2013-07-10

Hanoi (Vietnam): Old Quarter / Old Vietnam City - The Final Destination (FINALE)

Assalammualaikum!!!

Ok tak sabo dah nak menghabiskan entry Vietnam ni. Bukan banyak sangat pon, tinggal sikit je lagi nak cerita. 


Di entry sebelum ni kami hanya berlegar-legar dalam hujan di sekital old quarters Hanoi, untuk mencari sesuap nasik halal tapi tidak ketemu. Perut yang berkeroncong diisi dengan megi dan buah-buahan tempatan...bolehla daripada tak ada langsung kan. Malam tu sempat jugak la meriki-riki kedai-kedai untuk upacara shopping esok kan. Lepas tu balik hostel dan tidur, maklumla penat berjalan kaki katanya.

Keesokan harinya, kami breakfast di hostel. Ada breakfast disediakan dan kami request suruh tukang masak kat hostel tu masakkan telur scramble, sebabnya tengok makanan-makanan lain macam meragukan aje kan. Yang paling best, restoran tempat makan di hostel ni adalah di tingkat paling atas, rooftop katanya.... kira proper restaurant jugak la, dan masa kami naik tu lebih kurang jam 8.00 pagi macam tu ada la ramai jugak penghuni hostel yang tengah breakfast skali.

Breakfast di rooftop! Sambil menyaksikan pemandangan Old Quarter, Hanoi.
Usai breakfast (cewah guna perkataan USAI di situ), kami pon balik semula ke bilik dan bersiap-siap untuk meneruskan perjalanan menjelajah sekelumit bandaraya Hanoi tu. Destinasi pertama pon tak berapa pasti sebenarnya nak pegi mana, sebabnya kami memang tak ada plan apa-apa masa di Hanoi. Apa yang kami buat adalah sambar peta di kaunter hostel dan tengok mana-mana lokasi tumpuan pelancong yang boleh dilawati.

Keadaan jalanraya di waktu pagi....dah sesak.
Orang jual durian pon ramai!
Buah-buahan lain pon ada.
Flag Tower

Kami bersetuju untuk ke Flag Tower yang terletak agak jauh juga dari hostel kami. Flag Tower ni sebenarnya adalah ala-ala kubu peringatan pahlawan Vietnam la masa perang dulu. Tak tau la macamana rupa sebenarnya, sebab tu la kami nak pergi. Nak ke situ pulak merupakan satu cabaran! Kami kena naik teksi untuk ke sana memandangkan nak naik angkutan (eh ada ke angkutan kat Hanoi? Tak pasti) tak jumpa. Nak tahan teksi pon satu hal sebab keadaan jalan raya memang sesak dan kebanyakan teksi dah ada penumpang. Jadi gigih jugak la tunggu tepi jalan tu untuk dapatkan teksi.

NOTA: Hanoi Flag Tower at the age of nearly 200 years is renowned as one of the symbols of Hanoi. The construction began in 1805 and completed in 1812, the 11th year of Gia Long time, Nguyen dynasty, five years after construction time of Flag Tower in Hue. From 1894 to 1897, the French colonial destroyed most of the construction in Thang Long Imperial Citadel, and Flag Tower is one of rare architecture works which still remain today. Moreover, the image of Flag Tower has been embedded in many remarkable historic events; for example, the flag of Vietnam flew on the top of the Flag Tower for the first time in 1945, after The August Revolution’s success, and on October 10th, 1954- the capital libration day; image of Flag Tower is printed on the money paper issued firstly by the Bank of Vietnam. Since 1986, there are always a national flag (24m2) flying on the top of Hanoi Flag Tower. One flag is only used within two to three weeks on average, so in one year, there are about 20 flags alternately flying in the sky of Hanoi. Located on Dien Bien Phu street, at the center of the city, Hanoi Flag Tower is a historic attraction that tourists who arrive in Hanoi should visit once.- sumber Google.
Sampai je kat area Flag Tower tu, kami diberitahu yang kawasan tu ditutup pada hari itu sebab ada majlis apa tah tengah berlangsung. Ceh!!! Sesia je datang jauh-jauh kan, tutup pulak. Terpaksa la kami bergambar dari luar je. Nampak la jugak tiang menara benderanya.

Pintu masuk ke Flag Tower.
Intai dari jauh jela...
Tepi jalan pon jadila....
Kena seberang jalan untuk ke Lenin Statue
Lenin Statue

Dari Flag Tower tu, kami menyeberang jalan dan singgah sekejap di Lenin Statue yang terletak betul-betul seberang jalan di depan Flag Tower. Kat situ ada sebuah patung (statue) ketua kepada tentera komunis yang memegang ajaran "leninism". Apakebendanya ajaran leninism tu aku pon tak tau, korang pepandai la cari sendiri ye. Statue ni terletak di Nguyen Thai Hoc Park dan kelihatan ramai pemuda pemudi yang duduk melepak kat situ.
NOTA: Communist leader of the October Revolution and the father of "Leninism". Born Vladimir Ilyich Ulyanov in 1870 to an educator's family, he rose to leader of the Communist Party of the Soviet Union before his death in 1924 at the age of 53. Today his preserved body is still on display at the Lenin Mausoleum in Moscow's Red Square. During his life as a communist leader he greatly influenced the communist leader of Vietnam, Ho Chi Minh. The statue stands in the middle of a park across the street from the Army Museum. Frankly, most people in the park seemed to be ignoring the statue and paying more attention to the soccer game being played around it.- sumber Google.
Kat kawasan Lenin Statue ni pon kami tak duduk lama... bosan sebenarnya. So kami akan meneruskan perjalanan ke Long Bien Bridge. Haaaa sebenarnya kami ingat yang jembatan ni special sangat la kan, rupa-rupanya jembatan ni biasa je, macam jambatan-jambatan lama yang diperbuat dari besi. Apa yang istimewanya, adalah sejarah jambatan tu sendiri. Nak ke jambatan tu pulak cabaran jugak. Kami kene tahan teksi yang memang susah nak berenti. Ada yang berenti pon cekik darah je, dan hampir-hampir mengepau kami. Memang kalau naik teksi, pastikan teksi tu adalah metered taxi ye. Dan sila pandai sendiri tengok meter tu dan bayar ikut harga meter tu, kalau tak kompom kene cekik darah punya!

Inilah rupanya Lenin Statue.


Long Bien Bridge

Sampai je kat jambatan tu, hampa sangat muka-muka kami. Dah la jalan sesak kan, lepas tu tengok jembatan tu ala kadar je. Nak tau apa yang istimewa pasal jambatan tu sila baca nota.
NOTA: The bridge was built in 1903 by the architects of DaydĂ© & PillĂ©, a French company. Before North Vietnam's independence in 1954, it was called Paul-Doumer Bridge, named after Paul Doumer - The Governor-General of French Indochina and then French president. It was, at that time, one of the longest bridges in Asia with the length of 2,500 m.[1] For the French colonial government, the construction was of strategic importance in securing control of northern Vietnam. From 1899 to 1902, more than 3,000 Vietnamese took part in the construction. It was heavily bombarded during Vietnam War due to its critical position (the only bridge at that time across the Red River and connect Hanoi to the main port Haiphong). The first attack took place in 1967, and the center span of the bridge was felled by an attack by 20 USAF F-105 fighter-bombers.[2] The defence of Long Bien Bridge continues to play a large role in Hanoi’s self-image and is often extolled in poetry and song. It was rendered unusable for a year when, in May 1972, it fell victim to one of the first co-ordinated attacks using laser-guided "smart bombs". Some parts of the original structure remain intact, while large sections have been built later to repair the holes. Only half of the bridge retains its original shape. A project with support and loan from the French government is currently in progress to restore the bridge to its original appearance. Today trains, mopeds, bicycles and pedestrians use the dilapidated bridge, while all other traffic is diverted to the nearby Chuong Duong Bridge and some newly built bridges: Thanh Tri Bridge, Thang Long Bridge, Vinh Tuy Bridge, and Nhat Tan Bridge. Under the bridge, around forty extremely poor families live in boats on the Red River, coming from many poor rural areas of Vietnam. - sumber Google.
Nazura muka cuak sebab kena paw dengan abang sebelah dia tu heheh.
Inilah teksi kontot yang kami naik.
Long Bien Bridge yang biasa-biasa aje.
Jambatan karat pon boleh.
Banyak pulak orang jual roti tepi-tepi jalan ni.
Dari Long Bien Bridge kami  berjalan kaki menuju ke Cho Dong Xuan Market yang terletak tak berapa jauh dari situ. Cuma perlu jalan beberapa meter dan melalui beberapa celah lorong untuk sampai ke situ. Sebenarnya tak tau pun kedudukan market tu kat mana tapi main redah je dan akhirnya jumpa. Dirahmati katanya kekekkee.  Konsep market ni ala-ala macam Pasar Siti Khadijah kat Kelantan dan Pasar Payang di Terengganu. So paham-paham je la macamana keadaannya dan apa barang-barang yang dijual kat situ kan....

Cho Dong Xuan Market

Kami menghabiskan masa lebih kurang dua jam kat Cho Dong Xuan Market tu, maklum la ada orang gigih nak beli baju untuk majlis kawen nanti katanya.  Siapa yang suka shopping tu memang disarankan ke market ni la. Bukan stakat baju bajan, macam-macam benda lagi ada... fridge magnet pon banyak dijual kat sini, murah-murah pulak tu. Sempat jugak la aku sambar 3 helai kain pasang untuk mak dan kakak di kampung. Hehehe.

Letak gambar retisss la , mudah-mudahan blog ni femes juge hehehe.
Macam-macam ada!
Keadaan kat dalam Pasar... 
Kain-kain yang murah-murah.
Antara barangan lain yang dijual.
Hoan Kiem Lake.

Dah puas berlegar-legar di dalam market, kami meneruskan perjalanan menuju ke Hoan Kiem Lake. Tempat / taman ni merupakan salah satu tarikan utama di hanoi juga. Banyak la pasangan muda mudi yang bercengkerama kat situ, sapa nak tengok free show senang-senang je boleh dapat.

NOTA: Hoan Kiem Lake. A pleasant park in the centre of town, within easy walking distance from anywhere in the Old Quarter. It's the locals' favourite leisure spot, and a great place to watch people practising tai chi in the morning or to sit and read in the afternoon. Hoan Kiem means "returned sword", and the name comes from a legend in which King Le Loi was given a magical sword by the gods, which he used to drive out the invading Chinese. Later, while boating on the lake, he encountered a giant turtle, which grabbed the sword and carried it down to its depths, returning it to the gods from whom it had come. (You can see a version of the legend at the Water Puppet Theater - see below.) Rumour has it the giant turtles still inhabit the lake. A mummified specimen is on display at the Ngoc Son Temple. - sumber Google.
Serabut.
Di sekeliling tasik ni la terdapat pelbagai deretan kedai yang menjual pelbagai barangan termasuklah, berg-beg berjenama tiruan, baju, cenderamata dan sebagainya. petik je mana yang korang nak dan harganya memang kompom murah giler! Kami hanya servey-servay barang je dulu sebelum membuat keputusan untuk membeli. Maklumla banyak sangat kedai, tak terpilih barang yang nak dibeli sebenarnya!

Retisss sangat.
Tebu hitam pon banyak orang jual kat sini.
Dalam pukul 3 petang macam tu, kami singgah makan di sebuah kedai makanan Malaysia... dah tentu la halal! Nama kedai tu adalah Nisa Restaurant. Pekerja-pekerja Vietnam kat situ dah boleh berbahasa Melayu dengan baik. Katanya dah keje situ 3 tahun, memang ramai orang Malaysia yang datang makan kat restoran tu kalau datang ke Hanoi. Harga pon boleh tahan.

Ni la Restoran Nisa tu, dua tingkat dan berekon.
Tomyam Vietnam hehehe. Sedap.
Kedudukan restoran tu dekat je dengan tasik Hoan Kiem tu. Pandai-pandai la google atau tengok peta, sebab nak menerangkan macamana nak ke situ memang susah la atau boleh terjah website restoran ni di SINI Alamat restoran adalah seperti yang tertera.

 32 Hang Tre Str., Hoan Kiem Dist., Hanoi - Vietnam
 Email: nisarestaurant@yahoo.com.sg 
Tel: (84-4) 39261859 / 38243860 Fax: (84-04) 39261916 
Mobile: 0912 040 537 
Website: http://nisa-restaurant.com

Lepas makan, kami balik dulu ke hostel. Nak melepaskan lelah katanya, sebab dari pagi keluar tak balik-balik. Memang sampai hotel, semua terjelepok kepenatan.

Sebelah malam pulak, kami bercadang untuk menerjah Night Market. Tak sabar rasanya nak tengok apa yang ada kat sana. Tapi malangnya, masa elok-elok nak shopping tetibe hujan turun sangat lebat!!! Hancur harapan nak shopping, sempat tengok peniaga-peniaga tu bertempiaran menyelamatkan barang jualan mereka. Kesian jugak la aku tengok... mata pencarian diorang tu... maka tiadalah rezeki mereka malam ni, dan tiada juga rezeki kami nak bershopping. Kami balik semula ke hostel dan mengemas apa yang patut sebab esok pagi-pagi dah nak kena bergerak ke airport.



Night Market, Hanoi.


Sempat la shopping walau hari nak hujan.


Kehujanan... kesian kan diorang. 

Dari hostel ke airport mengambil masa lebih kurang setengah jam. Kami dah minta pekerja hostel tu tolong carikan teksi. Maka berakhirlah misi penjelajahan China-Vietnam kami kali ini. Macam-macam perasaan ada, suka, duka... dan semua tu tak kan dapat dilupakan sebab kami dah jadi terlalu rapat sebagai satu keluarga. Susah senang bersama kannnnn.... Macam-macam cerita dikongsi bersama dan masa tu lah kita sedar bagaimana untuk bergantung di antara satu sama lain.

OK, tamat sudah. Harap dapat membantu siapa-siapa yang nak membuat penjelajahan yang sama macam kami. Ambik la mana-mana info yang berguna dan jangan tiru mana-mana yang tak berguna (hehehe ada ke?) Ini saja cara untuk aku berkongsi pengalaman bersama kalian semua. Sehingga berjumpa di trip akan datang.... wah kemanakah itu? tungguuuuuuu.

Terima kasih kepada John, Tansree Anash, MasMZ, MasZuber, Dan Arif, Ana dan Nazura for the wonderful journey. Travel berjemaah lagi banyak cerita boleh dikumpulkan! betul tak? heheee. 

WASSALAM.

16 comments:

  1. janggel.. kau pegi ni dulu bulan berapa?? pokok masih berbunga2 tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meng;

      Aku pegi ni hujung april - awal mei. Musim hujan kot haha.

      Delete
  2. alhamdulillah... tamat sudah cerita tuan hamba. ewahhh! boleh la buat pulut kuning tanda kesyukuran. kekekek

    terima kasih semua! xoxo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Henry Fox;

      Gitowww! Gigih tau nak menghabiskan entry!

      Delete
  3. Ren!! nak fridge magnet (lagi). hahahaha

    ReplyDelete
  4. tu dia marathon entry ko sume ha dalam satu post bagus2! hahaha!

    ReplyDelete
  5. ambik n tiru tak pe tapi jgn copy n paste..ahahahah

    ReplyDelete
  6. yeayyyy kompang dipaluuuuuuu..... jeles cerita dah abessss.....
    wa punya???? hahahahahaha tunggulah di jaman lain....

    Gigih kan napak sana sini cari makan hari tu.. walhal... dopan mata jo ;D

    ReplyDelete
  7. wah.. orang pertama abiskan cerita.. haihh x bes sungguh kena balik awal haritu.. x sempat sampai hanoi dgn korang..

    ReplyDelete
  8. tu la Dan...
    jenuh kami nak pujuk maszuber jgn nanges..(drama?)

    aishhh..
    camneh akak leh lalai nih
    Janggel dah potong abis entry overland trip..

    sila buat housewarming atas pencapaian anda abiskan entry ini

    hahah
    (kata dah macam satu keluarga,kan?kan?)

    ReplyDelete
  9. Nuke:

    Nak fridge magnet lagi? ok

    ReplyDelete
  10. Biqque:

    Haaa la, tak larat dah nak taip panjang-panjang. puasa jari.

    ReplyDelete
  11. JM

    Kopi pes boleh kalo mintak izin.

    ReplyDelete
  12. MasMZ

    Tu dia tudiaaaaa sila habiskan!

    ReplyDelete
  13. Dan Arif:

    Mengalir2 air mata si mas tu tau hari tu... muram durja je kekdahnya hahahaha.

    ReplyDelete
  14. Kak Anash

    Motip nak kene buat housewarming sempena kehabisan entry?
    Hahaha

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS