2010-02-17

Cadang Nak ke Umbai, Tapi Sebelum Tu...

Hari tu walau pon tak berapa sihat, aku telah diculik oleh seseorang ke Melaka. Jam 5 petang kami bergerak ke Melaka dan tiba pada pukul 7 malam. Kalau nak diikutkan, dah berkali-kali dah aku turun ke Melaka nih, tapi kebanyakannya waktu siang. Jarang dapat peluang menyaksikan keindahan bangunan-bangunan di sekitar Bandar Hilir pada waktu malam.

Jadi dikesempatan yang ada ni, aku gagahkan jugak diri meredah Bandar Hilir dari Mahkota Parade, menuju ke Jonker Walk, tempat yang aku nak sangat pergi sebelum ni. Aku Pernah ke Jonker Walk sebelum ni, tapi masa tu keadaan tak mengizinkan untuk berlama-lama di sana. Jadi malam tu aku merayau-rayau di Jonker Walk dengan amat senang hati.

Tengok keadaan peniaga yang kacau-bilau (walaupun masih dalam mood CNY, tapi ramai juga peniaga yang berniaga malam tu). Dan seperti biasa la, kalau time cuti sekolah sudah pasti penuh dengan pengunjung dalam dan luar negara. Kawan aku tu rasanya dah lama benar tak sampai ke Melaka. Jadi aku dilantik sebagai pemandu pelancong dia la kot?

Walaupun aku bukan orang Melaka, tapi disebabkan selalu berurusan ke Melaka, alhamdulillah tahulah sedikit sebanyak tempat-tempat menarik di Melaka ni. Selepas puas berlegar-legar di Jonker Walk, kami menapak pula ke Melaka River Cruise Station. Dekat saja dengan Jonker Walk tu, jalan kaki dalan 15 minit dah sampai. Ini merupakan salah satu tarikan baru Bandaraya Melaka. Jika sebelum ini, Sungai Melaka dikatakan kotor, sempit dan mencacatkan pemandangan, tapi dengan usaha pihak kerajaan terutamanya Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) yang membelanjakan berjuta ringgit untuk membersihkan sungai Melaka, akhirnya terhasillah satu lagu mercu tanda Melaka, River Cruise.

Dulu aku pernah naik River Cruise ni, tapi masa tu sebab kerja, naik pon dengan bos-bos besar, tapi free dan waktu siang pulak. Kali ni, aku nak merasa melihat pemandangan di sepanjang Sungai Melaka di waktu malam. Terpaksa beratur lama untuk membeli tiket memandangkan keadaan pengunjung yang ramai. Akhirnya setelah setengah jam beratur, dapat jugak tiket yang berharga RM 10 untuk dewasa tu. Tak mahal kan? Perjalanan di atas bot mengambil masa selama 40 minit. Memang puas, dan aku merasa sangat tenang bila anin sepoi-sepoi bahasa menghebus ke muka,dan melihat keadaan lampu-lampu yang berwarna-warni di sepanjang tebing sungai. Best!

Setelah kembali berlabuh di station, kami bergegas kepada tujuan asal ke Melaka. Hahaha sebenarnya, ke Melaka untuk menikmati ikan bakar di Umbai. Selama ni aku asyik dengar orang cakap pasal Umbai, tapi aku sendiri tak pernah ke Umbai. Memang tempat ni fames, sebab masa kami sampai (lebih kurang pukul 11.30 malam) keadaan kat situ penuh dengan manusia. Tempat parking kereta pon agak penuh. (Bayaran parking kereta RM 1). Di sana, ada berbelas-belas kedai menjual ikan bakar dan makanan laut sudah menanti kami. Tak tahu nak masuk kedai yang mana sebab aku totally lost dan tak pernah sampai situ. Akhirnya kami masuk sahaja ke dalam sebuah kedai yang ada meja kosong. Gerai Ikan Bakar Ayahanda nama kedai tu.

Aktiviti pertama adalah memilih makanan apa yang kami nak makan. Ikan, sotong, udang, ketam dan kerang semuanya masih mentah terhidang di atas meja. Setelah berkira-kira, akhirnya aku memilih seekor ikan siakap, 5 ekor udang, dan 2 ekor ketam untuk dibakar dan digoreng malam tu. Banyak jugak tu sebab kami makan untuk 2 orang je. Kiranya harga kat situ masih berpatutan dan keadaan kedai adalah seleasa. Siap bagi desert pulak tu! :)

Lepak punya lepak, makan punya makan sampailah ke pukul 1.30 pagi. Dan surprisingly masih ada ramai lagi pengunjung yang baru tiba dan siap beratur lagi memilih makanan! Wah meriah sungguh! Aku bertolak pulang ke Kuala Lumpur pada jam 1.30 pagi dan itu adalah satu aktiviti singkat yang seronok pernah aku lakukan walaupun sakit. Lepas ni nak cuba makan mee udang kat Kuala Sepetang, Taiping pulak. Orang kata sedap sangat, betol ker? heheh.

PEACE!
















Jonker Walk



Sungai Melaka






Makan Hang Kasturi di Jonker Walk










Gerai Mesra Ayahanda,Umbai


Dessert


Ikan Siakap Bakar


Ketam Bakar


Udang Goreng Tepung



2 comments:

  1. nasib baik aku br lpas lunch bro.. terliur je tgk ikan bakar tu..

    ReplyDelete
  2. Nuke =

    Hahaha terliur ker? tengok gambar jer la. Aku terliur tengok Sotong goreng tepung tu wakaka.

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS