Assalammualaikum!!!
Masa perjalanan daripada Tagaytay ke Manila City, memang rasa jauh giler sebab terpaksa menempuh jem yang maha dahsyat. Ditambah pulak dengan hujan maha lebat... nak dijadikan cerita memang hari ni sajalah yang kami dapat menikmati kehangatan matahari, untuk episod-episod seterusnya ni, sepanjang masa adalah hujan, hujan dan hujan. So untuk sesiapa yang terasa nak try the adventures kat Filipina ni, jangan datang time musim hujan yer, memang tak best.
Ok sambung balik, kami sampai di Coastal Mall, Manila dah pukul 7 malam. Memang masa tu hujan tak berhenti-henti lagi, dan kelam kabut la kami cari kenderaan untuk balik ke hostel. Maklumla kononnya dah penat sangat sehari suntuk menjelajah kan... tapi bila tanya pada orang-orang teksi, semua kata tak boleh nak ke Makati sebab jauh dan jem. Huh? Terjelepuk sekejap kat tepi kaki lima, abistu macamana kami nak balik? Tinjau punya tinjau akhirnya kami pun ambik keputusan untuk naik Jeepney menuju ke Mall Of Asia. Mungkin di mall tu nanti banyak teksi yang boleh bawak kami balik! Tambang Jeepney dari Coastal Mall ke Mall Of Asia adalah PHP 80 / orang.
Apa sebenarnya Mall Of Asia ni? Ia merupakan sebuah shopping complex yang terbesar di Manila (atau mungkin di Filipina). Kalau nak tau, memang besar gila shopping mall ni siap bersambung-sambung beberapa buah bangunan dan setiap bangunan ada temanya tersendiri. Jadi memang kami macam terkesima sekejap la masa berdiri depan pintu masuk mall tu. Lalu tempat parking je pon dah kagum, ni kan pulak bila dah masuk kan.
Ada globe besar kat roundabout depan Mall Of Asia! |
Seperti mana yang aku maklumkan di entry-entry terdahulu, nak masuk mana-mana tempat tumpuan masyarakat kat Manila ni semuanya kene diperiksa beg dan badan semua la. So bayangkan kat Mall Of Asia ni ada banyak bangunan yang di sambung-sambung, nak masuk satu bangunan ke bangunan yang lain kena keluar dulu dan masuk balik ikut pintu lain, jadi memang proses keselamatan tu berulang-ulang la. Orang pulak bukan main ramai nya lah, mungkin sebab hari minggu kot? Siap berlaga-laga bontot la jugak kalau berlegar-legar kat dalam mall tu.
Lokasi pertama yang kami pergi kat situ adalah toilet! Gile lah bukan main lama menahan dari Tagaytay sampai la ke Manila baru boleh jumpa toilet. Lepas dah buang hajat baru la berlegar-legar kat dalam mall tu. Kami cari ruangan hypermarket, fuh satu bangunan tu memang diperuntukkan untuk hypermarket je. So apa lagi beli la bekalan makanan mana yang patut. Dah selesai urusan di hypermarket aku teringat pernah baca kat blog Abang Meng pasal satu kedai menjual cenderamata. Nama kedai tu adalah KULTURA terletak di level Ground Floor di dalam salah satu bangunan Mall Of Asia. Ha nasihat aku, kepada sesiapa yang tak sempat nak shopping souvenir kat tempat-tempat lain bolehlah shopping souvenir di KULTURA ni sebab macam-macam ada! Dan harga barang-barang kat situ jugak adalah reasonable la kalau aku convert balik ikut harga kat Malaysia.
Cadangnya memang nak window-window shopping je, sebab nak ambik feel dulu sambil survey-survey harga. Tapi end up dengan shopping tak hingat dunia, macam dah tak jumpa lagi kedai lain kan... hahaha bukan apa, kononnya takut tak sempat nak pegi cari tempat lain untuk beli souvenir, sebab tu la kami shopping habis-habisan kat situ je. Malas nak pikir.
Salah satu keunikan kedai ni, memula tu bukanmain lagi aku ingat dia pasang radio lagu-lagu omputeh. Tapi bile sampai kat kaunter nak bayar, baru perasan rupanya lagu-lagu yang berkumandang dalam kedai tu adalah hasil nyanyian daripada pekerja-pekerja kedai tu sendiri! Wow kagum lagi. Sedap jugak suara diorang ni! Charice sangat!
Para pekerja sedang bergilir-gilir menyanyi.
Ada macam-macam barang cenderamata dijual kat kedai KULTURA ni. |
Salah satu keunikan kedai ni, memula tu bukanmain lagi aku ingat dia pasang radio lagu-lagu omputeh. Tapi bile sampai kat kaunter nak bayar, baru perasan rupanya lagu-lagu yang berkumandang dalam kedai tu adalah hasil nyanyian daripada pekerja-pekerja kedai tu sendiri! Wow kagum lagi. Sedap jugak suara diorang ni! Charice sangat!
Oh ya, dalam Mall Of Asia ni ada disediakan WiFi percuma yer, tapi hanya untuk sejam sahaja. So pepandai la buat apa yang patut dengan Wifi tu hehehe.
Legar punya legar dalam mall tu, tengok jam dah dekat pukul 10 malam. So kena gigih la cari pengangkutan nak balik ke hostel. Dengan tangan dah penuh berbundut-bundut barang yang dishopping lagi, kene beratur pulak tunggu teksi. Memang ramai giler orang tunggu teksi malam tu... masing-masing dah nak balik. Oh ya, kat tempat parking (parking lot) tu jugak ada post booth, so kalau ada yang berminat nak beli setem dan hantar poskad, boleh la berbuat demikian di boot post tu. Kami sempat la beli setem untuk di post kepada peminat di tanah air hehehe (cewah).
Inilah post office yang dimaksudkan. Comel je. |
Pak guard kat sini sangat berdedikasi. Siap ada first aid kit kat pinggang dia... ada budak jatuh dia tolong angkatkan, ada makcik bawak beg berat dia tolong angkatkan... calon menantu sangat! |
Sebenarnya lokasi Mall Of Asia dengan hostel kami tu takde la jauh mana, jalan pon lurus je... tapi disebabkan jem, maka menyumpah-nyumpah jugak la pakcik teksi tu sebab terpaksa lalu kat kawasan jem. Pasrah je la hahaha. Siap teksi pakcik ni rosak pulak kat tengah-tengah jalan! Omai, aku mula terpikir dah nak kene tolak teksi pulak kat tengah-tengah jem tu. Nasib baik last-last boleh jugak hidup enjin teksi tu. Lega...Satu lagi yang aku tengok pe'el orang Manila ni, pantang la kat lorong tu ada ruang sikit, mesti nak menyelit-nyelit. So jalan 3 lanes akan jadi sampai 6 lanes! Manala tak jem kan!
So kalau naik teksi dari Mall Of Asia ke Hostel kena bayar PHP150 . Takda la mahal sangat. Sampai je kat hostel, terus pengsan. Sambung esok pulak, kemana kami yer?
WASSALAM.
Selain Mall of Asia, banyak lagi shopping mall di Philippines. Tidak sangka diorang pun suka shopping. Saya pun beli banyak souvenirs dari Kultura kerana berdasarkan research, itu adalah hasil buatan dari Philippines sendiri.
ReplyDeleteDDT
ReplyDeleteYup, mmg banyak sangat shopping mall di Manila ni. Cuma tak larat nak pegi je. Mall of Asia one of the best la.
Yup Kultura mmg original buatan Philipines kan.
wahhh tu org beratur teksi ke?? pfffttt ramainyaaaa! tp cepat tak dpt teksinya?
ReplyDeletebtw, masih lg menunggu souvenir. kthanksbye. hahahah
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletecara aku baca pun boleh layan pengsan hahahaaa.. sesak dgn trafik jem lagi.. perghh.. but best la sebab semua tu pengalaman..
ReplyDeletetak de no telepon pak gurad yg baik hati tu ker.. hahaha :P
Henry Fox:
ReplyDeleteHaaa la..org beratur naik teksi.. dekat sejam gak la nunggu.
Nak sebenier mintak kat Masnona,... dia yang pegang semua.
TT:
ReplyDeleteHaaa baca pon boleh pengsan... layan.
No tepon pakgad tu sila google kat Mall Of Asia hahahah.
akak baca pun dah terasa tercungap
ReplyDeleteer
soklan sama
mana sourviner kami?
*hehehehe*
Kak Anash
DeleteBerhenti pi minum air ngan CEO Affin dulu.
Sebenier sila claim pada Okid Ungu.
hoit!!
ReplyDelete(bole je komen cenggitu?)
heheh
Kak Puan Seri
DeleteCepat la! Mana kad jemputan bertahtah berlian nyerrrrr?