Posts

Showing posts from August, 2012

Teaser Japan 8: Summer Festival Shibuya (The Last Sunday In August)

Image
Assalammualaikum!!! [ Versi penuh EPISODE 1 di  SINI  ] Perfect timing katanya! Hari ini merupakan hari sambutan Festival Musim Panas di Tokyo yang diadakan setahun sekali je. Semua orang yang terlibat datang ke Tokyo untuk masuk pertandingan kebudayaan yang diadakan di Meiji Shrine! Totally awesome! Jom layan video sebagai pembuka selera kekeke. WASSALAM.

Teaser Jepun 7: Flying Over The Mountain (Fujiyama)

Image
Assalammualaikum! [ Versi penuh EPISODE 1 di SINI ] Hari ni genap 12 hari aku di tanah Jepun. Alhamdulillah semuanya ok. Banyak lagi hari untuk dikira. Aku telah berpindah dari Tsukuba ke Tokyo dan kini aku di Fukuoka dan bergerak ke Kitakyushu di Kyushu Island (pulau paling selatan di tanah Jepun ). Apa yang ada kat sini? Tunggu.... Alhamdulillah dapat jugak intai Gunung Fuji walaupun dari atas flight! Superb awesome! WASSALAM.

Amazing Japan (Part 1): From Kuala Lumpur To Tsukuba, Ibaraki (Meeting New People)

Image
Assalammualaikum! [Ketik sini untuk Teaser 1 , Teaser 2 , Teaser 3 , Teaser 4 dan Teaser 5 ] Ye banyak sungguh teaser yang telah dikeluarkan (bertabahlah sebab masih lama lagi aku di sini). Bukan apa, untuk minggu pertama ni tak sempat lagi nak menulis panjang lebar tentang perjalanan aku ke Negara Matahari Terbit ni. macamana kisah ini bermula? Nanti akan aku ceritakan satu persatu secara terperinci. Memandangkan sekarang ni masih dalam mood Hari Raya Aidil Fitri, tercatat jugak sejarah pertama dalam hidup aku ber Hari Ray a di perantauan. Ok tu nanti akan aku ceritakan jugak pengalaman berpuasa dan berhari raya di perantauan. Mungkin tak sehebat dan tak sebest mana pon kisah aku ni, tapi cukuplah sekadar menjadi memori terindah dalam hidup... janji ada!. Aku dijadualkan untuk berlepas ke Jepun pada 11 Ogos 2012, untuk menimba ilmu katanya. Takde la lama mana ke Jepun tu, cuma beberapa minggu sahaja, tapi ia merupakan tempoh berada di luar negara paling lama bagi aku...

Teaser Japan 6: Hari Raya 2012 (Happy Eid Al-Mubarak Guys!)

Image
Assalammualaikum! Happy Eid Mubarak! Selamat Hari Raya Aidil Fitri!  Aku sambut hari raya kat mana? Ha ni akak-akak ni vogue-vogue pakai baju raya ni diorang nak pergi mana pulak ni? Haaaaa tungguuuuu! Pssttt: Jeles tengok team boria Turquoise kat Kampung punya Hari Raya Family Potret!!! Yang pasti gambar aku takde dalam tu! Kbai! WASSALAM.

Mohon Maaf Zahir Dan Batin : Salam Lebaran

Image
Assalammualaikum! Semestinya dah ramai yang balik ke kampung halaman samada hari ini atau esok. Hati-hati memandu ya! Ingatlah orang yang tersayang! Dikesempatan ini aku ingin meminta maaf sekiranya terkasar tutur kata samada secara langsung atau tidak langsung, secara nyata atau maya atau secara tulisan atau perbuatan yang mungkin menyinggung mana-mana pihak. Mohon Maaf Zahir dan Batin. Bergembiralah di Hari Raya ini selagi termampu kerana bukan semua orang dapat merasai kegembiraan yang kita rasa! Semoga kalian semua masih kekal menyokong aku! Akhir kata: SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN! KENANG DAKU YANG JAUH DARI KAMPUNG HALAMAN NI. Pstt: Dedaunan mula bertukar warna...bermaksud, perubahan kepada fasa baru. Harap-harap kita juga mampu berubah ke fasa yang lebih baik. WASSALAM.

Teaser Japan 5: Drug Store

Image
Assalammualaikum! Kombanwa!  Maksudnya selamat malam. Wah korang, mesti tengah terkinja-kinja nak sambut  Hari Raya Aidil Fitri   kan? Takpe teruskanlah keterujaan korang tu... Aku kat sini boleh beli  DADAH  sesuka hati! Korang ada? Drug Store?   Apa aje yang ada kat dalam tu? Mungkinkah ketupat, rendang dan lemang dijual sama?  Episode  senaman di bulan  Remdan  berterusan. Ayuh teruskan mengayuh! Masuk hari ke 5,  line  talipon buat hal!  Over credit limit  katanya! Mampusla sebab  roaming  guna  data plan!  Terpaksa tabah membayar bil talipon demi keriangan berganda...sampai sekarang  DIGI  tak bukak-bukak lagi  line  talipon aku. Haish nak kene sergah ke? Kedai Dadah. Over pulak diorang ni shopping! Tadi memula ajak macam tak nak join! Dasar ! Psstt: Agaknya mesti jem giler kat highway-higway di Malaysia....kat sini lengang je! Jangan jeles! #nanges. Pstt...

Teaser Japan 4: Di Bawah Pohon Sakura

Image
Assalammualaikum! [ Berapa banyak teaser daaaaa... ] Dah hari ke 4 aku di Tsukuba , rasa macam nak balik Malaysia je pulak sebab tekanan mula terasa, dengan kelas yang menekan, presentation bagai . #Bertabahjela. Untuk hilang stress aku lalu lalang bawah pohon SAKURA yang tidak berbunga ni. Maklumla musim panas ( Summer dalam bahasa omputeh, atau Nahtsu dalam bahasa Jepang ). Nak ke mana gamaknya tu ye? Laju pulak Pak Agus kat depan tu?  Pohon-pohon sakura yang tidak berbunga.... hampa. Psstt: Dah ramai gamaknya yang start cuti raya. Wow mesti meriah kan! #Bertabahlah Psstt2: Agak-agak dah boleh join WakJan ( Azizan Zolkipli  ) bertouring naik beskal tak?  Cerita penuh....tunggu! WASSALAM.

Teaser Japan 3: Berspeda Di Bulan Remdan

Image
Assalammualaikum!!! Ke mana hari ni? Tsukuba City Centre, Ibaraki  (apa ada kat situ?). Kata Pak Agus (siapa Pak Agus? ) kalau naik speda (apakah speda? kalau spenda aku tau la hikhik) cuma 30 minit! Maka gigihla kami naik speda merentas sawah padi, kampung, hutan dan laman rumah orang sebelum tiba di Tsukuba City Centre.  Feeling-feeling macam kat Sekinchan! Oh My Malaysia. Tu Pak Agus dah laju kat depan sana...tinggal le kami di belakang. Kisahnya, perjalanan 30 minit jadi 1 jam! berbuka puasa sambil kayuh speda? Tak pernah dibuat seumur hidup. Kalau kat kampung jangan harap la nak gigih mengayuh speda tengah-tengah panas meredah bendang bagai sampai 1 jam bulan-bulan Remdan cenggini weh!!!! Tebiats namanya... Cerita penuh....tunggu! WASSALAM.

Teaser Japan 2: Day 1 - Tsukuba, Japan (Smooth And Easy)

Image
Assalammualaikum! Alhamdulillah, hari pertama di Tsukuba berjalan dengan lancarnya. Aku tiba di Narita International Airport pada jam 7.05 pagi waktu Jepang (pengaruh kengkawan Indonesia kat sini) yakni pukul 6.05 waktu Malaysia. Merasa la bersahur dalam kapal terobang sambil mengintai-ngintai di celah jendela untuk tengok kot-kot la fajar dah terbit. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Bilik memang superb kagum serba lengkap so tak perlu risau ketinggalan keretapi dengan dunia luar. Waktu berbuka adalah pada jam 6.30 petang waktu Jepang yakni 5.30 waktu Malaysia . Jangan jeles aku berbuka awal!!! Kekeke. Menu berbuka puasa hari pertama. :) Ok la, esok nak menempuh banyak benda lagi ni. Semoga bertemu lagi di update di hari lain kekeke (kalau rajin).  Hari ni sempat la jalan kaki pergi Mini Stop (kedai ala-ala 7Eleven tu yang jaraknya lebih kurang 30 minit berjalan kaki) Ok esok nekad naik basikal pergi round Kasumi, Matsukiyo dan Yamada . ...

Teaser Japan 1: Sayonara Guys!

Image
Assalammualaikum! Seminggu lagi nak menyambut Hari Raya Aidil Fitri , bermakna seminggu lagi kena puasa! Bertabahlah... hari raya tahun ni mungkin takkan sama dengan hari raya selama bertahun-tahun aku hidup sebelum ni. (aduh #dramanya !). Ok straight to the point, I will leaving to Japan in a few minutes. Please pray for me! Doakan aku selamat pergi dan selamat kembali! (T_T) Akan mengalami: 1. Berpuasa di perantauan ... 2. Berhari Raya di perantauan... 3. Berlama-lama di perantauan... 4. Etc... di perantauan.... Will update as soon as I get an internet connection!  Sayonara guys! Halooooo JAPAN!!! SAYA DATANG! Yiiiiiiiiiiihaaaaak~ (Goyang Inul) Pssttt: Peluang hanya datang sekali, dan aku menerimanya dengan hati terbuka. Semoga bila aku balik kelak, aku akan jadi lebih pandai. *SELAMAT BERPUASA... SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI... MAAF ZAHIR & BATIN.* WASSALAM

Iftar With #Travelholicawesome : Kediaman Keluarga Bahagia

Image
Assalammualaikum!!! Semalam ada majlis Iftar  bersama #travelholicawesome. Alhamdulillah hampir semua yang dijemput hadir, maklumla bukan senang nak terjah rumah baru  idaman Kakak Santek Keluarga Bahagia ye.  Tema majlis adalah potlak, jadi memandangkan memasing bekerja, maka potlak dari PARAM (Pasar Ramadhan) je la, best juga sebab masing-masing bawak makanan, bile kumpul-kumpul jadi banyak. Yang penting we had a very wonderful night semalam. Semoga kekuatan semangat Ramadhan mengukuhkan hubungan kekeluargaan di antara kami semua. Itu je yang aku nak update , hehehe Selamat Berpuasa semua! Special thanks to Keluarga Bahagia for the venue dan kesudian melayan kerenah kami sehingga ke waktu sahur...kekeke Terima kasih daun keladi, lain kali jemput lagi. Roti John, PARAM made. Ikan bakar special dari Chawana. (kukus grill panggang kukus grill panggang kukus) Ayam golek dari Dan Ariff The winner of all dishes, Kek Special dari Kak Ta...