Assalamualaikum!!!
Dah nak masuk 2 minggu baru datang mood nak cerita. Biasa la, hidup tengah huru hara la ni, banyak sangat benda
urgent (kononnya) nak kene
settle.
Alhamdulillah I manage to handle it. :p
Minggu lepas aku ditugaskan ke luar kawasan (lagi!!) tapi kali ni memang jauh, ke selatan tanah air. Jenuh aku pikir, nak pergi naik apa,nak tinggal kat mana dan sebagainya, walaupun semua tu boleh
claim tapi apakan daya aku tidak mampu nak mendahulukan duit aku sendiri hahahaha. Pasrah jadi orang miskin yang penting
happy.
Tapi memandangkan aku dan kehidupan kucar-kacir telah sebati. jadi semua tu bukan masalah besar. Seperti yang aku nyatakan di perenggan awal tadi,
I manage to handle it! Yeah! Disebalik kerunsingan bertugas di luar kawasan, aku nampak sudut positif di situ. Ye, dapat jugak aku melarikan diri ke seberang tambak!
Aku bertolak dari
Kuala Lumpur dengan menaiki kenderaan sendiri (si hitam manis) pada jam 12.30 malam. Ha gigih tak aku
drive sensorang sampai ke
JB? Aku bawak kereta tak laju pun, ikut had laju yang ditetapkan oleh
Kerajaan Malaysia (maklumla pekerja gomen). Perjalanan dari
KL ke
Johor Bahru mengambil masa selama empat jam dengan kadar Tol RM 39.10 (kalau tak silap aku la, sila
check kat
website PLUS Highway untuk kepastian). Aku tiba di
Bandaraya JB pada jam 5.00 pagi, tak sangka aku boleh
drive sorang-sorang dikala malam hari sampai ke
JB!(Dalam kepala otak dah terbayang
ngangkung, jangan pandang belakang dan sebagainya).
Malaysia Boleh la kan. Keadaan di
JB masa tu agak lengang, maklumla pagi minggu. Maka bermulalah episod sesat larat di
JB. Kalau ke JB memang tak sah kalau tak sesat, aku pon tatau la kenapa hahaha.
Plan aku adalah untuk terus ke
Terminal Bas Bersepadu Larkin (Stesen Bas Larkin). Aku dah plan nak letak kereta di situ. Bayaran letak kereta pon murah je, RM 5 untuk sehari.
Lepas siap membersihkan diri apa yang patut dan menunaikan apa yang wajib aku pon berlegar-legar di sekitar kaunter tiket bas
Larkin tu, kalau dulu aku ke
Kranji dengan menaiki
Bas Causeway dengan tambang RM 2.50 sehala, tapi kali ni aku nak
try naik
SBS pulak. Tambang
SBS lagi murah iaitu RM 1.80 sehala dan kekerapan bas juga agak banyak. Masa berlegar-legar tu baru lah aku perasan yang rupanya aku belum lagi tukar duit kepada matawang
SG! Mampos, dah la kedai banyak tak bukak lagi! Sia-sia je aku datang awal pagi kengkonon nak masuk tambak untuk
capture sunrise di tepi
Merlion. Hampa, silap aku jugak sebab tak plan betul-betul padahal hari sebelum tu aku dah lalu depan
money changer dan saje aku cakap dalam hati nak tukar esok kat stesen bas
Larkin. Huh amek kau! Padan muka.
Jenuh jugak aku berlegar-legar dari jam 6 pagi sampai la pukul 6.30 pagi akhirnya ada satu
money changer dah bukak. Jadi aku pon dengan pantasnya terus pegi tukar duit. Lega, lepas tukar duit aku terus naik bas
SBS tu.
Alhamdulillah tak perlu menunggu lama (sebab bas banyak) bas pon bergerak ke
Sebarang Tambak menujuk ke
Kranji. Sebenarnya perkhidmatan bas
SBS ni bermula dari jam 5.00 pagi lagi.
Kenapa aku pilih Kranji?
Sebab mudah untuk merancang perjalanan dari
Kranji. Di
Kranji ada stesen
MRT (Mass Rapid Transit) dan paham-paham sajalah,
public transport kat
Singapore ni memang aku puji habis-habisan. Kiranya
ko memang tak boleh sesat la. Cuba ko jalan sorang-sorang kat
KL, agak-agak dari
Pudu nak ke
Damansara Utama ko tau tak nak naik apa?(teksi??? mati kering la ko bayar tambang!)
Ok, seperti biasa sebelum memasuki
Tambak Johor, aku kena turun dari bas dan masuk ke kompleks
Imigresen untuk pemeriksaan
passport, kemudian kenalah cepat untuk keluar semula dan naik bas. Kali ni aku tak jumpa pulak bas
SBS yang aku naik tadi tapi aku naik bas
SBS lain, hahaha belasah je janji
SBS. Orang yang beratur nak naik bas tu pun ramai, kebanyakannya datang ke
SG untuk bekerja dan ada jugak yang nak mencuci mata (macam aku).
Bila dah melintas tambak dan sampai di
Woodlands, bas berhenti lagi, kali ni untuk pemeriksaan
Imigresen pihak
Singapore pulak. Jadi kenalah turun bas semula dan isi borang imigresen, buak pemeriksaan
passport dan turun ke bas semula. Agak penat jugak prosesnya ye? Sebenarnya seronok sebab kita akan rasa seperti dalam cerita
Amazing Race hahahaha (sebab nak kejar bas yang kita naik).
Selesai pemeriksaan
Imigresen di
Woodlands, barulah perjalanan lancar ke
Stesen MRT Kranji.
Alhamdulillah, aku tiba di
Stesen MRT Kranji pada jam 7.30 pagi. Aku terus ke kaunter jualan kad
Ezee Link. Untuk makluman semua,
EzeeLink card ni sama fungsinya macam
Kad Touch 'N' Go yang kita gunakan untuk bayar tol, naik
LRT dan bayar
parking kat
Malaysia, sama fungsinya di
Singapore ni cuma kegunaannya lebih meluas! Kali terakhir aku beli kad ni dultu harganya SGD 10 tapi kali ni dah naik jadi SGD 12 ok! Tapi jumlah nilai kat dalamnya masih kekal SGD 7, cukuplah untuk ronda-ronda
Singapore nail MRT
hheheeh.
Selesai urusan membeli kad, aku pon meneruskan niat ke
City Hall Station. Tambang dari
Kranji Station ke
City Hall Station dalah SGD 1.++ aku lupa nak catit :).Perjalanan dari
Kranji ke City Hall mengambil masa 40 minit. Sempat la kalo nak tidor-tidor ayam, lagipon pepagi buta tak ramai orang lagi naik MRT.
Sebenarnya aku nak turun kat
Raffles Place Station tapi entah macamana aku tersilap turun kat
City Hall Station, takpe la jalan kaki pon best sebab dapat tengok bangunan-bangunan cantik kat
Singapore ni. Rupanya masa ni Singapore tengah dalam penganjuran F1, jadi banyak jalan-jalan utama ditutup termasuklah jalan-jalan di sekitar
Merlion's Park. Susah jugak la nak menyeberang jalan sebab banyak pagar didirikan. Pasrah je la tengok dari jauh.
Lepas berjalan dalam 10 minit barulah aku sampai ke
Singapore River, lalu depan
Bangunan Parlimen Singapore tau! Sempat jugak la tembak-tembak kat situ.
Bangunan Parlimen ni terletak betul-betul di tepi
Kalang River yakni kawasan yang paling aku suka. Kalau boleh nak melepak kat situ seharian pon takpe, rasa tenang je tengok sungai dan gelagat manusia.
Ok la nanti aku sambung lagi kisah membawa diri ni. Nak sambung
study...;p
WASSALAM!
|
Buat muke!!!~ |
|
Singapore River.... |