Lagi-lagi kisah makan. Tak habis-habis la kan. Tak kisah la, janji aku yang kenyang. Sabtu lepas, kazen aku yang dah 'lama' tak jumpa ni mengidam nak makan Siakap 3 Rasa (hah lagi???). Yup ni bukan ada kaitan dengan entry sebelum ini ya.
So memandangkan tak larat nak ke Klang untuk mencari seekor siakap, akhirnya kami hanya menangkap ikan siakap di Bangsar saja. Selain kazen aku tu, ada la aku ajak beberapa member yang lain. Ok plan berlangsung dengan baik.
Ok lah aku tak mau citer la pasal makan-makan ni kat entry nih, aku nak cerita peristiwa yang berlaku sejurus selepas aksi makan-makan tu. Lepas habis makan, aku, kazen aku dan member aku Kaki Jalan bercadang ke Dataran Merdeka. Kaki Jalan cakap ada screen LCD terbesar di Malaysia sempena World Cup! Wah patutla masa siang tu aku lalu area Dataran Merdeka nampak diorang pasang khemah besar la, sesak semacam je..rupa-rupanya ada perkara berlaku di situ!
Then plan pon berlajalan seperti yang dirancangkan. Sampai area Dataran Merdeka, kami dah mula panik. Alamak ramai betol manusia, kat mana nak parking kereta nih? Pusing punya pusing akhirnya kami park kereta kat belakang Bangunan KWSP kat Jalan Raja Laut tu. Agak jauh jugak la menapak, tapi sebab ramai jugak manusia yang sekali menapak dengan kami, so tak terasa sangat kejauhan itu.
Sampai je kat padang Dataran, aku tengok Germany dah score 1-0 seawal minit ke 10 kot? Hahahah secepat itu?? kami pon terus cari port nak melepaskan sorakan beramai-ramai. Fuh ini memang firstime aku buak keje cengginih. Tak pernah-pernah seumur hidop aku nengok bola kat Dataran Merdeka!
Tempat kami lepak tu pulak kiri-kanan-depan belakang semua sokong Argentina! Hahaha kirenya macam salah port la... Padan la setiap kali Germany score je, yang lain monyok, senyap, sentap dan menyumpah seranah pemain sendiri (Argentina). Dan kami pulak (aku dan kazen aku je..si Kaki Jalan sokong Argentina) bersorak bagai nak rak!!! Siap melompat-lompat lagi..Hahahahah!
Bile Germany dah score 2-0, aku tengok dah ramai yang pakai jersi Argentina bangun nak balik! wakaka pastu waktu dah score 3-0, makin ramai balik.. Kehkehkeh...seronok gak yer! Kira timing kami datang kat situ betol la, accept for Kaki Jalan yang menyesal bawak aku dengan kazen aku. Hahaha sorry la sebab terpaksa menyerah kalah yer Kaki Jalan! Wakakakaka!
Oklah, nak rehat jap.
Psst:- Lega Argentina kalah, kalau tak tertengokla aksi burung punai terbang mengelilingi stadium! Wekkkkkkkkk~
PEACE!