Posts

Showing posts from March, 2015

Kembara Selatan Australia (Part 8) : The Brighton Beach dan Great Ocean Road!

Image
Assalammualaikum!!! Ok sambung balik kisah di Australia setelah lama terbantut. Sorry, many things to catch up dan sekarang ni tengah nak manage balik masa yang terkucar-kacir sebelum ni. By the way undian untuk Malaysia Social Media Week masih dibuka, dah undi blog saya? Eh. [ Sambungan dari Part 7 ] Ok kalau dari part 7 sebelum ni aku ada bagitahu yang kami bermalam di Brighto n, yup betul-betul di tempat letak kereta di Brighton Beach . Memang keadaan kat luar sejuk nak mati! Nasib baik dalam kereta tak rasa sejuk sangat dan ada heater. Pagi-pagi tu dalam jam 5, kami dah bangun dan solat subuh. Ya Ampunnn nak amik wuduk pun menggigil-gigil rasa macam pegang bongkah ais dan letak kat muka. Haaa camtu. lepas tu nampak la ada dua tiga orang mat salleh ni berjogging....ya ampunnn kulit depa tebal sangat ke tak macam kulit kita? Hahaha ok lantak diorang la nak berjogging ke apa ke kan. Pepagi buta pun pasaraya dah bukak. Kagum jugak la.  Lepas solat kami pergi k...

Nampaknya Saya Jadi Pelanggan Tetap Air Asia Lah!

Image
Assalammualaikum!!! Sekarang ni kan pantang nampak je emel sales dari AirAsia, mesti jengah website diorang. Maklumlah sejak-sejak berhijrah jauh ni dah jadi pelanggan tetap Air Asia katanya. Amacam Tony Fernandes (cewah dah macam kawan baik pulak paduhal dia tak kenal pun aku siapa) bangga tak? Haks! Sebenarnya dah berderet-deret dah tiket flight balik KL aku beli, demi nak memotivasikan diri katanya...lols, yup untuk kemajuan diri dan kerjaya kenalah selalu balik kampung ye tak.  Wahhhh tengok tu Janggel naik flight kite la!!! *Sexcited!* GAMBAR: Google Semoga banyak lagilah AA buat sales lepas ni. Eh sebenarnya aku nak tulis pasal apa tah? Oh saja nak bagitau, aku memang balik kampung tetiap minggu. Eh kbai lah. Pstt: Sementara tu sesiapa yang sudi mengundi Blog Janggeltrekker's Life kat Malaysia Social Media Week 2015 tu boleh lah berbuat demikian...masa makin suntuk hiks. Link di SINI . Supporters needed! WASSALAM.

Social Media Week 2015: Nominated For The Best Travel Blog 2015 ... Gulp!

Image
Assalammualaikum!!! Minggu Social Media kembali lagi tahun ini. Dan surprisingly i was nominated in Best Travel Blog category? OMG!!! Siapa yg nominate ni? Anyways alhamdulillah ada jugak la yang menghargai blog picisan aku ni. Sob sob. Malaysia Social Media Week 2015 Frankly speaking, aku tak rasa blog aku ni best. Maksud aku sebagai sebuah travel blog, blog aku ni ibarat Shahrul Ridzuan (siapa tu?) berbanding blog-blog setaraf Aaron Aziz tu. Hukhuk... See korang x kenal kan? HaHaHa!!! Banyak blog yang lebih hebat tercalon...segannye. Ok sebagai info Social Media Week ni merupakan inisiatif pihak-pihak tertentu untuk memartabatkan pengamal-pengamal social bukan sahaja para bloggers , termasuk juga Igers, twitters dan medium sosial yang lain. So akan ada beberapa aktiviti yang dianjurkan seperti seminar, ceramah dan forum yang berkaitan social media . Boleh rujuk website www.socialmediaweek.com.my untuk maklumat lanjut. So alang-alang dah tersena...

MAS Appreciation: PGL In Concert 2015!

Image
Assalammualaikum!!! Tengah-tengah lapar tadi tetibe henpon bebunyik (sebab emel masuk), lepas tu aku pun baca la emel tu....terus segar bijik mata. Emel dari Malaysia Airlines (MAS) rupanya. Tetibe jugak debor bertubi-tubi bila baca emel ni: Debor baca emel ni! Hiks Pssst 1: Tetibe rasa macam Gusti Putri Raden Adjeng Retno Dumilah datang menjemput ke Konsert Puteri Gunung Ledang .  Pssst 2: Tetibe rasa macam nak jerit-jerit sambil nyanyi lagu-lagu dari track PGLM. Eh Thanks Malaysia Airlines for the appreciation. So jom lah kite!  WASSALAM.

Kembara Selatan Australia (Part 7): Menjejak Mt. Buller, Melbourne

Image
Assalammualaikum!!! Ok, jom sambung kisah di bumi Australia ...banyak lagi ni. Semoga aku bertabahlah dapat menghabiskannya dengan cepat. InsyaAllah. [ Sambungan dari Part 6 ] Ok semalaman drive berganti-ganti dengan Abu, akhirnya kami hampir tiba di Bandaraya Melbourne. Sebenarnya ada misi khas sebab kami ke Melbourne , jadi kali ni takdalah menjelajah Melbourne secara total, kami hanya akan pergi ke beberapa tempat sahaja. Masa pun tak banyak, so kena cepat sikit la. Cari port nak masak... Sebelum sampai ke bandar, subuh-subuh tu (dalam jam 5.30 pagi) kami singgah solat dan  breakfast di tepi highway . Kalau nak tau, di sepanjang highway ada banyak rest area disediakan, paling asas pun akan ada tandas dan beberapa meja dan kerusi. So kami berhenti di salah satu rest area dan bukak dapur! Apa lagi, memandangkan makanan pun masih penuh satu kotak, kami pun start la memasak nasik goreng, telur mata kerbau, dan pancake! Ha jangan memain, tengah gigil-gigil s...