  6. aDAM:: fuyyoooo pegi tengok movie marathon tuuuuu!!! Guudddddddddd ..

    ReplyDelete
  7. Aie:: Hah?? Mungkin itukah sebabnya ? heheheh mungkin la kot...

    ReplyDelete
  8. Hiroshi:: Yup... ni baru teringat nak hapdet.. Selamat Tahun baru jugak too you!

    ReplyDelete
  9. apa larrr yang cik janggel merapek nih???? hahahaha cuti tahun baru demam???? oklarr tu dah malam layan wayang :)

    ReplyDelete
  10. CikMASMZ:: Biasa la..kekadang perlu ada hari merepek sedunia! kekekekek

    ReplyDelete
  11. ok jugak janggel ko ade entry for tahun baru. aku sampai skrg takde lagi coz dont feel like wirting pon. mlm tahun baru kat spital. 1 hb kat hospital... sekeluarga bersedih.. apa2 pun thanks for ur pray...

    ReplyDelete
  12. Carnation:: ala entry merepek repek jer pon.. Semoga ayananda ko cepat sembuh!!! Amin...

    ReplyDelete
  13. salam
    wah dh
    tukar layout bru

    nmpak sgt lame
    x msuk blog nie

    hepinuyer

    ReplyDelete
  14. EnchekCamera:: Adoiaiii terharu plak tetibe orang memuji ini layoit. kehkehkeh... Org Bizi sudah kembalik! Hepi newyer jugak!

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS