2010-02-03

Hop-On Hop-Off Kuala Lumpur Part 2

Lagi kisah Hop-On Hop-Off

.....Sepanjang perjalanan, aku disajikan dengan pemandangan-pemandangan tipikal bandaraya Kuala Lumpur. Mungkin ramai yang sudah biasa melalui Bulatan Pahang, Chowkit Road, Bukit Bintang dan beberapa tempat popular di sekitar Kuala Lumpur. Tapi apa yang menarik bagi perjalanan hari itu adalah melihat jendela bandaraya dari sudut yang berbeza, dari satu sudut yang lebih tinggi dari biasanya.

Menyelusuri pinggir Bukit Nanas sehingga ke puncaknya, dimana terletak menara tertinggi di Malaysia (cukup sekadar aku nyatakan ini) iaitu Menara Kuala Lumpur tersergam gah di puncak bukit ini. Lama juga aku tak ke situ. Banyak perubahan telah dilalui oleh menara ini. Terbayang pulak kisah silam, bersama teman-teman 'senipis kulit telur' ku mendaki Bukit Nenas, meredah denai dan laluan trekkingnya untuk ke puncak Menara Kuala Lumpur! Best!

Sekadar menikmati pemandangan dari atas bas, seterusnya melalui Kompleks Kraf, di Jalan Conlay (serius aku tak pernah sampai situ sebelum ni), Bukit Bintang (yang dikatakan tempat hiburan paling sibuk di Kuala Lumpur - aku dengar dalam penerangan di atas bas), seterusnya meredah Jalan Petaling (atau Petaling Street) sehinggalah ke Central Market. Kesemua laluan ini amat biasa bagi sesiapa yang bekerja di Kuala Lumpur, tapi seperti apa yang aku katakan tadi, bila kita melihat tempat-tempat itu sebagai seorang pelancong, ianya sangat menarik!

Hentian pertama aku adalah Central Market, pusat pengumpulan hasil seni buatan Malaysia. Tempat yang sudah banyak berubah. Aku lunch di CM sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi pilihan ke dua - Istana Negara. Sepanjang perjalanan ke Istana Negara, ada beberapa fakta yang menarik tentang lambang institusi beraja itu. Asalnya ia merupakan rumah kepada seorang peniaga Cina beristeri 8, yang sangat kaya Encik Chan Wing pada tahun 1928. Kerajaan Persekutuan telah membeli rumah tersebut pada tahun 1957 untuk dijadikan Istana Negara. DAN ini meupakan kali pertama aku menjejakkan kaki di perkarangan Istana Negara!!! (Selalu tengok dari jalanraya, nampak ramai pelancong sebok bergambar dengan pengawal berkuda istana..kali ni aku pulak dapat rasa semua tu hahaha!).

Selepas ke Istana Negara, bas ini terus menuju ke green belt of Kuala Lumpur (Gelaran bagi kawasan hijau di sekitar Jalan Lembah Taman Tasik Perdana). Apa yang menari di sini adalah himpunan taman-taman utama yang sangat mudah diakses seperti Taman Tasik Perdana, Taman Rama-Rama, Taman Orkid, Taman Bunga Raya, Taman Burung (The largest Covered Bird Park in the World!) dan Memorial Tun Abdul Razak. Aku dan Kaki Jalan memilih untuk masuk ke Taman Burung Kuala Lumpur yang dicatatkan sebagai Taman Burung tertutup yang terbesar di dunia!! Fuh memang best!!! Kagum aku bila melangkah masuk ke Taman Burung tu, seoalah-olah berada di Jurrasic Park! Hahaha nanti aku ceritakan macamana kat dalam Taman Burung tu...(next entry kot)

Berada di Taman Burung sekitar 2 jam. Penat jugak meronda dalam taman tu. Aku memang dah lunyai dah. Dari pagi sampai ke petang merayap. Lepas habis di Taman Burung, aku singgah di Masjid Negara dan berakhir di KLCC untuk makan malam. Walaupun tak lengkap lagi edisi jelajah KL aku kali ni, tapi memang berbaloi. Penat, tapi Puas... Banyak lagi tempat di KL aku nak pergi, dan maybe next time akan ada edisi Jelajah KL ke-2?


Oitt-1: Taman Burung memang best. sesiapa ada anak kecik tu try la bawak ke sana..memang berbaloi!
Oitt-2:Nak plan sesuatu yang lagi havoc lepas nih! heheh~


PEACE!


Bukit Nanas

Menara Kuala Lumpur



Jalan Bukit Bintang



Central Market

Hentian No. 9, Pasar Seni

Istana Negara...agaknya apalah bro askar ni tengah pikir kan?


Taman Burung Kuala Lumpur

Masjid Negara

Stesen Keretapi Kuala Lumpur

Pencarian~


4 comments:

  1. Pertanyaan : Macam mana kalau kuda tu terberak?

    ReplyDelete
  2. Dr =

    Nampak tak lantai tu basah? tu maknanya tukang cuci baru lepas cuci berak kencing kuda + askar tu~ wakakaka.

    ReplyDelete
  3. we missed waktu pertukaran pengawal erk!! rugi

    ReplyDelete
  4. Cik Mas=

    Erk yer ker?? ada apa waktu pertukaran tu ek???

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS