2011-03-30

Edisi Kembara Selatan : Hari Pertama (Mersing)

Assalamualaikum!!!

Kembali bersiaran setelah mati kekeringan idea selama beberapa minggu yang lalu, hehehehe. Kali ini aku akan menceritakan kisah "KEMBARA SELATAN" yang berlaku secara spontan akibat kegagalan rancangan asal. Huh?? Apakah rancangan asal itu? Nanti aku ceritakan semuanya.

Kisah pertama:

Kengkononnya rombongan "Geng Ungu" (GU) kali ni akan menjelajah ke Wilayah Utara (Kedah, Perlis, Hatnya dan Krabi) dengan menaiki kereta. Persediaaan dibuat dengan rapi walaupon terdapat beberapa masalah teknikal seperti kemalangan jalanraya, urusan passport, dan dokumen-dokumen perjalanan yang lain, namun masih nekad untuk berjuang ke Utara. Penyertaan kali ini dijangka merosot memandangkan ada beberapa ahli GU yang tidak dapat turut serta sebab masalah peribadi.

Setelah membuat beberapa siri mesyuarat bersama pengasas GU iaitu KJ melalui dalam talian (online) dan simisi (SMS) akhirnya kami bersepakat untuk menjalankan acara tunggu dan lihat sehingga ke tarikh yang dijanjikan. Urusan cuti aku dan KJ dah selesai. Alhamdulillah bos benarkan bercuti selama dua hari ...so total percutian aku adalah 4 hari bermula Jumaat hingga Isnin (kes sama banyak dengan percutian ke Bali).

Tiba masa sehari sebelum ke Utara, aku dan KJ masih belom mendapat kata putus. Akhirnya setelah melalui beberapa insiden kebetulan, akhirnya kami bersetuju untuk mengubah plan. Daripada Jelajah Utara, terus beralih arah ke Kembara Selatan!!! Tambahan pula ada seorang rakan yang dengan bermurah hatinya mengajak kami pulang ke kampungnya yang tidak kurang hebatnya. Dengan keadaan pasrah dan redho akhirnya aku dan KJ nekad untuk pergi bercuti tanpa kehadiran ahli GU yang lain. Alasan untuk terpaksa meneruskan coti:-
  1. Aku dah memang megidam nak bercuti, tensi dengan kerja-kerja bertimbun.
  2. Cuti dah lulus dan memandangkan bukannya senang aku nak minta cuti sesuka suki, maka aku nekad menggunakan peluang sebaik-baiknya.
  3. Rasanya ini kali terakhir dapat peluang bersuka ria sebab lepas ni bila projek dah start kat opis, maka akan mengalami hari-hari yang sukar. Jadi aku akan menggunakan peluang ini dengan gigih dan tekun!
pssst: hahah tak bleh blah kan siap bagi alasan kenapa nak bercoti sesangat!

Ok aku sambung balik kisah Kembara Selatan.

Perjalanan kami bermula pada hari Jumaat (day 1). Kami bertolak daripada Puncak Jalil, Selangor dengan menaiki kereta Proton Iswara Aeroback bewarna merah merendah highway PLUS menuju ke Seremban. Di Seremban kami berjumpa dengan Abu (kawan yang kata nak balik kampung tu) dan keluarganya di plaza tol Seremban. Setelah berkumpul, kami terus menuju ke bandar Seremban untuk bersarapan pagi. Waktu tu jam menunjukkan pukul 8.30 pagi. Alhamdulillah perjalanan lancar dan cuaca sangat baik. Lagu tema kami adalah Awan Nano nyanyian Hafiz AF. Hehehe (selingan).

Setelah urusan bertukar-tukar senjata oleh Abu dan kawannya selesai di kedai makan, kami pun meneruskan perjalanan dari seremban menuju ke Kuala Pilah kemudian ke Muadzam Shah, Rompin dan banyak lagi tempat yang aku tak dapat recall (melalui jalan lama) dan akhirnya menuju ke Mersing! Yeahhh WELCOME TO MERSING! Sebenarnya dah banyak kali juga aku pegi Mersing tapi tu semua atas urusan kerja dan hanya tertumpu di beberapa kawasan sahaja. Tapi kali ni kami berpeluang menjelajah Mersing luar dan dalam. Dari Pekan Kuala Rompin menuju ke Kampung Belukar Juling (Kampung Abu) memang kami disajikan dengan pemandangan yang indah-indah! Awan sangat santek!

Sampai di rumah Abu, parents dia dah tunggu dengan hidangan tengahari. Kami tiba di Mersing dalam jam 2.00 petang. Di meja makan telah tersedia makanan yang paling istimewa iaitu KETAM REBUS!!! Bukan ketam sebarangan yer, ni ketam yang saiznya lebih besar dari tapak tangan orang dewasa! Kagum aku. Walaupun aku ni tergolong dalam golongan bukan pencinta ketam, tapi bila dah dijamu dengan ketam sebegitu rupa, maka aku terpaksa menerima hakikat yang isi ketam itu sangat menggamit dan manis. Thanks Abu sebab bagi peluang aku rasa ketam yang sedap dengan menunjukkan kaedah yang betol mengopek kulit ketam.

Selepas makan, kami berehat sebentar sebelum keluar menembak di kawasan pantai yang terletak tidak jauh dari rumah Abu. Mabeles sungguh pemandangan pantai-pantai di Mersing, aku, KJ dan Abu tidak melepaskan peluang menembak di segenap penjuru pantai. Antara pantai yang kami singgah adalah Pantai Penyabung, di mana terdapat sebuah jeti nelayan yang sangat mabeles!

Selesai aktiviti menembak sehingga ke senja di hari pertama. Selebihnya kami melepak-lepak sahaja sehingga malam. Hari pertama agak penat dan tidur pon agak awal jugak. Esok ada plan menarik untuk diharungi, jadi rehat yang cukup adalah perlu! OK nanti aku sambung episode 2 siri Kembara Selatan ni...

Jom layan beberapa keping gambo yang sempat ditembak...:p

PEACE!

Bandar Seremban di pagi hari...time ni semua orang dah masuk keje kot..lengang je.
Singgah sarapan di Seremban bersama Abu dan keluarganya...Adam tengah badmood hehehe.
Selamat datang ke Bandar Muadzam Shah!!! First time aku sampai sini.
Pemandangan sepanjang perjalanan ke Mersing.


Sempat jugak amek gambar lembu tu hehehe.
Tiba di pekan Kuala Rompin sebelum masuk ke Negeri Johor!



Ni dia ketam rebus!!!! Nikmats!

Salah satu jeti yang banyak terdapat di Pantai Mersing.

Gambar aku wajib ada la hahaha (muka macam baru bangun tido eh???.)



Time ni Adam dah hyper! Adam dan nenek mengait pukat~!

Nenek ni tengah gigih mengait pukat.

Abu dan salah satu senjatanya! Mantaps!
KJ yang tak habes2 posing hahahhaa

Oh Awan Nano...sangat santek!

Berangan tersesat di KRABI~
Adam yang kiut!!!!

Agak-agak, Krabi macam ni tak?


Senja dan hujan.

Terasa macam kat Tanah Lot, Bali pulak...Rindu Bali....








6 comments:

  1. marvellous pictures..i love the second last sesangat...

    ReplyDelete
  2. Fika79:-

    Thanks. susah juga nak mengambik gambar2 sebegitu kena ada kesabaran dan ketekunan hehehe. Thanks again

    Tunggu next entry ya!

    ReplyDelete
  3. aishhh cam tak caye, sape lagi suka posing ;p

    ReplyDelete
  4. MasMZ

    Hahahah percayalah kerana ianya benar

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS