2011-10-18

Jalan-Jalan Bawa Diri: Singapore Part 2

Assalamualaikum!!!

Dah berminggu-minggu baru nak update! Haish memang kerajinan ni datang bermusim kan... tapi bab komen blog orang lain rajin pulak hahahaha.

Ok aku sambung balik bab merempat di Kota Singa bulan lepas. Sambungan dari SINI.

Bila dah sampai Stesen MRT City Hall, aku pon menapak la menuju ke arah Stesen MRT Raffles Place, sebab kat situlah stesen yang paling dekat untuk ke Merlion's Park. Sepanjang jalan tu memang ada pagar-pagar dah menghalang jalan sebab F1. Ei tak best betol, rosak pemandangan aku.

Aku menyelusuri sepanjang Singapore River, mengikut laluan River Cruise, tapi pagi lagi so semua kedai belum bukak. Barulah aku dapat rasa keadaan tenang kat kawasan ni, kalau tak sentiasa havoc dengan karenah pengunjung. Ramai jugak orang jogging terutamanya mat salleh. Rajin diorang kan jaga kesihatan.

Kalau menurut info yang aku dapat dulu, lebih kurang 60% penduduk di Singapore ni adalah warga asing (migran) sebab Kerajaan nak mencapai taraf kependudukan yang tinggi iaitu lebih kurang 6 juta penduduk mejelang 2012! Wow, sebab tu mana-mana pegi kita boleh lihat Mat Salleh, Bangladeshi, Indonesian, Fillipino dan sebagainya merata-rata di Singapore. Multi-racial katanya.

Ok bila dah dekat 30 minit aku berjalan tetibe nampak satu kedai ni, macam familiar je nama kedai tu, Restoran M. Nasir! Wah, ada restoren nama retis pulak kat sini eh, oh ya tak yer jugak sebab M. Nasir kan memang orang Singapore, ops silap Dato' M. Nasir. Sayang kedai tu tak bukak lagi, kalau tak boleh gak pegi breakfast kat situ.

Takpe misi diteruskan, hajat nak tengok Merlion di waktu pagi, so gigih la menapak sepanjang Singapore River sampai lah ke hujung jalan, sedepa je lagi nak sampai Merlion's Park. Oh no!!! Jalan tutup! Puas aku pusing sana-pusing sini, menapak tau,gigih...tak jumpa jugak jalan nak melintas. Adoi gimana ni??? Akhirnya aku give-up je. Aku pujuk hati aku, dah banyak kali aku ke situ jadi ada hikmahnya aku tidak ke situ, mungkin jugak sebab dia suruh aku datang lagi lain kali? Ohhhhh rasanya macam dah jadi rumah kedua pulak Kota Singa ni.

Aku pon duduk lepak kat tengah-tengah Raffles Place tu sambil makan sebuku roti dan minum sekotak susu. Fuh memang feeling-feling berada di tengah Bandaraya New York pulak (tengok dalam tv). Orang memang tak ramai tapi ada la sorang dua pelancong mat salleh yang sibuk amek gambar sana-sini.

Tiba-tiba ada la sorang mamat omputeh ni, datang tegur aku.

Mamat:    Selamat pagi, tumpang tanya macamana nak pegi Vivo City? Saya punya peta hilang dan tak ramai pulak orang kat sini untuk ditanya. (mampus mat saleh cakap melayu! Ko ada? hahah sebenarnya aku translate la !)

Aku: *tersedak roti. Oh selamat pagi, tuan nak ke Vivo City ye? (*gile skema ayat aku kan?) Tuan boleh naik MRT dari sini menuju ke Harbourfront Station. Saya pon nak ke sana jugak! *tetibe kan, tapi memang aku plan nak lepak Sentosa pon, berjemur tepi pantai sampai hangus.

Mamat: Oh yer ke, awak sorang ke? Memang tinggal di sini ke? (Aik tak nampak ke memang aku sensorang mengketedarah roti ngan susu) Risau gak aku kot-kot dia nak rompak aku ke. Tapi aku tau Singapore ni bandaraya yang selamat, so aku layan je.

Aku: Ye saya sorang, saya dari Kuala Lumpur, baru sampai pagi tadi. Nak ronda-ronda Singapore hari ni.
Mamat: Oh boleh la saya ikot awak? (Alamak mamat ni nak ikot aku pulak? Adoi ni yang malas ni, kang aku sesat dia ikot je pulak cane?)

Aku: Ok no problem. Saya boleh bawak awak ke Sentosa. (dalam hati jenuh pikir caner nak bawak dia ni pegi Vivo)

Aku dengan mamat tu pon gerak la naik MRT dari Raffles Place sampai ke Harbourfront Station. Aku tanya dia, dari mana. Rupanya dia dari Scottland, baru sampai malam tadi sorang. Pagi-pagi dah keluar nak pusing-pusing Singapore.

Ok la, tak pasal-pasal aku boleh jadi tour guide kat negara orang. Ceh aku sendiri pon terkontang-kanting. Aku pulak pikir nak cari excuse nak lari dari dia sebab aku tak banyak masa pon kat Sentosa tu. Akhirnya sampai la kami ke Pulau Sentosa, mamat ni kata dia nak masuk Universal Studio, dia ajak aku, fuh lega ada excuse...aku pon bagi tau dia yang aku tak cadang nak masuk, so dia boleh proceed dengan plan dia. Kami pon berpecah di situ. Aku terus naik monorel ke Palawan Beach, nak tengok laut.

Masa tu badan aku memang penat giler, maklumlah dari tengah malam drive pastu terus masuk Singapore. Aku tertidur kat tepi pantai tu bawah pokok kelapa. Naseb baik la takde buah kelapa yang jatuh. Waktu tu dah pukul 2.30 petang.

Hajat nak melepak tepi pantai kiranya dah kesampaian la. Aku pon siap-siap nak balik semula ke JB. Maklumla, tempat nak tidor malam ni tak cari lagi, esok pulak kerja dah start. So nak tak nak kena jugak balik JB dan cari tempat tidor. Memang singkat visit aku kat Singapore kali ni. Janji dengan Tan (Kawan baik aku yang memang kerja di Singapore) nak jumpa hari tu pon tak kesampaian sebab tetiba dia kena kerja shift siang. Takpe lah dah takda rezeki nak jumpa.

Aku naik MRT dari
Harbourfront sampailah ke Kranji semula sebelum balik ke Larkin. Penat nak mampos, tapi puas sebab sampai jugak hajat nak masuk Singapore lagi sekali.

OK itu je nak cerita.

WASSALAM!








18 comments:

  1. hahaahhaha! lepas ni pakcik blh jd tour guide part time..
    tp bila jln2 dkat singapore..rasa mcm jln kat KL je kan? buleh selambe kodok jek wlpun hakikatnye sesat. ekeke *pengalaman sendrik*

    ReplyDelete
  2. ko tau tgh aku baca tetiba ade mamat dtg bertanya siap nk ikut aku cam.. eh blog janggel ke fatt nih? kahkahkahkah..

    ko tau, aku penah bgambo bwh pokok kelapa kt langkawi alih2 buah kelapa tu jatuh betoi2 kt sblh.. haru tul!

    aku sukak ko nye gambo for sure ade muka ko.. bagus! mmg trademark gambo gitu hehe

    ReplyDelete
  3. area tu nmpk mcm best je...x mcm typical sgpore yg i bygkan.
    tapi kesian kan..kena camwhore sendiri sbb masMZ tak ikut.huhu

    p/s:
    bakpe blog header tu silhouette mcm hantu komkom je

    ReplyDelete
  4. Hanie:

    Haah betul, rasa macam jalan-jalan kat KL tapi lagi bersih kot? hahaha
    Memang boleh sesat kalau tak tengok peta.
    Tapi perasaan itu lain.

    ReplyDelete
  5. Ely Hasrul:-

    Hahaha tu la kau pon rasa aku ni macam terkena badi Fatt ker? tetibe plak ada org nak tanya2 jalan hahaha. Kalau kat SIngapore tu boleh la aku jadi guide tapi kat tempat lain rasanya akan sesat bersama-sama kot? muahahahhhaa

    Tu la aku tatau le namap aku suka amek gambo cenggitu, maybe sensorang kot. Nak buat trademark la macam ko kata, selain melompat hehehe.

    ReplyDelete
  6. Isabelle:-

    Haah memang cam best pon. heheh . Nak buat cemana , solo traveler katanyer... hahahahaaa

    ReplyDelete
  7. janggel


    nanti ko buat gambo camni time kite gi india neh... hihihi

    weh sume ko pakai fish eye lens ni..

    ReplyDelete
  8. Janggel
    Badi fatt kuat nau...akak pun baca blog tertiba mcm blog fatt plak...
    dan akak pun leh tetiba nak jenjalan solo mcm fatt plak...
    alo fatt...tetiba hang dah jadi icon ???

    ReplyDelete
  9. Anash:

    Akak tu la, tah caner lak leh terlekat badi Fatt nih! Hahahaha.

    Saya rasa kite kene calonkan Fatt sebagai penerima anugerah Icon Traveller Solo la kan? suju tak? hahaha

    ReplyDelete
  10. tapi dalam kategori wanita kacak? ok tak? heheheh

    jangan sentap eh fatt!

    ReplyDelete
  11. Bro, betol ckp kemang tu. nnt kat india amek gmbr kitaorg cmni tau..baru ler smart! hihihi....keep it up!

    *clap* *clap*

    ReplyDelete
  12. John:

    Hahahah InsyaAllah kalau lens tu dikurniakan ..kuikuikui.

    Stakat nak begambo macam tu boleh diusahakan , nanti sorang2 kene pose gaya pelik depan Taj Mahal okay! Ingat Pose PELIK!

    ReplyDelete
  13. Fatt,
    eh..nih blog Janggel..silap
    Janggel,
    ok akak nak vote gak...
    (nak tekan 'like' kat ne??)
    heheeh
    caya atau tak...akak masih di opis ...hahahahahaa..sengal...
    percaya atau tak...akak terus cuti walaupun belum approved...
    hahahahaa..dabel sengal...

    ReplyDelete
  14. Anash:

    Oh em giii akak!! Biar betikk lo masih di kantor????

    Flight esok ke? Pukol braper? Ehem bayangan fatt menghantui sangat kannn

    Patutla tak tunjuk muka!

    ReplyDelete
  15. Janggel ko jangan, time aku kt Melben tgh lepak2 sensorg tunggu papi abis keje ade satu kapel nih tourist tp australian la.. tnya aku cemana nk pg hadrok (skang dh tutup kot), aku pon dgn selambanye menunjukkan arah padahal baru 2-3 ari kt situ zzzzzzz

    tp betol la direction aku tuh sbb aku nmpak time aku pusing2 naik tren hahahahha

    ReplyDelete
  16. Ely Hasrul:-

    Wahhh hebat! Tapikan kalau tourist mestilah dia tanya tempat2 hotspot yg tourist salu pegi kan...tu yang kite feeling2 macam terer je kan hehehehe.

    ReplyDelete
  17. salam. nice writtings, sempoi tapi byk info... pic boleh cantik2...
    *terima kasih kerana jenguk blog Tepak Sireh....

    ReplyDelete
  18. Rush Murad:

    Terima kasih sebab sudi singgah blog ini. :)

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS