2011-02-21

Projek Teater: Terima Kasih Cinta (Muzikal)

Assalamualaikum!!!

Mode Teater telah marey! Bagi sesiapa yang menggemari Filem Cinta yang pernah ditayangkan beberapa tahun dulu, pasti tak sabar -sabar mahu menonton Teater Muzikal Terima Kasih Cinta!. Sebenarnya memang tak ada dalam perancangan pon nak menonton Terima Kasih Cinta, tapi memandangkan tiket adalah hasil sepenuhnya disponsor oleh Encik Deennasour, maka terjebaklah jugak aku. Thanks ya Deen!~

Teater Terima Kasih Cinta dipentaskan di Istana Budaya bermula 19 Februari 2011 menampilkan beberapa nama besar dan selebriti yang agak dikenali ramai. Antara yang menarik perhatian adalah dengan kemunculan Latiff Ibrahim yang memegang watak Cikgu Elyas sangat mengimbau nostalgia zaman kegemilangan lakonannya dahulu. Suara pon mantap beb!!! Digandingkan bersama Safura Yaakob yang pernah memenangi beberapa anugerah utama perfileman, memang best suara diorang semua. Safura memegang watak Rubi.

Teater Terima Kasih Cinta adalah adaptasi daripada Filem Cinta yang memaparkan 5 kisah cinta di dalam satu cerita. Rasanya tak payah la aku ceritakan jalan cerita kisah Cinta ini, nak tahu sila tonton Filem Cinta arahan Khabir Bahtia.

Pelakon-pelakon lain yang terlibat adalah Deja Moss, Vince AF, Anding AF, Shajiri, Tony Eusof, Norish Karman, Faradhiya, Didi AF dan ramai lagi. Lagu-lagu yang dipersembahkan dipetik daripada lagu-lagu yang bertemakan cinta dan semuanya disampaikan dengan begitu indah bukan sahaja secara solo, malah secara harmoni. Tahniah diucapkan kepada para pelakon. Oh ya Sharifah Aleya pon turut berlakon juga dan lakonannya sangat bagus!!!

Thanks again to yang sponsor!!!

Pssst: Projek Teater tahun ni macam hambar je pulak...huhuhuhu bilala nak seaktif dulu...

PEACE!
Barisan pelakon pembantu












   

8 comments:

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS