2013-01-03

Pakcik Bercuti Lagi: Pra- Bokeh Part 1

Assalamualaikum...

Masuk hari ni dah seminggu mami and papi aku ke Tanah Inggeris.. Ada baki seminggu lagi diorang nak pulang. Tahap kejelesan aku pun dah makin berkurang sebab aku tepekkan ia dengan memori-memori percutian yang indah-indah. Walaupon dalam Malaysia je...(ayat-ayat puitis untuk mengubat hati yang lara).

Ada cerita aku nak cerita di enrty ini. Kisah percutian....percutian yang luarbiasa... tapi ini hanya entry pra percutian. Aku story yang basic-basic saja dulu.

Kisahnya bermula begini....

Ada seorang budak...yang tak berapa nak budak, pernah berkata kepada aku bahawasanya yang dia teringin nak pergi snorkling, teringin nak berpantai-pantai lagi selepas merasai kepantaian di Perhentian dulu. Dan aku juga pernah bercerita dengan budak itu tentang percutian aku ke sebuah pulau yang tidak sejauh Perhentian tapi tak sedekat Pulau Indah di Klang. Pada asalnya rancangan aku adalah untuk naik ke Ipoh bersama budak itu, pelan baik bersama Kaki Jalan (selepas ini dipanggil KJ) untuk ronda-rayau Ipoh memandangkan kemera baru KJ masih lagi suci. Tetapi plan itu serta merta berubah setelah cadangan percutian di pulau menjadi topik utama perbualan.

Secara tak sengaja, percutian di Ipoh telah bertukar menjadi percutian ke Pulau Pangkor! Ahahhhh! Apakah maksud kepada percutian ke Pulau Pangkor untuk kali kedua dalam masa dua minggu bagi aku??? Maksudnya sekali lagilah aku kena berpanas di tengah lautan dan mengenang saat-saat hp aku kehilangan pada percutian yang lepas di pulau yang sama.

Setelah beberapa siri perbincangan dilakukan, akhirnya kami bertiga sebulat suara....eh jap bertiga tu maksudnya aku, Kaki Jalan dan Amin Ungu (selepas ini dipanggil AU)....sebulat suara mahu bercuti di Pulau Pangkor! Ya, rumah kata pergi..Percutian kata mari!

Yang excited lebih dah tentu tentunya si AU, sebab dia tak pernah pegi Pangkor. Aku pon excited jugak tapi darjah kecerunannya cuma 55%, dan bagi KJ pulak aku tak tau la berapa. Sila tanya dia sendiri.

Akhirnya, masa yang ditunggu telah tiba. Aku dan AU bertolak dari KL ke Tapah (sebab aku nak balik tengok rumah mami dan papi yang telah ditinggalkan seminggu) sebaik saja lepas kerja. Rancangan kami adalah untuk bermalam di Tapah sebelum ke Ipoh untuk mengambil KJ pada keesokan paginya.

Perjalanan dari KL ke Tapah terasa lama pulak, mungkin sebab perasaan excited nak bercuti tu membuak-buak, so jalan-jalanan itu jeles sama kami. heheh. Kami tiba di Tapah agak lewat, lebih kurang jam 10 malam. Alhamdulillah, dapat juga menjengok rumah...

OK, nanti aku sambung lagi kisah percutian di Pulau Pangkor ni...seperti yang aku bagitau awal-awal tadi ini hanya entry pra-percutian. Jom layan gambar-gambar pra dulu!.

PEACE!~

Amin Ungu dan Kaki Jalan...siap sedia nak BERBOKEH!
(Watak utama ini cerita)
Sebelum apa-apa, let's isi perot dulu!

Aku pon mesti kasi tepek di sini.

Sebelum ke mana-mana pastikan tayar kereta anda diisi angin dulu ya. Kalau tak boleh KURUS tolak kereta itu.
Bandar Ipoh Lama, tetap menarik walaupon telah ditelan usia.
Deretan kedai yang menyambut ketibaan kami.

15 comments:

  1. aku amat suke ini entry...menerujakan..dan aku amat ensem! hahahaha........tp ko 55% jer? padan la mcm x happy ja aku tgk...hmmm....

    ReplyDelete
  2. Mumin -

    Betol ka hang Hensem??? musykil. Sila tekan butang like kalo suka.

    Sila tunggu entry berikutnya untuk tau darjah kecerunan di hari ke dua!

    ReplyDelete
  3. dihari ke dua dah tentulah 20 % jer...sbb gambar2 aku lagi hangat dari gambar ang! hahahaha

    ReplyDelete
  4. min, sejak bila ko jadi amin ungu ni?
    ooo.. inikah komplot korang yek.. xpe2.. aku kurang jeles! sbb gmbr2 masih blum membakar aku lagi..
    sila buat entry yg membakar yek!
    BTW.. blog aku dh ditutup. entry tu adalah yg terakhir.. aku akan maklumkan dlm masa sebulan ni mungkin 2 blog baru aku..

    p/s: best tgk korang jelajah dunio bertiga.. satu kenangan manis yg pasti korang xkan lupa dihari tua nnt.

    ReplyDelete
  5. Abu-

    Hahaha ni baru intro la Abu.. Sila tunggu yang akan datg..banyak nak tunjuk kat ko ni

    Terima kasih la sebb ko terharu.
    Eh nape ko tutup blog plak ni????

    ReplyDelete
  6. suka lepak dekat teluk nipah..haha

    ReplyDelete
  7. gi pulau pangkor..
    musti ada aktiviti nunggang beskal..kan???

    ReplyDelete
  8. Anash-

    huhuhuh tak sanggup den nak bobasikal kat pangkorrrr..boleh kuruih!

    ReplyDelete
  9. pergghh!! jeles aku tgk korg ni asyik berjalan2 jer... eh! nnt ko nak pegi ajak la aku sekali ye? ekekeeke

    ReplyDelete
  10. Nick -

    Boleh no problem..nanti next trip nak ajak ko la camni.. malas ajak AU dah, dia suka kutuk aku.

    ReplyDelete
  11. Dhamin -

    ko pon terasa ngan kutukan AU tu ker?

    ReplyDelete
  12. pas nie kalau korg g vacation jgn lupe tag aku..... x dpt pegi! tgk gambar pun jd la...

    ReplyDelete
  13. Dhamin

    Jangal la pasrah sangat...

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS