2008-05-03

Review Filem : : Iron Man???


Akhirnya setelah beberapa hari merancang dan asyik tak jadi, aku dapat jugak tengok filem terbaru yang di adaptasi dari comic MARVEL iaitu 'Iron Man'! huuhuhuh dengan sape aku pergi tak payah la ditanya... maleh nak jawab.(huhuhuhuh)...


Biasala..kalau dah booking tiket guna phone @ online kene la datang 45 minit awal (dah banyak kali dah aku terkene sebab lewat..tiket burn). So aku tiba di Midvelly tepat jam 805 minit malam.. Ada 50 minit lagi nak pukul 9. Show start pukul 9, jadi aku pun pegi la mengambil tiket tersebut di bahagian online reservation. Lepas dah amek tiket.. tengok jam masih awal.. so aku pun buat la rutin biasa kalau pergi Mid Velly..hehhee apa lagi, lepak kat tempat fav aku la MPH Bookstore! Tak lama la aku lepak kat situ sebab jam pun dah pukul 8.35, so aku pun naik semula ke panggung. First skali of course la pegi beli pop corn! Bile semua urusan beli membeli dah settle aku pun masuk la ke hall 3, lane L7, hehhe (siap bagi no kerusi lagi!).



Sinopsis:

Apa sebenarnya citer Iron Man ni??? Semua member aku kata best! Ish ni yang teruja aku nak tengok nih! Walaupun di awal babak aku kompius sikit, dengan lokasi, pelakon dan teknologi-teknologi yang terlampau canggih, akhirnya aku berjaya la menerima hakikat bahawa ini filem Hollywood, so what do u aspect!!!



Iron Man mengisahkan seorang billionaire merangkap playboy tahap cipan yang mempunyai sebuah perniagaan @ perusahaan senjata api dan sangat genius dalam teknologi berasaskan senjata dan komputer..cewahhh betul ke apa yang aku tulis ni..??? huhuhu nak dijadikan cerita, satu hari dia (nama dia Tony Stark) telah pergi ke sebuah negara bergolak, Afganistan untuk pelancaran senjata api terbaru keluaran syarikatnya. Pendek kata (panjang belum bangun tido lagi) senjata tu memang power giler lah! Ibarat bom atom yang melanda Hiroshima layaknya!. Nak dijadikan cerita, beliau telah diculik oleh satu kumpulan pelampau di sana yang dinamakan Three Man Rings (eh betol ke tak nama ni?? aku lupo plak).

Miss Pot dan kawan baik Tony (si Pilot)

\

Di sini lah bermulanya rancangan Tony Stark untuk membebaskan diri. Dia telah mendapat bantuan seorang lagi tahanan untuk membina baju zirah yang kebal dengan bahan letupan dan mempunyai kekuatan teknologi yang tinggi! Bayangkan, dalam sebuah gua yang tak cukup kemudahan tu, si Tony dan kawan baru dia tu dapat mencipta baju tersebut!!! Hebatnya,... (macam tak logik pun ada). Dari sinilah timbulnya pelbagai persepsi dalam diri Tony, beliau mula memikirkan tindak tanduknya sebelum ini yang menyumbang kepada kehancuran dunia.



Berbekalkan baju zirah tersebut, beliau berjaya melepaskan diri dari tahanan dan diselamatkan oleh teman baiknya yang merupakan seorang ketua pilot tentera udara Amerika (huhuhu kalauo rang femes, kengkawan dia pun mesti hebat2 kan???). Malangnya, kawan baru yang baru dikenali dalam tahanan tu dah mati kene tembak sewaktu nak melepaskan diri bersma-sama Tonny. Siannn dia.


Sebenarnya, masa dalam tahanan tu, Tony dipaksa untuk mencipta satu senjata sebijik macam yang telah dilancarkan sebelum itu.. Tapi dia refuse untuk berbuat demikian kerana taknak bersekongkol dengan orang jahat! hehehe.





Berbalik semula pada cerita dia setelah diselamatkan, dia telah mengambil keputusan untuk menghentikan operasi penjualan senjata di kilangnya.. Tindakannya mendapat bantahan daripada orang kuat syarikat yang juga merangkap kawan baik kepada mendiang ayahnya. Nak dijadikan cerita lagi, sebenarnya, kawan baik ayah Tony tu yang merancang penculikan Tony di Afganistan dengan alasan, dia dah bosan kerana asyik berada di belakang Tony sepanjang hayatnya! Keji betol rupanya pakcik si Tony ni....


Di kediamannya, Tony sibuk mencipta baju zirah yang baru, yang lebih berteknologi tinggi dan mampu terbang mengatasi jet pejuang Tentera Udara Amerika!!! HEBAT BUKAN?? (intonasi ala-ala Intan dalam kuiz teka-teki di TV3)


Tony mempunyai seorang pembantu peribadi yang cukup anggun dan jelita bernama Mss Pot, sebenarnya pompuan ni pon dah lama syok kat Tony tetapi memandangkan si Tony ni merupakan playboy tahap dewa seperti yang aku dah bagitau awal-awal tadi, Mss Pot ni pun memendam perasaan je lah. Mss pot yang banyak membantu perjalanan hidup Tony, sehinggalah pada suatu hari, dia dapat tahu yang pakcik si Tony yang merupakan dalang kepada penculikannya sebelum ini. Apa lagi Miss Pot pun takkan nak biarkan kekasih hatinya itu mati kan???


Lepas semua dah tau tentang kejahatan si pakcik tu, maka berlakulah adengan pergelutan di antara dua Iron Man, satu pakai baju zirah moden (Tony) satu lagi baju zirah pertama yang dicipta di dalam gua kat Afganistan tu (pakcik Tony). Ha masa perlawanan tu macam-macam aksi la korang akan tengok.. nak citer lebih-lebih malas pulak sebb pawagam tak bagi komisen pon kat aku! Jadi kalau nak tau kesudahan cerita tu pegi lah tengok sendiri filem Iron Men yang tengah ditanyang di pawagam-pawagam seluruh negara!...PEACE!



4 comments:

  1. ampun pak ampun..gue enggak sengaja tertidur dan tidak menemani kamoo melihat itoo ironman...ngapain tidak ketukkan saja pintu pagar nya? hehe

    ReplyDelete
  2. Deennasour:: Cis.motif tipikal!! Tak hibis-habis tido dia...

    ReplyDelete
  3. kawan-kawan ko nih asyik tetido jer asal nak kena pergi mana2..huhuhuhuhu...

    ReplyDelete
  4. beautifullife:: Tu la pasal...tak tau la apa ler malang nasibku...heheheheh (jangan mare yer dennasour).

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS