Dalam sibuk-sebuk aku membelek album-album lama untuk projek terbaru aku, tetibe pulak aku terjumpa beberapa keping gambar yang sekaligus mengimbau kenangan lama dolu-dolu time muda remaja, riang-ria bergurau senda dengan kawan-kawan sekepala dengan aku. Adoi miss that moment very much!!! Sekarang ni masing-masing dah buat haluan sendiri dan dah beranak-pinak dah! Aku je pulak yang terkontang-kanting kat sini. Huhuhu.
Masa di universiti dulu, aku dan beberapa orang teman sekelas (yang sama course dengan aku) telah menganjurkan satu aktiviti perkelahan di Port Dickson, kalau tak silap aku nama tempat tu Blue Lagoon. Sekarang ni mesti dah lain macam dah tempat tu sebab kejadian ni berlaku seawal tahun 2003 kot. Rancang-punya rancang, jenuh jugak mencang satu dewan kuliah tanya kat member-member siapa yang nak join lagi. Akhirnya terkumpullah dalam 5 buah kereta. Hmm ramai jugak kan yang nak join? Sebetulnya ada jugak dikalangan member yang tak berapa rapat pon nak join jugak, kira ok lah tu at least semangat se-fakulti tu penting!.
Sebelum nak ke PD tu, ada la kami buat sikit perbincangan sebab kami bercadang nak bermalam di sana dan buat BBQ!. Ni kira projek final year la, tapi takder la grand sangat. Biasa-biasa saja. Akhirnya kami bersetuju untuk menyewa sebuah apartment 3 bilik. So memandangkan lelaki ramai yang join dan pompuan ada la dalam 6-7 orang jadi kami sumbat je satu apartment tu satu bilik perempuan dan dua bilik lagi unuk lelaki. Ala untuk tidur saja, itu pon entah tidur ke tak hhehehe menyembang je lebih.
Bertolak dari KL dan tiba di PD dah agak petang, so terus masuk apartment, tinggalkan kain baju yang tak perlu dan terus ke pantai untuk cari port. Masa tu dah nak malam dah. Dengan berbekalkan ayam yang dah siap di perap, set BBQ yang tersumbat kat boot kereta aku dan pelbagai makanan sampingan yang lain, maka berlangsunglah projek BBQ kami. Hahah yang lawak tu, kami buat BBQ party kat bawah lampu jalan!!!! sebab time tu tepi pantai gelap nak mampos dan pakguard tu tak bagi nyalakan api kat pantai. Huhuhu pasrah je la buat BBQ party kat hujung jalan mati, di bawah tiang lampu...best betol masa tu!!!
Esoknya pulak sesi mandi laut!, Banana boat, kayak, jet ski dll. Huh memang kami enjoy sakan la time tu. Tambahan pulak masa tu lagi berapa minggu je nak habis belajar. Masing-masing dah pikir tak jumpa lagi lepas belajar.( Memang yer pon!).
But apa-apa pon zaman study kat universiti dulu merupakan satu lipatan sejarah yang tak mungkin akan aku lupakan. Time tulah aku mula belajar erti hidup yang mencabar, kenal dunia luar, kenal ramai orang dan yang paling penting permulaan kepada kehidupan aku yang aku kecapi sekarang!
Hmm manalah korang semua ni kan? mesti masing-masing dah berjaya denan kehidupan sendiri....
PEACE~!