2011-10-09

Big Bad Wolf Book Sales!

Assalamualaikum!!!

Bagi peminat buku, ada berita gembira! Big Bad Wolf Book Sales telah muncul dengan menyajikan jutaan buku-buku pelbagai genre untuk dimiliki oleh pelbagai peringkat usia.

Pagi tadi ku berkesempatan mengunjungi pesta buku terbesar didunia itu yang berlangsung di MAEPS, Serdang (Tapak MAHA). Punya la bersemangat ku datang awal-awal pagi dah tercongok kat parking lot. Tunggu punya tunggu akhirnya pukul 10 pagi baru pintu Hall A tu dibuka. Masa tu pun orang dah ramai yang datang! Syukur Hall A tu besar dan walaupon orang ramai tapi keadaan masih terkawal.

Masuk-masuk je aku terus amek kotak yang terletak bersebelahan pintu masuk, dan terus dengan program menuai! Gile bila tengok banyak buku tersusun mengikut kategori! Memang sangat banyak ok! Harga??? Ya ampun sangat murah, dari serendah RM 1 sampaila ke puluh-puluh. Tapi rata-rata buku adalah pada harga RM 8 hingga RM 122. !!! Aku pon apa lagi, penuh sekotak kecik yg aku amek tu! Kebanyakan buku yang aku tuai adalah buku-buku travelogue dan biografi sebab aku memang suka baca buku-buku cenggitu! Hahaahaa.

So, bagi peminat buku dan yang nak cari buku murah silalah datang ke pesta buku tu! Berbaloi-baloi! Buku budak-budak jugak bertimbun-timbun! Begitu jugak dengan buku-buku masakan! Siap ada lelong buku Jamie Oliver lagi ye! Murah nak mampos! Aku boleh jadi gila kalau duduk situ lelama! Naseb baiklah miskin.... Huhuhu.

Ok Big Bad Wolf Book Sales ni akan berlangsung sehingga 16 Oktober 2011. Jadi jangan lepaskan peluang ini! Untuk keterangan lanjut sila layari laman web MAEPS. *pepandaila google sendiri ye! 

PEACE!!!



Shuttle bus ada disediakan untuk ke Hall A
 
Sebelum masuk kene beratur dulu.
Kotak-kotak yang disediakan

 

 
 
Buku-buku yang aku tuai hahahhaa.



Menulis untuk:







2011-10-07

Projek Teater: The Secret Life of Nora

Assalamualaikum!!!

Projek Teater (PT) kembali lagi. Kali terakhir aku PT aku adalah pada bulan Julai yang lalu iaitu Teater Mak Dara Nyonya yang berlangsung di MATIC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Kali ini aku meneruskan saki baki PT dengan sebuah Teater Muzikal yang dikatakan gah milik produksi Infiniti Datin Seri Tiara Jacquelina, The Secret Life of Nora!

Mungkin ada dikalangan kita yang pernah menonton Filem "Nora Zain - Agent Wanita 001" yang sangat popular satu ketika dulu sekitar tahun 1965 (filem hitam putih) lakonan Sarimah, Aziz Jaafar, Saadiah dan Nordin Arshad. Kali ini naskah Nora Zain diterjemahkan di dalam bentuk Teater Muzikal dan diberi nafas baru yang lebih segar dengan keunikan latar ceritanya. Bukan secara langsung menceritakan kisah Nora Zain itu sendiri tetapi Teater The Secret Life Of Nora ini merupakan kisah di sebalik kehidupan Agent Nora itu sendiri, di mana sejarah permulaannya sebagai Penyanyi Pentas Kaberet di tipu oleh seoarang pelatih Agent Wanita sehinggalah beliau menjadi seorang Agent Wanita terhebat di zamannya.

Seperti biasa la, aku memang admire gile dengan hasil kerja Datin Seri Tiara Jacquelina...Sejak dari musim Puteri Gunung Ledang The Musical (aku tengok 4 kali di Istana Budaya Season 1, Season 2 dan Season 3), P. Ramlee The Musical (aku dah tengok 2 kali di Istana Budaya Season 1 and Season 2) dan kini The Secret Life Of Nora bagi aku memang tidak mengecewakan! Terbaik, dengan para pelakon hebat baru dan lama serta set pentas yang superb, fuh aku tak boleh lupa setiap babak yang dilakunkan.

Barisan para pelakon utama yang terdiri daripada Tiara sendiri, di bantu oleh Aznil Haji Nawawi, Adibah Noor dan Tony Eusof masing-masing merupakan nama besar di dalam industri hiburan tanahair. Di samping itu beberapa muka baru yang cukup menonjol dan turut diimport khas dari pentas Broadway luar negara Ryan Silverman sebagai Roger (pelatih agent wanita), Aaron Khaleed, dan Stephanie Van Driesen. Best weh!

Sebenarnya aku tak plan langsung nak tengok SLON ni tapi entah nape tetibe satu malam tu aku terdetik nak tengok sebab baca review dari blogger lain best, so aku terus beli tiket online dan tengok sorang-sorang.

Yang penting dari tiket pencacai tetibe dapat tiket VVIP, fuh memang rezeki. Thanks kepada yang tak datang tu hehehe.:)

PEACE!




 

Menulis untuk:


2011-10-04

The Lion Story

Assalamualaikum...

Lama jugak cari idea nak mulakan cerita baru tapi mood tak datang-datang. Sibuk dengan macam-macam perkara yang bertubi-tubi libatkan aku. Pasrah...

Nak layan lagu ni...LAGU TEMAN. I do need one, but as usual, they keep coming and leaving like the air we breathe.



One of my fav. song. From Singapore with love~
The Lion Story ft Zahidah

Nanti aku cerita kisah membawa diri ke negara orang, sehelai sepinggang. Gigih.

PEACE!~


Menulis untuk:




2011-09-29

Eksplorasi Stong: FINALE

Assalamualaikum!!!

Kembali ke Kota Lumpur...Sambungan dari SINI.

Selepas kejadian Kepala Air semalam, keadaan kembali tenang hari ini. Pagi-pagi seperti biasa kami dapat juga bertenggek di tebing air terjun Jelawang untuk menyaksikan sang mentari menyinsing! Mula-mula tu takut juga nak ke sana selepas melihat sendiri apa yang berlaku semalam. Tapi dengan keyakinan yang tinggi dan bila dah nampak ramai orang yang siap bertenggek sama kat sana akhirnya kami pon gagahkan diri menenggekkan diri di puncak Jelawang.

Seperti semalam, keindahan suasana subuh memang tiada tolok bandingnya! Syukur sangat sebab aku berpeluang menyaksikan lagi keindahan alam di atas puncak yang tinggi ini. Terasa tenang bila melihat kepulan awan menutup pemandangan sayup di bawah gunung, seakan-akan lautan kapas yang tiada penghujungnya. Subhanallah.

Pagi ini, kami siap bawa dapur dan mee segera untuk bersarapan di atas tebing. Di tambah pula dengan air teh o panas, memang membuka selera! Kami juga mempelawa beberapa orang dari kemah lain untuk turut serta bersarapan bersama kami, sambil berbual-bual berkongsi pengalaman masing-masing.

Paling menarik kami bertemu dengan beberapa orang pendaki yang memang hardcore dan obsess dengan air terjun. Katanya sudah merata air terjun dia pergi, dan dalam handphone dia hanya ada gambar air terjun sahaja tak ada gambar lain! Wow memang obsess. Ada juga yang merancang untuk pergi ke air terjun yang lain di seluruh negara, kata mereka ada 200 air terjun lagi yang belum mereka jejaki, fuhhhhhhhhhh gigih kan!

Selesai bersarapan pagi dan sesi berposing maut di atas tebing air terjun Jelawang, kami menghabiskan masa bersiar-siar di sekitar Kem Baha, maklumla nak pergi bersiar-siar semalam tak sempat sebab kejadian kepala air. Syukur kami memilih kemah di seberang sungai kerana keadaan di tapak perkemahan utama agak sesak dan banyak bau bauan yang tidak menyenangkan....kurang sivik agaknya.

Aktiviti kami hari ini hanya mandi manda sekali lagi di Kolam Permaisuri. Hari ini merupakan hari terakhir eksplorasi kami sebelum pulang ke Kuala Lumpur. Jadi peluang bermandi-manda di air terjun Jelawang tidak kami sia-siakan.

Selepas selesai mandi, kami pulang semula ke kemah dan mula masak makan tengahari. Misi kali ini adalah menghabiskan semua bekalan makanan yang kami bawa. Memang banyak jugak lauk pauk untuk makan tengahari kami. Kenyang! Alhamdulillah.

Sekitar jam 3 petang kami berehatkan badan sambil menanti masa untuk pulang. Kami mengemas semula kemah dan barang-barang, sampah sarap perlu dikumpulkan dan dibawa turun ke bawah / bakar.

Kami bergerak turun dari Kem Baha pada jam 5.30 petang. Sebelum turun, kami dikehendaki membayar kos masuk sebanyak RM 7 sekepala kepada ranger di situ. Masa nak turun, hari tiba-tiba gelap dan hujan mula turun. Kami semua mengenakan ponco sambil meneruskan perjalanan yang sangat mencabar. Dalam hujan lebat terpaksa redah curam, ada yang tergelincir, terhantuk batu dan sebagainya. Alhamdulillah aku tak mengalami apa-apa kesulitan. Kami mengikut laluan lain untuk turun, tidak mengikut laluan semasa mula-mula naik dulu. Laluan turun bagi aku lebih mudah dan tidak memenatkan, cuma keadaan denai yang basah di samping hujan lebat dan beg yang berat sahaja yang menyukarkan keadaan.

Sekali lagi kami melihat kejadian Kepala Air berlaku. Sepanjang jalan turun, kami melalui tebing sungai Jelawang dan dapat menyaksikan air sungai turun mencurah-curah menenggelamkan batu-batu di dalamnya. Memang dahsyat...alhamdulillah jalan turun yang kami lalui tidak ditutup oleh air deras.

Kami tiba di pondok pelawat di pintu masuk Hutan SImpan Gunung Stong pada jam 6.30 petang. Syukur, kali ni takda seekor pacat pon melekat kat badan aku. Lega, sebab pengalaman aku kene gigit pacat dulu sangat ngeri, hampir setahun tak baik-baik. Tiba di bawah, barulah urusan memerut dan membersihkan diri dijalankan. Kami terpaksa bersiap dengan segera memandangkan keretapi dari Stesen Kretapi Dabong akan bergerak pada jam 9.20 malam.

Setelah selesai mandi dan bersiap, kami semua menaiki van menuju ke Stesen Keretapi Dabong. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 20 minit dan ketika itu hujan masih renyai. Kami singgah untuk makan malam di salah sebuah gerai di tepi landasan keretapi sementara menunggu keretapi tiba.

Tepat jam 9.20 malam, keretapi ke Kuala Lumpur tiba dan kami semua perlu melalui perjalanan selama 11 jam lagi sebelum tiba di KL Sentral. Memang penat tak ingat eksplorasi kali ni tapi yang penting puas dan dapat berjumpa kenalan baru. Kami tiba di KL Sentral pada jam 9.00 pagi dan aktiviti kami tidak habis di situ saja...ada macam-macam benda lagi yang kami buat selepas tu sehingga ke esokan harinya.... memang best!

Tamat.

PEACE!





Salah sorang peminat obses air terjun. Aku lupa nama dia hehehe.
Sarapan pagi kami...Megi.

Makanan tengahari kami! macam-macam ada!
Yeay dah sampai bawah!!!
Setelah 10 jam di dalam keretapi Senandung Wau, tak sampai-sampai! Hasih...
Tiket pergi dan balik : RM 45 sehala untuk upper bed.
Akhirnya....sampai jugak di KL Sentral..jam 9.00 pagi.

2011-09-27

Eksplorasi Stong Part 6: Air Terjun 7 Tingkat & Kepala Air

Assalamualaikum!!!
 

Masih berada di Selatan Tanah Air. Adoiiii rindu KL!

Sambungan dari SINI.

Lepas dah habis menembak-nembak kabus pagi dan bersarapan pagi. Kami pon beramai-ramai menuju ke Kolam Air Terjun Permaisuri untuk mandi pagi. Pagi-pagi tu ramai jugak orang dari kemah lain yang sama-sama mandi, sejuk jangan cakap la, air direct dari puncak gunung la katakan!

Tak lama membasuh badan, Che'Mud selaku ketua kumpulan meminta kami semua bersiap sedia, katanya nak naik ke tingkat tujuh air terjun Jelawang! Dekat je katanya, mendaki dalam 15 minit sampai ler. Lepas tu, kami dengan selambanya pon pergilah melenggang dengan pakaian mandi sambil pakai selipar mendaki. Gile betol mendaki macam nak pergi bersiram, siap ikat tuala kat kepala.

Rupa-rupanya, pendakian kami memang sangat mencabar! Macam-macam hal berlaku, ada yang jatuh terduduk la (tergelincir), kena memanjat cerun batu ala-ala Cat Woman la, rock climbing guna tali la, dan yang paling tragis, siap ada yang kena sengat penyengat! Bukan satu tapi lima ekor! Nasib bak cepat-cepat sapu colgate!

Kami melalui beberapa tingkat air terjun, ada Kolam Puteri la, sampaila ke puncak di mana terdapatnya pertemuan di antara dua buah air terjun iaitu Air Terjun Gunong Stong dan Air Terjun Gunung Ayam. Subhanallah, memang cantik sangat bila tengok dua buah air terjun bergabung menjadi satu. Kami pon mengambil kesempatan untuk mandi-manda di situ. Oh ya sebenarnya pendakian kami mengambil masa lebih kurang 45 minit! Bukan 15 minit yer! Cis Tipah tertipuuuuu.

Sambil mandi, ada jugak yang memancing. Ikan memang banyak, kalau tak silap aku ikan selar kot besar-besar dan sangat senang ditangkap. Alhamdulillah rezeki kami, dapat menangkap 7 ekor ikan, cukup sorang sekor buat makan tengahari nanti.

Sedang seronok mandi-manda tiba-tiba dengar guruh tanda nak hujan, dan tak lama selepas tu hujan mula turun rintik-rintik. Kami terpaksa bergerak turun sebab keadaan agak bahaya kalau kami masih berada di situ. Takut-takut akan ada Kepala Air dari puncak air terjun! Ngeri pulak kalau jadi.

Kami pon bergerak turun. Beberapa tingkat air terjun yang kami lalui masih dalam keadaan hujan renyai. Tapi bila kami tiba di kolam puteri, keadaan kembali cerah dan hujan pon berhenti. Kami pon mengambil peluang untuk sambung mandi-manda di situ. Aku tak ingat Kolam Putei tu tingkat berapa.

Apa yang menarik di Kolam Puteri tu terdapat beberapa buah lubang yang terbentuk di batuan-batuan di kaki air terjun. Kami mengambil kesempatan masuk ke dalam lubang yang aku agak sedalam 6 kaki! Ngeri jugak sebenarnya nak masuk tapi bila semua orang dah try, aku pon cuba jugak la. Paling best bila main gelongsor di batuan. Ketinggian gelongsor tak la setinggi di Kolam Permaisuri di bawah, tapi kederasan air boleh menolak badan kami semua menyelusuri batu-batu licin di kaki air terjun. Best!

Setelah lebih kurang 30 minit kami mandi akhirnya hujan turun kembali. Kami pon terpaksa turun dan pulang ke kemah. Perut pon dah lapar, jadi nak tak nak kena jugak balik. Sampai di kemah, kami sempat juga masak cucur Adabi, habis 2 peket! Sementara menunggu untuk masak makan tengahari (sebab nak siang ikan bagai, mestilah lambat kan).

Jam masa tu dah menunjukkan pukul 4 petang. Masih belum luch lagi! Bila makanan semua dah siap masak, kami pon apa lagi melantak tak hengat ler, maklumlah lapar. Masa tu hujan masih renyai-renyai tapi bila tengok kat puncak air terjun, awan sangat gelap menandakan hujan lebat dah turun. Tiba -tiba keadaan jadi riuh...beberapa orang ranger datang ke kemah kami bertanyakan samada ada di kalangan kawan-kawan kami yang belum turun.

Seketika kemudian beberapa isyarat bunyi di buat oleh orang-oang di kem seberang sungai. Semua yang berada di tebing sungai di minta naik ke kawasan yang lebih tinggi. Nasib baik kemah kami berada di tebing tinggi, jadi kami tak perlu berpindah kemah. Selang 5 minit subhanallah air besar mencurah-curah turun dari puncak gunung memenuhi segenap ruang sungai! Batu-batu tempat kami berposing pagi tadi terus lenyap, ditenggelami air. Kejadian kepala air turun memang menakutkan. Masing-masing hanya mampu melihat dari tebing sungai, betapa rakusnya air besar turun dari atas. Tak dapat di bayangkan kalau ada orang yang masih berada di atas, mesti dah hanyut di bawa air. Dalam ribut-ribut tu, ada 5 orang dari kemah lain yang baru turun dari puncak, dan mereka sempat merakamkan kejadian kepala air di puncak. Gila betol diorang tu! Nasib baik tak mati.

Menurut ranger, keadaan air akan kekal begitu selama 4 jam sebelum pulih semula. Tempat lepak kami melihat sunrise pagi tadi memang tenggelam habis! Ngeri ok. Nak seberang sungai pon tak boleh.

Alhamdulillah kami semua selamat dan aku berpeluang melihat satu lagi keajaiban alam. Sebelum ni aku hanya pernah dengar saja pasal kepala air ni, tapi kali ni aku dapat tengok sendiri rupa sebenar kepala air tu. Sangat dahsyat dan ngeri!. Air naik pada ketinggian 4 - 5 meter dan mencurah-curah turun dari batuan tempat orang-orang menggelongsor.

Alhamdulillah menjelang maghrib keadaan kembali reda. Air pon dah agak surut dan batu-batu mula mncul kembali. Tapi keadaan air masih keruh. Pasrah je la minum air keruh malam tu...

OK nanti aku sambung kisah hari terakhir di puncak Jelawang.

PEACE!

Pertemuan dua air terjun: Sebelah kiri Air Terjun Gunung Ayam dan sebelah kanan Air Terjun Gunung Stong...Cantik!
Santai.
Sayup je ke bawah..
Air sejuk...
Laluan ke puncak
Lubang pertama yang di depan ni, lubang ke dua di hujung sana.

Sesi gelongsor bermula.
Tu dia kepala air sudah mai!

Batu-batu untuk menyeberangi sungai telah ditenggelami air.
Tempat kami tengok sunrise pon tenggelam!
Kolam Permaisuri pon habis tenggelam!
Makan tengahari merangkap makan malam kami!




POPULAR POSTS