2010-09-23

Mami Call: Kisah Raya di London.

Assalamualaikum...

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 

Petang semalam Puan Datin call aku dari Tanah Inggeris [huh saje la tu nak kasi aku jeles!!!]. Ish tak baik tau mami aku ni, katanya cuaca kat sana sejuk sangat sebab tu asyik lapar je. Hahaha aku pon dengan jahatnya menyatakan yang aku baru lepas makan ayam golek dan nasik beryani gam! [tipu..!!!!! padahal aku rendam megi je semalam] saja nak buat serangan balas terhadap mami.

Ops kenapa pulak mami aku ada di Tanah Inggeris ya? Ok let's start the story, minggu lepas, seminggu lepas raya Puan Datin dan Encik Dato' bersama aunty dan uncle serta cousin aku telah terbang ke UK untuk berpoya-poya berhari raya sambil mengunjungi sanak saudara di sana. Huh perancangan awal, aku yang sepatutnya pergi! Tapi memandangkan fulus yang tidak berapa nak ada dan bebanan kerja yang menggunung lepas-lepas raya ni akhirnya aku pasrah...untuk pergi pada next trip! HAHAHAHA [tetap nak pergi jugak!]

Sambung balik, bila aku bukak la FB [laman sosial yang menjadi kegilaan para-para manusia abad ini] fuh satu lagi serangan hendap terhadap page FB aku telah dilakukan oleh sepupu aku yang join trip tu!!! Ini tidak adil..berdozen-dozen gambar ditepekkan dalam FB tu. Huh!!~! OK FINE, ada lori ada bas, ada hari akan ku balas !!! tunggu plan aku seterusnya selepas ini pasti terbungkam mata mu wahai sepupuku hahahaha![gelak jahat]

Seronok tengok Puan Datin dan Encik Dato' serta sedara mara aku berhari raya di kota London, Glasgow, Cambridge, Manchaster dan lagi..dan lagi..dan lagi... takper la, aku tumpang gembira. Semoga semuanya selamat dan sihat sejahtera di sana. Hmmm lambatnya korang nak balik!!!!! Nak beraya jugak !!!


Oitt:- bosan dowh beraya kat Malaysia tanpa Ibu Bapa...[Raya kan sebulan..huwaaaaaaaaa]
Oiit 2:- Tak sabar nak buang masa hujung minggu ni...;P Hahahahah!

PEACE!
Ala jeles giler tengok diorang bergumbira di sana!!!!
Hmmm best nya kalo boleh naik sampan tu sambil nyanyi lagu "Dayung Sampan"
Teringin nak duduk lepak tepi sungai ni sambil mengenang naseb diri...;p

8 comments:

  1. manyak syiokkk! haha...ko sabor je la yer................ade lori ade bus.....

    ReplyDelete
  2. Hang Dhamin-

    Yer yer aku sabar jer ni....

    ReplyDelete
  3. oleh itu marilah menabung dengan perasaan gigih sekali...
    ajak KJ , dia pun nak ke London katanya....

    ReplyDelete
  4. Edy -

    yer mmg nak pg jugak....sementara ada peluang.

    ReplyDelete
  5. Anash -

    skg tengah menabung dengan gigih ni.. insyaAllah akan ajak satu batalion. ;p

    ReplyDelete
  6. heheh..tringin nk g sane..bile bbole pergi yer..hmmm

    ReplyDelete
  7. Anip: kumpul duit pastu leh pegi.Jom!

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS