2015-06-15

Misi Mencari Bunga Matahari: Dari Lopburi Ke Ayutthaya (Part 3)

Assalammualaikum!!!

Ok sedar tak sedar dah nak masuk Ramadhan dah korang!!!! Apa yang korang dah buat sepanjang setengah tahun ni? Yang tinggal pose tahun lepas tu dah ganti ke? Cepat weh lagi berapa hari je lagi weh! Hahahaha.

Ok jom sambung kisah di Thailand.

[ Sambungan daripada Part 2 ]

OK setelah selesai berguling-guling di ladang sunflowers, kami bergerak ke teksi stand untuk ke Ayutthaya. Kami menaiki teksi van dengan beberapa orang penunpang yang lain yang juga nak ke Ayutthaya. Tambang menaiki teksi van ke Ayutthaya adalah 72 Baht / orang (36o Baht untuk 5 orang). Perjalanan ke Ayutthaya dari Lopburi mengambil masa selama 1jam 30 minit (kalau tak jem).

Sampai di stesen teksi Ayutthaya, kami menaiki tuk tuk menuju ke Hotel yang kami dah tempah online. Nama hotel tu adalah Prakhun House (180 baht /malam/bilik/5orang) Haaaa gile tak murah hotel macam tu hahaha. Tambang tuk-tuk ke hotel adalah 150 baht / orang. Kami mintak pakcik tuk-tuk tu tunggu sekejap sebab kami nak sewa dia bawak pegi jalan-jalan kejap lagi. 150 baht tu kami sewa sehari ye sampai esok pagi!!! Hahaha.

Sampai je kat hotel, tuan hotel tu dah lambai-lambai kami depan hotel. Terkejut jugak tengok hotel tu sebab under renovation!!! Tuan hotel tu yang renovate sendiri, bertukang bagai. Tapi bahagian bilik semua dah ok dah, kami dibawa masuk melalui jalan belakang, hahaha lawak jugak tapi ok la.

Comel tak tuk tuk yang kami sewa? Hahaha
Hotel kami.

Haish selesa sangat dah ni.
Lepas letak beg dan buat apa yang patut kami turun semula dan naik tuk tuk untuk pusing-pusing Ayutthaya. Destinasi pertama kami adalah suruh pakcik tuk tuk bawak kami pergi makan. Ya ampun lapar giler kot masa tu, dan pakcik tu bawak kami ke sebuah restoran muslim. So apa lagi memasing makan tak ingat dunia la, murah dan halal, perfect! Hahahaha.

Haaa pileh nak makan apa.
Kemain memasing khusyuk.
OK aku order nasik goreng je, sebab lapar nasik! Hahaha nasib baik sedap. Campur Apple Smoothies dalam 13 ringgit ).
Ni la kedai tu, tepi jalan je.
Lepas makan, kami di bawa ke salah sebuah tempat bersejarah di Ayutthaya iaitu Wat Chaiwatthanaram. Tiket masuk ke kompleks wat ini adalah 50 baht/ entry. So dalam tu jalan-jalan cuci mata la, hari pun dah nak maghrib, so kami layan sunset je kat tepi sungai sebelah wat tu.

Pemandangan sepanjang jalan.
OK Beli tiket dulu 50 baht kat pondok ni.

Jom masuk.
Tazzabar weh!
Group photo!!! Haahahah macam-macam gaya!
Lawa tak hehehe.
Berseri-seri haih.
Gerbang.
Eh.
Hahaha layan je la!!!!
Patung tanpa kepala.
Hahahah layan lagi!
Layan sunset tepi sungai.
Emmmm kotor.
Nak naik bot bermudik-mudik di sungai pun boleh.
Jom balik!
Ok ni tatau monumen apa.
Lepas dah habis jalan-jalan kat Wat Chaiwatthanaram tu kami di bawa kat sbuah lagi watt entah kat mana, masa tu memang dah magrib la. Kami di bawa ke Wat Phu Kao Thong. Sampai je kawasan tu kemain seram , sebab hari dah gelap lepas tu tak ada orang pulak, kawasan tu sunyi. So kami macam tak berani la nak masuk (masuk free). So kami berlegar-legar je kat depan tu sambil tunggu pakcik tuk tuk pegi isi minyak tuk tuk dia. Cis dia pi tinggal kami kat situ dah la banyak nyamuk. Hahaha.

Tak lama kat situ, kami pi keluar jalan kaki tunggu tepi jalan. Takut nak tunggu depan kawasan watt tu sebab gelap dan banyak nyamuk. Bila pakcik tuk tuk sampai kami terus ajak dia pegi night market di bandar Ayutthaya. 

Terjah sini pulak.
Banyaknya ayam jantan!!!
Malam ni pulak ada semacam pesta apa ntah aku pun dah lupa, punya la ramai manusia kat kawasan night market tu, siap ada persembahan nyanyian la tarian la segala bagai. Kami pun  ronda-ronda je la sambil pikir nak makan apa. Jalan kaki je jumpa la banyak kedai-kedai tepi jalan tu. Akhirnya singgah jugak beli thai pancake. Dari kawasan night market ke hotel tak jauh dah, kami balik jalan kaki je.

Euuuuu serangga!
Tatau apa benda ni.

Kita makan Thai Pancake je la.
Sedap!!!!
OK layan bebudak nyanyi lagu Let it Go~
So malam tu sebab penat jalan kaki, kami semua tido awal. Esok dah nak balik Malaysia dah!

Esok paginya, pakcik tuk tuk dah tunggu kami kat depan hotel. Lepas sarapan megi dan roti (beli sendiri) kami pun bergerak meninggalkan Ayutthaya, dan balik ke Bangkok menaiki teksi van dengan tambang 60 baht / orang. Perjalanan dari Ayutthaya ke Bangkok pun tak lama sangat, lebih kurang sejam lebih sikit je. Kami turun ke Victory Monument di Bangkok dan naik train ke Airport!

Jom balik!!!
Satu kedai muslim kat foodcort airport Bangkok
Lunch kat kedai muslim kat Airport Bangkok. Pi kat foodcourt dia ada satu kedai muslim kat situ.
Pae, ketua deligasi!
Sekian Hiks.
Adoi penat jugak la mengusung anak gajah tapi yang penting misi utama kami nak jejak bunga matahari dah tercapai! Alhamdulillah, boleh balik Malaysia dengan senyuman dah!. Sekianlah percutian singkat kami di Bangkok. 4 hari je korang, so memang tak banyak la tempat boleh cover dan kami ni nak santai-santai je, so takde la rushing sangat.

So kesimpulannya:


OK JOM LAYAN VIDEO PENDEK NI HAHAHA SEDIH LA PULAK.

WASSALAM.

13 comments:

  1. magaddddd kena tinggal masa senja kat watt tu memang scary da merry okeh! Dah la bangunan tu kaler putih... Sunyi.. Senja pastu huwaaaaaaaaa banyak la pulak anjinggggggg.... nyamuk tak heran dahh time nih... huahuahuahua

    ReplyDelete
    Replies
    1. MasMZ

      Kannnnn dah la banyak nyamuk kekekke. lols sangat

      Delete
  2. Daebak.... Nov ni insyaAllah nk p..mntk buat rujukan na.... =8)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Zery

      Ye silakan lah ambik mana yang baik saja. yang buruk sila tinggalkan hehhe.

      Delete
  3. Cute la video berdurasi pendek tuh!!!
    Cer ajor akak camne nak buat..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku Seorang Pengembara

      Hahaha ala biasa je video tu... amik la pusing-pusing pastu combine kan . heheh

      Delete
  4. Kak anash tengok menu mcm tgh repeat papar bahasa melayu SPM bulan october.. Haha

    Kene gigit nyamuk dan jeritan masnona buat pakcik tu ter break sangat kelakar..

    Bagus la dah habes cite thai ni, bole buat referral sebab malas nak menaip.. Haha

    Erk video tu nampak semua macam baru hbs pom five..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sharule:

      Kannn memasing bersungguh dan fokus tengok menu.

      Ha gitew rujukan sangat

      Baru akil baligh katanya hahahahhahaha

      Delete
  5. Ren ...

    See ... ramai yang suka video pusing pusing heheheheh memang terbaik ...

    Wahhhhhhh menu dia memang curlasssttt!!!! You jumpa (meet) kemudian you nampak (see) makanan (food) ....

    Hahahahhahahahaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ghaz

      Hahaha iyalah ramai pulak yang suka paduhal video tak seberapa je hehehe.
      Nama menu tu ye lah, baru perasan HAHAHAHAHAHHAHAHAHAH

      Delete
  6. tetibe aku ketua deligasi kan... haiya... Sengeh aku tgok video.. video bertemu peminat x der kewwww..

    eh nape ko sedih tgok video tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pae

      Gitew bertemu peminat tak sempat snap.
      Sedih sebab rindu nak travel HAHAHAHAHHAA

      Delete
  7. Cantiknya pemandangan, tolong view blog saya, http://mybeautifuljourneydream86.blogspot.com/

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS