Janggeltrekker's Life

2025-01-27

FRANCE: Sejenak Di Kota Grenoble, France!

Aku masih ingat lagi hari pertama aku menjejakkan kaki di France. Sebenarnya, aku ke Geneva atas urusan kerja. Sepanjang minggu sibuk dengan mesyuarat dan tugasan, tapi bila hujung minggu tiba, aku sedar aku ada masa lapang. Daripada duduk hotel tak buat apa-apa, aku putuskan untuk ambil peluang ni melawat cousin aku, Nazrin, yang menetap di Grenoble.  

Hujung minggu itu terasa seperti hadiah selepas seminggu sibuk bekerja di Geneva. Bila Nazrin, cousin aku yang menetap di Grenoble, ajak aku datang melawat, aku terus setuju tanpa fikir panjang. Aku dah dengar banyak cerita tentang Grenoble, gunung-ganang yang mengelilinginya, sejarahnya yang kaya, dan tarikannya yang unik. Ini peluang aku untuk lihat sendiri magis kota kecil ini.

Grenoble ni merupakan sebuah bandar tua yang trletak lebih kurang 4 jam perjalanan menaiki train ke kota Paris. Malangnya aku masih belum ada rezeki nak ke Paris. InsyaAllah maybe ada rezeki lain nanti.

Dari Geneva, aku menaiki kereta api menuju ke Grenoble. Perjalanan dua jam tu terasa sangat cepat sebab pemandangannya terlalu cantik. Gunung-ganang dengan puncak bersalji, ladang-ladang hijau, dan sekali-sekala ada kampung kecil yang muncul di tengah-tengah perjalanan. Aku duduk di tepi tingkap, telinga disumbat dengan fon kepala sambil biarkan pandangan aku dibuai oleh keindahan alam.  

Nazrin tunggu aku di stesen kereta api Grenoble. Dia lambai dari jauh dengan senyuman besar. “Lama dah aku tunggu kau datang sini, akhirnya sampai jugak!” katanya sambil tepuk bahu aku. Nazrin ni memang jenis ceria, jadi aku terus rasa selesa walaupun badan masih letih dari kerja sepanjang minggu.  

Dia bawa aku balik ke rumahnya yang terletak di sebuah kawasan yang tenang, dengan pemandangan gunung yang jelas dari tingkap dapur. Sepanjang perjalanan, dia sibuk cerita tentang Grenoble. “Kau tahu tak, Grenoble ni bandar dalam lembah, dikelilingi gunung. Sebab tu orang sini panggil bandar ni macam 'mangkuk besar'.” Aku hanya gelak, tapi dalam hati, aku kagum.  

Hari pertama, Nazrin bawa aku ke Téléphérique La Bastille. Kami naik cable car bulat yang sangat ikonik tu. “Kau kena naik ni kalau datang Grenoble, wajib,” kata dia. Aku ikut saja. Harga tiket pergi balik cuma €8.50, dan aku terus teruja. Masa cable car tu mula mendaki, jantung aku mula rasa berdebar. Gayat juga, tapi pemandangan dari atas buat aku lupa semua. Gunung-ganang hijau, bandar kecil dengan sungai Isère yang mengalir tenang, semuanya nampak macam lukisan hidup. Bila kami sampai di puncak forte de la Bastille, angin sejuk menyapa muka aku, buat aku rasa tenang.  

Kami duduk di salah satu sudut kubu, menikmati suasana sambil ambil gambar. Nazrin cerita, kubu ni dulu dibina untuk tujuan pertahanan, tapi sekarang ia jadi tempat pelancongan yang paling popular di Grenoble. Aku hanya angguk, cuba simpan semua memori ini dalam kepala.

Setelah seharian meneroka forte de la Bastille, kami pulang kerumah. Kali ni Naz kata ada surprise, dia masak nasik tomato dengan ayam masak merah! Perut pun dah memang memanggil-manggil kelaparan, kena pulak dengan nasi tomato, pergh memang layan la! Alhamdulillah kenyang.

Esok paginya, Nazrin ajak aku sarapan di sebuah kafe kecil di tengah bandar. “Kau kena cuba croissant dan kopi kat sini. Orang France ni obses dengan dua benda ni,” katanya sambil tergelak. Aku pesan kopi hitam dan croissant. Masa gigitan pertama, aku terus faham apa yang dia maksudkan. Croissant dia flaky, buttery, dan cair dalam mulut. Kopi dia pula? Pekat, aromatik, dan cukup untuk buat aku rasa aku hidup dalam filem Perancis. 

Lepas sarapan, kami berjalan di sepanjang tebing sungai Isère. Ada denai kecil yang tenang, dihiasi pokok-pokok besar dengan daun kuning keemasan. “Kat sini, kau tak perlu tergesa-gesa. Jalan perlahan, nikmati pemandangan,” kata Nazrin. Aku hanya angguk sambil tengok sungai yang mengalir perlahan. Suasana tu betul-betul buat aku lupa penat kerja sepanjang minggu.  

Petang tu, Nazrin bawa aku ke pasar tempatan. Dia suruh aku cuba fromage (keju) yang dia kata “legend” di Grenoble. Aku ni bukannya peminat keju, tapi aku cuba juga. Sekali rasa, aku terkejut, eh, sedaplah! Mungkin sebab aku makan sambil tengok pemandangan indah, segalanya rasa lebih baik.  

Setiap detik di Grenoble terasa istimewa. Dari berjalan di Place Grenette yang penuh dengan kafe dan kedai kecil, sampai ke Musée de Grenoble yang penuh dengan seni dan sejarah. Tapi, yang paling aku suka ialah menjelang malam aku di sana.  

Waktu malam, selepas makan malam di rumah, kami keluar semula berjalan di sekitar bandar. Grenoble waktu malam lain macam auranya. Jalan-jalan utama penuh dengan orang yang keluar bersantai, ada yang lepak di kafe, ada yang berbual sambil jalan, dan ada yang sibuk bermain muzik di tepi jalan. Aku hanya senyum sambil perhati gelagat manusia yang pelbagai. Ada pasangan tua berjalan sambil berpegangan tangan, sekumpulan pelajar universiti berbual dengan suara kuat, dan seorang lelaki dengan anjing kecilnya yang sibuk menyapa semua orang. Maklumlah … malam minggu.

Aku hirup udara malam yang segar. Langit Grenoble bersih, dan bintang-bintang nampak terang. Nazrin dan aku duduk di balkoni rumahnya, menghadap langit malam Grenoble yang bersih. Bintang-bintang bersinar terang, dan udara malam yang dingin buat aku rasa damai. Aku hirup teh panas sambil pandang ke arah gunung.

Esoknya, aku menaiki kereta api awal pagi untuk pulang semula ke Geneva. Kereta api bergerak perlahan meninggalkan Grenoble, dan aku hanya duduk sambil menikmati pemandangan luar tingkap. Senyum aku lebar, hati rasa penuh. Aku bisik sendiri, “Aku dah jejak kaki di bumi France!”

WASSALAM.









Grenoble - Jun 2022

2025-01-24

SWITZERLAND: Sepetang Di Lac Léman, Geneva.

Langit Geneva petang itu biru sempurna, dihiasi gumpalan awan putih seperti lukisan yang menggantung di atas Lac Léman. Aku berdiri di tepi tasik, memandang jauh ke arah permukaan air yang berkilauan, seperti taburan berlian yang dipancarkan oleh cahaya matahari. Kebetulan aku baru selesai berkeliling bandar, dan rasa penat mula menyelinap ke tubuh. Tiba-tiba mataku tertancap pada sebuah bot yang sedang berlabuh di jeti.

“Eh, naik bot free?” Aku bertanya sendiri sambil tersenyum. Rezeki jangan ditolak. Cepat-cepat aku berjalan ke arah jeti, menyelinap masuk ke barisan yang tak terlalu panjang. Sekilas pandang, aku perhatikan ramai orang tempatan bersidai di tepian tasik, menikmati sinar matahari. Ada yang duduk bersantai sambil membaca buku, ada juga yang berenang atau sekadar mencelup kaki di air jernih itu.

Let’s go!” Aku berbisik pada diri sendiri sambil melangkah naik ke atas bot.

Di atas bot, suasananya meriah tetapi tenang. Ada keluarga yang ketawa riang, pasangan yang berbisik manja, dan sekumpulan remaja yang sibuk mengambil swafoto dengan latar belakang tasik. Aku memilih tempat duduk di tepi, memastikan aku dapat menikmati pemandangan sepenuhnya.

Ketika bot mula bergerak perlahan, angin petang yang sejuk menyapa wajahku. Tasik yang luas itu memantulkan langit seperti cermin besar, dan aku dapat melihat gunung-gunung Alps berdiri megah di kejauhan, puncaknya diselimuti salji meski musim panas sedang memuncak.

Di sebelahku, seorang lelaki tua yang ramah tersenyum. “First time on Lac Léman?” dia bertanya dalam bahasa Inggeris dengan loghat Perancis yang kental. Aku mengangguk sambil tersenyum.

Beautiful, isn’t it?” dia menambah sambil menunjuk ke arah Château de Chillon, sebuah istana lama yang berdiri megah di tepi tasik.

Absolutely,” aku balas. “It feels like stepping into a fairytale.

Bot terus bergerak, dan pemandangan di sekitarnya semakin memukau. Burung camar sesekali terbang rendah, seperti menari di atas air. Di kejauhan, aku nampak sebuah perkampungan kecil dengan rumah-rumah tradisional yang atapnya berwarna coklat tua, seolah-olah membawa aku ke masa lalu.

Matahari mulai condong ke ufuk barat, memancarkan cahaya jingga keemasan ke permukaan air. Suasana menjadi lebih tenang, seolah-olah seluruh tasik berhenti sejenak untuk menikmati keindahan senja.

Ketika bot kembali ke jeti, aku turun dengan hati yang puas. Petang di Lac Léman bukan sekadar pengalaman menaiki bot percuma; ia adalah momen yang mengingatkan aku betapa indahnya dunia ini, dan betapa bertuahnya aku dapat menikmatinya, walaupun hanya seketika.

Untuk menaiki bot secara percuma di Lac Léman, pelancong boleh memanfaatkan Geneva Transport Card, yang biasanya diberikan secara percuma kepada sesiapa sahaja yang menginap di hotel, hostel, atau tempat penginapan lain di Geneva. Kad ini membolehkan pelancong menggunakan semua bentuk pengangkutan awam di Geneva secara percuma, termasuk bot-bot kecil yang dikenali sebagai “Mouettes Genevoises” sesuatu yang baru aku tahu bermaksud ‘burung camar Geneva’ yang merentasi Lac Léman.

1. Dapatkan Geneva Transport Card

Setelah mendaftar masuk ke tempat penginapan anda, pihak pengurusan biasanya akan menyerahkan kad ini secara automatik. Jika tidak, tanyakan kepada mereka.

2. Pilih Laluan Bot  

Bot Mouettes Genevoises mempunyai beberapa laluan tetap yang menyambungkan pelbagai lokasi di sekitar tasik, seperti:

  •    Pâquis ke Molard
  •    Genève Plage ke Eaux-Vives  

Pilih laluan yang sesuai dengan destinasi atau pengalaman yang anda inginkan.

3. Naik Bot dengan Kad  

Tunjukkan Geneva Transport Card anda semasa menaiki bot. Tiada bayaran tambahan diperlukan.  

Tips Tambahan:

  • Kad ini juga sah untuk bas, tram, dan kereta api di kawasan Geneva, jadi ia sangat berbaloi untuk digunakan jika anda merancang untuk menjelajah bandar ini.
  • Jika anda tidak menginap di Geneva tetapi di sekitar kawasan lain di Lac Léman, semak dengan penyedia penginapan tempatan sama ada mereka menawarkan pas pelancong serupa.

WASSALAM.








Lac Leman - Jun 2022

2025-01-23

Kempen Visit Malaysia 2026: Maskot Beruang Matahari Yang Wow!

Bila dengar pasal kempen Visit Malaysia 2026 ni, terus rasa excited! Lagi best bila tahu maskot rasmi dia adalah beruang matahari yang beri nama Wira dan Manja, haiwan comel dan unik yang memang sinonim dengan Malaysia. Rasa macam keputusan ni sangat tepat sebab ia bukan saja menonjolkan keindahan biodiversiti negara, tapi juga ingatkan kita tentang pentingnya menjaga alam sekitar.  

Beruang matahari ni rare tau, tak semua negara ada. Jadi, dia memang pilihan yang sempurna untuk tunjukkan betapa specialnya Malaysia. Dengan muka dia yang comel dan senyum manis tu, confirm menarik perhatian pelancong, dari dalam dan luar negara.  

Tapi, tak boleh hanya bergantung pada maskot comel je. Harapnya kempen ni akan betul-betul tingkatkan kesedaran tentang kepentingan jaga hidupan liar dan pelancongan lestari. Kalau nak tarik pelancong, biar mereka nampak Malaysia ni bukan saja cantik, tapi juga prihatin dengan alam sekitar.  

Overall, rasa bangga tengok usaha ni. Harap Visit Malaysia 2026 ni berjaya dan semua orang dapat menikmati keunikan Malaysia yang sebenar. Let's go Malayan Sun Bear! 

WASSALAM





BRUNEI: Jejak Singkat di Bandar Seri Begawan

Welcome to Brunei,” ucap John sambil tersenyum puas. Pesawat kami baru sahaja mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, dan kami disambut oleh udara nyaman dan langit cerah yang seolah-olah memberi tanda baik untuk perjalanan kami. Perjalanan dua hari satu malam di Bandar Seri Begawan ini dirancang dengan ringkas tetapi padat dan kami sudah tidak sabar untuk menjelajah keunikan Brunei.  

Setibanya di bandar, perkara pertama yang kami lakukan ialah mengambil kereta sewa yang telah kami tempah. John mengambil tempat di kerusi pemandu, sementara aku menjadi navigator yang bertugas memastikan aplikasi GPS kami tidak tersasar. Dengan peta digital sebagai penunjuk jalan, destinasi pertama kami ialah Kampung Ayer, perkampungan atas air yang merupakan antara simbol utama Brunei.  

Ketika kami melangkah ke jeti dan menaiki bot kecil yang membawa kami melintasi sungai, aku terpesona dengan panorama Kampung Ayer. Rumah-rumah kayu berwarna-warni berdiri di atas tiang-tiang yang teguh, bersambung dengan jambatan kecil yang berselirat seperti labirin. “It’s like a floating village,” John berkata sambil merakam video. Kami sempat berbual dengan penduduk tempatan yang mesra dan melihat sendiri kehidupan harian mereka, termasuk sebuah sekolah rendah di atas air.  

Setelah puas di Kampung Ayer, kami menuju ke Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien dan Masjid Jame’ Asr Hassanil Bolkiah, dua masjid yang megah dan mengagumkan. “You won’t find architecture like this anywhere else,” John menggeleng-geleng kagum melihat keindahan masjid yang dihiasi kubah emas dan seni bina Islam moden. Di dalam masjid, suasananya sangat tenang, dan kami mengambil masa seketika untuk menikmati keindahan seninya sambil menghormati adat dan tradisi tempatan.  

Menjelang petang, kami tidak mahu ketinggalan mencuba hidangan ikonik Brunei. Kami singgah di sebuah warung kecil yang terkenal dengan roti kaya. Roti itu disajikan dengan kaya buatan sendiri yang sangat lembut dan manis, disertai secawan teh tarik yang berkrim. “This is heaven in a bite,” kata John dengan senyuman lebar. Tidak cukup dengan itu, kami juga menikmati semangkuk laksa Brunei yang pekat dan penuh rasa rempah. “Spicy, but so good,” tambah John sambil menyuap sudu terakhir. 

Petang itu kami singgah pula di Isc Lau Di Fang Restaurant, sebuah restoran terkenal dengan hidangan tempatan. John mencuba butter milk prawn, manakala aku memilih ambuyat, hidangan unik yang hanya boleh ditemui di Brunei. “This is so different, but I like it,” kata John sambil mencelup ambuyat ke dalam kuahnya.

Selepas itu, kami ke pasar malam, sebuah pengalaman yang benar-benar memukau. “Bestnya, semua berbumbung,” aku berkata, kagum melihat pasar yang tersusun rapi dan tidak perlu risau tentang hujan. Gerai-gerai makanan menawarkan pelbagai hidangan menarik, sate, kuih-muih tempatan, dan minuman segar. Kami tidak melepaskan peluang untuk mencuba nasi katok, makanan ikonik Brunei yang ringkas tetapi sangat lazat. 

Malam itu, kami kembali ke hotel yang sederhana tetapi selesa di tengah bandar untuk berehat. Esoknya, sebelum kembali ke lapangan terbang, kami sempat memandu santai mengelilingi Bandar Seri Begawan, menikmati suasana tenang dan bersih kota kecil ini.  

Ketika pesawat kami mula berlepas meninggalkan Brunei, aku dan John sama-sama bersetuju bahawa walaupun singkat, percutian ini meninggalkan kenangan indah. “Next time, let’s explore more of Brunei,” aku berkata, dan John mengangguk setuju. Bandar Seri Begawan mungkin kecil, tetapi keindahan dan keunikannya cukup untuk membuat hati kami terpikat.  

WASSALAM.





Bandar Seri Begawan - Mac 2017



2025-01-22

MYANMAR: Menelusuri Keindahan Masa Silam di Bagan (Part 2)

Selepas perjalanan panjang dari Yangon dengan menaiki bas malam, akhirnya kami sampai di Bagan waktu subuh. Mata masih berat, tapi semangat nak jelajah kota kuno ni dah mengatasi semua rasa penat. Aku, Pingu, dan Amier melangkah keluar dari bas, disambut udara pagi yang dingin, sejuk tapi segar, buat kepala yang berat jadi lega sikit. Di kejauhan, cahaya fajar yang baru nak muncul memberi petanda: sesuatu yang luar biasa sedang menunggu.

“Amier, mana kita nak check-in ni?” Pingu mula bersuara sambil menyesuaikan beg sandangnya.

“Tenang, semua dah set. Bagan Thande Hotel. Ada view Sungai Ayeyarwady, katanya cantik gila,” balas Amier sambil tersenyum yakin.

Chalet kami terletak betul-betul menghadap Sungai Ayeyarwady, lengkap dengan balkoni yang luas. Tempat ini menjadi ruang istimewa kami untuk bersantai selepas seharian menjelajah kuil dan menikmati sejarah Old Bagan. Setiap kali angin lembut bertiup dari arah sungai, ia membawa bersama rasa damai yang menyegarkan, seolah-olah semua keletihan perjalanan hilang bersama angin.

Petang itu, kami memilih untuk meluangkan masa di balkoni sambil menikmati secawan kopi yang disediakan dengan mesra oleh staf hotel. Aroma kopi yang hangat bersatu dengan bau segar angin sungai, mencipta suasana yang sempurna. Dari kejauhan, kelihatan beberapa nelayan kecil dengan sampan tradisional mereka, bergerak perlahan di atas permukaan sungai yang tenang. Aktiviti mereka sederhana tetapi penuh makna, mencerminkan kehidupan yang bersatu dengan alam.

Skuter Elektrik & Perjalanan ke Kuil Tinggal

Petang itu, sambil menikmati kopi di balkoni, muncul seorang budak lelaki tempatan dengan senyuman lebar dan gaya penuh yakin. Namanya Nhan. Usianya sekitar belasan, mungkin awal 20-an. Dengan bahasa Inggeris ringkas tapi jelas, dia memperkenalkan dirinya.

"Hello! You need guide? I show you real Bagan. Not tourist spot, but local secret!" katanya dengan semangat, sambil mengeluarkan peta kecil yang dilukis tangan dari poketnya.

Aku memandang Pingu dan Amier, meminta pendapat. “Macam menarik je. Apa kata kita try?” aku mencadangkan.

Nhan mula menunjukkan tanda-tanda di peta itu. Ada kuil, laluan kecil, dan beberapa titik yang katanya sangat cantik untuk melihat matahari terbit. "I can take you tomorrow, sunrise. Best place, I promise," katanya sambil tersenyum yakin.

Okay, deal! Sunrise esok, kan?” Amier mengangguk sambil mengeluarkan wang untuk menyewa skuter elektrik yang juga ditawarkan oleh Nhan. Dia nampak lega dan teruja.

Tepat sebelum subuh, Nhan muncul di depan chalet kami, lengkap dengan tiga buah skuter elektrik yang sudah sedia menunggu. "Let’s go! Morning road is quiet. Best time!" katanya dengan nada ceria.

Kami mula bergerak, menyusuri jalan kecil yang hanya diterangi oleh lampu skuter. Udara pagi terasa dingin, tapi menyegarkan. Pepohon akasia melambai di kiri dan kanan, membuat suasana jadi misteri tapi tenang.

“Nhan, jauh lagi ke?” Pingu bertanya sambil memegang erat handle skuternya.

Not far. Just a little more,” jawab Nhan, tangannya menunjuk ke depan, mengarah ke jalan tanah berbatu.

Setelah beberapa minit, kami tiba di sebuah kuil kecil yang tersorok dari laluan utama. Bangunannya tua, penuh lumut, tapi memancarkan aura sejarah yang mendalam.

Careful, stairs are steep,” pesan Nhan sambil mula mendaki tangga batu yang sempit. Kami mengikuti langkahnya dengan hati-hati.

Saat kami sampai di puncak, matahari baru mula muncul di ufuk timur. Langit gelap perlahan-lahan bertukar warna, kelabu biru menjadi merah jambu lembut, sebelum diwarnai jingga keemasan.

“Wow… ini gila cantik,” bisik Pingu, matanya tidak lepas dari hamparan dataran Bagan yang dipenuhi ribuan kuil. Bayang-bayang panjang dari bangunan kuno itu mencipta panorama yang sukar dipercayai.

Angin pagi meniup lembut, membawa aroma bumi yang lembap selepas malam yang dingin. Kicauan burung menjadi satu-satunya bunyi, melengkapkan keheningan yang menenangkan.

Kami bertiga duduk di tepi, memandang keindahan itu tanpa berkata banyak. Nhan turut duduk bersama, senyumannya lebar melihat kami terpukau. “I told you. Best place” katanya ringkas, tapi penuh kepuasan.

Momen itu terasa abadi. Tak ada kamera yang cukup untuk menangkap keindahan ini sepenuhnya, dan tak ada kata-kata yang mampu menggambarkan apa yang kami rasa.

Ketika matahari semakin tinggi, kami tahu pengalaman ini adalah sesuatu yang akan kami bawa pulang, lebih daripada sekadar cerita. Nhan, dengan keramahan dan semangatnya, telah menunjukkan satu sisi Bagan yang mungkin tak akan kami temui sendiri.

Thank you, Nhan. Seriously, this is amazing” kata Amier sambil menepuk bahunya.

Nhan hanya tersenyum. “You’re welcome. Bagan is my home. I just share it.

Perjalanan turun dari kuil terasa lebih ringan. Cahaya pagi kini menerangi setiap sudut, dan kami bertiga tak henti-henti berbual tentang apa yang baru saja kami alami. Bagan, pagi itu, telah mencuri hati kami semua.

Misi Mencari Makanan Halal

Selepas puas menyaksikan matahari terbit, perut kami mula berbunyi. Cabaran seterusnya: mencari makanan halal di kawasan yang hampir seratus peratus penduduknya beragama Buddha. Dengan bantuan seorang pemandu skuter, kami akhirnya tiba di sebuah restoran India kecil yang tersembunyi di salah satu lorong utama Bagan.  

Menu yang kami order cukup sederhana, roti naan, dan secawan teh masala. Tapi jangan pandang rendah pada kesederhanaannya! Kari ikan mereka begitu kaya dengan rempah, dan naan panas yang baru keluar dari dapur membuatkan kami lupa seketika penat pagi itu. Dalam suasana santai restoran itu, kami sempat berbual dengan pemiliknya, seorang lelaki tua yang pernah tinggal di India sebelum menetap di Bagan.

Meneroka Old Bagan

Keesokan paginya, selepas bersarapan ringkas di hotel, kami meneruskan penjelajahan dengan skuter elektrik yang disewa melalui Nhan. "Alright, let's roll!" kata Amier dengan penuh semangat, memutar throttle skuternya.

Pagi di Bagan punya pesona yang tak dapat dijelaskan. Jalan-jalan kecil berdebu membawa kami dari satu kuil ke kuil lain. Tidak semua kuil di sini besar dan terkenal; ada yang kecil, tersembunyi di balik rimbunan pohon. Salah satu yang kami jumpa adalah sebuah kuil kecil dengan lukisan dinding purba di dalamnya.

“Eh, masuk sini jom,” aku mengajak sambil memarkir skuter.

Kami melangkah masuk ke dalam kuil yang sunyi itu. Walaupun kebanyakan warna lukisan dinding sudah pudar dimakan masa, kehalusan seni dan ceritanya masih terlihat jelas. Pingu duduk bersila di lantai batu, matanya terpaku pada salah satu lukisan.

“Korang rasa apa cerita di balik semua ni?” dia bertanya perlahan, seolah-olah takut mengganggu keheningan kuil.

“Mungkin kisah dewa-dewi atau sejarah kehidupan raja di sini,” jawab Amier sambil memerhati dinding lain.

Kami duduk di situ beberapa ketika, merasai suasana yang luar biasa tenangnya. Seolah-olah kuil itu sendiri menyimpan rahsia dan ingin membisikkan kisah silamnya kepada kami.

Entry Fee dan Shwezigon Pagoda

Di pintu masuk ke Old Bagan, kami diminta membayar entry fee sebanyak 25,000 Kyat. Aku sedikit skeptikal pada awalnya. “Kenapa kena bayar masuk kawasan ni?” aku bertanya sambil menyerahkan wang ke kaunter tiket.

Nhan, yang masih menemani kami, tersenyum. “Fee for preservation. Without this, temples cannot survive.

“Oh, masuk akal,” aku mengangguk, akhirnya faham kenapa bayaran itu penting.

Setelah selesai, kami meluncur ke destinasi pertama, Shwezigon Pagoda. Lapisan emasnya memantulkan cahaya matahari pagi, menjadikannya seperti sebuah bangunan dari dunia lain. Kami berhenti dan berjalan kaki mengelilingi kawasan pagoda, menikmati setiap sudut keindahannya. Para sami muda dengan jubah jingga berjalan melintasi kami, membawa mangkuk untuk menerima derma makanan.

“Macam dalam lukisan,” bisik Pingu, kagum dengan suasana di sekeliling.

Kami teruskan perjalanan, kali ini lebih spontan. Tak semua tempat yang kami singgah ada dalam peta pelancong. Kadang-kadang, kami berhenti di kuil-kuil kecil yang tersembunyi di jalanan sunyi. Suasana di sini jauh lebih tenang, seolah-olah masa bergerak lebih perlahan.

“Yang kecil-kecil macam ni best. Rasa macam tempat rahsia,” kata Amier sambil duduk di tangga kuil kecil yang kami temui.

Ketika matahari mula meninggi, kami sampai di Sulamani Temple, salah satu kuil yang paling aku nantikan. Ukiran dindingnya halus, dan lukisan mural di dalamnya menceritakan pelbagai kisah. Aku termenung seketika, memikirkan tenaga dan dedikasi yang diperlukan untuk membina sesuatu yang seindah ini berabad-abad lalu.

Pada penghujung hari, kami singgah di Nyaung-U Market untuk menikmati makanan tempatan dan berbual dengan penduduk setempat. Seorang nenek yang menjual kain tenun buatan tangan menyambut kami dengan senyuman hangat.

“Semua ini buatan tangan, dari kampung sekitar sini,” katanya sambil menunjukkan kain-kain indah yang berwarna-warni.

Dia juga sempat memberitahu kami bahawa sebahagian hasil dari entry fee digunakan untuk membantu komuniti mereka. “Bagan ini milik semua orang, tetapi kami jaga macam keluarga,” katanya dengan penuh rasa bangga.

Ketika kami duduk menikmati teh tempatan, Pingu bersandar di kerusi dan berkata dengan nada santai, “Kadang-kadang, tak perlu jadual ketat untuk menikmati hidup.”

Aku dan Amier saling berpandangan, lalu mengangguk setuju. Memang benar, spontaniti perjalanan ini telah membawa kami kepada pengalaman dan kenangan yang lebih bermakna. Bagan bukan sekadar tempat; ia adalah sebuah kisah, dan hari itu, kami menjadi sebahagian daripadanya.

Hari Terakhir di Bagan

Hari terakhir kami di Bagan bermula dengan perasaan bercampur baur antara gembira kerana perjalanan ini begitu bermakna, dan sedih kerana perlu meninggalkan tempat yang penuh dengan sejarah dan keindahan ini. Sebelum menaiki bas untuk pulang ke Yangon, kami bertekad untuk mengisi hari itu dengan sebaik mungkin.  

Golden Palace menjadi destinasi pertama kami. Istana ini, walaupun merupakan rekonstruksi moden, memberikan gambaran jelas tentang keindahan seni bina kerajaan purba Bagan. Dengan tiang-tiang emas yang menjulang tinggi dan ukiran yang halus, tempat ini seolah-olah membawa kami kembali ke zaman keagungan Bagan. Kami berjalan perlahan, menikmati suasana yang tenang sambil mengambil beberapa gambar sebagai kenangan.  

Tidak jauh dari Shwezigon Pagoda, terdapat pasar tempatan yang meriah. Kami mengambil kesempatan untuk menjelajah pasar ini, yang penuh dengan barangan tradisional, kain tenun, dan cenderamata. Bau rempah-ratus, suara para peniaga, dan senyuman mesra penduduk tempatan menjadikan pengalaman ini begitu autentik. Aku sempat membeli beberapa cenderamata kecil, kain tenunan tangan dan magnet peti sejuk, sebagai tanda kenangan.  

Menjelang tengah hari, kami kembali ke hotel untuk mengambil bagasi dan bersiap untuk perjalanan panjang pulang ke Yangon. Bas yang kami naiki cukup selesa, tetapi tempoh perjalanan yang panjang tetap terasa mencabar. Walaupun begitu, kami masing-masing tersenyum sepanjang perjalanan, mengenang kembali momen-momen indah yang telah tercipta sepanjang berada di Bagan.  

Bagan telah meninggalkan kesan mendalam dalam hati kami. Setiap monumen yang kami lawati, setiap moment sunrise, sunset dan memandu motor elektrik di waktu malam menjadikan pengalaman ini lebih bermakna. 

WASSALAM








Bagan, Myanmar - Julai 2018

2025-01-21

MYANMAR: Jejak Pertama di Yangon (Part 1)

Pesawat kami mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Yangon pada hari yang kelabu. Awan tebal menutupi langit, menumpahkan sedikit kemurungan pada kota yang baru kami jejaki. Aku, Pingu, dan Amier melangkah keluar dari terminal dengan beg galas masing-masing, bersemangat walaupun cuaca seperti tak mesra.  

“Cuaca macam ni, elok juga. Tak panas sangat untuk jalan kaki jauh,” kata Pingu sambil mengikat tali kasutnya yang sedikit longgar. Amier, seperti biasa, hanya tersenyum kecil sambil membelek itinerary yang dia print malam sebelumnya.  

Destinasi pertama kami ialah pasar kain terkenal di pusat kota sementara menunggu bas malam ke Bagan. Dalam perjalanan menaiki teksi, kami sibuk berbual tentang apa yang ingin dibeli di pasar itu.  

“Amier, kau nak beli apa kat sana? Kain sarung ke?” tanya aku, sengaja menyakat.  

“Kain sarung? Boleh jugak. Nak buat jadi langsir kat rumah,” jawab Amier, selamba. Kami semua ketawa, hilang sebentar penat perjalanan jauh.  

Setibanya di pasar, suasana di situ terus menarik perhatian kami. Lorong-lorong sempit dipenuhi dengan gerai-gerai warna-warni yang menjual segala jenis kain, makanan, dan barang-barang tempatan. Bau harum rempah bercampur dengan suara tawar-menawar memenuhi udara.  

“Eh, tengok ni!” kata Pingu sambil menarik aku ke satu gerai yang menjual kain bercorak bunga besar. Penjual wanita di situ tersenyum lebar sambil melambai ke arah kami.  

“Special price! Four thousand Kyat!” katanya dengan penuh semangat, sambil mengangkat kain tersebut untuk kami lihat.  

“Empat ribu? Cuba kau tawar lagi,” bisik aku kepada Pingu.  

“Tak payah la. Cantik ni! Aku nak beli terus,” balas Pingu, tak sabar.  

Sementara Pingu sibuk memilih kain, aku dan Amier berjalan ke lorong lain yang menjual makanan jalanan. Seorang lelaki tua menghampiri kami dengan dulang kacang goreng yang masih panas.  

“Makan? Sedap!” katanya dalam bahasa Inggeris yang terputus-putus.  

Aku dan Amier berpandangan, sebelum akhirnya Amier mengeluarkan wang dan membeli satu bungkus. “Cuba rasa,” katanya. Kacang itu rangup, pedas, dan penuh rasa rempah, memang sedap!  

Setelah puas menjelajah pasar, kami memutuskan untuk melawat Independence Monument yang terletak di Taman Maha Bandula. Tugu itu menjulang tinggi, dikelilingi bangunan kolonial yang usang tetapi penuh sejarah. Kami duduk di bangku taman seketika, memerhatikan kanak-kanak berlari dan pasangan muda bergambar di sekitar taman.  

“Tugu ni simbol perjuangan rakyat Myanmar, kan?” kata Amier sambil menunjuk ke arah obelisk.  

“Betul. Dulu ni kawasan pentadbiran British,” aku menambah, cuba berkongsi fakta sejarah yang aku baca sebelum datang ke sini.  

Hari belum berakhir. Kami bergegas ke destinasi utama yang paling kami nanti-nantikan, The Shwedagon Pagoda. Setibanya di pintu masuk, kami terpesona melihat stupa emas yang berkilauan, walaupun hari masih mendung.  

“Gila, ini… luar biasa,” kata Pingu sambil merapatkan kamera phone di tangannya, jelas tidak mahu terlepas apa-apa sudut menarik.  

Kami menanggalkan kasut dan menaiki tangga panjang yang membawa kami ke dataran utama pagoda. Suara loceng halus bergema di udara, bercampur dengan aroma dupa yang menyelimuti kawasan itu. Para penganut agama Buddha berjalan perlahan dengan bunga teratai dan lilin di tangan.  

“Korang tengok stupa utama tu, macam lampu suluh yang menerangi seluruh Yangon,” kata Amier, yang jarang bersuara tetapi kali ini benar-benar kagum.  

Kami mengelilingi pagoda sambil menikmati suasana spiritualnya. Di satu sudut, seorang biksu tua menghampiri kami.  

“From Malaysia?” tanyanya.  

“Yes, Malaysia,” jawab Pingu dengan ceria.  

“Welcome to Yangon,” katanya sambil tersenyum sebelum berlalu pergi.  

Saat matahari mulai tenggelam, kilauan stupa emas semakin memukau. Kami duduk di tepi, menikmati suasana malam yang mulai merayap masuk. Shwedagon Pagoda bukan hanya sebuah tempat ibadah, tetapi ia adalah jiwa Yangon, simbol keindahan dan ketenangan.  

“Kalau ada peluang, aku nak datang sini lagi,” kata aku perlahan, hampir seperti bercakap dengan diri sendiri.  

“Tak payah tunggu peluang. Kita buat peluang tu,” balas Pingu sambil menepuk bahu aku.  

Hari pertama kami di Yangon berakhir dengan penuh cerita. Kota ini, dengan semua warnanya, telah mencuri hati kami. Di atas bas malam menuju Bagan, kami tahu, pengembaraan ini baru bermula.  

WASSALAM




Yangon, Myanmar - Ogos 2018



2025-01-17

THAILAND: Maeklong Railway Station, Bangkok

Sajalah pose depan keretapi kat Maeklong Railway Station ni. Alang-alang dah sampai, rugi kalau tak ambil gambar kan? Tapi kalau korang tanya, "Best tak naik keretapi dari Kuala Lumpur ke Bangkok?" Jawapan aku: BEST! Tapi... sekali je cukup. 

Kenapa? Sebab perjalanan tu memang panjang gila! Dalam keretapi, apa je kita boleh buat selain makan, tidur, dan sembang? Itu pun kalau ada topik menarik. Kalau tak, ulang balik rutin tu sampai destinasi. Aku rasa pengalaman tu memang berharga, boleh tengok pemandangan sepanjang jalan, jumpa orang baru, dan rasa hidup santai tanpa terkejar-kejar. Tapi kalau nak ulang? Hmm... aku pass dulu.  

Aku lebih suka drive sendiri. Kenapa? Sebab seronoknya lain macam bila kita bebas nak berhenti di mana-mana. Masa aku dan geng backpackers kayap buat road trip dulu, memang rasa macam explorer sejati. Tak terikat dengan jadual, boleh singgah tempat rare, dan layan random vibes. Kalau nak tahu cerita tu, korang boleh baca kat blog aku (hint: kisah ni rare, korang kena baca, walaupun belum habis update hahaha).  

Tapi, aku faham setiap orang ada citarasa sendiri. Ada yang suka terbang tinggi di awan, ada yang suka melata atas bumi. Jadi, ikutlah minat dan keselesaan masing-masing. Tepuk perut, tanya pusat.  

Kalau tanya aku, aku suka try semua dulu. Barulah boleh buat pilihan mana yang terbaik. Kira macam nak beli makanan, rasa dulu baru decide nak order lebih ke tak. Style macam ni memang sesuai dengan jiwa aku yang adventurous.   

Jadi apa yang bestnya di Maeklong Railway Station ni?

Siapa sangka, sebuah stesen keretapi kecil di Thailand boleh menjadi lokasi yang begitu luar biasa? Maeklong Railway Station, nama yang cukup terkenal di kalangan pelancong, menawarkan pengalaman yang jarang ditemui di tempat lain. Aku pun tak lepaskan peluang untuk datang sendiri dan merasai keunikan tempat ini.  

Sampai je di Maeklong, mata aku terus tertumpu pada suasana pasar yang betul-betul terletak atas landasan keretapi. Tempat ni dikenali sebagai Talad Rom Hoop atau “Pasar Payung Terlipat”. Suasana sibuk dengan para peniaga menjual hasil segar seperti buah-buahan, makanan laut, dan kuih-muih tradisional. Aroma makanan Thailand yang kaya rempah-rempah terus buat perut aku berkeroncong.  

Saat yang paling dinanti pastinya ketibaan keretapi. Loceng berbunyi, dan suasana pasar tiba-tiba berubah. Dalam beberapa saat, para peniaga pantas melipat payung, mengalihkan barang jualan, dan bersiap sedia untuk memberi laluan kepada keretapi. Aku yang berdiri tepi landasan, sempat rasa debarannya. Bayangkan, keretapi bergerak perlahan betul-betul di depan mata, cukup rapat hingga terasa angin laluannya. Memang pengalaman mendebarkan!  

Tak sah datang ke sini kalau tak cuba makanan tempatan. Aku sempat makan mango sticky rice yang dijual oleh seorang makcik di tepi rel. Manisnya cukup, ditambah pula dengan santan yang lemak berkrim, memang terbaik! Selain itu, ada juga jus segar yang sesuai sangat untuk menghilangkan dahaga dalam cuaca panas.  

Sebagai peminat fotografi, tempat ni adalah syurga untuk bergambar. Latar belakang pasar, landasan keretapi, dan momen keretapi melintas memang buat setiap gambar jadi ikonik. Jangan lupa bersedia dengan kamera atau telefon korang, detik-detik ini tak datang selalu.  

Lepas puas menjelajah pasar dan bergambar, aku sempat duduk sekejap sambil memerhatikan suasana sekitar. Penduduk tempatan dan pelancong bersatu dalam satu ruang kecil ini, masing-masing sibuk dengan urusan sendiri. Itulah keindahan Maeklong, sebuah tempat yang sederhana tetapi penuh kehidupan. Jangan lupa periksa jadual keretapi, pastikan korang tahu waktu keretapi tiba untuk pengalaman yang paling epik.  

Buat yang tanya itinerary: Maaf, tak ada. Aku jenis malas buat jadual proper. Kalau nak tau lebih, korang stalk je IG aku. Semua ada kat situ, visual, vibe, dan momen candid.  

Akhir kata: Kalau rasa lelah dalam perjalanan, bertabahlah…demi keriangan berganda! 

WASSALAM.


Maeklong Railway Station - September 2022


POPULAR POSTS