2013-10-05

This Is My Story: Manila to Tagaytay - Journey To Taal Volcano (Part 2)

Assalammualaikum!!! Mabuhay!!!!

Hadoi, busy sungguh semenjak dua menjak ni... pasrah dan redha je lah. Ok jom sambung kisah kembara Manila 2013! Ayuh!

[ Sambungan dari Episode 1 ]

Setelah puas tido di hostel semalaman (sebab tu takde berjalan ke mana-mana sangat pon) pagi tu kami pun bersiap awal. Di Manila ni, sinangnya cepat, pukul 5 pagi dah nak terang dah. So hari tu, dalam pukul 7 pagi macam tu kami bangun dan bersiap. Lepas mandi dan bersiap terus naik ke lobi penthouse untuk breakfast. Macam biasa la, Maggi menjadi sajian utama diselang seli dengan serunding daging yang dibawa dari rumah. Sedap jugak makan Maggi dengan serunding daging ni! Firstime cuba kekeke. Pagi-pagi ni barulah nampak secara jelas keadaan kat luar, keadaan kota Makati dari atas penthouse. Memang pack dan kelihatan banyak dah kereta di atas jalan raya. Mungkin masing-masing sibuk nak pergi kerja kot?

Pemandangan di pagi hari dari bumbung hostel.
Makati City...agak pack .
Dari jauh nampak kawasan Fot Guadalupe yang agak maju berbanding Makati.
Lepas habis sarapan pagi, kami pun duduk sembang-sembang dengan petugas kaunter pagi tu. Siapa tah nama pompuan tu, English dia quite ok la dan dia sangat friendly...so kami tanya kaedah terbaik dan termurah untuk ke destinasi pertama kami di Filipina hari tu yakni Taal Volcano (kalau translate jadi Gunung Berapi Taal). Ha, sampai-sampai Filipina terus nak pi terjah gunung berapi kan! Ye, kat Malaysia takde gunung berapi, sebab tu terkinja-kinja nak pi tengok gunung berapi kat negara orang. Menurut kata minah Hostel tu, cara paling jimat adalah dengan menaiki bas ke Taal Volcano. Jadi dia pon tunjukkan la cara-cara nak ke stesen bas tu... nampak dalam peta yang dia bagi memang tak jumpa satu haram pon tulis station bas! Hahahah terpaksa berpandukan kepada peta MRT line yang dia tampal kat dinding hostel tu aje. Ok takpe, memandangkan kami ni jenis gigih dan tabah, so teruskan aja nekad nak pi carik jugak stesen bas tu ....

Antara travel tips yang disediakan di hostel.
Kami akan ke Taal Volcano, di Tagaytay City!
Nampak tak dalam peta ni stesen bas dekat tepi MRT Station je kan? 
Maka tepat jam 8.00 pagi, kami pon mula menapak dari hostel menuju ke stesen MRT yang terdekat dengan Our Awesome Hostel yakni Buendia MRT Station. Nak kata dekat tu takde la macam keluar-keluar pintu hostel terus jumpa tangga stesen MRT... kena menapak dalam 10-15 minit jugak la menelusuri (cewah ayat menelusuri tak menahan) jalan utama EDSA Highway. Memang jalan pepagi tu dah jem dah, nasib baik la jalan kaki. Dan nak dijadikan cerita, hujan pulak masa tu!!! OK memang wrong timing kami datang ke Manila ni, sekarang ni memang musim hujan! Nak tau sejauh mana hujan mempengaruhi kisah kami ni? Sila baca di episode akan datang (wah macam drama bersiri pulak kan).

Jalan kaki ke MRT Station mengambil masa lebih kurang 10 minit.
OK sambung balik kisah jalan kaki ke MRT Station (Buendia) tu. Ok jalan kaki dari hostel ke stesen MRT kena hati-hati sikit sebab lalu kat jalan raya utama, banyak kereta dan semua laju-laju pulak tu... so pepandai la jaga keselamatan diri yer. InsyaAllah selamat sebab ada jugak laluan pejalan kaki kat situ so ikut aje lah. Bila dah berjalan lebih kurang 10-15 minit akhirnya kami pon sampai la ke stesen MRT Buendia. Maaakkkkk ai ramainya manusia! Walaupun hari Sabtu tapi bertingkek-tingkek manusia kat stesen MRT tu, mungkin sebab hari tu hari cuti kot, so semua orang nak pergi berpoya-poya ke mana-mana. So perkara pertama yang kami buat adalah pergi beli tiket MRT dulu. Mujur ada tulis kat kaunter tu harga tiket.. so kami akan turun dari Buendia ke Taft Ave dengan harga tiket PHP 11 (Lebih kurang dalam RM0.80). Kat Manila ni, kat tempat public semua kena cek dan geledah beg yang korang bawak, so pepandailah bersedia bila sampai pintu masuk stesen MRT ke, Shopping Complex ke, tunjuk beg korang, bukak dan tunjuk apa yang ada kat dalam beg. Lepas tu baru korang boleh lepas masuk ke dalam.

Keadaan dalam stesen MRT... Masa ni tren baru je lepas so tak ramai yang tunggu tren...tapi lepas beberapa minit terus penuh!
Tiket MRT.
So kami pon tunggula MRT ke stesen Taft Ave. Sampai je tren, mak datokkkk ramainya manusia dalam tren tu, bersusun-susun dah haih. Nak tak nak redah je la sumbat sampai muat. Alhamdulillah berjaya jugak kami menyelit dalam tren. Untuk ke Taft Ave Station daripada Buendia Station perlu melalui 3 station yakni Ayala Station, EDSA Station dan akhirnya sampaila ke Taft Avenue. Sebenarnya station Taft Ave ni macam station pertukaran di antara MRT dan LRT la. Sebab tu ramai orang turun kat Taft Ave. 

Ok bila dah sampai kat stesen Taft Ave, berpusu-pusu la manusia keluar... Mak ai, terus panik sebab tak tau nak pegi mana kan... so kami pon keluar dari stasen dan menelusuri jalan raya kat luar stesesn tu. Kalau ikutkan peta, dekat je la kan stesen bas dari stesen MRT tu. (korang rujuk la kat peta dalam gambar tu). Hakikatnya bila dah jalan lebih kurang 10-15 minit tak jumpa la pulak stesen bas tu. Hadoiiii PANIK! Terus tanya kat orang-orang yang ada kat tepi-tepi jalan tu, huh kompom, diorang tak pandai cakap English pon.

Sebenarnya aku ingat orang Filipina ni semua hebat berbahasa Inggeris, hakikatnya tak pon, ada yang tak reti langsung pon ada. So berbalik kepada pertanyaan kepada orang-orang tepi jalan tu, ibarat berkata-kata antara itik dan ayam layaknya. Dia tunjuk-tunjuk kat sana, arah belakang, seberang jalan... ok memang kami tak paham. Last sekali aku pon masuk dalam salah sebuah hotel yang nampak macam mewah jugak la kat tepi stesen MRT tu, baru la dapat berkomunikasi dengan baik. Menurut kata pekerja hotel tu, nak ke stesen bas kene naik teksi atau Jeepney, sebab stesen bas tu agak jauh!

Perjalanan mencari stesen bas bermula!
Dengggggg! JAUH??? Tadi orang hostel tu kata dekat je? Cis tak boleh dipercayai langsung! Maka kami pon seberang jalan dan cuba cari tempat taxi atau Jeepney yang menuju ke stesen bas. Masa tu dah la lalu kawasan-kawasan hina...macam pasar-pasar pagi dengan keadaan kotor , siap ada hanjing-hanjing bagai kan...nasib baik ada sorang pakcik ni tunjuk tempat tunggu Jeepney.

NOTA: Jeepney ni merupakan salah satu kenderaan utama penduduk di Manila ni. Tambang pon murah dan sangat sesuai kepada sesiapa yang bajet.
Ok, inilah Jeepney! Unik dan murah kalau nak ke mana-mana di Manila.
Sempat lagi tu!

Layan video naik Jeepney! Yeay! 
Jalan memang sentiasa jem!
OK alhamdulillah, sampai jugak la kat tempat tunggu bas kat belakang satu bangunan betul-betul seberang jalan dari Stesen MRT Taft Ave tu. Punya la pusing-pusing rupanya kat tepi tu aje. Sabo je la. Kebetulan pulak masa kami sampai tu ada satu Jeepney yang dah nak penuh nak menuju ke Stesen Bas. Siap ada orang yang panggil-panggil: "Coastal Mall !!! Coastal Mall"

NOTA: Coastal Mall atau Coastal Terminal atau Provincial Transport Terminal merupakan stesen bas utama di Manila. So dari situ boleh naik bas menuju ke mana-mana destinasi di luar Manila.
Coastal Mall dari dalam Jeepney.
Maka kami pon naik la Jeepney tu, tawakal je nih,.... dalam kepala otak berfikir macam-macam, napelah tanak naik teksi je pergi sana kan. Tapi takpela, nampak semua yang dalam Jeepney tu macam orang baik dan peramah. Siap ada makcik-makcik lagi, so yakin je la. Aku pulak dapat duduk bahagian depan siap kaki terkeluar sebelah dari pintu! Omai risau sangat takut kaki tertinggal kene seret dengan bas...pasrah je la.

Sila naik bas nombor 18 yer kengkawan!
Dah nak sampai ke Coastal Terminal tu, masing-masing hulur duit kat pemandu Jeepney. Tambang pon murah je yakni PHP 10 (RM 0.70) macam tu walaupun kedudukan stesen bas Coastal Terminal tu agak jauh sebenarnya. Sabo je la... kalau jalan kaki kompom tak sampai!

Alhamdulillah sampai jugak kami ke Terminal. So berdasarkan research dalam internet (hahaha research la sangat kan). So berbalik kepada misi kami untuk ke Taal Volcano, kami kena naik bas no 18, menuju ke Nasugbu... maksudnya bas tersebut menuju ke Nagsugbu. Tagaytay (sebutannya adalah TAGAITAI) pulak (tempat di mana letaknya Taal Volcano) adalah terletak sebelum sampai ke Nasugbu (haish tatau korang paham ke idak). So maknanya, untuk ke Tagaytay, kena bagitau kat pemandu bas atau konduktor bas yang korang nak ke Tagaytay atau Taal Lake. Nanti bas tersebut akan berhenti di Tagaytay. Faham tak? Hahahaha lantakla.

Keadaan dalam terminal.
Ok dah jumpa bas no 18!
Nasugbu!
So kami pon naik la bas no 18 tu. Mula-mula bas tu macam tak penuh la, tapi lama kelamaan terus penuh. Siap ada yang berdiri-berdiri pulak tu, nasib baik la kami sampai cepat tadi, so dapat la tempat duduk. Alhamdulillah jugak, konduktor bas tu sangat baik, bila aku cakap nak pegi Tagaytay (macam biasa la memula tu semua nak bertagalog dengan kami sebab muka kan ala-ala Pinoy ops) terus dia tanya "Taal Lake?" Aku pon mengangguk la, pastu dia siap cakap "Beautiful place!" fuh nasib baik dia paham tempat tu ... kira macam terasa kami menuju ke destinasi yang betul la. Tambang bas menuju ke Tagaytay adalah PHP 74 seorang (lebih kurang RM 5.50 aje!). Perjalanan menuju ke Tagaytay pulak mengambil masa lebih kurang 2 jam. Makanya dalam bas tu tido je la, tapi kena tido-tido ayam la jugak takut terlajak sampai ke Nasugbu.

Keadaan dalam bas.
Tiket bas.
Keadaan jalanraya pulak masa tu memang la jem yakmats! Tak tau la bila masanya tak jem kat Manila ni. Sampai di pinggir Manila pon masih lagi jem...pemandangan kat luar pon tak berapa menarik sangat sebab nampak macam banyak rumah-rumah setinggan macam tu. So layan je pemandangan sambil bertafakur.

Bila dah nak sampai ke Tagaytay, kondakter bas kami bagitau kat kami. So bas pon berhenti di tepi jalan. Memang nampak gayanya memang kami dua orang je yang turun kat tepi jalan tu....scary la jugak takut salah tempat. Tapi mujur kondakter bas tu siap panggilkan pemandu tricycle (Motor roda tiga) dan dia siap bagitau yang kami nak ke Taal Lake. Alhamdulillah, bagus kondakter bas tu. Nasib baik tak mintak tips!

So bila dah nego harga dengan pemandu tricycle tu, kami setuju untuk ambik dia dengan harga PHP 600 (agak mahal sebenarnya tapi pasrah je la sebab diorang tu memang suka mengepau). Tambang tu adalah harga diorang hantar kami kat Taal Lake dan bawak balik kami semula ke tempat tunggu bas tu. Maka perjalanan menaiki public transport yang seterusnya pon bermula. Sempit gila moto tu dengan keadaan kami yang somel-somel belaka ni kan, terkinjut-kinjut moto tu meredah jalan raya.

Sempit gile dalam motor beca ni.
Inilah rupanya motor beca yang kami naik!





Motor kami melalui celah-celah bukit, laluan berbengkang bengkok naik bukit turun bukit...pemandangannya memang sangat cantik! Dari jauh dah boleh nampak Taal Lake... sempat juga la berhenti tepi jalan dan snap gambar.

Pemandangan Taal Lake dari kejauhan.
Kami akan ke kampung tu la... jauh lagi.
NOTA:  Taal Volcano is a complex volcano located on the island of Luzon in the Philippines.It is the second most active volcano in the Philippines with 33 historical eruptions. All of these eruptions are concentrated on Volcano Island, an island near the middle of Taal Lake. The lake partially fills Taal Caldera, which was formed by prehistoric eruptions between 140,000 to 5,380 BP.Viewed from Tagaytay Ridge, Taal Volcano and Lake presents one of the most picturesque and attractive views in the Philippines.[3] It is located about 50 km (31 mi) south of the capital of the country, the city of Manila. The volcano had several violent eruptions in the past causing loss of life in the island and the populated areas surrounding the lake, with the death toll estimated at around 5,000 to 6,000. Because of its proximity to populated areas and its eruptive history, the volcano was designated a Decade Volcano, worthy of close study to prevent future natural disasters. All volcanoes of the Philippines are part of the Pacific Ring of Fire.- Sumber Google.
Ok faham tak, maksudnya Taal Volcano ni terletak di tengah-tengah Taal Lake dan ia merupakan Gunung Berapi yang kedua aktif di Philippines! Erk... tetibe baru sedar seriau hahaha sebab masa kat sana aku tak tau pon yang gunung berapi tu adalah gunung berapi yang sangat aktif huhuhuhu. Sabo jela.

Ok perjalanan menaiki tricycle menuju ke Taal Lake mengambil masa lebih kurang 30-40 minit! Agak lama jugak kan. Alhamdulillah akhirnya kami pon sampai ke satu resort ni (hampeh betol tau bebudak ni bawak kami pegi resort, kompom mahal punya harga tiket). Kami di bawa masuk ke dalam satu resort dan masuk ke opis resort tersebut.

Ok ni keadaan resort tempat kami diturunkan.
Acara menego harga!
Nampak tak berapa harga diorang letak tu??? Mahal giler!
Untuk ke menyeberangi Taal Lake, kena menaiki bot. Jadi nak naik bot tu kene la beli tiket. Makanya kami di bawa masuk opis dan kami ditawarkan pelbagai pakej ke Taal Volcano! Bayangkan memula tu bukanmain diorang letak harga sampai PHP 7,000 untuk naik bot dan naik kuda!!!!! Lepas nego-nego harga akhirnya kami setuju untuk ambik pakej PHP 4,100 untuk naik bot dan naik kuda menuju ke puncak Taal.... hampeh, sebenarnya memang agak mahal la lebih kurang RM 150 sorang.... tu pun siap kene bagi tips PHP 100 kat orang tu... hampeh tak diorang ni? Cissss. Disebabkan dah malas nak pegi cari mana-mana tempat sewa bot lagi maka pasrah je la.

Jeti ke Taal Volcano
Sampan ni la yang akan kami naik...huhuhu.
Teringat pulak sampan yang kami naik kat Lovina beach Bali dulu...tapi yang ni much better!
OK jom rehat dulu... sambung nanti.
Ok nanti aku sambung lagi kisah seterusnya di Taal Volcano. Penat dah menaip...

Bersambung....

WASSALAM.



17 comments:

  1. gambar 2nd last i sukaa.... overall you rasa Manila worth it dak gi 4-6 ari?

    ReplyDelete
  2. Lily:

    Thanks.
    I rasa untuk cover Manila saja cukup 3 hari,tapi kalau ada niat nak explore outside Manila, beter lebih dari 4 hari la.

    ReplyDelete
  3. Agak-agak kalau jalan sorang-sorang selamat tak kat sini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak NA :

      insyaAllah selamat, sama je keadaannya macam di Hanoi, Jogja, Surabaya...

      Delete
  4. Wit..Wit..Header yang bertukar...baru nampak freshhh

    Tak best kan jln musim hujan..langit mendung je..Bertabah lah heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM

      Yer header sempena raya haji katanya hahaaha

      Haah kalau musim hujan, kene lain plannya.

      Delete
  5. wow header baru yg sgt model uols!

    tah bila aku nk explore manila ni...arh nanti2 arh! hahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biqque:

      Model la sangat kannnn hahahhha.

      Tunggu biqque jr lahir dulu pastu ko pg la sana

      Delete
  6. Hi Janggel...

    Mesti naik kuda kan nak panjat ke atas tu..? he..he.. I was there very early in the morning.. penduduk tempatan pon x sempat nk gosok gigi... rasanya pukul 630 kot dah smpai sana...mmg smgt cantik matahari naik...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Farikica;:

      Tak payah naik kuda pon boleh... Kalau larat nak mendaki la! Hahahahhaa

      Wow awalnya sAmpai! Tido situ kah?

      Delete
  7. alhamdulillah dapat jugak aku baca cerita kat Manila ni.. ( lama tunggu )

    tak kan lah kaki terkeluar sket boleh putus kene seret hahaha.. tapi Jeepney tu mmg menarik sbb lain dri yg lain.. bape jauh ke Coastal Mall tu?

    Perjalanan ke Taal Lake tu RM 5.50 jer.. murah betul untuk 2 jam perjalanan.. :D bas pun cantik..

    Hebat jugak korang.. boleh tawar dari PHP 7000 to PHP 4100 jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. TT

      HAHAHA bertabahlah tunggu... Takde la lama sangat pon, ada org tu setahun baru nak apdet pon ada yer .

      Risaula putus kaki sebab bas lalu lalang rapat2 je ngan jeepney tu hahahaha. Kata #drama!

      Jarak coastal mall tu lebih kurang 10 km kot. Ntah tak ukur pulak jalan masa tu.

      Haah tambang bas tu mmg murah! Kami pon mcam x percaya.

      Hahahaha kene drama sikit kalau bab tawar menawar harga ni. ;)

      Delete
  8. Baca entry ni memang dah nak dekat sama kalau travel di africa.. hehehee..

    Bab tawar tu.. muka kene tebal la sket kan.. asal dpt tawar jadi lah :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. TT:

      Rasanya rata2 tempat dunia ketiga dan keempat semua sama je kot.

      Delete
  9. pehal la mahal?
    memang muka korang nih set set org kaya?
    dari tadi mcm asyik kena pau je???


    *mkn kuih pau panas-panas best gak nih? halahaiii.*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Anash;

      Apa boleh buat kak.... Muka retisss.

      Delete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS