2011-09-29

Eksplorasi Stong: FINALE

Assalamualaikum!!!

Kembali ke Kota Lumpur...Sambungan dari SINI.

Selepas kejadian Kepala Air semalam, keadaan kembali tenang hari ini. Pagi-pagi seperti biasa kami dapat juga bertenggek di tebing air terjun Jelawang untuk menyaksikan sang mentari menyinsing! Mula-mula tu takut juga nak ke sana selepas melihat sendiri apa yang berlaku semalam. Tapi dengan keyakinan yang tinggi dan bila dah nampak ramai orang yang siap bertenggek sama kat sana akhirnya kami pon gagahkan diri menenggekkan diri di puncak Jelawang.

Seperti semalam, keindahan suasana subuh memang tiada tolok bandingnya! Syukur sangat sebab aku berpeluang menyaksikan lagi keindahan alam di atas puncak yang tinggi ini. Terasa tenang bila melihat kepulan awan menutup pemandangan sayup di bawah gunung, seakan-akan lautan kapas yang tiada penghujungnya. Subhanallah.

Pagi ini, kami siap bawa dapur dan mee segera untuk bersarapan di atas tebing. Di tambah pula dengan air teh o panas, memang membuka selera! Kami juga mempelawa beberapa orang dari kemah lain untuk turut serta bersarapan bersama kami, sambil berbual-bual berkongsi pengalaman masing-masing.

Paling menarik kami bertemu dengan beberapa orang pendaki yang memang hardcore dan obsess dengan air terjun. Katanya sudah merata air terjun dia pergi, dan dalam handphone dia hanya ada gambar air terjun sahaja tak ada gambar lain! Wow memang obsess. Ada juga yang merancang untuk pergi ke air terjun yang lain di seluruh negara, kata mereka ada 200 air terjun lagi yang belum mereka jejaki, fuhhhhhhhhhh gigih kan!

Selesai bersarapan pagi dan sesi berposing maut di atas tebing air terjun Jelawang, kami menghabiskan masa bersiar-siar di sekitar Kem Baha, maklumla nak pergi bersiar-siar semalam tak sempat sebab kejadian kepala air. Syukur kami memilih kemah di seberang sungai kerana keadaan di tapak perkemahan utama agak sesak dan banyak bau bauan yang tidak menyenangkan....kurang sivik agaknya.

Aktiviti kami hari ini hanya mandi manda sekali lagi di Kolam Permaisuri. Hari ini merupakan hari terakhir eksplorasi kami sebelum pulang ke Kuala Lumpur. Jadi peluang bermandi-manda di air terjun Jelawang tidak kami sia-siakan.

Selepas selesai mandi, kami pulang semula ke kemah dan mula masak makan tengahari. Misi kali ini adalah menghabiskan semua bekalan makanan yang kami bawa. Memang banyak jugak lauk pauk untuk makan tengahari kami. Kenyang! Alhamdulillah.

Sekitar jam 3 petang kami berehatkan badan sambil menanti masa untuk pulang. Kami mengemas semula kemah dan barang-barang, sampah sarap perlu dikumpulkan dan dibawa turun ke bawah / bakar.

Kami bergerak turun dari Kem Baha pada jam 5.30 petang. Sebelum turun, kami dikehendaki membayar kos masuk sebanyak RM 7 sekepala kepada ranger di situ. Masa nak turun, hari tiba-tiba gelap dan hujan mula turun. Kami semua mengenakan ponco sambil meneruskan perjalanan yang sangat mencabar. Dalam hujan lebat terpaksa redah curam, ada yang tergelincir, terhantuk batu dan sebagainya. Alhamdulillah aku tak mengalami apa-apa kesulitan. Kami mengikut laluan lain untuk turun, tidak mengikut laluan semasa mula-mula naik dulu. Laluan turun bagi aku lebih mudah dan tidak memenatkan, cuma keadaan denai yang basah di samping hujan lebat dan beg yang berat sahaja yang menyukarkan keadaan.

Sekali lagi kami melihat kejadian Kepala Air berlaku. Sepanjang jalan turun, kami melalui tebing sungai Jelawang dan dapat menyaksikan air sungai turun mencurah-curah menenggelamkan batu-batu di dalamnya. Memang dahsyat...alhamdulillah jalan turun yang kami lalui tidak ditutup oleh air deras.

Kami tiba di pondok pelawat di pintu masuk Hutan SImpan Gunung Stong pada jam 6.30 petang. Syukur, kali ni takda seekor pacat pon melekat kat badan aku. Lega, sebab pengalaman aku kene gigit pacat dulu sangat ngeri, hampir setahun tak baik-baik. Tiba di bawah, barulah urusan memerut dan membersihkan diri dijalankan. Kami terpaksa bersiap dengan segera memandangkan keretapi dari Stesen Kretapi Dabong akan bergerak pada jam 9.20 malam.

Setelah selesai mandi dan bersiap, kami semua menaiki van menuju ke Stesen Keretapi Dabong. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 20 minit dan ketika itu hujan masih renyai. Kami singgah untuk makan malam di salah sebuah gerai di tepi landasan keretapi sementara menunggu keretapi tiba.

Tepat jam 9.20 malam, keretapi ke Kuala Lumpur tiba dan kami semua perlu melalui perjalanan selama 11 jam lagi sebelum tiba di KL Sentral. Memang penat tak ingat eksplorasi kali ni tapi yang penting puas dan dapat berjumpa kenalan baru. Kami tiba di KL Sentral pada jam 9.00 pagi dan aktiviti kami tidak habis di situ saja...ada macam-macam benda lagi yang kami buat selepas tu sehingga ke esokan harinya.... memang best!

Tamat.

PEACE!





Salah sorang peminat obses air terjun. Aku lupa nama dia hehehe.
Sarapan pagi kami...Megi.

Makanan tengahari kami! macam-macam ada!
Yeay dah sampai bawah!!!
Setelah 10 jam di dalam keretapi Senandung Wau, tak sampai-sampai! Hasih...
Tiket pergi dan balik : RM 45 sehala untuk upper bed.
Akhirnya....sampai jugak di KL Sentral..jam 9.00 pagi.

32 comments:

  1. seronok kan dapat geng yg sekepala cmnih...u all selalu kemana sama2 jer kan..:)

    ReplyDelete
  2. Ayung:

    Ye memang seronok kalao ada geng yang sekepala. Susah nak dapat tapi kalo dah dapat jangan lepaskan. Heehehhe.

    ReplyDelete
  3. janggel,
    akhirnyer abis dah citer stong itu...
    next citer ke mana plak?
    jangan lupa ....
    er...
    apa eh...
    aaa...
    akak dah lupa laa...
    hahaahahaa...
    pesal tetiba macam best aje naik train tuh?
    Ps:amende nak pesan barang kat akak nih? cercite...

    ReplyDelete
  4. Anash:

    Kak hahah habis jugak akhirnya yer? mesti ramai yg tak sabo2 nak suh saya berhenti merepek...pastu lega bila entry ni dah kua..hahahah hampeh je kan....ada pak kesah? kuikuikui.

    Haish apa ni lupa lupa? cer ingat balik cer ingat balik.

    Aternye akak kan nak ber solo soloan lepas ni, nak kim salam kat drebar kapal terbang/drebar bas aka boleh? opsssss.....boleh ke camtu?

    sebenarnyer.....disamping akak nak kirimkan poskad obersi kat saya...saya nak FM boleh tak? kuikuikui nak tpek kat wall of fame FM kat bilik ni ha. wink wink!

    ReplyDelete
  5. tamat sudah cerita ko nih. camne? dh ready for india? hahahah

    ReplyDelete
  6. janggel..
    kirim salam kat drebar?
    alahai..akak ko nih pemalu orangnyer..anti-sosial juga tidak mesra rakyat...
    FM? laa...ok boleh aje
    akak dok ingat nak aweks omputih tadi...(jenuh la nak colik bawak balik malaya)....
    hehe...
    yang akak lupa tuh...lupakan sahajalah...tak yah diingatkan lagi...(mode pasrah..tetiba)

    ReplyDelete
  7. Anash:

    Yessss kantoiiiiii...
    Ooo rupanya akak nak pegi negeri omputehh eh??? Wow jeles!!!!!!

    Nak kim FM omputeh!!! Tak kire nak jugak!!!

    ReplyDelete
  8. haisehhhhmannn..
    jerangkap samar rupanya tadi..
    ala
    kantoi
    ...cisss
    ok...ok..ok...
    FM omputih satu....
    (camneh leh tak perasan tadi...adoi)

    ReplyDelete
  9. Anash:

    Ahakssss kannnnn saje je nak bikin saspen! Hmmmm negara omputeh mana letew dia nak pg!

    Apa² pon FM omputeh jangan dilupe disamping posekad omputeh obersi ya!!!!

    ReplyDelete
  10. John:

    Ye dah tatau nak cite apa dah "̮ ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ "̮. Tapi ada je sebenarnya nak mengarut lagi takut org muntahh plak kalo bace hahah.

    Jom India! Naik ketapi sardin! Jom!

    ReplyDelete
  11. aduhai...cantiknya pemandangan.. teringinnya nak tengok in real life. cantik cantik cantik...

    ReplyDelete
  12. Saya:


    Cantik sangat pemandangan kat atas tu...Subhanallah!

    ReplyDelete
  13. Kemang:


    Hai kemang, dah abes pekse ke?

    ReplyDelete
  14. dah..

    aku tgh kecewa.. jom buat rumah kat sri lanka nak ? aku rase mcm nak migrate je

    ReplyDelete
  15. Asal ko kecewa sampai nak migrate g sri langkat ni? Cer citer cer citEr?

    Nape sri langka ? Tak cambodia ke, hadnyai ke?

    ReplyDelete
  16. entah..kecewa gila !

    silap, bukan sri lanka.. aku nak duduk kat india..aci x?

    mcm best jek.. so so worth to explore.. tapi sbb sri lanka tu klon india, mebi ok ler kot..hihi

    ReplyDelete
  17. Alo kemang
    Alo Janggel
    ...India?? ramai benar penduduknyer..
    tapi kalau campur korang berdua..ok kot..tak menjejaskan populasi kepadatan penduduk...
    go...jangan tak explore...
    hehe
    (based on true experience in Mumbai n Chennai)

    ReplyDelete
  18. Kemang:

    Hmm boleh difikirkan la idea migrate ke india tu...tapi takut tak tahan je pulok hehheeee. Bau "kari" kat sini sama tak dengan kat sana?

    ReplyDelete
  19. Anash:

    Akak dah penah g Mumbai ngan Chennai tu ke? Best tak? alaaaa jeles arr org dah g jejauh ni...

    Saya paling Jauh Mekah, Madinah. No 2 Jauh Korea Selatan je....

    ReplyDelete
  20. aku rase kari kat sane lg kaw weh... lg sodap!

    ReplyDelete
  21. janggel
    ikutkan kaki akak nih...
    hampir semua benua dah jejak
    kecuali satu nih le yang akak nak pegi...benua ....(tuuuttt...hehe)
    zaman remaja...diberi peluang berjalan..akak belasah laa jalan...
    hehe...

    mumbai n chennai nih bukan backpackers...kena anta gi keje sana untuk 10-14 hari je...
    janggel masih muda..leh lagi susun rancangan ke tempat lain...
    korea? haa..akak sendiri tak pernah tiba tau... (mode jeles kuar)

    ReplyDelete
  22. Kemang:

    Ooo yer ke? Hahahaha kene bawak ubat spare tu.

    ReplyDelete
  23. Anash:

    Huaaaa bestnya keje cam akak leh g obersi obersi....

    "̮ ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ "̮ korea memang best tau kak! Kalau ada peluang pegi la hanimun heheeheh.

    ReplyDelete
  24. janggel
    hanimun dgn org korea kat korea?
    ok gak?kan?
    hahaha...
    apa plak best? err..memang tak nafi ada bestnyer tapi..kalau la outstation kat sweeden ke,neuyok ke..best bertimpa-timpa aaa...heheh
    (sekarang aje akak kena 'kurung' dok opis dendiam wat keje..waaa...manyak sedih ooo...)tuh yang bawak diri bercuti...

    ReplyDelete
  25. Anash:

    Huaaaa best apa dapat outstation obersi. Saya kalo boleh nak migrate terus muahahahaha

    Ala kalo pakwe korea pon ok kak, tapi cari la yg stok2 Rain, Le Dong Hae ke Siwon ke, baru la feel kot kalo akak nak hanimun hahahahaha.

    ReplyDelete
  26. aduishh mkn tengahari tu mmg mcm buat kenduri hahaha

    ReplyDelete
  27. Ely Hasrul:

    Kannnn? tak habes ok kami makan, siap sedekah kat ikan lagi hehehe.

    ReplyDelete
  28. Hi,

    Saya Mimi, yang baru tegur kat Twitter tadi :)

    Thank you for sharing your experience. Bagus sangat. Penulisan pun ber-segmen, takde lah celaru nak baca.

    KALAU I dapat naik Stong ni, I akan pastikan camping kat seberang sungai. KALAU lah.. Nampak tak huruf besar di situ? Hehehe..

    Sunrise tu breathtaking sangat. And haritu masa baca tweet u pasal kepala air, sumpah I tak tau apa benda tu, sampai la baca blog ni. Subhanallah..

    Yang pentingggg.. maggi telur tu sedap memanggil2 ni ha. Oh,kacang buncis goreng pun nampak sodap!

    ReplyDelete
  29. Mimi;

    Hi mimi thanks for dropping a comment here! Saya doakan semoga awak pon dapat experience yg best nanti di sana! Keep exploring!!!

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS