Posts

Ada Yang Datang, Ada Yang Pergi dan Ada Yang Datang Tak Pergi-Pergi

Image
Assalamualaikum... Setiap perkara ada datang dan perginya. (alamak ayat pembukaan dah abstrak bin bunga!!!) Kalau dulu aku sering tertunggu-tunggu untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik. Tapi bila dah dapat, sekejap pulak sesuatu itu hilang. Hmmm ada yang tidak kena di situ. Mungkin itulah yang dinamakan ujian. DIA, kalau sayangkan hambanya, akan didatangkan hambanya itu dengan pelbagai jenis ujian, samada ujian itu berat, sederhana berat atau ringan. Tapi itu tak bermakna nilai kasih sayang dari DIA itu diukur mengikut keberatan ujian yang diberikan. Semuanya sama saja, apa yang penting adalah daya kekuatan kita mengharungi ujian itu. JADI...SILA PASRAH MENERIMA UJIAN DAN JANGAN MENGALAH! Teruskan hidup dengan mencari sesuatu yang lebih baik...mungkin apa yang pergi itu belum cukup baik buat kita sehingga kita menemui apa yang betol-betol baik???? Itu semua subjektif, hanya DIA yang mengetahui perencanaannya. Kita sebagai khalifah di muka bumi, hendaklah sentiasa menjadi ...

Rehatkan Dia

Image
Assalamualaikum.... Rasanya dah terlampau overused my body. Tak sempat nak bermanja-manja dan bermesra-mesra dengan kebiasaan, jadi aku telah mengambil keputusan untuk 'membungkus' kebiasaan itu dan menyimpannya di dalam kotak lalu kutinggalkan ia terperuk di dalam almari untuk seketika. Mula-mula rasa macam sedih juga, tapi aku rasa sudah tiba masanya untuk dia berehat seketika. Tambahan, banyak perkara yang aku perlu selesaikan sebelum tibanya hari 'besar' itu. Ya, hari untuk berjimba-jimba jauh dari dunia kebiasaan ini. Semoga semuanya lebih baik dan tenang. SEMUA PERKARA ADA HADNYA... Amin... Psstt: huk huk huk apa yang aku nak buat tampa kamoooo..... PEACE! Sleep well...  

Tolong Ingatkan Aku

Image
Assalamualaikum... Macam-macam hal berlaku kebelakangan ini, yang membuatkan hidup aku agak kucar-kacir dan tak terurus. Mungkin itulah pentingnya planning . Kalau tak ada planning, maka merasalah seperti apa yang aku rasakan sekarang. Tapi satu masalah yang aku sendiri dah detect dari dulu lagi, aku memang tak suka merancang, kalau merancang pasti tak jadi. Sebab itu sesuatu yang tak dirancang itu selalunya lebih berkesan dan menyeronokkan. Tapi lihatlah hasilnya, kucar-kacir dan serabut. JADI JANGAN MERUNGUT! Dah menjadi tabiat aku untuk melakukan sesuatu secara sepontan. Kalau aku rasa aku nak buat sesuatu perkara tu, aku akan terus buat, tak perlu merancang beria-ia sebab implikasinya akan jatuh pada diri kita juga. Precedent case- Bayangkan aku pernah beria-ia merancang untuk bercuti, tiba-tiba cuti aku kena sekat, tak ke hampa rasanya? Aku yakin semua yang mengalaminya pun akan hampa. (kejadian sebenar - semua kerana sejarah). Jadi bagi aku, kadangkala sejarah tidak perlu ...

Edisi Bukit Tinggi - Pahang

Image
Assalamualaikum... Hari ni genap 4 hari aku kehilangan senjata. Rindu bangat sama Chempaka. Tapi takpalah asalkan dia cepat sembuh, biarla dia berlama-lama di hospital itu. Kali ni aku akan mencritakan kisah tak dirancang aku bersama Kaki Jalan dan Hang Dhamin. Hahaha balik-balik diorang tu jugak yang ada dalam entry aku ni kan. Takpa, mereka itu sudah menjadi sebahagian dari hidup saya (Hahaha sengals punya statement). Ok back to the story, Walaupun aku ketiadaan senjata, tapi aktiviti meredah tetap diteruskan. Kali ini lokasinya adalah ke sebuah tempat yang aku belum pernah pergi. Sebelum ni aku hanya mendengar cakap-cakap orang mengenai keindahan tempat itu, nah kali ini aku berpeluang melihat sendiri keadaanya. Thanks to HD sebab bawa aku ke sana. Memang lama dah teringin nak pergi ke situ, tapi masa saja yang tak mengizinkan. Kemana sebenarnya aku pergi? Kali ini aku telah berjaya menjejakkan kaki ke Berjaya Hill, Bukit Tinggi Pahang. Pasti ramai yang dah tahu tentang temp...

Chempaka Yang Sakit - Happy Anniversary To Her

Image
Assalamualaikum. Entry kali ni rasanya macam hampeh sikit kot.   MODE: Hampa, Sedih, Rindu. Kenapakah? Sebenarnya hari ni genap setahun aku bersama Chempaka Canon (CC). Masih terbayang-bayang saat pertama aku bersama CC dan sepanjang setahun perjalanan aku dengan CC, macam-macam tempat dah aku pegi, banyak benda dah aku tembak dan ramai orang baru yang aku kenal. Dari laut ke bukit, dari tempat panas ke tempat sejuk, dari dalam ke luar semua aku usung CC ke merata tempat. Tapi...Di hari ulangtahun CC hari ni, aku tak dapat bersama dia..Dia sakit..ada dalam wad. Tak tau bila dia sembuh. Kesian CC terpaksa menyambut hari ulangtahun dalam wad...tanpa aku. :( Arghhh tensi..tensi..rasa tak lengkap pulak hidup aku sejak 4 hari lepas. Dah la HP aku hilang bulan lepas, tu pon sumber menembak aku jugak tu...hmmm apa boleh buat. Dugaan. Sekarang aku dah tak ada senjata langsung....boring. Semoga ada khabar gembira menanti aku tentang perihal CC. Cepatla sembuh, aku tak sabar mene...

Projek Teater: Muzikal Tun Mahathir 2010

Image
Assalamualaikum. Tak taula nak mulakan macamana, tapi memang dah lama gile aku abaikan Projek Teater (PT) aku tahun ni. Rasanya yang paling akhir aku gerakkan PT adalah sewaktu tayangan Gamat The Musical di MATIC awal tahun lalu. Lepas tu agak suram...muram...duram...kelam.....sehinggalah ke tanggal 3 Oktober 2010, akhirnya PT kembali bernyawa. Plan nak tengok Teater Muzikal Tun Mahathir sebenarnya dah lama, sejak bulan Jun lagi kot. Time tu tiket pon dah beli oleh Kaki Jalan (KJ). Sit baek punya betol-betol depan stage dan berharga murah. Tapi satu yang aku tak suka adalah bila dah beli tiket awal-awal, so komitmen tu agak goyah juga la. Kita tak tau apa akan jadi pada masa depan dan apa yang menanti di depan kita kan. Jadi itu sebabnya aku tak suka beli-beli tiket tak kiralah tiket teater ker, tiket kapal terbang ke awal-awal. Komitment lain tu banyak sangat. Berbalik kepada Teater Muzikal Tun Mahathir, akhirnya aku pergi menonton teater tu dengan 3 orang rakan sekerja...

Tembak-Tembak Pantai: Edisi Pangkor Part II

Image
Assalamualaikum, Sebelum baca entry ni, sila dengo lagu ni...WAJIB!      Busy pulak minggu ni, busy dengan kerja, dengan kengkawan dan dengan diri sendiri, sampai nak update for the next episode of Pangkor pon agak tergendala. Takpa, hari ni aku gagahkan diri buat episode dua mengenai ekpidisi Jelajah Pangkor. Sepertimana entry lepas, aku dan Amin Ungu (AU) bermalam di Tapah, Perak pada hari Jumaat. Keesokan harinya, seawal jam 5.00 pagi alarm si AU dah berbunyi. Nampak sangat ke' excited' an dia. Dah la malam sebelum tu kami tidur lewat sebab melayan muvie NARNIA kat TV3. Takpe, layankan aje, maklumla orang tak pernah pergi Pangkor . Satu lagi sebab si AU ni excited terlebih adalah kerana nak berjumpa dengan Kaki Jalan (KJ). Kali ni, darjah kecerunan aku meningkat kepada 89%. Ok la tu, mood cuti sudah marey! Kisah 1: Day 02 Walaupun pagi-pagi buta tu bekalan elektrik di rumah aku buat hal (jenuh jugak la aku mencari lilin di dalam ...