2012-10-06

Amazing Japan (Part 7): Kokura Castle, Environmental Museum And The Foods In Kitakyushu

Assalammualaikum!


Aku di Kitakyushu tak lama cuma tiga hari bekerja je bermaksud 3 malam dan 4 hari termasuk hari perjalanan. Di entry sebelum ni aku dah cerita pasal kejadian di hari pertama aku di Kitakyushu dan beberapa info ilmiah mengenai apa yang dilakukan oleh masyarakat Kitakyushu untuk mencapai taraf Smart Community dan Eco Town di Bandar Kitakyushu. 

Sarapan pagi dulu kat hotel sebelum memulakan hari yang panjang. Roti tu aku kutip 2-3 bijik masuk dalam beg untuk bekalan sebagai lunch ... maklumla nak jimat. Yang lain tu, hmmm tinggal lalu dengan tak lalu nak telan je la.

Masih ingat lagi aku tulis tentang Eco Town? Bagaimana Kitakyushu boleh mencapai tahap Eco Town dan dijadikan contoh oleh banyak bandar-bandar di Negara Membangun (Non-ANNEX 1 Parties) di seluruh dunia? kalau lupa boleh rujuk balik entry sebelum ni.

Hari kedua, aku berpeluang menjengah Bangunan City Council Kitakyushu yang terletak betul-betul di sebelah Murasaki River dan Kokura Castle. Kalau nak diikutkan bangunan ni sama je macama bangunan lain. Kami diberi penerangan mengenai salah satu cara pengurusan sampah yang menjadikan Kitakyushu Town sangat bersih.

Pemandangan Bandar Kokura dari Bangunan City Council. Bersih je kan.
Keadaan di sekitar Kokura City.
Ini merupakan pemandangan Kitakyushu satu ketika dulu. Keliling sekolah adalah kilang! 

Segmen ilmiah bersama Janggel (Part 2):

Pernah dengar Takakura Composting Method? Tau ke tak composting tu apa? Hahaha kelakar pulak kan soalan aku kan. Oklah, mari sini aku terangkan apa itu composting, secara cincainya, composting / kompos merupakan satu cara di mana kita menyimpan sisa-sisa makanan daripada dapur di dalam satu bekas dan di campur dengan beberapa adunan bakteria untuk menghasilkan baja kompos! Bakteria baik akan menguraikan sisa-sisa makanan tersebut untuk dijadikan baja. (Ada faham?)

Di Kitakyushu, program pengurusan sisa pepejal (sampah) mereka sangat berjaya kerana kebanyakan isi rumah mengamalkan composting. Dan yang paling terkenal di sini bahkan di seluruh dunia, seorang pakcik Jepun bernama Mr. Koji Takakura telah memperkenalkan sebuah bekas (seakan-akan bakul) yang dicipta khas untuk tujuan kompos. Bakul tersebut dinamakan "Magic Bucket" di mana sisa-sisa makanan yang dimasukkan ke dalam bakul ynag mengandungi ramuan bakteria akan terurai secara drastik (sekejap je dalam beberapa jam) untuk membentuk baja compos dan boleh digunakan sebagai baja untuk tanaman. Ajaib kan! Tekni menggunakan Magic Bucket ni dipanggi Takakura Composting Method. 

Satu kes study telah di buat di Bandaraya Surabaya, Indonesia di mana keadaan pengurusan sisa pepejal pada asalnya sangat teruk. Sampah sarap banyak bersepah di longkang-longkang dan kebanyakannya merupakan sisa makanan dari dapur. Oleh yang demikian Mr. Takakura telah datang ke Surabaya dan memperkenalkan Magic Bucket-nya kepada penduduk Surabaya (terutamanya kepada suri rumah). Alhamdulillah dalam tempoh beberapa bulan, bandar Surabaya telah berubah menjadi bersih dan teratur. Banyak lagi contoh-contoh penggunaan Takakura Composting Method di negara-negara lain seperti di Filipina, Thailand dan beberapa negara membangun. Hebat kan? Kalau nak tahu pasal Takakura Composting Method ni boleh rujuk SINI.

★Nuts and Bolts

  • By spreading Japanese technology, Mr. Takakura positively planted the idea to make the method work properly.
  • To make local people obtain the technology and improve it independently, he regarded the transfer the basic theory as the most important thing when he passes on the technology.
  • It is important to share “surprise”, “impressed” and “smile” with the local people to spread technologies smoothly.

Sumber Google

Selepas habis sesi ilmiah, kami seterusnya akan di bawa ke Daerah Moji untuk menziarahi penduduk Moji Town yang rata-ratanya menyertai program Smart Community. Masa ni kami akan diberi peluang melawat beberapa kawasan perindustrian yang terletak di dalam lingkungan kawasan Smart Community. Selain daripada penjimatan tenaga eletrik akibat daripada krisis nuklear di Jepun, pelbagai sumber tenaga alternatif yang lain turut di explore oleh Jepun dan yang paling menarik minat aku adalah teknologi kincir angin dan teknologi ombak. Masa aku tengok diorang punya contoh teknologi tu memang kagum sekejap la. Dan yang terbaru, Jepun sedang mengkaji sumber tenaga daripada angkasa lepas. Ha kite tunggu je la nanti macamana hasilnya.

Aku berpeluang melawat kawasan kincir angin di sepanjang pantai Moji di mana terdapat beberapa buah kincir angin yang besar gedapak di letakkan di situ. Jakun jugak la tengok kincir angin tu, ye la sebelum ni tengok kincir angin dalam TV je kan, kali ni memang betul-betul depan mata.

Moji Town!
Moji Town lagi.
Kincir Angin yang sangat besar.
Salah satu sumber tenaga di Japan.
Moji Station.
Sambil duduk menunggu mesti memasing layan henpon. Wajib.
Naik train untuk balik semula ke Kokura City.
Tahun 1901, mesin kilang pertama dibina di Japan.

Sebelah petang pulak, dah habis sesi belajar, aku, Kak Mah dan Mbak Ajeng mengambil peluang berjalan-jalan di sekitar Kokura City. Ye la semalam tak sempat nak terjah kedai-kedai kat situ kan, hari ni barulah ada masa nak terjah. Tempat pertama yang kami tuju adalah Kokura Castle! Masa tu dah dekat pukul 5 petang, kami nekad je pergi ke Kokura Castle tu sebab yakin yang istana tu bukak lagi la, tapi malangnya istana tu dah tutup. Terpaksalah bergambar dari luar je.

Sedikit info mengenai Kokura Castle:
Kokura Castle telah dibina pada tahun 1602 sebagai tempat pemerintahan di situ.Malangnya istana tersebut telah terbakar pada tahun 1865 akibat peperangan di antara puak Kokura dan puak Chosu. Istana yang dapat aku lihat pada hari ini sebenarnya telah didirikan semula oleh kerajaan Kokura pada tahun 1959 dan siap sepenuhnya pada tahun 1990.
Kokura Castle... lawa.
Dua kali aku pergi area ni sebab tak puas hati gamba tak lawa kekeke.
Terjahan kali kedua.
Halus je kan
Berjalan-jalan di keliling Kokura Castle ni terasa macam berada kat zaman samurai pulak. Memang cantik istana ni walaupun ia bukan merupakan istana yang asal. Tetapi rekabentuknya dikekalkan supaya menyerupai istana asal.

Di sebelah Kokura Castle terdapat sebuah shopping complex yang besar. So dapat tengok la perbezaan di antara senibina moden dan klasik. Unik giler. Masa ni jugak la first time aku merasa makan Mee Udon, beserta tempura udang dan sayur sayuran! Sedap!. Satu lagi yang aku suka pasal food cour kat Jepun ni, kebanyakannya menyediakan air mineral /filter free untuk orang-orang yang makan kat situ. So jimat la 100 yen duit air. Hehehe.

Antara banyak-banyak kedai, yang ni kami singgah paling lama kekeke.
Sempat jugak beli beberapa Tumbler Starbuck Fukuoka.

Kami berjalan sampai kemalam. Jenuh jugak la cari barang souvenir kat Kokura City ni tapi memang susah nak jumpa. Aku rasa kalau aku bukak kedai souvenir kat sini kompom aku boleh jadi kaya kot? Hahaha. Kami sempat jugak singgah beli kain kat pasar berbumbung tu, dan layanan pekerje kedai kat sini semuanya superb! 


keadaan di lorong New Robin
Masa ni dah magrib.
Tokey kedai  ni muda, dia mintak tolong promote kain-kain yang dijual kat kedai dia. sapa rajin pi la bukak FB kedai ni di SINI
Bergambar di sekitar Kokura Station
Banyak jugak benda-benda patung ni kat sini.
Antara yang menarik, laluan berwarna-warni!!


Lagi kisah makanan:

Kat Kitakyushu ni, selain makan makanan hotel waktu breakfast (sebab free) dan makanan segera beli kat Family Mart (ala-ala 7Eleven), aku berpeluang jugak rasa makanan-makanan lain seperti Mee Udon (macam yang aku tulis kat atas tu), Nasik Goreng Telur (errr yang ni memang kompius sebab tetibe je kuis-kuis nasik jumpa daging ayam...pitam), dan Sashimi (ikan, udang, telur ikan, sotong mentah perah lemon). Banyak peristiwa menarik masa try makanan-makanan ni terutamanya masa try sashimi. Kisahnya, seorang member kepada Kak Mah yang kerja kat Jepun tu, ajak kami dinner, lalu dia bawak la kami makan kat hotel mewah, dijamu sashimi... Sumpah aku memang tak boleh telan langsung! Nak buang depan dia segan pulak, last-last berlakulah adengan macam dalam citer Mr. Bean, pura-pura makan sashimi tapi sumbat dalam tisu, campak dalam beg ... tak lalu makan ikan mentah. #tepaksa. (Ok malas citer lebih hahaha) Semua tu memori!

Setiap restoran di Jepun mesti ada sudut display macam ni.
Ni rupa mee udon basic yang aku makan. Harga 400 yen.
Nasi Goreng Telur... manis giler.
Makan-makan di hotel mewah, dibelanja oleh kawan Kak Mah.
Apakah ini????
Ini yang paling cantik, ikan solmon mentah, beserta telur-telurnya.. huhuhu
Yang ni aku tatau ikan apa, dicicah bersama kicap dan wasabi. Mentah jugak.
Sotong kurita mentah bersama yam.
Udang-udang mentah.

Keesokkan paginya pulak, kami berpeluang melawat Environmental Museum, Eco House dan shopping complex AEON  (sebijik macam Jusco kat Malaysia kekek). Semua tema lawatan aku ni ada kena mengena dengan alam sekitar ye. Sebenarnya banyak sangat tempat untuk di explore kat Kokura City ni, cuma masa je tak mengizinkan.


Kat Moji Town ni ada Jambatan merah yang panjang dan lawa! Ops tatau la apa nama lagu dalam video ni, aku main sebat je. =)

Depan Environmental Museum
Environmental Museum, Moji. Simple but very informative.
Bersama Hisumi San., salah seorang facilitator museum.
OK habis dah kisah di Kitakyushu. Lepas ni aku buat entry di Tokyo pulak.

Verangan dulu....
WASSALAM.

26 comments:

  1. sedapnyer telor ikan dgn sotong tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu! sob sob...

    castle diorang sume SAMA je kan? haaaaaa...tatau la nama pe kalo takde tulis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biqque:

      Sedap ke? Aku bau hanyir terus tak lalu makan huhuhu.

      Haah kebanyakan castle diorang semua sama bentuk. Entah mungkin trade mark kot kan. Hehehee.

      Delete
  2. kokura castle tu mcm osaka castle je? bentuk lebih kurang jek. tp still lawa! hehehe. sume makanan mentah kaat hotel tu? then ko makan mee udon je ke?

    kurus dah ko nih aku tgk! muahahah

    ReplyDelete
  3. John:

    Haah memang macam tu la rupanya. Aku rasa semua tmpat sama kot? Entah le.

    Memang makan udon je la yg lain aku makan megi je. Lalalalalala hahhaha

    ReplyDelete
  4. Oh mai panjang nye entry dan banyak nye gambar!

    Cantiknya Moji town tu, tu semua bunga2 liar ke weh? untungla pegi time2 tengah kembang semangkuk!

    Dan sejak bila plak ko kumpul tumbler Stabak? cer kabor sket!

    Castle Kokura sama je lebih kurang cam Osaka Castle dan castle2 lain di Jepun..kekekekek..

    ReplyDelete
  5. apesal gamba lawa2 sangat nih? stress tengok tau dak!hahaha...ha nak sgt g japan sebab nak tgk castle dorang! lawaaaaaaaaa sgt time musim bunga! =)

    ReplyDelete
  6. canteknya bunga bungaan..

    semua menu mentah2 je...

    oh..aku suka tempat yang kincir angin banyak2 tu..lawoooo

    ReplyDelete
  7. BlueEwoke:

    Hahahah tu la pasal tetiber terpanjang pulak kan.
    Memang lawo pekan ni.

    Errr tumbler starbak orang kirim ler..aku idok le nak ngumpul.

    Haan castle lebihkuang sama je.

    ReplyDelete
  8. Ciklala:

    Takde la lawa mana gambar2 ni, dibandingkan dengan empunya blog Chawana yang super duper hebat tu kekeke.
    Pi la Jepun , memang berbaloi.

    ReplyDelete
  9. Dzuchan:

    Ye tempat kincinr angin tu best sebab tepi laut dan ramai orang mancing ikan.

    Ye 90% menu semua mentah kekeke

    ReplyDelete
  10. 'halus aje..."
    huhu nak bagitau la yg dia dah kurus (masa tu)
    nape tak belikan akak magic bucket tuh!!! akak memang nak buat baja kompos haaaa...cis

    tak pe
    buat sendiri belakang rumah
    (ambik sisa makanan jiran belakang...selang selikan dgn lalang ...sure jadi punya la...heheh)

    lawa gambo bunga (golek2 tak kat situ?)

    ReplyDelete
  11. eh eh..halussssssnyeee pacik! mcm makhluk halus hahahaha

    cantik leee tempat2 kat sini.. ai iz jelezzz

    ReplyDelete
  12. dari bekpas hingga ke dinner makanan very colorful..

    org jepun ni save gas sbb xyah masak..smuanya mentah2..haha.

    ReplyDelete
  13. Salam,
    Saya suka bab-bab fasal environment ni. Tapi sikit bebenor info fasal tu. Ce cerita sikit apa yg dikatakan teknologi kincir angin, teknologi ombak tu.

    Fasal composit tu pun saya suka. Ada juga le saya belajor cara komposit tu. Sisa-sia makanan tu saya letak dlm pasu utk buat baja. Ada juga le cuba-cuba. Tapi magic bucket tu cool le.

    Bandar kat sini cantik dan bersih. Suka tengok. Org Jepun memang pandai jaga alam sekitar kan. Banyak yg kita boleh belajar dari mereka.Bolehlah Janggel buat kempen lestari ni di Malaysia.

    Di New Zealand ada tempat nama Koukura. Agaknya ada org Jepun kat situ kot?

    Nasi goreng telur ada ayam? Nasib baik ayam kalau cik B... naya je kan...

    ReplyDelete
  14. will repeat 2000000000000000000 times... your b/w the nicest

    ReplyDelete
  15. Kak Anash:

    Huh jangan jeles! Haritu kurus sekarang kembali kepada saiz asal ok! Korang mampu???

    Kalo nak tong tu, MPSJ bagi free je kat setiap unit rumah, silalah mintak kat diorang.

    golek2? ofkos la ada!

    ReplyDelete
  16. Hanie:

    Gitew...halus le sangat kan!
    Ye santek.

    ReplyDelete
  17. Zila:

    Ye kan, memang kalerpul sungguh makanannya.

    Haah la, gamaknya sebab nak saving energy kena makan mentah2 je la eh....

    ReplyDelete
  18. Kak Naramas Aman:

    Alhamdulillah, ramai juga yang suka dan ambik berat kan pasal alam sekitar. Penat dah nak jaga tapi sapa lagi nak buat kan kalau bukan kite.


    Ye sekarang ni baja kompos dah agak popular waima di Malaysia juga. Banyak dah kerajaan buat program untuk galakkan masyarakat terlibat dalam program komposting sebab hasilnya memang memberangsangkan, cuma tinggal nak tak nak je org buat. Yup its all about mentaliti.

    Insyaallah kempen-kempen bandar lestari dan seangkatannya sentiasa ongoing ..

    Kannnnn... nasibb baik bukan cik ibab! hahahhaa

    ReplyDelete
  19. Naramas aman:

    Oh lupa nak citer pasal kincir angin n ombak tu.

    Kat jepun salan satu sumber tenaga mereka adalah melalui sumber angin memandangkan negara Jepun banyak angin terutamanya di tepi2 pantai. Di Malaysia, kalau tak salah saya di Pulau Redang atau Perhentian ada satu, private punya. Begitu jugak dengan teknologi ombak, diorang mempunyai ombak yang kuat so dari situ boleh generate tenaga yang banyak.

    :)

    ReplyDelete
  20. lama tak masuk sini tup2 mr. janggel pi merantau ke jepun nih!!! uwaaaa.. bestnya.. dan pics of foods semua nampak very tempting. takpe la..saya makan sushi di sushi king saja lah nampaknya. huhuhu.kirimkan doraemon untuk saya ye. hehehe..peace!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya:

      Hahahaaa lama kan tak jupe kat belog. Kat jepung tu bukannya lama pong, dah balik Malaysia dah pong. Doraemon? Nanti akan diemelkan ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ "̮.

      Delete
  21. aku suka sushi, tapi yg mentah pun aku tak lalu...dia ingat kita ni kucing ke makan benda2 mentah...

    ReplyDelete
  22. Fatt:

    Aku mmg tak penah makan sushi pon kat Malaysia ok... Tuptup nak suh makan kt jepun? Pitam sat ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ "̮ tu la ingat kte kucing ke hapa tah.

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS