2011-10-10

Jalan-Jalan Bawa Diri : Singapore Part 1 (Tanpa Arah Tuju)

Assalamualaikum!!!

Dah nak masuk 2 minggu baru datang mood nak cerita. Biasa la, hidup tengah huru hara la ni, banyak sangat benda urgent (kononnya) nak kene settle. Alhamdulillah I manage to handle it. :p

Minggu lepas aku ditugaskan ke luar kawasan (lagi!!) tapi kali ni memang jauh, ke selatan tanah air. Jenuh aku pikir, nak pergi naik apa,nak tinggal kat mana dan sebagainya, walaupun semua tu boleh claim tapi apakan daya aku tidak mampu nak mendahulukan duit aku sendiri hahahaha. Pasrah jadi orang miskin yang penting happy.

Tapi memandangkan aku dan kehidupan kucar-kacir telah sebati. jadi semua tu bukan masalah besar. Seperti yang aku nyatakan di perenggan awal tadi, I manage to handle it! Yeah! Disebalik kerunsingan bertugas di luar kawasan, aku nampak sudut positif di situ. Ye, dapat jugak aku melarikan diri ke seberang tambak!

Aku bertolak dari Kuala Lumpur dengan menaiki kenderaan sendiri (si hitam manis) pada jam 12.30 malam. Ha gigih tak aku drive sensorang sampai ke JB? Aku bawak kereta tak laju pun, ikut had laju yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia (maklumla pekerja gomen). Perjalanan dari KL ke Johor Bahru mengambil masa selama empat jam dengan kadar Tol RM 39.10 (kalau tak silap aku la, sila check kat website PLUS Highway untuk kepastian). Aku tiba di Bandaraya JB pada jam 5.00 pagi, tak sangka aku boleh drive sorang-sorang dikala malam hari sampai ke JB!(Dalam kepala otak dah terbayang ngangkung, jangan pandang belakang dan sebagainya). Malaysia Boleh la kan. Keadaan di JB masa tu agak lengang, maklumla pagi minggu. Maka bermulalah episod sesat larat di JB. Kalau ke JB memang tak sah kalau tak sesat, aku pon tatau la kenapa hahaha. Plan aku adalah untuk terus ke Terminal Bas Bersepadu Larkin (Stesen Bas Larkin). Aku dah plan nak letak kereta di situ. Bayaran letak kereta pon murah je, RM 5 untuk sehari.

Lepas siap membersihkan diri apa yang patut dan menunaikan apa yang wajib aku pon berlegar-legar di sekitar kaunter tiket bas Larkin tu, kalau dulu aku ke Kranji dengan menaiki Bas Causeway dengan tambang RM 2.50 sehala, tapi kali ni aku nak try naik SBS pulak. Tambang SBS lagi murah iaitu RM 1.80 sehala dan kekerapan bas juga agak banyak. Masa berlegar-legar tu baru lah aku perasan yang rupanya aku belum lagi tukar duit kepada matawang SG! Mampos, dah la kedai banyak tak bukak lagi! Sia-sia je aku datang awal pagi kengkonon nak masuk tambak untuk capture sunrise di tepi Merlion. Hampa, silap aku jugak sebab tak plan betul-betul padahal hari sebelum tu aku dah lalu depan money changer dan saje aku cakap dalam hati nak tukar esok kat stesen bas Larkin. Huh amek kau! Padan muka.

Jenuh jugak aku berlegar-legar dari jam 6 pagi sampai la pukul 6.30 pagi akhirnya ada satu money changer dah bukak. Jadi aku pon dengan pantasnya terus pegi tukar duit. Lega, lepas tukar duit aku terus naik bas SBS tu. Alhamdulillah tak perlu menunggu lama (sebab bas banyak) bas pon bergerak ke Sebarang Tambak menujuk ke Kranji. Sebenarnya perkhidmatan bas SBS ni bermula dari jam 5.00 pagi lagi.

Kenapa aku pilih Kranji?

Sebab mudah untuk merancang perjalanan dari Kranji. Di Kranji ada stesen MRT (Mass Rapid Transit) dan paham-paham sajalah, public transport kat Singapore ni memang aku puji habis-habisan. Kiranya ko memang tak boleh sesat la. Cuba ko jalan sorang-sorang kat KL, agak-agak dari Pudu nak ke Damansara Utama ko tau tak nak naik apa?(teksi??? mati kering la ko bayar tambang!)

Ok, seperti biasa sebelum memasuki Tambak Johor, aku kena turun dari bas dan masuk ke kompleks Imigresen untuk pemeriksaan passport, kemudian kenalah cepat untuk keluar semula dan naik bas. Kali ni aku tak jumpa pulak bas SBS yang aku naik tadi tapi aku naik bas SBS lain, hahaha belasah je janji SBS. Orang yang beratur nak naik bas tu pun ramai, kebanyakannya datang ke SG untuk bekerja dan ada jugak yang nak mencuci mata (macam aku).

Bila dah melintas tambak dan sampai di Woodlands, bas berhenti lagi, kali ni untuk pemeriksaan Imigresen pihak Singapore pulak. Jadi kenalah turun bas semula dan isi borang imigresen, buak pemeriksaan passport dan turun ke bas semula. Agak penat jugak prosesnya ye? Sebenarnya seronok sebab kita akan rasa seperti dalam cerita Amazing Race hahahaha (sebab nak kejar bas yang kita naik).

Selesai pemeriksaan Imigresen di Woodlands, barulah perjalanan lancar ke Stesen MRT Kranji. Alhamdulillah, aku tiba di Stesen MRT Kranji pada jam 7.30 pagi. Aku terus ke kaunter jualan kad Ezee Link. Untuk makluman semua, EzeeLink card ni sama fungsinya macam Kad Touch 'N' Go yang kita gunakan untuk bayar tol, naik LRT dan bayar parking kat Malaysia, sama fungsinya di Singapore ni cuma kegunaannya lebih meluas! Kali terakhir aku beli kad ni dultu harganya SGD 10 tapi kali ni dah naik jadi SGD 12 ok! Tapi jumlah nilai kat dalamnya masih kekal SGD 7, cukuplah untuk ronda-ronda Singapore nail MRT hheheeh.

Selesai urusan membeli kad, aku pon meneruskan niat ke City Hall Station. Tambang dari Kranji Station ke City Hall Station dalah SGD 1.++ aku lupa nak catit :).Perjalanan dari Kranji ke City Hall mengambil masa 40 minit. Sempat la kalo nak tidor-tidor ayam, lagipon pepagi buta tak ramai orang lagi naik MRT.

Sebenarnya aku nak turun kat Raffles Place Station tapi entah macamana aku tersilap turun kat City Hall Station, takpe la jalan kaki pon best sebab dapat tengok bangunan-bangunan cantik kat Singapore ni. Rupanya masa ni Singapore tengah dalam penganjuran F1, jadi banyak jalan-jalan utama ditutup termasuklah jalan-jalan di sekitar Merlion's Park. Susah jugak la nak menyeberang jalan sebab banyak pagar didirikan. Pasrah je la tengok dari jauh.


Lepas berjalan dalam 10 minit barulah aku sampai ke Singapore River, lalu depan Bangunan Parlimen Singapore tau! Sempat jugak la tembak-tembak kat situ. Bangunan Parlimen ni terletak betul-betul di tepi Kalang River yakni kawasan yang paling aku suka. Kalau boleh nak melepak kat situ seharian pon takpe, rasa tenang je tengok sungai dan gelagat manusia.

Ok la nanti aku sambung lagi kisah membawa diri ni. Nak sambung study...;p


WASSALAM!

Buat muke!!!~
Singapore River....




20 comments:

  1. kecik hati bile bace part kalo sampai Jb mesti sesat tue...

    hahaha...hakikatnye memang betul...dgn construction yg x pernah siap nie orang Jb pon boleh sesat...huhu...

    ReplyDelete
  2. Crescent:

    "̮ ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ "̮ dah memang aku sesat, tak dapet den nak nolong. 5 kali pg 6 kali sesat, nak buat cane? Jupe signboard nak ke Terminal Larkin pun lagi 500 meter dari destinasi, manalah tak sesat.

    Cadangan penambahbaikan, harap² majlis perbanyakan la signboard kat JB tu, bukan apa semua org yg dtg JB dah expert jalan² nye. Macam aku ni, mengharapkan komen sen je. "̮ ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ "̮.

    Sorry le kalo terasa, me based on the true story. ;p

    Peace!

    ReplyDelete
  3. kenapa tak cakap nk gi singapore? nak ikutt

    ReplyDelete
  4. Mazura:-

    Hahah unplanned trip la..:)

    ReplyDelete
  5. janggel
    aik?
    sensorang lagik?
    haisey..nape tak ajak akak..
    kompom...akak tak leh pegi...
    hahahahahahahah

    ReplyDelete
  6. Anash:

    Akak , sensorang lerrrrr. Nak ajak akak macam tebiat tak sudah le namanya hahahhaah... Lama tak nampak? Berkabongkah?

    Menghitung hari eh? Wink wink! Nak FM ngan poskad omputeh tau!

    ReplyDelete
  7. janggel...
    iyola...akak ingat pesanan itu...
    tunggu aje..k?
    (doakan hati bos akak lembut bagi akak coti ...)
    tak berkabong...cuma tengah gigih mengabihkan boreh..eh...mengabihkan kojo selagi buleh...

    ReplyDelete
  8. cantik gmbr bro...guna wide lens ek? btw, ko pegi keje or saje2 bosan? hihihi

    ReplyDelete
  9. Anash:


    Fuh fuh amin..semoga bos akak itu menjadi selembot sutera untuk mengikinkan akak pergi bersoka ria!

    ;)

    ReplyDelete
  10. John:

    Aku pakai Fisheye tu bukan wide lwnse. Thanks :)

    Aku ada keje kat JB, tapi seblom tu bawak diri g SG tenangkan pikiran hehehe

    ReplyDelete
  11. hahaha...xpe xpe...mmg signboard x leh pakai...kene rajin tanye orang kedai makan...baru x sesat...len kali nak dtg jb bagitau awal2 nanti sy bagi peta tunjuk jalan...huhu...

    btw lupe nak cakp...pic cantik...i loike...

    ReplyDelete
  12. tuit. aku realize satu bende, tuko duit kt sana lagik murah okek. penah buat kt belah maidin sana. tp itu cam 2 thn lps skang xtau tp yg pasti tuka kt bangkok mmg sama rate kt sini. kalu rugi pon takat satu sen.

    ReplyDelete
  13. Cresent:-

    Tu la, nak kene rajin bertanya tak sesat jalan. Hhahaha mana nak bagitaunyer.

    Thanks.

    ReplyDelete
  14. Ely Hasrul:-

    Alaaa kes aku ni aku takde sesen pon duit sgpore tu yg payah tu. hehehe.

    ReplyDelete
  15. ala janggel ape susah kalu xdek duit.. ko bukak aje baju patu goyang2 sure ramai mummy nk kawan hahahhaa

    ReplyDelete
  16. Ely Hasrul

    Kalo aku buat beley dansing kat situ sure aku jd jutawan hahahahahaaa

    ReplyDelete
  17. eh mane komen gua ilang?




    lp ko dah sampai blom? gua dah pos 2 hari lepas . pakai pos laju

    ReplyDelete
  18. Kemang;

    Eh ko ada komeng ke seblom ni? Aku tak receive pon,

    LP tu tak sampai lg, aku rasa lambat sebb pakai alamat opis kot, dia round dulu 3-4 floor baru sampai floor aku. Hehhe anyway thanks weh. Nanti bg № akaun ko aku bayar duit LP tu.

    Skg ni pon aku tengah study perth jugak tapi pakai buku lain, aku tak ingat brand mana tapi very interesting! Macm2 ada rupanya kat sana!

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS