Assalamualaikum!
Mode Raya Haji pon
dah suam-suam kuku, memang takde menda nak dicoretkan dalam blog
ni, suram je kan.
Sesuram gambar kerbau kat bawah tu. Sebenarnya tahun ni mak dan ayah aku ada
masuk korban dan kerbau tu lah korbannya. Aku tak tolong pon depa sembelih, aku
duduk rumah tengok tv je! Hahaha macam anak derhaka tak??? Choyyy!!!!! tak kan? Aku duduk rumah
tolong mak aku layan tetamu! Hehehe *ayat kaver line.
"Ai malula...." kata kerbau ini sebelum menjadi arwah. |
Sempena bulan Haji ni, seorang blogger tegar FATT dah
mention nama blog aku kat blog dia untuk menjawab beberapa soalan cepu besi!
Haduh memandangkan banyak blogger yang ternak cengkerik (bak kata dia) maka dia
pon dengan gigihnya suruh kami semua jawab soalan-soalan tu. InsyaAllah aku
terai sehabis baik ye Fatt, maklumlah ada jugak yang nak kene sorok-sorok
maklumla dunia blogger ni kacau bilau. :p
Ok aku namakan entry ni: "26
November Ni Birthday Mak Aku!" (Amacam Fatt boleh diterima ke? Saje la aku
nak war warkan besday mak aku ni supaya dia dapat hadiah dari korang semua!!!
Verangan.) Syarat dia, tajuk kena ada no "26".
*jap jap tajuk dia yang aku BOLD kan tu je tau! Bukan yang selebihnya tu.
Bismillahirrahmanirahim….. jom kita mulakan.
[ Part I ]
1. Perkenalkan diri anda secara
ringkas:
Nama saya Janggeltrekker, boleh panggil Janggel, Jang, Gel (bukan gegegirl) Mr. Janggel. Itu saja. Jangan memandai nak panggil nama-nama lain. Sebab apa JANGGEL? Cari sendiri kat blog aku ni, ada jawapannya.Saya baik, pemalu, pendiam, peminat cerita-cerita Korea, minat K-PoP, suka jenjalan, suka tonton wayang, suka travel, suka nonton teater, suka fotografi, suka masuk hutan, suka lepak pulau, suka duduk kat tepi laut, suka MAKAN dan suka semua benda yang aku suka! Dan selalunya aku buat benda-benda tu bersama kawan-kawan yang aku suka! Ok cukup..tamau citer lelebih kang kantoi.
2. Sejak bila anda terjebak dalam
dunia travel?
Minat travel ni dah lama sebenarnya, since sekolah-molah lagi tapi pepaham je la, zaman tu manalah ada duit! Aku ni bukannya anak orang kaya, makan pon kais pagi makan pagi kais petang makan petang jer tapi tatau la cane leh besar jugak. Bila dah keje, baru aku realisasikan misi menjelajah aku, maklumlah dah setat ada duit sendiri, maka langkah pon makin panjang la. Ngeh ngeh~
3. Yang mana satukah
menggambarkan diri anda; traveller atau tourist?
Kalau dulu-dulu mungkin tourist kot, sebab aku daif bab-bak internet, networking, information pon tak reti nak cari kat mana…betapa daifya aku. Tapi sejak 2-3 tahun kebelakangan ni aku dah mula berdikari, dan cuba buat sesuatu yang berbeza. Kalau travel tu mesti nak ikot kepala sendiri dan tak suka plan, maksudnya on the spot!! Bahaya tu kan? Sekarang ni aku kena banyak planning sebab itulah yang terbaik ! Sebenarnya kalau nak diikutkan, tak banyak pon tempat aku pergi, tapi aku heran la sebab bile sekali aku apply cuti mesti ada mulut soseh-soseh cakap "Ko ni asyik bercuti je" Heloooo bile masa pulak aku ASYIK bercuti? Aku kekadang tu, dua bulan aku tak apply cuti tau! Walaupon tahun ni cuti aku ada 68 Hari! (sebab aku selalu buat aktiviti pada hujung minggu je) *hadoi dah macam sesi interview kat TV1 dah ni!!
4. Konsep berjalan jenis apakah
yang selalu diamalkan? ie. backpacking, memandai sendiri, tour agency.
Selalu yang aku buat adalah memandai sendiri! Cuma kebelakangan ni je yang baru teringat nak backpack. Tour agency baru sekali aku terai, yang lain semua redah sampai pitam.
5. Siapakah travel partner anda?
Hmmm selalunya dan kebanyakkannya si Kaki Jalan la, lepas tu Hang Dhamin dan kebanyakan ahli Geng Ungu..hah??? *Ops lupa nak kasitau sape Geng Ungu tu, pepandai la cari kat blog aku, ada jawapannya. Dengan family? Hmmm kurang sangat.
[ Part II ]
6. Bilakah kali pertama anda
bercuti ke luar negara?
Kali pertama 2008, aku sekeluarga menunaikan Umrah. Itulah kali pertama aku jejakkan kaki ke obersi tau! Sekali jejak terus jauh giler! 9 jam dalam flight pulak tu hehehe naik kapal terbang Saudi Arabia. Ok la. Lepas je dari tu, terus gian nak pegi obersi! Hehehe.
7. Senaraikan nama tempat/bandar/negara
yang telah dilawati setakat ini
Hmmm mungkin tak la sebanyak blogger-blogger tegar yang lain. Aku banyak kaver dalam negara je dulu. Luar negara tak berapa banyak, ada yang pergi sendiri dan ada yang pergi sebab kerja, sesambil tu menredah la. Kalau aktiviti-aktiviti mendaki ni pon ada la yang aku selalu buat dan setakat ni baru tiga bukit/gunung je yang aku panjat (Broga Hill rasanya dah 3 kali, Gunung Stong - sampai Kem Baha je dan Bukit Tabur- rasanya yang ni paling mencabar kot)Dalam Negara: Semua negeri kat Malaysia dah habis cover. Tapi aku suka Sabah, tak sempat nak eksplore habis negeri tu. InsyaAllah satu hari nanti.Luar Negara: Saudi Arabia (Mekah dan Madinah), Thailand (Phuket), Singapore, Korea Selatan (Seoul, Busan, Ulsan), Indonesia (Bali). Banyak lagi tempat nak pegi InsyaAllah di hari yang mendatang.
8. Pernahkah anda melawat
sesebuah tempat/negara lebih daripada sekali? Jika YA sila nyatakan nama tempat
tersebut dan kenapa?
Hahahahaha aku suka nak jawab soalan ni! Ya Pernah!!!.....Aku pernah ke Singapore sebanyak 7 kali (2 kali pada 2010 dan 5 kali pada tahun 2011) Huhuhu kenape ye? Aku namakan negara itu sebagai Tempat Melarikan Diri. Sebab apa? Sebab aku suka environmentnya, dan kalau aku ada masalah aku akan melarikan diri ke sana sebab ada satu tempat tu yang memang akan buat aku tenang….di mana??? Biarlah rahsia. (*Bukan Casino ye).
9. Letak gambar salah satu tempat
yang ingin anda ulangi dan nyatakan kenapa.
Hmmmm lihatlah gambar ini dan pasti korang pon akan setuju…kan????
Oh...rindunya Mekah... |
10. Nyatakan 3
tempat/bandar/negara yang anda ingin kunjungi di masa hadapan.
- Europe Tour – Memang mengidam dari dulu lagi Cuma bajet je takde…hailah naseb..sape nak sponsor????
- New Zealand – Lepas dengar cerita orang dan tengok sendiri keindahan Negara pulau tu kat banyak media, aku memang tertarik nak ke sana. InsyaAllah.
- Laluan Sutera – China ..memang mabeles. Colorful places to explore.
- Jordan (tambahan) – 4 tempat ni memang aku looking forward nak pergi. InsyaAllah.
11. Ceritakan pengalaman kelakar/manis
yang pernah dialami semasa bercuti.
Macam-macam…banyak. Tatau nak cerita la…hmmm rasanya paling manis adalah bersama kawan-kawan baik, spend time together dan lupakan hiruk pikuk kota. Paling manis ketika di Pulau Perhentian, memang pulau tu kami buat macam kami yang punya!
Yang ni lagi satu: *Aku cilok idea BlueEwoke heheh. Masa last day nak balik ke KL dari epot Bali, bukan main ralit kami bersembang tetiba baru perasan yang nama kami dah last call!! Mampus terkinja-kinja kami berlari dari hujung ke hujung epot tu! Dah la jauh pastu nak kene naik shuttle bas pulak. Gigih tau berlari, yang berkaki pendek semua tertinggal belakang. Dalam pale otak dah ada hasutan syaiton nirrojim dah: lantak la kalo korang tertinggal sebab aku nak balik naik flight tu jugak, duit aku dah kopak nak beli tiket flight lain! Hahaha keji kan? Kan? Kan?
12. Ceritakan juga pengalaman
memalukan/buruk yang pernah dialami semasa bercuti.
OMG!!! Ini paling tak boleh lupa, aku tersalah tengok masa departure dari Phuket ke KL. Sepatutnya aku berlepas pukul 8.00 pagi tapi aku ingat pukul 8.00 malam! Giler, habis duit kena beli tiket baru on the spot! Cuak gile masa tu.
13. Adakah anda suka mencuba
masakan tempatan bila berkunjung ke sesebuah negara?
Why not, aku paling suka terai nasik pecel. Tapi apa-apa pon, makanan Malaysia laigi best.Lepastu Laksa Penang !! Terbaik walaupon aku tak suka yang Penang punya, tapi aku paling suka yang dekat Pekan Kuah, Langkawi! Kedai dia memang betoi-betoi dekat dengan Jeti Kuah. Fuh terbaik kot laksa dia.
14. Letak gambar makanan tersebut
dan ceritakan tentang keistimewaanya
Haha ada ke tak aku amek gambar tu yer? Hmmm jap…ada kot. Sebab apa aku suka? Sebab aku ni jenis suka makan nasik dan kalau ada nasik mesti kena ada sayur dan lauk samada ikan / ayam/ daging. Pecal pulak memang faveret aku memandangkan aku ni berketurunan Jawa, memang dah jadi makanan rasmi la pecal tu.
Ni masa kat Bali dulu. |
Yang ni pulak gambar Laksa Penang faveret aku. Kalau seminggu tu hari-hari makan laksa ni pon aku boleh hidup dengan aman (errrr AMAN tu bukan yang nama manja KEMANG tu ye). hehehe. |
[ Part III ]
15. Yang mana satu menggambarkan
diri anda; backpack atau beg troli?
Semestinya backpack, tapi kalo balik kampong aku pakai beg troli sebab bawak baju tak basuh banyak hahahahaha!. Dan kalau aku buat aktiviti memanjat pon mestilah pakai backpack, gigih la kalau nak daki gunung bawak beg troli hehehe.
16. Letak gambar bag(s) tersebut
dan ceritakan sedikit sejarah dan berapa banyak tempat/negara yang ia telah
ikut anda berjalan.
Hahaha serius??? Nak tengok gambar beg pack aku yang dah lunyai tu????Banyak tempat dah aku pakai beg ni, merata terutamanya di dalam Malaysia. Kalau luar Negara dia dah sampai Singapore, Bali dan Phuket. Sekarang ni beg aku tu dah nazak la, adoi aku tengah pening pale pikir nak beli beg baru ni, sebelum next mission kena beli jugak, kalau tak terpaksa la aku gigihkan diri tarik beg troli huhuhuh.Tamau!!!!!
Ehhh silap bukan yang ni.... |
17. Senaraikan 3 barang yang
wajib dibawa setiap kali bercuti.
- Kamera! Oh I can’t live without mu Che’ Melatie!!! (nama manja kemera aku)
- Topi…tak kisah yang mana satu tapi mesti ada.
- Mp3 player…kampong sangat kan tapi tu je yang aku ada, pakai bateri dabel A, dan senang untuk digunakan sebagai alat rakaman suara. Nak rekod kisah hidup.
18. Senaraikan 3 barang yang
kalau tertinggal pun takpe.
- Laptop…heheh sebab laptop aku gedabak , berat nak mampos.
- Jam tangan…sebab aku jenis tak suka tengok jam.
- IC…sebab dah ada passport :).
19. Apakah perkara yang sering
dilakukan setiap kali bercuti (contoh : update blog, tulis poskad, amik gambar)
Heheh semestinya amek gambar!!! Wajib ada aksi melompat! Itu trademark aku. Update blog amat jarang sekali kalau time travel, cuma rajin update twitter / facebook je. heheh.
20. Mana satu yang tepat
untuk menggambarkan diri anda, seorang yang suka bergambar atau malu-malu
kucing?
Suka bergambar tetapi malu-malu kucing ..(erk..boleh ke camtu?) Walaupon wajah aku ni ramai orang cakap macam RETIS Kuria (Sila jeles) tapi aku pemalu tau nak pose pose depan kemera!
21. Letak gambar anda sedang bercuti dengan posing yang suke hati nak diva ke,
bajet bagus ke, tak kisah.
Hahaha diulangi, aku ni pemalu tau! (Sila Rujuk soalan nombor 20!) Kalau tak pecaya tengok la gambar kat bawah ni.
Alamak terover pulak bubuh banyak gambar! aku kan pemalu! ;p |
22. Anda seorang pengumpul
souvenir? Jika YA, apakah jenis souvenir tersebut?
Fridge Magnet! dan Key Chain….
23. Adakah anda menghadiahkan
souvenir yang dibeli kepada ahli keluarga dan kawan-kawan?
Yup, untuk kawan-kawan rapat sahaja. Untuk family jatuh hukum wajib. Aku suka kumpul benda-benda solid yang tak mudah rosak, dan bagi aku FM adalah yang terbaik. Aku akan tampal kat Wall of Fame aku kat rumah....kalau sedih ke, bosan ke aku akan tenung je WoF aku tu dan serta merta semua perkara akan muncul dalam kepala otak. Poskad pulak, tak berapa gemar nak kompol, tapi kalau orang bagi memang aku suka simpan dalam album khas. :)
24. Selain dari jawapan dalam soalan #22, apa lagi benda yang anda suka kumpul
berkaitan dengan sesuatu tempat?
Gambar! Gambar! dan Gambar! Omaigoshhhh aku tak boleh hidup tanpa gambar! Sebab gambar boleh menceritakan segala-galanya. Dalam setiap gambar ada lagu *Eh tetibe iklan Yuna... Tapi bagi aku dalam setiap gambar ada kenangan yang tak akan sama walau kita pergi ke tempat itu banyak kali.
[ Part IV ]
25. Seorang traveller harus
mempunyai pemerhatian/observation yang baik. Nyatakan hasil pemerhatian yang
telah dibuat berdasarkan 3 buah tempat/negara/bandar yang yang pernah
dikunjungi (pick random)
Hmmm alhamdulillah aku dah pernah rasa tempat orang susah (Indonesia- sorry kalau ada yg terasa tapi memang susah la aku tengok) dan tempat orang senang (Korea dan Singapura)...secara pukul rata, apa yang dapat aku simpulkan adalah:-
- Budaya – Semestinya kita lebih menghargai apa yang kita ada kalau kita berpeluang melihat kehidupan masyarakat dunia yang lain. Contohnya masa di Bali, aku rasa macam kesian sangat bile tengok ada makcik-makcik tua yang duduk tepi-tepi jalan minta sedekah..tak sampai hati pulak......tapi bila di Korea pulak, mejoriti masyarakatnya peramah dan suka membantu, susah kot nak tengok org mintak sedekah, tapi homeless ramai la.
- Persekitaran – Masih banyak yang kita perlu lakukan untuk menjadi lebih maju. Aku bagi conth Indonesia lagi, hmmmmm rasanya kalau dibandingkan Indonesia (sebab ni je Negara yg aku penah pergi) dan Singapura, persekitarannya berbeza kot? (ni pandangan aku yer, no offense) Bagi aku strayegi Blue Water diorang tu memang berhasil dan yang paling best negaranya bersih.. Tak payah beza jauh-jauh pon takpe, tengok negara sendiri pon dah tau bezanya.
- Pembelajaran – Ilmu di setiap tempat berbeza-beza, dan semuanya mempunyai sejarah yang tersendiri. Tengok saja sejarah ketamadunan Islam di Mekah, Madinah...perkembangannya sangat drastik dan syumul.
26. Lengkapkan ayat ini.
"Saya berangan......." dan ayat tersebut mestilah berkaitan dengan
travel.
Ha ni part yang paling best! (Biasa la part berangan –verangan ni memang semua orang suka!)
SAYA BERANGAN tak payah kerja tapi dapat duit banyak tiap-tiap bulan supaya saya boleh pergi travel keliling dunia, bila-bila masa yang saya suka.
Cane cukup tak ayat tu? Ok la kan. Fuh aku rasa ni entry paling
panjang pernah aku buat kot….harap-harap menepati kehendak soalan.
Oh ada soalan bonus rupanya!
Oh ada soalan bonus rupanya!
[ Soalan Bonus ]
Letak gambar stamp passport yang paling disukai dan ceritakan kenapa (maximum 3).
Ok, stamp passport yang paling aku suka adalah Saudi Arabia sebab ada tulisan arab! lepas tu ia ibarat sentimental value jugak la pada aku sebab itu merupakan stamp passport pertama aku ke obersi dan yang paling penting ia disertakan sekali dengan visa umrah aku hehehe.
WASSALAM.
26 ni bday mak 'kite' ye?
ReplyDeletesame la dgn anniversary ktorg.muehehe.
weh..bykkan solat hajat biar dpt scholarship, nnt leh tmbh lg satu destinasi nak gi jenjalan.
Isabelle:-
ReplyDeleteHaah 26 ni, wah same pulak kan,! Apa lagi, hadiah! Hadiah! Heheh
Tu la, insyaAllah kalau ada rezeki, ada la tu....bestnya kalo dapat. amin...
Wahhh...tahniah2. akhirnya siap jugak ko punye. ko minat cite korea ye...boleh jadik geng ni. k-pop? hahaha.
ReplyDeleteowh ya, aku lupa nk letak stamp passport aku punye. nnt mlm nnt la aku letak. hihi
aku pun suke melompat jugakkk! hahaha.
jom pi jordan. hihi.
john:-
ReplyDeleteHehehe hasil kegigihan malam tadi jugak ni.
Haah best tau citer kuria..layan dia semacam, terasa macam kite pulak pelakon dalam cite tu hahahaaa.
K-Pop best tau! leh joget2 walau sepatah haram tatau maknanya...yg aku tau saranghae je.
leta jangan tak letak, tu fatt baru tambah yang bonus tu..
ada geng lompat, nanti ket pakat lompat reramai!
Jordan? jom *huhuhsambil selak2 buku beng....
Janggel
ReplyDeletearghh...terkujat akak..giler gigih wat homework ...
cikgu Fatt, lantik janggel jadi pengawas laaa..pandai dia jawab soklan cikgu Fatt bagi, ada harapan jadi tokoh murid cemerlang nih...
PS: gambar pegang payung..amatla akak suka..gelihati..mcm marry poppy ke amende citer mat salleh tuh...
Kak Anash:-
ReplyDeleteHahah mestilah kene gigih, kalau tak nanti terlepas entry2 hangat dari Fatt tau! Kekekek *sambil sorok2 muka ngan tangan.
Tamau la jadi tokoh murid, nanti glamer saper yang susah? saya jugak....
Kekek tu memang niat nak buat cam Meri Popins tu la, kasi terbang guna payung itam hehehe.
Perghhh..mati2 aku ingat ko nk citer pasal mak ko hahhah..rupa2nye menjawab soklan fatt. Baguih2!! aku tgh busy nih, baru buat separuh jek..malam ni baru tempek..hahahah
ReplyDeleteBlueEwoke:-
ReplyDeleteHahah sebenarnya aku tatau nak tulih tajuk apa yg ada no 26, jadi aku tulih la tarikh besday mak aku hehehe.
Ye sila gigih tepek kat blog jugak yer. nanti ramai yang serang.
panjang lebar penuh isi ko buat janggel. syabass!!!
ReplyDeleteperghhhh sume buat panjang2 ni teruja aku nak buat malam ni!
ReplyDeletepape pun gambar diva ko sama hebat dgn gambar john! aku mesti kena letak diva kelas dewa utk lawan korang ni! hahahaha!
BTW, GAMBAR MAKCIK BEG TU SUMPAH LAWAK OK! CAM HARAM! HAHAHAHA!
MasZuber:-
ReplyDeleteHahaha aku ni agak suka melalut ke laut tu yang panjang tu. Isi nya mungkin tak ada. tu je hehehe.
Thanks.
Biqque:-
ReplyDeleteHahaha nama pon karangan kan (Bak kata Kemang). Kenalah panjang-panjang dan bergetah. *Sambil kuis-kuis tanah tapak pelupusan sampah ni.
Ko kena pastikan kedivaan gambar ko lebih hebat lagi tau! Jangan kalah ngan John...kalah ngan aku takpe. Hahaha.
Kekek aku pon tatau la mana datang gamba makcik jual topi tu. tetibe muncul dalam mimpi hahahaha.
waahhh, untunglaa boleh selalu travel sana sini...cheq minat juga tapi belum brkesempatan explore malaysia sehabis mungkin punn...hehe, insyaALLAH one day keliling dunia truih
ReplyDeletejanggel,
ReplyDeletemakasih jwb soalan SPM kertas Julai ni...hahaha...wlpun memasing sume mood swing & sibuk, tp aku rasa terharu bila sume bleh spend masa...syg korang! TQ
nti aku dtg balik ut review :D
SUMPAHHHH AKU CAM NK COPY ENTRY NIH PATU NK KOMEN JAWAPAN KO SATU2!! HAHAHAHHAH
ReplyDeleterasa tiap baris ayat ko tuh ade aje aku nk komen hahaha lawak betol lah. tp yg pasti skang aku mmg kompom la yg ko nih mmg muka retis korea yg pemalu sungguh lah!!!
hahahahhahahahha
farz zull:-
ReplyDeleteAda rezeki dan sedikit masa aku pon teraila gunakan sebaik mungkin. InsyaAllah ko pon boleh...teruskan usahamu!!!
Fatt:-
ReplyDeleteEntah le tatau tetibe aku jadi semangat membuak2 hahahaha. Ok nanti jemput le dtg lagi hikhikhik.
Ely Hasrul:-
ReplyDeleteHampeh ko kan..gelak kan aku!!! *sambil jegil2 mata sepet ala retis kuria! Ahahahaha
Kalo ko mampoo buat cenggitu silakan ye Ely aku amat menghargainya hahahahahahaha....* sedia baldi untuk pekup muka.
aku kembali!!!! ok aku nak review skrg. 1, 2, mula...
ReplyDelete1. KO MINAP KPOP!!!! ok aku pitam @__@ ko mmg unsangkereble. aku tak penah lagi dgr org lelaki suka KPOP...tapi, arghh!!! ok takpe, msia negara bebas...sila teruskan =__="
3. cuti ko ada 68hari lagi??? sekali lagi aku pitam sbb dah nak masuk 2012. mmg ko workaholic..klu ko keje gomen (eh?) tak silap aku nti bila pencen bleh tukar jadi duit, yeke? klu boleh bagus la..pakcik kayo!!
5. part ni aku moskel. ko dgn ehem...si "kaki jalan" tu sbnrnya cewek ko ek? lain mc je ni...selalu cam usik-mengusik jek..baik ngaku cpt!!
7. bkt tabur ni mcabar sbb dah dogol kan? byk org jatuh tergolek pasal tu
8. peh...byk tu siot..thn ni paling dasat smpai 5x...ko balik hari ke ape? aku pegi baru 2x..tp spore okla cuma aku tak pasti klu ada tmpt yg isolated dan menenangkan kat sana...ceciter skek!
9. SETUJU!! like 100x :)
10. antara 4 tu aku dah smpai 2...mmg aku suggest ko pegi NZ & China..byk benda bleh tgk..dan scenery kat NZ mmg terbaik so far. org kata klu blum mampu gi Europe, pegila NZ..sbb sana lebih kurang mcm Swiss esp lakes & gunung ganang dia
11. aku pun ada kenangan manis kat P.Perhentian...but it was long ago..now everything has changed :(
epot bali kne naik shuttle bus? ko dr mana time tu? nasib baik tak deny boarding..klu tak sengih la eh
12. ka-ching! brp duit ko terbang kali tu? hehehe
13. HANTU LAKSA. mmg tidak syak lagi
14. org jawa bkn suka TEMPE ke? aku suka tempe...nyummay...tp aku bkn org jawa..kikiki..bak kata khir toyo...utk awet muda :P
15. kalau ada org bwk beg troli, pastikan kaulah org yg pertama. sengal! HAHAHA
16. SENGAL!!! aku hmpir tertipu mula2...haha..eh, nti gi india ko bwk 55L dah ok..bleh naik cabin klu tak over 7kg
17. takleh blah...nk rekod kisah hidup...ada lagi ke org buat pesen tu? hehehe
20. pitam kali ke-3! tang mana yg KPOP tu..habaq mai tgk...tang mata ka? tang jambui ka? tang hidung ka?
21. malu lah sgt...HAHAHA...gmbr pkai ketayap tu je yg ada ciri2 ostad pilihan..kontra abih dgn gmbr lompat2...iskkk >:))
23. haa..poskad Bali dah smpai?
26. okla tu, ringkas tp padat :D
soklan bonus - aku pun suka chop tu sbb unik :)
anyway thanks janggel sbb sudi luangkan masa jwb soalan berangkai dari aku...mmg pjg aku tau so aku appreciate sgt...lain kali kita buat pop kuiz lagi, hoyeh!! :D
Fatt!!!
ReplyDeleteAku kagum sebab komen ko panjang giler kali ni! sian ko sampai pitam 3 kali eh? hahahah apa boleh buat aku mmg dilahirkan begini hahaha. *mesti pitam lagi kan.
1. Yap aku mmg suka dengar lagu2 K-POP..sebab apa? sebab irama catchy dan ada yang menenangkan jiwa. Kekadang tu terbayang2 aku yang nyanyi lagu tu walauponnnn tak paham sepatah haram. Pernah aku pegi konsert KPOP (SUJU) aku tunggu depan stage dari pukul 5 petang sampai 8.30 malam gilir2 jaga pot dengan kengkawan tau! Jangan memain, gigih aku ni. Ramai la laki minat k-pop fatt..hehehe
3.Haah cuti aku ada 68 hari tahun ni tapi aku dah guna separuh tinggal lagi 32 hari je. Aku memang jarang cuti Fatt sebab banyak keje kat opis. Memang boleh tukar jadi duit kalao pencen gomen tapi kena simpan 150 hari je, setakat ni aku dah simpan 70 hari, ada lagi 80 hari untuk simpan sampai pencen...dan tahun ni aku decide taknak simpan cuti ke pencen sebab aku nak carryfoward untuk project mega aku tahun depan heheh ko faham kan?
5.Lalalala entah aku tatau..no komen...kabar angin memang banyak lately.
7. Bukit tabur ke bukit brogar yang ko maksudkan dah dogol tu Fatt? Kalau bukit Tabur maksud aku dia berbatu2 tu yang payah sikit nak manjat, lebih kurang macam ko nak buat wall climbing.
8.Entahle, Singapore ni special kot bagi aku sebab aku suka tengok kemajuan dia...dan terpikir bilalah Malaysia nak maju dan bersih macam tu...Memang takde la tempat yang isolated kat sana tapi kalao aku lepak tepi sungai dia je pon dah cukup buat aku tenang...
9. KAN!!!! tak perlu dijelaskan kenapa...memang itulah tempat yang satu.
10. Yup my next plan adalah dua tempat tu. InsyaAllah aku usahakan 2013. Aku dah ngidam bila tengok gambar2 cantik kat blog ko nan John dan lain2 .
11. Kan...aku pon dah lama dah...dengan kengkawan.skg ni semua kengkawan aku yg ada masa tu dah tak duduk Malaysia lagi...sedih...ko pulak? cer citer hahahah jeng3x.
Haah masa tu la kot, kat epot Ngurah rai tu la...dari pintu epot ke kapal terbang naik shuttle. Mungkin sebab kami dah lambat kot???
12.Tak silap aku harga tambang RM 350....naseb aku bawak kat plastik!!!! nanges tau.
13. Hahahah ko pon tau kan.Laksa adalah duniaku.
14. Haah org jawa mmg suka tempe, tapi aku jatuh no 5 atau 6 kot, tak berapa lah tempe, aku suka laksa lagi hehehe.
15. Hahaha kalau la aku bawak troli daki gunung, akan aku buat entry khas 3 hari 3 malam Fatt!!!
16. Hahahaha tu teaser je tu. Aku belum beli beg lagi sampai skg fatt, tengah pikir nak cari kat mana ada yg murah2, maklumla duit banyak nak kene simpan ni.
17.Hahahha ada , aku la tu hehehe. Klassik kan .
20. tang hati dan jiwa! wakakaka aku pasrah .:p
21. Hahaha tu bukan aku tu fatt, cam saka aku je kot yang lompat2 tu...aku memang pemalu hahahaha. yang ori gambar kopiah tu je.
23. Tetiap hari aku belek peti surat fatt, tak sampai lagi poskad tu.
26.Thanks. Tapi maksudnya tetap sama ngan bebudak lain kan? Perasan tak? Hahahah memng dasar kaki jalan!
Salan bonus; Bes kan!!
ok fatt aku suka jawab2 soklan cenggini. lain kali angan lupakan aku!
hahahahhahahahha aku nk komen cam fatt la tadik tp xtahan nk gelak hahahhahahhahahahhaa..
ReplyDeletebtw aku br blk bwk sami swim kt KLCC. kalu sempat mlm nih aku komen satu persatu ye (bukan nk buat karangan sendirik tp nk nyebok jawapan org hahahhahaha)
Ely Hasrul:
ReplyDeleteTak baik tau ngilai memalam buta ni..kang orang ingat lain pulak ! hahahha. Haish ni yang buat tak lena tido ni.
gambo payung best.... nak TIRU!!!! copyright ke tuh? TIDAK!!!!
ReplyDeletebab loncat tuh... nnt aku buat blog nih, ko baca bab loncat nih.. baca tau... ko ngantuk pun MESTI BACA tau! JANJIIII!!!! PLOMIS!!!
bab panjat bawak tolli tuh, aku ketawa terkencing2.... serious dok bayangkan naik mount kk ke, broga ke nyeret trolli pink! LAWAK!
jordan nak itut!!!
makcik beg kelass ok!!!!
chup! cuti banyak NYEEEEE... kompeni mana nih? aku nak APPLY!!!!
biqque, ko btak tergugat ke???? semua panjat2 tulis... ish! ngasah pensil lepas ni!
ps : yeay! ada geng kpop!!!! cnblue? ft island? my peberet tuh!
Lily Riani:-
ReplyDeleteHahaha payung tu copyright Mery Poppin tu...Kalau nak tiru silakan, hahahaha.
Ha ko nak buat entry pasal lompat2 eh??? tak sabau aku nak baca! Ye aku PLOMIS!
Jom gi Jordan! John pon ajak aku tu!
Aku keje gomen la lily...hhehe
Biqque tengah gigih asah pensil tu nak buat karangan!
KPOP juka ke? Yess! Aku suka 2PM!
ha, ko jgn tatau....aku klu melalut bleh smpai jadi karangan komen aku..haha
ReplyDelete1. ya Allah...yeke ramai lelaki suka kpop? asalkan ko tak pakai ctc lens kaler ijo sudah...klu tak aku x ngaku kawan...miahahaha~
3. oic, now i know...tp gomen bleh ke amik cuti sebulan semata2 nak holiday?
7. aku silap..confuse antara broga & tabur
10. jgn beli date jejauh sbb skrg pesen last minit sale..kumpul je duit..ada promo rembat
11. lebih kurang la tu..ada kwn aku yg dah tak dok msia lagi...ada yg putus kwn...mcm2 cerita. tp klu teringt kisah lama tu mmg sedih pun ada...so aku malas nk ingt. kan bagus klu kita bleh tau apa akan jadi in future, so bleh kita elak apa2 yg patut
15. HAHAHA....siyes aku rasa benda ni lawak :D
16. aku tak bg lg link blog kat ko. tp kan, klu ko nak tau, beg2 murah gitu byk jual kat vietnam...dlm usd10-12 ko bleh dpt...sbb kilang deuter, north face sume dr sana...byk yg jual kat blog sume amik dr sana..dorg markup kaw2 punya..tp nti aku tepek link 1 blog ni...klu ko rasa reasonble beli la..tp rege dia below market
23. aku pun tak smpai lagi. aku mmg tak brp yakin dgn posto indon ni...selalu tak smpai
26. sama...thn depan makin bykla ko berjalan..bagus :)
Fatt:-
ReplyDeleteHahah skg aku percaya.
1. Ye betol la Fatt, ada je laki minat KPOP..Aku takyah pakai cntct lens kaler2 dahh sebab mata aku mmg dah berkaler! hahaha *riak macam John gak.
3. Hmmm gomen tak boleh amek cuti lebih 14 hari sederet kalau tak kene cari org tanggung kerja. Kalau nak cuti sebulan pon tanpa gaji, adoi masakla kalau tanpa gaji...gile ke hape...tu la kesusahannya. sebab tu aku tak penah cuti lama2.
7. Tu la aku dah agak dah...yg gondol tu broga.
10. Kan...aku dah tau dah strategi AA.
11. Hmmm biasala hidup bagaikan putaran roda kan Fatt. Wah kalau dapat tau apa akan jadi masa depan, senang la kita nak plan...tak mencabar la hidup namanya....
16. Tu la , haritu aku ada bukak satu blog jual beg Deuter ni, murah2 tapi aku lupa nak bookmark blog tu, bile aku cari je dah tak jupe. Aku ingat nak beli online la, harga murah giler berbanding beli kat kedai...ntah le tatau nape. Ko rasa beli online tu selamat tak? Mana nak tau ori ke tak yer? aku tak penah shopping online ....kampung kan aku.
23. ye ke..hmmm aku rasa diorang ada masalah service la indo ni.
26. InsyaAllah...makin kurus la aku lepas ni kena ikat perut.
weh sori..baru komen..aku kije ptg arini, hihi..saje nak bagitau ;p
ReplyDelete1. ko minat kpop?????????!!!!!!!!!!!!!!!!!!! tak shuker ! tak shuker ! kahkah
pemalu eh? kalo aku tengok ari kite jumpe aritu, takde la malu sgt..gedik je lebih AHAHA.. ampun pak ampun !!
2. 68 hari? weh bg kat aku sikit leave ko tu...plis plis !
eh means, ko akde prob la kan nak buat keje gila kat india ni..hehee
5. skandel ;p
6. bagus la pi umrah..aku ni,blom smpai lagi ;(
7. ko ni mmg kaki bukit kan.. ko gi naik bukit sebab nak cari anak IKAN eh? HAHAHA.. ko kan bapak ikan ;p
8. wajib tendang ko masuk kerakyatan singapore nihh !!
9.aku setuju !! biarpon tak penah pegi lg..
11. ko !!! slalu mcm tu... hahaha
12. kesian, aku simpati...same kes dgn aku..tp lain nye, flight aku dah 2 hari berlepas time aku nk check in...ihhihihi
13. weh aman tu manje okeh , haha ;p ko suke laksa eh?aku pon suka..tp aku suka laksa penang..aku nak try buat tp x reti ler..
16.smart bokeh 1st pic tuh
21. gambor ko, ala2 bapak ikan nihhh !! haha..fatt tlg saport aku, betol dak?
26.ameen ;)
Kemang:-
ReplyDeleteAmboi ko kemang, kemain lagi ko kutuk aku yer...takpelah..aku pasrah.
1. Ye! Aku memang minat Kpop hahah. sukati la!!! Hahahhahah
2. sekarang dah tinggal separuh la kemang, sebab dah dekat hujung taun, 68 tu untuk taun ni je. InsyaAllah taun depan banyak la cuti aku + 30 hari lagi so bolehla kot nak berpoya2.
5. Takde maknanya.
6. InsyaAllah aku doakan ko leh sampai sana nanti.
7. Hahahaha giler! Ye la anak ikan bukit fresh2 wakaka! mampos kalao biqque dengan Ely dengar mesti diorang tukar hobi manjat bukit pulak, sambil bawak beg troli pink hahahaha.
8. Hahaha ramai gak kengkawan aku cakap cenggitu, tapi Malaysia still my heartie.
9. :)
11. Hahaha apa bleh buat, banyak benda nak pikir hehehe.
12. Kan sama kan, cuma ko punya lagi parah kot, dah telepas 2 hari baru pasan wakakaka.
13. Nak panggil ko aman leh tak muahahahaha!. Yang aku suka ni Laksa Penang la kemang oi. Memang heaven habis kalau dapat. Ko try la masak pastu bagi aku nilai.
thanks.. masa tu pakai kitlens je, tak mampo lagi beli lens lain.
21. Cis ko memang jahanam! gambar2 tu masa aku belum jadi bapak ikan tau!
26. Amin ! Thanks
errr ekceli aku xtkejut ko suka K-Pop. aku baca ko pi konsert AF pon dh tau sgt hahahhaa..
ReplyDeleteEly Hasrul:-
ReplyDeleteYe Ely aku memang suka nonton konsert huhuhuhu..... *pekup muka.
Aku semalam baru nk komen kat ko pasal ko minat K-pop, tapi memandangkan time tu aku tgk takde org nk komen, aku takut la nk ckp apa2, kang ko marah.. tapi apa2 pun sekarang aku nk gelak...sb jarang benor aku dengar laki minat K-pop, ko memang leh geng ngn John wewewetttt..
ReplyDeleteCuti ko memang byk gile..ko keje apa weh??? gomen? bak mai sikit kat aku, 5 hari pun jadi la...uhukss
BlueEwoke:-
ReplyDeleteCeh boleh simpan2 komen yer! Hampeh. Tabaik tau, aku mmg suka dengar lagu je tau bukan orang nye,....tapi wondergirl best apa hahahaha.
John minat kpop gak ke? hahaha ingat dia minat korean drama je wakakaka.
Aku keje gomen le, setaun dapat 30 hari cuti, kalau tak habes boleh kerifowed. so taun ni aku baru cuti 20 hari, so 68-20 tingga la 48 hari..asku nak keri fowad bawak taun depan campor lagi 30 hari so taun depan aku ada 78 hari cuti yeay!!!!!
CAM HARAM BANYAK CUTI!!! KASI AKU WEHHHHHHHHHHHH!!!
ReplyDeleteEncik, ada keje kosong tak ditempat encik? *kelip2 mata*
-dari wanita yang hanya dapat cuti 15hari-
err..nak bawak beg troli naik gunung kah?saye mahu jadik org yg follow anda yer..:D.
ReplyDeleteerrr..gambar sangat PEMALU..:P..tp kan...skali pandang bro nei macam TAF. lagi skali pandang macam jambu.. kali ke3 pandang.. err..hehe. ok.joking. =P
bukit tabur sangt best la.....sangat suka tabur dari broga! broga x best! hehehe.nnti lei wat trip gunung ganag. leh kasik bawak sis fatt.:D
Biqque!
ReplyDeleteKo kene terima aku seadanya! Cewahhhhhh! Best tak susunan ayat aku! Hahahaha aku memang kaya cuti! Tapi miskin duit huhuhu.
Cemmmmharemmmmmmm!
Langkah kaki:-
ReplyDeleteHahaha nak folo eh bawak troli? boleh, *fuh lega ada org tolong bawakkan troli tu.
Ehem ehem ehem sila teruskan ayat itu! Haish susah tau org pemalu ni, salu banyak dugaan heheh
Yup mmg bukit Tabur lagi best dari Brogar, nanti kite buat trip mendaki lagi ajak Fatt skali. Biqque dan Elly pon wajib dibawak! Kasik lari semua penunggu hutan dengar diorang ngilai! hahahaha
eh eh..follow bukan untuk tlg bawak troli beg..tp nak tgk je dari blakang..boleh?? hehehe.
ReplyDeleteerrr..nyesal plak kuar ayat cenggitu =_=' hahaha.
insyaAllah. stakt bukit tabur tu..bolei la fulus ni tlg utk naik kl.:D. wah. kalau semua begabung tu..mau jin tanah pon x mau keluar. opss..:D
"pegi main jauh-jauh"
ReplyDeleteeh jap, ni lirik band Mpop tu kan? aku tibai je lirik! hahaha...
jang *aku nak pgil ko jang jgk aku tak kire!...jang ooo jang...aku baru dpt datang balik...aku siyes rasa semput dah ni...aku baru nak start review blog dorg...ada 8 ko!! matilah...harap2 mlm ni takde lagi yg submit..aku tak sempat siot..
peh!! gomen mmg setahun dpt 30hari cuti ke? baru masuk kerja pun sama gak ke policy dia? ni yg aku nak apply gomen *tetiba*
td pas ko ckp komen ko byk aku terus jengah...aah mmg byk..tp ko tau post kat blog aku yg paling populer minggu ni ape? post yg kuiz ni dgn pengaruh kapal terbang..hahaha...tahape2 tajuk. sbnrnya both entries ni aku buat waktu nak lelap..masa tu mcm blur naik taip apa asik taip, dilit, taip, dilit..sekali jadila camtu. so pasni bleh la aku guna method taip entry masa ngantuk sbb ia nmpknya mcm mujarab utk menarik org menyinggah...mmg susah jd blogger..aku pun takut sbnrnya bila ramai sgt org baca blog aku...tp nak wat camne, aku takleh stop org, tu choice dorg. apapun aku rasa korang2 jgkla regulars yg rajin menghidupkan blog aku...mmg aku trharu sgt.
thn depan kan aku rasa nak buat trip utk kita sume la..kalau semua free then aku nak plan program cuti2 utk kita sume..pegi pulau pun jadi la..just nak hepi2 je..kalau sume suka, setuju dgn idea tu...aku akan usha pakej2 yg menarik. pulau apa korang pilih...no hal! :)
samalah...ku juga windu pada mekkah. Di situlah tempat yg paling indah dan mendamaikan.
ReplyDeletejeles tgk gamabr2 diva melompat...sebabnya aku tak pernah wat aksi melompat mcm tu......burukss!!!
sis fatt- tetiber nak menyampuk...mcm best je nak pollow..T_T. buat la time cuti sem..sob sob..x masal..=P
ReplyDeleteLangkah Kaki:-
ReplyDeleteHahaha boleh plak dia nak tengok je dari blakang! Haip, tak tegar la kalo camtu hahaha. Tu la saper suh kua ayat cenggitu, pepandai je hahaa.
kan....aku dah terbayang2 dah gaya ngilaian berirama biqque ngan ely tu hahaha, fatt pulak tukang masak...sebab aku dengo dia pandai maasak laksa penang....wajib kene bawak tu hahahaha
Fatt:
ReplyDeletehahaha elek arrr, aku memang suka main jejauh..
ko tau Mpop tu fatt???? hahahah siyes aky tak layan, tak setarap kot ngan kpop hahaha...
Hadoi ko tetibe nak panggil aku jang yer...motep??? ko penah dengar lagu Apo kono eh jang tu tak"? penyanyi dia mastura? tu Makcik aku tau! Hahahah *tetibe
Tu la, ko kene gigih mulai skg fatt, ramai dah serang karangan SPM ko tu. Siap ko!
Tu la, pos-pos yang santai dan kene ngan minat org memang banyak mendapat sambutan, lagi2 yang berinformasi. bagusla, sharing is kering katanya....
Aku pon memng tak suka la blog aku expose sangat, sebab malas nak layan macam2 kerenah manusia terutama kalau bebudak opis sendiri dapat tau..eiiii tamau la, tamau kisah hidup aku diorang tau...kalau yang rapat2 je tau takpe la.. Tapi nak buat cemana kan, blogger memang kene cenggitu... tu yg terpikir nak mengatunkan muka macam kemang tu...tapi aku bubuh gambar retis kan kan kan! hahaha
aku setuju sangat dengan cadangan ko tu! Eiii kalo betol la jadi..memang gempak giler la! Tak sabar pulak tunggu detik dan tika itu.
Leez M. Saaid:-
ReplyDeleteInsyaAllah, kite semua akan ada peluang untuk kembali ke sana. Amin..
Hehehe melompat tu hobi saya..tatau la mana datang hobi tu, rasa cam best plak hehehe.
Fatt:-
ReplyDeleteHaah gomen kalau gred macam aku memang cuti 30 hari, tapi skg ni intake baru semua dah kene cantas jadi 25 hari, lega aku tak tergolong dalam golongan tercantas. Haish ko nak apply gomen???? takyah la, nanti susah ko nak g travel, tengok cam aku ngan masmz, siksa tau nak amek cuti!
hai jang, ada orang nak tengok ko dari blakang nampakkkkkkkkkkkkkkkkk *batuk batuk*
ReplyDeleteKAHKAHKAHKAHKAH!
fatt, aku pun gilebabs teringin nak keje gomen siut! cuti banyak! dah la family aku banyak cikgu cikgi! tapi tu ar, kalo nak gi negara berkomunis ni tak leh katanya, kena mintak surat...leceh gile...
PANTAI? PULAU? AKU SUKAAAAAAAA! serius dah lama gile tak travel ke pantai :D aku tak penah gi tioman, redang, perhentian, ha hamik ko! (jerejak? haaaaa antu, antu, tatau hahaha!)
hahaha. x masal la kan nak ngangkut troli utk jadik tegar. die just mcm seronok je nak tgk org lain ngangkut beg troli naik gunun.. mesti macam budak2 gi sekolah bawak beg tarik tu..:D ..
ReplyDeleteBiqque:-
ReplyDeleteHahahah adoi susah ni , kene la jalan ngereng kannnn hahahaha *motep!
Ko nak keje gomen biqque? Haishhh tak yah la, cam tak seswai je... Nanti ko susah nak jenjalan cam skg hehehehe.
Hahah best kan kalau fatt jadi organise gath tu! Tetibe cam teruja! Jom pulau jerjak!
Langkah kaki:-
ReplyDeleteKannnnnn macam comel je kalo bawak beg tarik naik gunung! Hahahahaha
jap nak bayang...muka comel, beg comel, tarik beg pun comel, jalan ngiring, ada orang tengok dari blkg...
ReplyDeletehmmmmmmmmmmmmmmm...
Janggel,
ReplyDeleteblog nih dah sama-sama naik macam blog Fatt dan Blog yang lain...
ehhehe...
semangat korang memang tinggi...
tang Fatt nak wat rombongan ...mcm beshhh aje....suke..suke..tapi kalau cuti pun payah nak dapat..duka...duka...
Biqque:-
ReplyDeleteAgaknya ko bayangkan ketam eh? cam fatty crab dalam cite spanbob tu eh???? hmmmmmmmm.
Anash:-
ReplyDeleteAkak, blog saya ni tumpang popularity org heheheh..alhamdulillah banyak kenalan baru. Tapi risau gak sbab dah terexposed....hmmmmmm cane eh.
Kalau Fatt jadi buat, akak join la...mesti best lepak reramai tepi laut sambil buat unggun api (kalau dibenakan oleh pihak berkuasa tempatan)..pastu sensorang buat sesi ice breaking, pastu cite pengalaman memasing, pastu sembang2 , pastu main sukaneka, pastu ...ish banyak pulak pastunya...suh la org lain pikir pulak.. hehhee.
insyaAllah benda baik akan dapat balasan baik....
Item no 5 tu , mcm ku kenal je awek tu. Rajinnye ko taip panjang entry ko
ReplyDeleteXplorer
ReplyDeleteƗƗɐƗƗɐƗƗɐ "̮ kenalke wakaka. Ala saje suka suka taip panjang sebb sapot kengkawan.. Tatau cane leh panjang..syok melalut.
ko tambah gambar ek!!! KAHKAHKAHKAHKAH! TAK BLEH BLAH OK MUKA CUTE KOOOOOOOOOO!
ReplyDeleteehem..ehem..mau jadi anak ikan mak hayam kah?
Biqque:-
ReplyDeleteCam haremmmmm offer ko hahahahahahah! Haah aku tambah gambo...taknak kalah wakakaka
jordan best! jemput2 datang~
ReplyDeleteeh tetiba.. assalamualaikum tuan rumah.
Ainul Arina Madhiah:-
ReplyDeleteFulamak panjangnya nama nak menaip hahaha.
Waalaikum salam...... takleh jemput masuk lagi nak kena cek samada awak ni vampire ke tak muahahahah *pengaruh Vampire Diaries .
Dok kat Jordan ker? Leh tumpang ke kat sana?
siapa suruh taip full. yang first suda. haha.
ReplyDeletesy student medik kat sini. 5th year sekarang. ada baki lagi setahun setengah. nak tumpang apa? bas? boleh2.. haha.. kalau nk tumpang rumah, boleh je sy linkkan ke kawan2 kat sini.
aHahahaa aternye memang salu tulih nama full. :)
ReplyDeleteOOO student kat sana ke, patutle heeheh, insyaAllah next trip leh a buat onar kat bumi Jordan pulak. :)
Janggel...
ReplyDeletepenat aku cari mana nak komen...ko peminat laksa tegar ek? chek org utara ka?
aku seyes xsuka laksa..tp klu kuah mcm gmbr laksa ko tu, aku nak la...xpun, aku hirup kuah jer, xnak makan isi2 laksa die tu..haha..tp klu laksa johor or laksam...very feveret...laksa johor aku suka sbb spagetti...laksam aku suka sbb bulat2 kot...tp xtau nape aku xsuke laksa beras yg pnjg2 tu...
Travel&Food Lovers:-
ReplyDeleteAwatnya? Tak jupe tempat komen? hahahaha
Errrr hahah takleh geng ngan aku ngan fatt la sebab kami memang hardcore laksa Penang punya wakakaka. tetambah kalao pekena yang kuah dia macam dalam gambo tuh...fuh!!!!!!!
Laksa johor saya tak berapa gemor hehehe.Kalo laksam ok sebab dia still dibuat pakai ikan.
salam singgah~
ReplyDeletehappy birthday mak janggel. kebetulan pulak aku baca entri ni masa 26/11. nampak sgt last minit dah kene warning dgn fatt baru aku nak baca.
bab amik gambo dan gambo dan gambo lagi tu aku mmg setuju sesangat! kalau takde beli souvenir pun, aku rasa boleh je print gambo tempat yg kite pegi tu, buh dalam frame dan bagi kat org, betui tak?
GB:-
ReplyDeleteTerima kasih GB... :)
Kekeke ye betol!