Posts

Singapore Escapades: Rezeki

Image
Assalammualaikum! Fuh mana nak mula ye, lama jugak tak update blog disebabkan terpaksa bertugas. Tapi Alhamdulillah, sempat juga kau buat entry advance sebelum berangkat ke Singapore hari tu. Ya aku ke Singapore untuk menghadiri satu training yang sangat best! Bukan saja tempatnya best, peserta-peserta yang hadir pon semuanya best! Alhamdulillah, walaupun banyak juga halangan yang terpaksa dihadapi di sana, tapi semuanya berjaya diharungi dengan tabah. Merasa juga aku hidup sebagai seorang perantau di negara orang. Hahaha (poyo!!!) Sepanjang berada di kota Singa (14 hari) aku dah berjaya mengumpul beberapa material menarik untuk dikongsi bersama. Perjalanan hidup selama menjalani training di negara orang, walaupun tak la menarik sangat tapi ia boleh dikenang suatu hari nanti. Dari Kuala Lumpur ke Singapura (Hari Satu) Alhamdulillah, aku selamat sampai di Singapura setelah menunggu di KLIA sejak jam 9.00 pagi (Padahal flight aku pukul 12.15pm) Sepanjang men...

Album Izan & Hamdan Dah Siap!

Image
Alhamdulillah ...setelah berminggu-minggu aku memerah keringat (chewah keringat la sangat!!!) akhirnya siap jugak sticky album untuk pasangan Hamdan & Izan yang telah selamat diijabkabulkan pada 13 Mac 2010 yang lalu (Ingat tak haritu aku ada entry pasal job menembak di Ipoh??? Fuh bukan main kelam kabut kami hari tuh takut terlepas upacara pernikahan! Naseb sempat sampai Ipoh on-time!) . Ni merupakan tugasan kedua aku setelah diberi kepercayaan menjalankan tugasan pertama bagi pasangan Wan & Nana pada 25 Disember 2009 yang lalu. Fuh lega dah settle kerja dan paymen t pon dah dapat! Hahaha boleh joli di negara seberang tambak! Thanks to Incik Deennasour dan Inchik Apit yang banyak membantu sewaktu kerja-kerja menembak dulu. Korang memang best lah! Dari kerja assistant sampailah ke art director semuanya best! Thanks again!!! . (Ok this coming job kalo nak join lagi jom la! Hahaha). Anyway album pon dah selamat diserahkan dan mungkin after this aku cuba dengan cus...

Aksi Penembak Tepat

Image
Ingat lagi tak pasal Hot Air Ballon Fiesta 2010 yang berlaku bulan lepas? Aku pasti ramai juga yang mengikuti perjalan pesta Belon Udara Panas di Putrajaya dulu. Disamping aku tempekkan beberapa gambar belon udara panas yang sempat aku tembak sepanjang acara itu, aku nak share jugak beberapa gambar gelagat juru tembak..eh jurugambar @ photographer yang sempat aku rakamkan. Apa yang best, macam-macam gaya diorang buat. Agaknya ku pon macam tu jugak kot??? Hahahah.. Tapi aku belum sehebat diorang lagi, siap tonggeng-tonggeng 360 darjah untuk dapatkan shots yang baik! Respek giler ah...Aku nak belajar gak cara camtuh! Biasalah untuk dapatkan hasil yang baik, cara dan effort tu kenalah terbaik jugak kan! Ok enjoy the GAMBAR yer... (aku masih di negara orang...) PEACE Psst: Entry ini dibuat seminggu yang lalu.... Fuh kemera masing-masing gedabak! Terhina plak aku rasa! Fuh akak nih..terbaekkkkk wok! Ni member gua! Inchek Deennasour dengan jenteranya!

Nak Away Dulu

Image
Rasanya minggu lepas banyak sangat benda yang aku nak tulis dalam blog ni, tapi tiba-tiba hari ni dah blur . Mungkin sebab memikirkan apa yang bakal berlaku dalam masa dua minggu akan datang nih kot? Oh ya, aku akan meng- away -kan diri selama dua minggu ke negara orang. Jadi mungkin blog ni akan bersawang dan tumbuh lalang serta tumbuh-tumbuhan menjalar yang lain. Kalau berpeluang aku update , InsyaAllah akan aku usahakan. Tapi kalau tak sempat nak update , aku mintak jangan la tak singgah langsung kat blog aku ni....jenguk-jenguk la yer tolong tebas-tebas lalang ke dan sebagainya hahahah! (lawak jer kan!!! Macam la ada lalang yang nak tumbuh dalam blog nih!) Apa-apa pon semoga korang happy dan terus berkarya! Doakan aku selamat pergi dan selamat kembali!!! Psst: Ish nerves nye!!!Harap-harap ada member kamching kat sana, takda la bosan sangat. Atleast nak merayap pon ada member kan!!! PEACE!

Projek Teater: Teater Muzikal Gamat 2 di MATIC

Image
Harini baru sempat nak update pasal Teater muzikal Gamat Season 2. Sebenarnya peristiwa ni dah berlaku minggu lepas, bertempat di Malaysia Tourism Center (MTC @ MATIC) berlangsunglah pementasan Teater Muzikal Gamat 2. Jika dulu musim pertama, Gamat dipentaskan di Istana Budaya (IB), dengan set yang gah dan pelakon-pelakon yang ramai, tapi kini pementasan Gamat 2 tidak kurang hebatnya. Masih mengekalkan jalan cerita yang sama namun ada berlaku pindaan pada beberapa plot cerita. Begitu juga dengan jumlah pelakon yang dikurangkan serta props yang ringkas tapi kekal menarik. Jika dibandingkan Gamat di IB dan Gamat 2 di MATIC , masing-masing ada kelebihannya, dan dua-dua aku suka! Sebabnya adalah seperti berikut:- Jika Gamat di IB mempamerkan set pentas yang hebat, penuh dengan props yang menggambarkan keadaan dasar laut yang ceria dan meriah, di MATIC props yang digunakan adalah terhad memandangkan ruangan yang kecil namun ia berjaya ditonjolkan dengan lakonan para pelakon yang...

Poskad Dari LONDON (Dah Sampai)

Image
Alhamdulillah.. tungu punya tunggu akhirnya sampai jugak POSKAD DARI LONDON kiriman INCHE LONG HAFFIZ seperti yang dijanjikan dulu melalui entry dia di "Coretan Perantau". Fuh sangat puas hati sebab gambar kat poskad tu cantik! Terima kasih ye Inche Long Haffiz! Aku hadiahkan sebuah entry khas pasal poskad yang ko bagi tu kat sini! Hehehe. Ok aku nak balas Poskad Inche Haffiz tu kat sini jer la yer sebab tak sompek den nak pi beli poskad: Inche Long Haffiz: Ha ah kat Malaysia sekarang ni memang tengah panas terik. Rasa terbakar je kalo ko pergi berjalan-jalan kat luar tengah hari buta. Tapi biasalah, perubahan monsun la katakan. Malaysia kan beriklim Khatulistiwa. InsyaAllah aku akan jaga POSKAD yang ko bagi tu elok-elok. Maklum la bukan senang nak dapat poskad nowdays kan! Sekarang ni zaman email dan blog, tambah-tambah pulak ada Facebook, Friendster, Twitter, Myspace dan segala macam mak nenek laman sosial dah wujud sekarang nih...so POSKAD menjadi sesuatu yang sangat...

Lagi Pasal Pesta Belon Udara Panas - Day 3 [Finale]

Image
Hari ketiga, sekali lagi aku ke tapak pesta (aduh tak muak-muak ke tengok belon tuh???). Pagi ni aku pergi sebab tak sabar nak tunggu belon-belon udara panas tu berkumpol sekali lagi sambil buat formasi-formasi yang cantek. Alhamdulillah dapat jugak tengok. Pagi tu ramai jugak pengunjung yang datang, ingatkan tak de lah ramai sangat. Mungkin sebab hari sabtu, cuti pulak dan ramai yang dari luar Putrajaya dah berkampung kat Putrajaya sejak malam lagi. Pagi tu jugak arah terbang belon-belon adalah menghala ke arah tasik. Maksud aku menyeberang tasik Putrajaya ! Sekali belon-belon dikembongkan semua naik serentak dan kita dapat lihat belon-belon udara panas bertaburan di ruang angkasa Putrajaya ! Selesai semua belon dah naik, aku pun blah arr, balik rumah sebab tak mandi pagi lagi hahaha. Sebenarnya hari ketiga juga aku dah berjanji dengan encik Deennasou r dan Cik Kaki Jala n nak menembak waktu petang sampailah ke malam sebab malam tu ada Glow in the dark punya acara! Fuh tak sabar p...