2013-10-11

This Is My Story: Taal Volcano, Tagaytay (Part 3)

Assalammualaikum!!!

Sejak akhir-akhir ni salu sangat sakit, demam la , batuk la... haish tanda-tanda penuaan la kot kan. Yang penting kesihatan kene jaga ye, kalau tak satu apa kerja pon tak boleh nak buat!. Ok jom sambung kisah di Manila.


Bila dah settle urusan tawar-menawar harga dan mencapai persetujuan, kami pon disuruhla tunggu kat tepi jeti. Tunggu sampan yang akan bawak kami sampai ke pulau Taal tu. Masa tu tengok langit dah gelap gulita dah, lepas tu dah start pulak hujan rintis-rintis. Habesla, cane nak bergambo sakan macam ni kalau dah hujan. Dalam hati tak putus-putus berdoa supaya hujan berhenti.

Ni la ruper jeti sampan kami.
Bila sampan yang nak bawak kami ke pulau Taal tu dah sampai, kami pon naik la. Selamba je diorang takde pon bagi life jacket ke apa ke untuk keselamatan. Haish, nasib baik la tak jadi apa-apa. Sepanjang perjalanan naik sampan tu hujan merenjis-renjis ke muka. Lepastu pemandu sampan tu siap bagi plastik kat kami untuk kaver badan supaya tak basah...hahaha memang gamble habis. Dari jauh nampak la beberapa pulau kat tasik tu... cantik la jugak.


Oct 11, 2013 | Boat ride by Janggeltrekker on Keek.com


Perjalanan menaiki sampan menuju ke pulau Taal mengambil masa lebih kurang 20 minit. Lama jugak tu. Akhirnya kami pun sampai la ke pinggir pulau. (Jap kalau tasik tu dipanggir pantai jugak ke eh?) Alhamdulillah jugak aku tak mengalami mabuk tasik. Kalau tak naya jugak dibuatnya.


Sampai je di 'pantai', kami tengok banyak sampan yang bersusun kat situ, setiap satu sampan ada sorang pengemudi di dalamnya. Kami turun dari sampan dan agak terpinga-pinga jugak la sebab tak tau nak menuju kemana, sampailah ada sorang mamat ni panggil kami. Lalu kami dibawa ke satu kawasan kampung. Kat situlah terdapatnya perusahaan kuda. Hahaha hambek ko perusahaan kuda pon boleh. Mana taknya, satu kampung kot semuanya kerja jadi tourguide bawak kuda pelancong! Memang ramai la penduduk kampung yang duduk melepak-lepak kat situ, siap ada anjing-anjing berkeliaran bagai. Kami pon di bawa menuju ke kuda masing-masing.


Memandangkan memang kami dah bayar harga naik kuda dalam pakej kami, maka pasrah je la naik kuda tu. Masa tu pulak ada yang menyua sarung tangan dan topeng muka! Macam-macam la alasan diorang supaya beli benda alah tu.! Awas, jangan beli sarung tangan dengan topeng muka tu sebab harga satu tu je dah PHP 100! Gile punya mahal. Lepas dah bergaduh-gaduh dengan orang tu maka kami pon meneruskan perjalanan. Tourguide aku seorang budak perempuan, katanya umur baru 19 tahun tapi dah kawen dan ada anak berumur 3 tahun. Eh cane aku boleh tau pulak kisah hidup dia ni? Sepanjang perjalanan tu kami bersembang-sembang la jugak. 


Tak habis-habis budak tu bercerita tentang kesusahan hidup dia. Mintak simpati la kekdahnya. Lepas tu last-last pesan kat aku nanti kasi TIPS banyak sikit kat dia ye... Hamboi ko, MOTIF nak mintak tips lagi kat aku? Dahla bayar harga pakej mahal!

Menurut budak tu lagi, diorang kerja bawak kuda ni atas kompeni. So gaji yang diorang dapat adalah PHP 50 sekali naik. Aku pun tanya la, hari ni dia dah berapa kali naik ke puncak tu? Dia jawab baru sekali yakni bawak aku. So makanya harini dia baru dapat PHP 50 je la. Ish kesian sungguh diorang ni. Padahal kompeni dia amik harga pakej bukan main mahal, tapi bayar kat pekerja bukan main sikit lagi. Terus bersyukur dapat hidup di MALAYSIA.



Pendakian nak sampai ke puncak tu agak lama jugak, lebih kurang sejam jugak rasanya. Tambahan pulak budak pompuan tu kata dia penat, so terpaksa la jalan slow. Aku pon pesan la kat dia, tak payah rushing sangat, kami pon tak de kejar apa-apa. So kami jalan la pelan-pelan je.Haish nasib baik la naik kuda, kalau jalan kaki tadi kompom aku rasa tak sampai ke puncak dah ni.  

ni la minah tourguide aku.
Pemandangan sepanjang pendakian agak menarik jugak la. Walau tak banyak tempat yang boleh diambil gambar.Ramai jugak orang mendaki hari tu, ada yang jalan kaki dan ada yang naik kuda. Aku rasa diorang ni sama je nasibnya macam kami, entah berapa la diorang bayar.

Jauhnya!!!
Ada jugak lalu kat kawasan stim gunung berapi.
Akhirnya sampai jugak kami ke puncak Taal! Phew.... dah sakit sakit bontot aku duduk atas kuda tu. Eh sebagai rekod ini adalah kali kedua aku naik kuda selepas di Bromo hari tu! Yeay! Di puncak Taal tu memang ramai orang, dan ada banyak gerai dibina di sepanjang tebing. Sampai atas tu ada pulak orang sua air botol dengan harga PHP 50... katanya kasihan kat tourguide, so bagilah minum! Cheh boleh pulak pau aku macam tu. Tapi memandangkan aku ni memang cepat kesian kat orang, so aku beli ajelah air botol tu. Aku siap pesan kat minah tourguide aku supaya ambik air botol tu dan minum! Mana la tau kot-kot penjual air tu tak bagi kat dia kan. 

Kami pon naik tangga menuju ke puncak. Phew, memang cantik la pemandangan kat Taal ni. Tapi aku rasa Ijen dan Bromo jauh lagi cantik dan unik berbanding Taal. Oklah, masing-masing ada kelebihan tersendiri. Kat atas tu, kami pon ambik gambo je la, apa lagi yang boleh dibuat kan! Walau tak banyak angle boleh ambik tapi cukup la orang kata sekadar dah sampai ke situ. Alhamdulillah... Gunung Berapi kedua teraktif di Filipina tau!


Nak dijadikan cerita, masa kami tengah jalan-jalan ukur kawasan kat atas tu, kami diberi salam oleh seorang brother ni, terus la jawab salam... eh ingatkan dia orang Malaysia rupanya dia sekeluarga orang Filipina, tapi kazen dia (akak) pernah belajar kat UIA selama 8 tahun! Ha siap pandai cakap Melayu lagi tu! Kagum pulak aku. Akak ni memang baik siap tanya kami dah pernah sampai ke Filipina sebelum ni? Aku pun cakap la kami baru sampai semalam, dan sampai sini pon naik bas je,... Terus terkejut akak tu...siap kecoh bagitau sedara mara dia yang kami datang naik bas. Dia cakap kami sangat berani, dia sendiri pon tak terfikir nak datang situ naik bas katanya sebab jauh. Hahaha biasalah kak, kalau dah miskin kene la naik bas (aku jawab dalam hati). Akak tu belnaja kami minum air kelapa kat atas tu, memula tu macam segan pulak, tapi memandangkan memang tengah dahaga, so rampas je la air kelapa tu ahhahaa. 

Katanya, gembira dapat jumpa orang Malaysia di Filipina. Kita serumpun! Ewah, ye memamng kita serumpun. Akak tu pulak kawin dengan Mat Saleh Australia dan kini menetap kat Australia dengan anak-anaknya. Dia balik Filipina sebab nak balik kampung jumpa sedara mara. Amboi kelas kau kak. Tapi akak tu memang muslimah... maklumlah belajar kat UIA. Syukur dapat jumpa orang baik-baik kat sini. Harap-harap dapatla jumpa akak ni dan famili dia lagi satu hari nanti.


Ok dah puas bergambar, kami pon meneruskan perjalanan untuk turun semula ke bawah. Tourgide kami dah sedia menunggu. So kami pon meneruskan perjalanan. Macam masa naik tadi, si minah ni tak habis-habis cerita kesusahan dia...adoi dik pasrah je la aku dengar. Last skali pesan suruh bagi tips banyak kat dia. Hadoi, kalau la aku ni kaya raya, boleh la aku belikan rumah kat ko, tapi masalahnya aku datang kat Taal ni pon naik bas tau. 


Dalam perjalanan, kami terserempak dengan beberapa orang mat salleh yang memaksa kami turun dari kuda. Katanya kesian kuda tu, menjadi mangsa keadaan la, apa la... haish...kalau ikutkan hati memang la kesian, tapi aku pun kesian jugak dengan diri aku yang tak larat nak mendaki ni kan. So pekakkan telinga je la, lagipun dah bayar. Hehehe. Ok abaikan. (jahatnya aku).

Sampai di kawasan perkampungan tadi, aku pun bagi la PHP 50 kat minah tu, dengan muka masam dia ambik duit tu. Hamboi-hamboi kooo bersyukurla aku nak bagi kan! Kalau aku tak bagi??? Demanding pulak dia. Kami pon berjalan menuju ke arah sampan-sampan tadi. Dari jauh budak sampan tu dah panggil kami. Bila dah naik sampan, pemandu sampan tu siap suruh bagi tips kat orang yang jaga sampan tu! OMAI apakah????? Jaga sampan je pun nak kene bagi tips???? Adoi terpaksa la bagi PHP 100 kat budak yang jaga sampan tu....risau kalau kami tak sampai ke tebing pulak nanti, Haish memang kaki mengepau sungguh orang-orang Filipina yang kami jumpa ni!!


Sampai di seberang, kami naik balik moto yang kami naik masa datang tadi. Kami pesan supaya kami diturunkan ke tempat untuk naik bas menuju ke Manila City. Alhamdulillah, sampai je ke tepi jalan utama, dah ada bas yang menunggu. Kami bayar harga tambang moto PHP 600, tu pun ada hati lagi diorang nak mintak tips!!! OMAI!!! Haish sudahhhhhhh jangan nak mengada-ngada mintak tips lagi. Kami terus naik bas... phew.


Oct 11, 2013 | by Janggeltrekker on Keek.com

Perjalanan menuju ke Manila City sangat lama sebab jem dan hujan. Kami sampai ke Coastal Mall lebih kurang jam 7.00 malam. Masa tu memang tengah hujan lebat. Tujuan asal nak balik terus ke Hostel. Tapi bila tanya teksi, semua tak tau nak menuju ke arah hostel kami. Sudah! Macamana nak balik ni??? Pusing-punya pusing kat Coastal Mall tu, akhirnya kami ambik keputusan untuk naik Jeepney menuju ke Mall Of Asia! ... 

Apakah Mall Of Asia??? Nanti aku sambung cerita.

Psttt: Tips-tips yang aku bagi tu aku niat sedekah ajelah kat diorang..kesian tengok kehidupan mereka.

WASSALAM.

27 comments:

  1. serius umurnya 19 tahun??macam tak caya je pula hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zila:

      Haah itulah yang dikaborkan pada saya hehe.

      Delete
  2. gila tabah korang..seumo hidup tak penah naik kuda, tak tau la smp ke tak kt tmpt cenggini, mcm tak cukup tabah je..hehe..tp part rampas air kelapa memang tak leh blah, terbyg kerakusan muka masing2 bila dah penat + haus tu kan..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yayan;

      Terpaksa la bertabah kalau nak travel ke tempat2 cenggini hahahhaa.

      Delete
  3. kalo aku yg naik kuda tu, lagi la omputih tu sumpah seranah aku sian kat kuda tuh..kehkehkeh #baru nak berangan naik kuda kat bromo...tp segan lah plak kalo jumpa omputih kena sound nanti...kehkehkeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala biasa la kengkonon animal rights kan padahal tempat diorang tu lagi macam2 . Sebok nak jaa tepikain rumah orang diorang tu hehhee. Naik je kuda, kalau tak kompom x gigih nak mendaki sampai ke puncak.

      Delete
  4. alah....nampak muda remaja....semoga keriangan bertambah ganda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. MKL;

      Alaha muda remaja ke? Heheheh as always kekeke. :)

      Delete
  5. la sakit ker.. kita pun baru nak elok jer nie.. musim hujan kot.. moga cepat sembuh la yer abg hemsem :P

    Asal seram giler jeti tu.. mcm dm cite hantu huhuuu.. kalau dia kasi plastik aku tiup buat belon.. boleh gnti life jacket :P

    org separuh bdn dlm air sebelah bot tu buat apa? 19 thn 3 anak?? lps tgk muka dia oh ok blh dpercayai :D

    nama pun binatang tungangan.. kesian mcm mne.. mmg keje dia hahaha.. ( tapi serius tgk gmbr bro dgn kuda tu.. sama je besar :P )

    ReplyDelete
    Replies
    1. TT;

      Haah demam pulak skg ni.
      Jetty tu takdela seseram mana, ok je. Yang ramai2 dalam air tu diorang tengah mancing ikan la bro... Tak tau la pulak kalau tetibe diorangancing dugong.

      Eh rasanya tulis anak dia 3 tahun, bukan anak 3?

      Ahahaha mmg kuda tu sebaya pon ngan aku. #carut!

      Delete
  6. Menakutkan la jeti tu...mcm rupa nak roboh je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syida;

      Jeti tu kira ok la jugak berbanding ada satu tempat tu lagi la takde rupa jeti langsung hehee.

      Delete
  7. asyik kena bagi tips ni je ni, kena bawak duit banyak lah kalau datang sini. kalau tak bagi, diorang buat apa jangel? manatau kot tak bagi naik sampan ke, satu hal pulak tak boleh balik nanti, hehe..

    ReplyDelete
  8. apa eh hari tu?

    driving tips??? Rasa nak lemp... *batuk2 #terpaksasopan je mamat tuhhh..... eeeeeee berapa banyak tips la nak kena bayor masa nih... geram betul!

    ReplyDelete
  9. Itu kuda ke keldai..kecik je saiz..takut tgk Janggel naik..

    ReplyDelete
  10. tak kisah la.. 3 tahun tau 3 anak.. boleh ejr heheheh :P

    ReplyDelete
  11. memancing dlm air? uih mau kembang satu badan nak tunggu ikan hahaha...

    ReplyDelete
  12. Orga:

    Haah mmg slalu kene bagi tips.. tapi kita boleh la demand2 sikit nak bayar tips berapa kat diorang.

    tatau pulak kalau tak bayar dapat apa.. sebab tak pernah try. Tapi penah skali tu masa hujan ada budak beca mintak tips. kami tak bagi dan terus blah.. hehehe.

    ReplyDelete
  13. JM:

    Itu adalh kuda... kuda ada pelbagai saiz yer. selalunya kuda2 asia mmg bersaiz kecik.

    ReplyDelete
  14. Biqque:

    Haaaa kan... terus kembang. kekeke.

    ReplyDelete
  15. MasMZ:

    Kannnn sesikit tips... sesikit tips. Rasa nak lepuk2 je muka depa.

    ReplyDelete
  16. apa apa pun kata bromo dan ijen cantik
    akak pasrah
    hehehe

    rasa cam letih nyer ke situ

    ps ps..pesal akak nampak badan janggel macam sasa je dlm gambo ramai2 tuh???

    pi gym kah?



    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Anash:

      Memang Bromo dan Ijen trtbaik.

      Memang letih pon

      Tu efek kemere je. SAYA KURUS!

      Delete
  17. Lemah semangat nak ke filipina lepas baca entri hang?

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS