Posts

Food Hunter: Laksa Kak Pah

Image
Assalamualaikum!!! Hari tu, masa tengah berduka lara di opis akibat kebosanan tiba-tiba ada beberapa orang colleagues mengajak aku mencuba Laksa Kak Pah . Fuh aku ni pantang diajak, kalau dengar bunyi laksa je, kompom aku ikut! Lokasinya Warung Kak Pah  ni terletak di Bangi . Lebih spesifik, tepi jalan depan kilang Sony dan Denso . Owner warung ni asal dari Kedah, ramah je makcik ni. Kalau kat situ memang senang la nak pegi. Sampai-sampai je di tempat kejadian aku lihat gerai tepi jalan tu dah agak penuh, maklumlah waktu rehat. Kebanyakan pelanggan Kak Pah ni adalah para pekerja kilang berhampiran.  Konsep makan kat sini, kene pegi ambil sendiri di kaunter dan tuang kuah sendiri...terpulanglah nak bubuh banyak mana pun. Memang mabeles! Harga sepinggan laksa adalah RM 3. Amat berpatutan.  Disamping Laksa Penang, ada juga makanan lain yang disajikan seperti mee rebus dan mee kari . Yang lain aku tak perasan pulak sebab mata dah dibutakan dengan Laksa P...

Mongek...

Image
Assalamualaikum!!! Penat juga dalam sehari dua ni sebab kena buat banyak benda. Paling tak tahan bile gigih berjaga sampai pukul 4 pagi gara-gara terpengaruh dengan hasutan Pak Tony !!! Tambahan pulak ada yang jadi pembako ( John ) hahahaa. Ok lupakan kisah tu sebab tak sanggup nak menghadapi hari esok. Pagi tu jugak dalam 6.30 pagi aku kena gerak ke Pulau Pinang atas urusan kerja. Adoi naseb baik ada pilot , boleh la aku membuta sepanjang jalan! Sedar-sedar je dah sampai Taiping , terus segar mata. Janji dengan orang sana nak berjumpa di tol Jawi . Memang tak ada komunikasi langsung sepanjang perjalanan sebab aku malas nak bagi tepon aku kat diorang. Huhu bahaya wooo kalau lepas kat diorang, tak aman hidup nanti. Sampai je tol Jawi dah nampak diorang satu keter tengah tido. Ni kes gerak awal jugak la ni dari KL... hehehe... Bile semua dah sapu taik mta, kami pon gerak la ke destinasi, Pulau Burung. Macam biasa la, bila aku tau nak pergi ziarah sampah sarap, aku tak jangk...

10 Muharram...

Image
Assalamualaikum!!! Siapa puasa sunat hari ni? *Aku tak... tetibe. Untuk pengetahuan semua, hari ni dah masuk 10 muharam 1433 ...dan dikenali juga sebagai nama Hari Asyura. Jadi siapa-siapa yang puasa sunat hari ni dapat pahala berganda-ganda ye...*napelah aku tak puasa sunat hari ni...huhuhuh. Nak share Peristiwa Besar yang berlaku pada 10 Muharram ni, antaranya:- Hari pertama Allah menciptakan alam. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat. Hari pertama Allah menurunkan hujan. Allah menjadikan 'Arsy. Allah menjadikan Luh Mahfuz. Allah menjadikan Malaikat Jibril. Nabi Adam a.s. dicipta. Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah . Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit. Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan. Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di...

Borak-Borak Di Boraque Kopitiam

Image
Assalamualaikum!!! Tadi aku lepak kat Boraque Kopitiam ...tau dak kat mana tempat tu? Di Danau Kota, dekat bebenau dengan Uptown Danau Kota, Setapak . Motif lepak kat tempat sejauh alam tu? (Dari rumah aku le). Sebenarnya dikhabarkan ramai la blogger tersohor nak berkompol menemankan si John memulangkan barang kat BlueEwoke . Kelas ko John , ko pulangkan barang pon ramai blogger temankan! Maka perjanjian pon termeterai la, sesiapa yang free dapatlah menghadirkan diri, hasil roger-roger melalui emel, blog dan BBM akhirnya terkompollah Kak Anash (COCO NUT) , BlueEwoke dan Chawan serta dua orang budak kecik heheh aku kenal Aqilah je, yang sorang lagi (bakal jurugambar berjaya ) tu lupe pulak tanya nama, Lily (fuh yang ni memang havoc dan otai bab-bab berjalan jarak jauh nih) dan mestilah ada John . Pada mulanya sorang lagi si Biqque pon kata nak join tapi terpaksa mengkenselkan diri di saat-saat akhir...takpe next time ko tak boleh terlepas ye Biqque! Bila dah jumpe, ...

Terasa Bagai Berada Di India!

Image
Assalamualaikum... Pssttt:- Tajuk takde la kena mengena sangat..sipi-sipi je.  Sebenarnya nak buat entry Wordless Wednesday ..tapi disebabkan aku anti WW ni (memang tak pernah ada) maka terhasil jugak ayat-ayat merapu kat bawah..terima hakikat tangan tak boleh berhenti menaip...:p Lama jugak aku abaikan blog aku ni, pegi terjah blog kengkawan pon hanya sempat tengok gambar. Tapi aku dah buat lawatan susulan, memang menarik baca kisah-kisah kawan-kawan yang kita suka tatkala diri ini kekeringan sumber dan masa untuk meraban di blog sendiri. Pasrah. Sepertimana yang aku pernah nyatakan dalam entry sebelum ini, hujung tahun agak sibuk. Ya sungguh tak dapat dielakkan, mana nak kerja, nak layan keluarga, nak layan kawan-kawan, tambahan pulak aku kena setelkan lagi dua event . Walaupun penat, tapi aku suka sebab aku dapat belajar banyak benda baru. Sedih jugak sebab mata Cik Melatie masih tak mampu aku nak beli....sabar je la. Guna apa yang ada, janji hasilnya memuaskan. ...

Tahniah Rakyat Malaysia!

Image
Assalamualaikum!!!! TAHNIAH SKUAD HARIMAU MUDA! TAHNIAH RAKYAT MALAYSIA! (MODE PATRIOTIK) Tak cukup sorak kat rumah, malam ni nak sorak dalam blog juga!~ hehehe . Walaupon aku ni tak minat sangat dengan game bola ni, tapi bila ia melibatkan Malaysia , automatik aku jadi patriotik! Gigih ni balik kerja awal...makan awal pastu bersiap-siap duduk depan tv dengan para housemates dari pukul 8 malam sampai 12.30 malam! Sepanjang perlawanan, memang banyak sumpah seranah aku dengan housemates semua pastu, jantung macam nak gugur dah bersepah-sepah atas lantai. Haish tetibe fanatik kan...tapi memang perasaan yang jarang dapat aku rasa, dan hanya akan tiba bila time-time Sukan SEA, Sukan Commonwealth, Sukan Olimpik ...hahaha tu la tandanya semangat 1 Malaysia! Walaupon pemain-pemain kita dihina, dicaci sewaktu beraksi dan bendera negara di bakar, diconteng serta lagu NEGARAKU di ejek dan diperkotak katikkan oleh Warga Indonesia , tapi aku kagum sebab ATLET Malaysia teta...

Aksi Pengantin Lama

Image
Assalamualaikum!!! Minggu ni mood hibernasi. Duduk diam-diam buat aktiviti biasa, tidur, makan, buat kerja rumah, pergi kerja dan seterusnya benda yang sama diulang-ulang. Ada rancangan nak meng" escape "kan diri, tapi terbatal di saat-saat akhir sebab perancangan yang terlampau singkat. Bulan November dan Disember ni sebenarnya dah masuk musim MENGAWAN . Banyak la pulak jemputan kenduri kendara, sana kawin, sini kawin...sepupu aku pon ada dua orang yang kawin so bolehlah aku jadikan alasan, tak nak bagi sedara-mara busy sebab banyak sangat kenduri kawen kan. hahaha. Bukan setakat sedara mara kawin, kawan-kawan pon sebok nak mengawan jugak..ok biarkan. Jodoh korang kan... OK sebenarnya nak cerita tentang pengantin lama yang sporting. Walau dah beranak pinak (3 orang) tapi tetap gigih nak posing sakan. Sebabnya, waktu depa kawin dulu, tak sempat nak posing-posing sedemikian rupa. Akhirnya aku pon merealisasikanlah impian murni depa tu, kesian juga sebab beriya...