Jogja, The Real Java (Part 1): Car Rental, Accommodation And The Journey
Assalammualaikum!!! Dah gigil-gigil sebenarnya nak cerita pasal ekspedisi ke Jogjakarta minggu lepas. Ekspedisi Jogja ni sepatutnya disertai juga oleh Chawana sekeluarga dan juga John (Kaki Berangan) , tapi memandangkan waktu ekspedisi adalah pada sempena cuti Deepavali (katanya 1 Malaysia ) makanya, si Cawan tak dapat nak bercoti dek kerna terpakse cover kerja masyarakat India kat opis dia, dan secara tak langsung Na dan Aqilah pon tak pergi la. Makanya terpaksalah aku dan John je yang terkinja-kinja kat Jogja berdua-duaan. Tapi walau apa pun terjadi, alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan penuh keseronokan! Kami bertolak ke Jogja pada 14 November. Pagi tu gigih dah aku bersiap awal, sebab aku plan untuk letak kereta di tempat letak kereta berbumbung di Putrajaya Sentral dan ke LCCT menaiki ERL . Untuk cara-cara ke LCCT menaiki ERL dan bas, boleh rujuk entry terdahulu di SINI . Ok untuk bayaran letak kereta di LCCT, jumlah maksimum sehari (flat r...