Posts

Showing posts from October, 2013

Teaser Blackout: Good Morning! Autumn Is Just Around The Corner!

Image
Assalammualaikum!!! Selepas seharian bergigihan, akhirnya sampai jugak ke destinasi! Misi kali ni adalah mencari dedaunan berguguran! Yeay!  Alhamdulillah . Tunggu kepulangan kami di perantauan! Cewah. WASSALAM

This Is My Story : Makati and Metro Manila || Rizal's Park and Intramuros (Part 5)

Image
Assalammualaikum!  OK kena sambung cepat-cepat entry Manila ni... nanti ketinggalan keretapi pulak. Amacam Raya Haji? banyak ke korban lembu dan kambing? Tahun ni aku tak sempat lagi nak merasi waima sepotong daging kurban pon... takde rezeki. Pasrah. [ Sambungan dari Episode 4 ] Di hari ketiga, cadangan awal kami nak pergi ke Air Terjun Pagsanjan yang lokasinya lebih kurang sama jauh dengan Tagaytay, cuma ia perlu lebih banyak menaiki bot untuk menyeberangi tasik yang sangat luas. Tapi apakan daya, memandangkan cuaca yang tidak mengizinkan, pepagi buta dah start hujan lebat maka hari tu kami nekad untuk meneruskan perjalanan menuju ke Rizal Park dan kawasan sekitarnya sahaja.  Plan kami hari tu adalah untuk menaiki bas Hop On Hop Off (HO-HO). Jadi mengikut maklumat yang diperolehi daripada penjaga hostel, bas Hop On Hop Off akan start daripada stesen bas berhampiran dengan hostel. Jadi kami kena berjalan sikit ke stesen bas yang terletak lebih kurang 30...

Video Wednesday #2: Jom Naik Tuk-Tuk!

Image
Assalammualaikum!!! Video Wednesday kembali lagi! Biasalah sebab malas kan nak tulis entry panjang-panjang maka keluar la entry video pendek ni. Video-video yang aku post ni belum pernah disiarkan di dalam entry-entry terdahulu... kiranya macam bonus la kekeke. #pitam VIDEO: Masa ni tengah naik tuk-tuk dari dari stesen  Metro Qutub Minar  menuju ke  Qutub Minar.  Dalam tuk-tuk yang kecik tu siap boleh muat enam orang hai! Sabo je la, lepas tu memasing nak menipu. Biasanya diorang akan berhenti di kedai-kedai mahal supaya kalau kita beli barang kat situ, diorang akan dapat komisyen daripada pemilik kedai. Itu taktik biasa kat  India  (dan mungkin juga di kebanyakan tempat lain).  Tapi, naik tuk-tuk memang nostalgia!  :) Pssst: Rindu India. Untuk lagi kisah Incredible India, boleh baca di SINI . WASSALAM.

This Is My Story: Manila - Mall Of Asia (Part 4)

Image
Assalammualaikum!!! [ Sambungan daripada Epidsode 3 ] Masa perjalanan daripada Tagaytay ke Manila City , memang rasa jauh giler sebab terpaksa menempuh jem yang maha dahsyat. Ditambah pulak dengan hujan maha lebat... nak dijadikan cerita memang hari ni sajalah yang kami dapat menikmati kehangatan matahari, untuk episod-episod seterusnya ni, sepanjang masa adalah hujan, hujan dan hujan. So untuk sesiapa yang terasa nak try the adventures kat Filipina ni, jangan datang time musim hujan yer, memang tak best . Ok sambung balik, kami sampai di Coastal Mall, Manila dah pukul 7 malam. Memang masa tu hujan tak berhenti-henti lagi, dan kelam kabut la kami cari kenderaan untuk balik ke hostel. Maklumla kononnya dah penat sangat sehari suntuk menjelajah kan... tapi bila tanya pada orang-orang teksi, semua kata tak boleh nak ke Makati sebab jauh dan jem. Huh? Terjelepuk sekejap kat tepi kaki lima, abistu macamana kami nak balik? Tinjau punya tinjau akhirnya kami pun ambik keputu...

Video Wednesday #1: New Delhi... Ammma

Assalammualaikum!!! Selamat Hari Raya Aidil Adha! Mesti ramai yang bercoti lagi kan, aku dah naik kerja. Ok la, sebab hari ni hari Rabu, dan mood malas menaip pon ada (tamau la buat Wonderlust Wednesday sebab gambar-gambar aku tak cantek macam Abas Wanderlust tu) so aku tepek Video je yer. hehehe jangan mara haaaa. VIDEO: Perjalanan hari pertama sewaktu tiba di New Delhi. Kengkonon nak tido kat Airport tapi disebabkan sejuk yakmats dan tak berapa nak selesa..maka terus cari hotel murah (ala RM 24 semalam kot...bukan mahal nak bayar pon). Gigih la tengah-tengah malam tu naik teksi...dan masa ni jugak terkesima tengok bandar New Delhi buat pertama kalinya. Untuk kisah lanjut boleh rujuk di entry Incredible India .  Psstt: Pelakon utama Danny (Kaki Berangan). hehehe  WASSALAM.

This Is My Story: Taal Volcano, Tagaytay (Part 3)

Image
Assalammualaikum!!! Sejak akhir-akhir ni salu sangat sakit, demam la , batuk la... haish tanda-tanda penuaan la kot kan. Yang penting kesihatan kene jaga ye, kalau tak satu apa kerja pon tak boleh nak buat!. Ok jom sambung kisah di Manila. [ Sambungan daripada Episode 2 ] Bila dah settle  urusan tawar-menawar harga dan mencapai persetujuan, kami pon disuruhla tunggu kat tepi jeti. Tunggu sampan yang akan bawak kami sampai ke pulau Taal tu. Masa tu tengok langit dah gelap gulita dah, lepas tu dah start pulak hujan rintis-rintis. Habesla, cane nak bergambo sakan macam ni kalau dah hujan. Dalam hati tak putus-putus berdoa supaya hujan berhenti. Ni la ruper jeti sampan kami. Bila sampan yang nak bawak kami ke pulau Taal tu dah sampai, kami pon naik la. Selamba je diorang takde pon bagi life jacket ke apa ke untuk keselamatan. Haish, nasib baik la tak jadi apa-apa. Sepanjang perjalanan naik sampan tu hujan merenjis-renjis ke muka. Lepastu pemandu sampan tu siap b...