Posts

Iftar @ Al-Rawsha, Kuala Lumpur

Image
Assalamualaikum... Lagi kisah berbuka puasa. Alhamdulillah, tahun ni banyak pulak orang yang sudi nak mengajak aku berpuasa bersama-sama. Kali ni, member-member sekolah menengah (yang dah lebih sepuluh tahun aku tinggalkan) telah mengadakan satu pertemuan bagi mengeratkan ukhwah sesama manusia. Fuhh.. (teringat pulak kisah tahun lepas di Flaming Steamboat ) Bertempat di Al-Rawsha (entah aku taktau apa maknanya- sila Google ), yang terletak di Jalan Damai, Kuala Lumpur , majlis berbuka puasa di antara aku dan rakan-rakan berjalan dengan lancar. Sebenarnya Al-Rawsha ni merupakan restoran makanan Arab . Adoi.... dan sejujurnya makanan Arab bukanlah ' bidang kepakaran ' aku. Seriussssssss aku enggak bisa telan pakk.. Tapi setelah dipaksa-paksa untuk telan akhirnya berjaya juga aku menelan sedikit daging ayam dan buah-buahan. Syukur, rezeki. But, special menu kat situ sebenarnya adalah kambing bakar, kebab kambing, kambing masak kurma dan beraneka jenis kambing lagi. Bagi ...

[H][A][N][Y][U][T]...

Image
Bak kata pepatah, sepandai-pandai penyu berenang, akhirnya dia akan kembali ke daratan juga (pandai-pandai pulak aku buat kata pepatah sendiri). Itulah hakikatnya, seperti apa yang terjadi baru-baru ini di Rantau Abang ... ā€œSeekor penyu boleh menjangkau hayat sehingga 81 tahun dan berat melebihi 500 kilogram, jadi penyu belimbing yang mendarat di sini malam semalam dijangka boleh hidup lebih daripada 40 tahun lagi jika keadaan kesihatannya sempurna dan tiada gangguan terhadap habitatnya,ā€ Aku cuba bayangkan, betapa jauh perjalanan sang penyu ini...hanyut mengelilingi dunia dan dia masih kenal tanah kelahirannya. Kuasa Allah... (Saksikan laporan lengkap di Majalah 3 esok) Oiitt 1- Malam ini aku rasa HANYUT. .. Oiitt 2 -Malam ini juga lirik-lirik lagu ini sangat bermakna ... [H][A][N][Y][U][T] [Harus bagaimana lagi, Dan terus begini, Dengarkan aku, Lihat ke mataku] [Cukup sudah kau menghukum, Salahku tetap salahku, Benarkan ku berbicara, Agar bisa pulih semua][Namun harus sampai bila, ...

Merdeka Yang Dilupakan-Kah?

Image
Assalamualaikum. Entry kedua di bulan Ramadhan. Alhamdulillah dah cukup 9 hari kita berpuasa, dan tarikh hari ni pon dah 19 Ogos 2010. Tapi perasan tak, lagi dua belas hari kita akan menyambut Hari Kebangsaan? Hmm entah ler, aku rasa macam ramai yang dah lupa kot, dan kat TV nak nampak iklan kemerdekaan pon susah. Rasanya adakah orang dah lupakan Hari Merdeka? Tak tau apa jawapan yang sepatutnya. Bagi aku Kemerdekaan harus dikenang, diingati dan dijadikan rujukan dalam memacu hidup ke dunia yang lebih mencabar. (fuh ayat power keluar suda) Kalau tak percaya ramai orang lupa dengan Hari Kemerdekaan , cuba bagitahu aku tahun ini kita menyambut Hari Kemerdekaan kali ke berapa??? Jangan dijadikan alasan bulan puasa untuk tidak mengingati Merdeka. Puasa tetap puasa amalan tetap boleh dilakukan tanpa terjejas sedikitpun sekiranya kita mengambil masa untuk mengenang walau sedetik peristiwa bersejarah itu. Tapi aku rasa kebanyakan orang macam tu. Ye la pendapat masing-masing kan. Tepuk d...

Kisah Nenek, Durian dan Iftar

Image
Alhamdulillah. Ini entry pertama dalam Bulan Ramadhan. Sedar tak sedar dah nak masuk hari ke-7 ummat Islam di Malaysia berpuasa. Dalam beberapa hari ni pon dah macam-macam perkara berlaku. Apa yang pasti, tiap-tiap petang, waktu balik kerja kompom jem gila sebab semua berpusu-pusu nak balik berbuka puasa di rumah. Chapter 1. Hari berpuasa ke 6, aku dan keluarga dikejutkan dengan berita nenek di kampung diserang stroke! Rasa nak gugur jantung bile dengar berita tu. Dah tinggal neneklah satu-satunya yang masih ada, mestilah aku sangat sayangkan nenek. Rancangan berbuka puasa di kampung bersama encik Datuk dan puan Datin terus bertukar menjadi rancangan menziarah nenek di hospital. Nenek diserang minor stroke , dan ada komplikasi pada tekaknya sehingga menyukarkan dia untuk berkata-kata, Nenek hanya mampu mengangguk sambil cuba berkata-kata sesuatu apabila ditanya, namun tiada suara yang kedengaran. Kasihan nenek. Pagi tadi, puan Datin memberitahu aku yang nenek sudah boleh ...

Eksplorasi Gunung Nuang

Image
Assalamualaikum. Lama juga aku tak masuk hutan, nama je Janggeltrekker tapi asyik merayau kat bandar je kan! Hahaha. Ok kali ni aku ada kisah-kisah dalam hutan untuk dikisahkan. Semalam, aku telah secara tiba-tibanya dijemput untuk join satu program mendaki gunung. Fuh ni rasanya f irst time aku nak mendaki gunung! Sebelum-sebelum ni hanya mendaki bukit saja. Itu pon dah sempot! hehe. Sebenarnya si KJ la punya angkara, malam-malam buta talipon aku ajak aku mendaki. Katanya, aku boleh dijadikan alasan untuk tidak naik sampai ke puncak! Hampeh.. hahaha aku suka alasan itu! Maka bagaikan dirasuk, aku pon terus saja bersetuju. Alkisahnya, terpaksalah aku tidur awal di malam minggu kerana nak mendaki seawal subuh. Janji berkumpul di Putrajaya dalam pukul 6.30 am. So seawal 6.00 pagi aku dah bangun dan bersiap. Sampai di Putrajaya , KJ, Incik Mud, Incik Nazeem dan Incik Syukri dah menunggu. Tanpa banyak cakap kami pun bergerak ke Hulu Langat untuk mendaki Gunung Nuang . Di sana dua or...

Kisah Al'FariS dan Lorong Belakang

Image
Assalamualaikum. Dah hampir seminggu Al'FariS masuk hospital. Nazak... Sedih juga bila dah kehilangan kaki ni, mujur ada ADli Chairani yang selalu je tolong aku masa susah. Thanks yer ADli Chairani . Jasamu akan sentiasa dikenang. Oklah, biarkan Al'FariS buat seketika. Kali ni aku nak cerita sikit pasal aktiviti jalan-jalan aku di Kuala Lumpur minggu lepas. Hujung minggu lalu, aku dan beberapa orang teman yang masing-masing duduk jauh dari satu sama lain telah bertemu di Central Market . Ala saje-saje nak berkumpul dan bertukar-tukar pendapat. Lagi pon bukan senang nak dapat peluang berkumpul ramai-ramai macam tu. Bila dah berkumpul memang macam-macam hal la yang terjadi. Sempat juga aku dan kawan-kawan meredah lorong-lorong belakang di sekitar Masjid Jamek , Brickfields dan KLCC . Apa ke jadahnya aku pergi meredah lorong-lorong belakang itu semua? Hahaha itu kami pon tak tau! Bukan apa, sepanjang hidup kat KL ni, tak berani kot nak pergi jalan sengsorang kat belakang-bela...

Pakcik Dicolek: Edisi Lucah

Image
Assalamualaikum. Maaf entry ni dibuat dalam keadaan bengong hahaha. Balik daripada Melaka haritu (Sebab menghadiri majlis kesyukuran masuk ke rumah baru sepupu aku), aku telah dicolek oleh Kaki Jalan (KJ). Katanya nak pergi makan...dah lapar tahap cipan dan juga sesi meluahkan perasaan sebab kena pindah Ipoh hahaha. So , disebabkan aku pun dah tak tau nak buat apa, maka dengan rela hati aku pon rela dicolek malam itu. KJ kata nak makan tempat jauh. Aku tak kesah janji dia jemput aku dan drive . Maka terkeluarlah plan untuk makan nasi lemak kat area Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru. Fuh boleh tahan jugak, dari rumah aku ke situ mengambil masa lebih kurang setengah jam. Aku memang tak pernah pergi pon tempat tu. Tapi dengar-dengar cerita tempat tu popular. Popular dengan nasi lemak yang dibungkus kecik-kecik. (Orang KL panggil NASIK LEMAK TETEK!!!! ) Hahaha guling-guling aku dengar. Paham-paham sajelah yer kenapa namanya sebegitu. (Agak lucah disitu...) Akhirnya setelah mer...