Kisah Al'FariS dan Lorong Belakang
Assalamualaikum. Dah hampir seminggu Al'FariS masuk hospital. Nazak... Sedih juga bila dah kehilangan kaki ni, mujur ada ADli Chairani  yang selalu je tolong aku masa susah. Thanks yer ADli Chairani . Jasamu akan sentiasa dikenang. Oklah, biarkan Al'FariS  buat seketika. Kali ni aku nak cerita sikit pasal aktiviti jalan-jalan aku di Kuala Lumpur  minggu lepas. Hujung minggu lalu, aku dan beberapa orang teman yang masing-masing duduk jauh dari satu sama lain telah bertemu di Central Market . Ala saje-saje nak berkumpul dan bertukar-tukar pendapat. Lagi pon bukan senang nak dapat peluang berkumpul ramai-ramai macam tu. Bila dah berkumpul memang macam-macam hal la yang terjadi. Sempat juga aku dan kawan-kawan meredah lorong-lorong belakang di sekitar Masjid Jamek , Brickfields  dan KLCC . Apa ke jadahnya aku pergi meredah lorong-lorong belakang itu semua? Hahaha itu kami pon tak tau! Bukan apa, sepanjang hidup kat KL  ni, tak berani kot nak pergi jalan sengsorang kat belakang-bela...
