2011-11-22

Tahniah Rakyat Malaysia!

Assalamualaikum!!!!

TAHNIAH SKUAD HARIMAU MUDA! TAHNIAH RAKYAT MALAYSIA!
(MODE PATRIOTIK)

Tak cukup sorak kat rumah, malam ni nak sorak dalam blog juga!~ hehehe . Walaupon aku ni tak minat sangat dengan game bola ni, tapi bila ia melibatkan Malaysia, automatik aku jadi patriotik! Gigih ni balik kerja awal...makan awal pastu bersiap-siap duduk depan tv dengan para housemates dari pukul 8 malam sampai 12.30 malam!

Sepanjang perlawanan, memang banyak sumpah seranah aku dengan housemates semua pastu, jantung macam nak gugur dah bersepah-sepah atas lantai. Haish tetibe fanatik kan...tapi memang perasaan yang jarang dapat aku rasa, dan hanya akan tiba bila time-time Sukan SEA, Sukan Commonwealth, Sukan Olimpik...hahaha tu la tandanya semangat 1 Malaysia!

Walaupon pemain-pemain kita dihina, dicaci sewaktu beraksi dan bendera negara di bakar, diconteng serta lagu NEGARAKU di ejek dan diperkotak katikkan oleh Warga Indonesia, tapi aku kagum sebab ATLET Malaysia tetap mempunyai kekuatan mental dan semangat yang tinggi. Aku kagum sebab diorang tak merendahkan martabat rakyat Malaysia di mata dunia. Syabas Rakyat Malaysia!!!

Jom nyanyi lagu ni sama-sama!!!

GEMURUH SUARA! TEAM MALAYSIA


Kalau engkau jatuh, Jangan engkau lemah, Kerana hidup mengajar kita,
Jangan cepat mengalah. 
Bina yakin diri, Mampu kita lakukan, Tiada yang mustahil, 
Segalanya Boleh! 
Kita bergandingan, Meraikan Malaysia! 
Gemuruh suara, Jadi bangsa Berjaya, Gemuruh perkasa, Bawah satu bendera,
Nama kita bina, Diseluruh benua rasa bangga, Genggam amanat wira, 
Julang panji Malaysia..
Genggam amanat wira, Julang panji Malaysia!!

Sumber google.

10 comments:

  1. brpuluh kali aku ulang lagu gemuruh suara tu..rase mcm ade something struck kat jantung..apekah???


    lagu tu best..pembakar semangat..org tgh syok tgok tb , aku pulak syok cari info pasal beijing ! wakaka..

    ReplyDelete
  2. Kemang:-

    Lagu penaik semangat..kalau rasa down try la dengar lagu ni dan hayati liriknya heheh..aku pon suka ulang banyak kali... rasa macam naik je bulu roma dengar heheh.

    aku suka part budak pompuan nyanyi dalam bas tuh hahahaha kiut!

    beijing???? apakah???? bile?

    ReplyDelete
  3. aku dengar orang sorak je..

    tak tengok pun.. sebab tak suka perasaan debar jantung nk bersepai bagai..


    uh~ x patriotik lgsg kan..wakaka..

    ReplyDelete
  4. missSenget:-

    Hahaaa aku pon bukan minat sangat bola, tapi bile dah satu Malaysia bergabung, semangat patriotik timbul sendiri hahahaha.

    ReplyDelete
  5. ok aku pun mngaku smlm aku patriotik, xpenah lg aku sokong harimau malaya sebab confident mcm konfirm kene belasah ngn garuda, tp entah cam mana smlm aku leh plak layan..nasib baik menang, abis bergegar satu kondo aku menjerit..huhuhuh

    ReplyDelete
  6. BlueEwoke:-

    Hahah ko pon terjebak jugak kan!

    Sebenarnya bukan apa, aku geram dengan penyokong Indonesia yang tak habis2 cari pasal, tu yang tetiba Patriotik tu...puas hati aku bila diorang kalah! Dah la lagu Negaraku pon diorang tak hormat..memang SIAL sangat.

    ReplyDelete
  7. ahaksssssss..... terus siap kan?!! Hahahaha

    ReplyDelete
  8. Weh pegi la cek email ko, aku ada send sesuatu hehehe..

    ReplyDelete
  9. MasMZ:-

    Mestilah..kan gigih hehehe.

    ReplyDelete
  10. BlueEwoke:

    Thanks!! Aku dah bukak emel tu dan sangat suka! Thanks!

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!