2013-01-27

Amazing Japan (Part 16): Odaiba and Tokyo Disneyland !

Assalammualaikum!!!

[ Sambungan dari Part 15 ]

Ok tinggal dua hari saja lagi untuk aku duduk di Tokyo, lepas ni tak tau bile pulak dapat jejak kaki kat sini. Untuk projek terakhir di Tokyo, aku dan Kak Mah masih ada tempat yang nak sangat kami pergi yakni di Odaiba dan Tokyo Disney Land! Adui sempat ke nak pergi memandangkan 2 hari kami ni memang pack dengn kelas.

Setelah mengkaji-kaji peta, dan ejas-ejas jadual, maka kami dah decide untuk pergi jugak ke Odaiba dan Tokyo Disneyland lepas pukul 4 petang. Makanya hari isnin tu, pukul empat petang aku dan Kak Mah pon memulakan misi kami. Kengkawan lain semua taknak ikut, sebab tak cukup duit katanya (Haaa sapa suruh shopping tak ingat dunia kan!).

Jenuh kaji peta ni semalaman. Kalau tak, alamatnya tak sampailah ke destinasi.

Lokasi pertama yang kami tuju adalah Odaiba. Apa yang menarik sangat pasal Odaiba ni? Odaiba merupakan satu bandar pelabuhan yng sangat terkenal dengan Rainbow Bridge dan replika Statue of Liberty.

ODAIBA, TOKYO.
NOTA: Odaiba (お台場?) ialah sebuah pulau buatan yang besar di Teluk Tokyo, Jepun, yang terletak di seberang Rainbow Bridge dari pusat bandaraya Tokyo. Asalnya, ia dibina untuk tujuan pertahanan pada 1850-an, diluaskan dengan mendadak ketika lewat abad ke-20 sebagai daerah pelabuhan, dan semenjak 1990-an ia telah berkembang sebagai kawasan perdagangan, perumahan dan istirahat yang utama. Daiba (台場?) secara rasminya merupakan nama satu daerah pembangunan pulau di Wad Minato. Nama Odaiba sering memaksudkan seluruh Pusat Bandaraya Sampingan Dermaga Tokyo (東京臨海副都心) yang merangkumi daerah-daerah Ariake dan Aomi di Wad Kōtō dan daerah Higashi-Yashio di Wad Shinagawa. - sumber Google.


Kami tiba di Odaiba dah hampir jam 5.30 petang, dan masa tu magrib dah sebab musim luruh dah hampir tiba, waktu siang jadi pendek. Maka cepat-cepat kami berjalan berpandukan peta distesen monorel menuju ke kawasan pantai. Tak berapa jauh sangat jarak dari stesen monorel ke kawasan pantai, dala  300 meter je jalan kaki.

NOTA: Pilihan untuk menaiki monorel ke Odaiba adalah yang terbaik walaupun kosnya agak mahal! Kenapa aku kata ianya berbaloi? Sebab kita akan  dijanjikan dengan pemandangan yang sangat menarik terutamanya di kawasan pelabuhan dan melalui Rainbow Bridge! Ya, monorel akan lalu atas Rainbow Bridge dan ianya sangat menarik. So jangan teragak-agak kalau nak naik monorel ke Odaiba.


Sampai di kawasan pantai Daiba, kami dapat menyaksikan pemandangan Rainbow Bridge dan bangunan-bangunan pencakar langit Tokyo yang terbentang luas di depan kami. Serius lawa! Bila malam pulak, Rainbow Bridge akan dilimpah dengan cahaya lampu berwarna warni. Tetibe teringat pada Gwangan Bridge di Busan, Korea Selatan satu ketika dulu. Konsep jmbatannya sama, juga dilimpahi lampu di waktu malam. :)

Misi utama masih belum tercapai, yakni mencari Statue of Liberty! Kami meneruskan perjalanan di sepanjang pantai sampailah terlihat kepala Statue of Liberty dari jauh. Wah masa tu aku dengan Kak Mah dah terkinja-kinja dah! Terpaksa jalan laju-laju sebab hari dah makin gelap. Takut nanti nak bergambar kat situ dah tak nampak! 

Bila dah sampai kat patung Statue of Liberty tu rasa suka yakmats sebab macam tak percaya pulak dah sampai situ. Lagipun nak amek gambar kat Statue of Liberty di USA tu entahkan bile la dapat kan? So dapat bergambar kat Tokyo ni pon dah bersyukur sangat ahahha. 

NOTA: Terdapat berpuluh-puluh replika Statue of Liberty di seluruh dunia dan salah satunya adalah di Tokyo. Statue ini bukan pada saiz yang sebenar seperti yang terdapat di USA, di tempat-tempat lain, ianya bersaiz lebih kecil.


Tak lama kami berlegar-legar di sekitar kawasan Daiba tu, sebab kami nak kejar masa menuju ke Disney Land Tokyo pulak. Jadi kami mengambil monorel semula dan bertolak ke Disneyland Tokyo. Ada dua line train yang kami ambil, direct menuju ke Disney Land Tokyo. Mujur juga dulu Kak Mah pernah datang ke Disney Land Tokyo, (tapi dah lebih sepuluh tahun katanya) so dia tau la jugak sedikit sebanyak selok belok kat sana.

DISNEYLAND TOKYO

Sebenarnya kami sampai ke Tokyo Disneyland ni pon dah agak lewat dalam jam 8.00 malam. Masa tu teruja la jugak sebab dapat juga jejak kaki kat situ walaupun sebenarnya, kami tak masuk pon dalam Disneyland mahupun Disneysea Tokyo tu, hanya sekadar berlegar-legar di luar kawasan dan membeli-belah di kedai-kedai cenderamata kat situ. Sebenarnya teringin jugak nak masuk tapi bila pikir-pikir balik, dah la kami sampai dah lambat, dan nak masuk tu pon kena bayar agak mahal, jadi kami mengambil keputusan untuk tidak masuk, cukup sekadar melihat-lihat kawasan sekeliling. Banyak juga kedai-kedai cenderamata di sekitar kawasan tu. Hmmm insyaAllah lain kali bila ada rezeki aku ke Jepun lagi, teringin nak masuk dalam Disneyland tu. (Aminnnnn)



Aku paling suka monorel yang round dalam Disneyland dan Disneysea tu, sangat comel, sebab dihias dengan watak-watak Mickey Mouse dan watak-watak Disney yang lain. Itu yang membezakan monorel Disney dengan monorel lain di dunia. Hehehe.



Hampir 2 jam kami di sekitar Disneyland, kami pun bergerak pulang ke hostel. Jauh jugak perjalanan dari Disneyland nak ke Shinjuku, memakan masa lebih kurang satu jam. Mungkin sebab kami salah pilih line? Sebab nak amik line yang tambang murah katanya hahaha. Aku pon dah tak ingat dah kami ambik line apa. Yang pastinya dari Dsineyland kami turun di Tokyo Station dan tukar train menuju ke Shinjuku.

Masa balik tu, memang kelakar habis, berlari pecut aku dengan Kak Mah balik ke hostel sebab takut pintu pagar asrama tutup. memang tu pengalaman paling lucu dan sengal pernah aku alami kat Tokyo. Nasib baik sampai hostel, pakgad tak banyak tanya. Lega... masuk bilik, buat apa yang patut dan tido. Esok adalah hari terakhir aku di Tokyo dan kami semua akan pulang semula di Tsukuba.

Ada sikit lagi sambungan kisah di Tsukuba. Kalau nak baca sila lah tunggu...

WASSALAM.

33 comments:

  1. Atay kat Shinjuku? Ada ribuan kelab malam kat situ... hehe

    ReplyDelete
  2. Mie:

    hhehe memang banyak ribuan kelab disitu kan... saya stay di Shibuya sebenarnya, tapi balik ikut shinjuku heheh.

    ReplyDelete
  3. Hamboi pepagi dh ade entri Japan!kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beautifulife:

      Wowww blog dah apdet ke??? Kikiki

      Delete
  4. fuyo! pegi jepun plak? jeles aku... huhu bila la aku dpt jejak kaki ke sini... alahai...

    ReplyDelete
  5. wowow best gila ko dapat ronda-ronda kat jepun. aku plak teringin gila nak ke akiba. duet duet...

    ReplyDelete
  6. sangat comel train disney dia, banding yg hk punya..nak ikut pi disneyland tokyo..he he he

    ReplyDelete
  7. mana pelanginya kat jambatan tu? tak nampak pun... tipu sgt ko nih! hahahah

    nnt nk g disneyland tokyo tu ajak aku tau!!!! pls pls pls...

    ReplyDelete
  8. pening tngk map subway jepon tuh.. berlapis2... berbaloi ko pegik ke odaiba tu wpon masa singkat dan agak mahal coz memang cantik..
    subway/metro ke disneyland memang cengini kot rupanya...hampir sama ja semua dngn karakter2 kartun... sayang x dpt masuk... x apa, next time...next time..

    ReplyDelete
  9. odaiba dengan disneyland memang tak pergi ritu, tak dan, masa kejap sangat dekat tokyo. tak sangka pulak dekat situ boleh ada statute of liberty tu, rugi nyer rasa, huhu...

    ReplyDelete
  10. Nick :

    Dah lama dah aku pg ni, cuma baru nak apdet hehehr. InsyaAllah kalo ada rejeki ko pg la nanti.

    ReplyDelete
  11. Mecha praline:

    Heheee ye kamu juga bisa dong..

    ReplyDelete
  12. Norh:

    Comel kan! hk punya tren x mcm ni ke? Jom pi disneyland tokyo!

    ReplyDelete
  13. Henry fox:

    Ko x nmpak ke tu? Motif sangat rabun! Hahaha

    JomM!

    ReplyDelete
  14. Farikica:

    Ye mmg pening tengok! Nak kena kaji 2 hari 2 mlm pon bru tau separuh hihihi.

    Tu la rugi x dpt masuk.... nex time!

    ReplyDelete
  15. Orga:

    Yup bg saya odaiba mmg berbaloi pergi. Nanti awak pg la situ pulak hihihi

    ReplyDelete
  16. untunglaaaaa.....
    dah jejak jepun
    .
    .
    .
    .
    .
    kbai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Anash:

      AKak set kan komen ni ke 3 entry lagi yer tq.

      Kbai

      Delete
  17. aaaaaa bestnye! nak sangat pi tokyo disneyland tp tak taula bile..tabung ayam tak penuh2 pun hihi

    ReplyDelete
  18. psst.... klu ko jmpa ayumi hamazaki atau maria ozama kim salam kt dorg ye... hehehe

    ReplyDelete
  19. #untungla if dpt pegi lagi...sob sob...

    hahaha!

    ReplyDelete
  20. boleh bagi bajet skali dn tmpt pnginapan sume x??mcm quotation la krenye,,,lbih membantu =)

    ReplyDelete
  21. Bestnya...bestnya....Bertuah janggel dapat pergi.

    Beach house ke apa tu? Cantiklah macam kat Melbourne pulak.

    Statute of Liberty N.Y di Tokyo? Apa tujuannya?

    Saya dah tengok Statute of Liberty yg sebenar di New York dan dah pernah ke Disneyland di USA. Tapi belum pernah betul-betul pijak bumi Tokyo...nak juga tahu perbezaannya.

    ReplyDelete
  22. nice sharing bro. teringin aku nak ke tokyo sana. entah bila dapat pergi.huhuh

    ReplyDelete
  23. awat sampai lambat sangat ke disneyland.. die tutup pkol bape???

    view jambatan tu dari odaiba kan.. memang snang smpai situ ke dari stesen MRT die?

    ReplyDelete
  24. Ceklala:

    Haaa apa lagi, sila penuhkan tabung ayam anda itew hehehe.

    ReplyDelete
  25. Nick:

    Hahah kalau aku pi lagi ke Jepun nanti aku cuba cari diorang ye . hehehe

    ReplyDelete
  26. MissAntt:

    Susah saya nak bagi bajet tempat penginapan semua sebab saya duduk atas tajaan, so tak tau harga sebenar hotel or hostel di sana. Apa yang saya boleh membatu harga dari segi entrance fee ke Disney tu lebih kurang RM 350, tiket train lebih kurang dalam RM 20 pergi balik dari Tokyo station.

    ReplyDelete
  27. Kak NA:

    Hehehe boleh tahan best la kak. InsyaAllah saya yakin akak pon akan sampai sini nanti. Amin.

    Yang kat tepi pantai tu adalah gudang-gudang sebab kat situ kebanyakannya pelabuhan barang.

    Menurut sumber yang saya baca, banyak replika Liberty ni di seluruh dunia. Di Jepun saja ada banyak liberty ni antaranya di Osaka, Shimoda dan Ishinomaki. Tapi saiznya tak sebesar di NY tu. Relevannya Liberty adalah simbol keamanan. Saya pon kurang arif pasal sejarah liberty ni tapi sikit-sikit bunyinya macam tu la. Hehe

    ReplyDelete
  28. Mohamad Razik:

    Sekadar berkongsi pengalaman bro. Thanks sebab sudi baca. InsyaAllah tuan juga akan ke sana suatu hari nanti.

    ReplyDelete
  29. Shahrule:

    Aku pi sana lepas kelas bro, dah petang, sampai situ pon dah malam.

    Sebenarnya boleh masuk amik pakej half day, tapi macam tak berbaloi jugak la sebab masa suntuk sangat.

    Yup Jambatan tu kat Odaiba, tu namanya Rainbow Bridge, aku pon tak tau nape namanya sebegitu, mungkin sebab waktu malam ia berwarna warni. Senang je nak pergi Odaiba ni, banyak access train nak ke situ. Jalan kaki dari station MRT pon tak jauh. reachable la

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS